Jodoh
tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti
jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita.
Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya
belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia
itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan
keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik
untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar
lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi
mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap
mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat
ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu,
ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta
mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya,
apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai
karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar
lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika
anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga
mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku
hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal
si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada
baik dan buruknya.
Demikian
juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat
tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai
orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah
dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang
terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal
melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa
ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian
membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja
asal impian menjadi nyata?
Jika
tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri
belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk
bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin
dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi
setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin
itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan
dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui
rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan
dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan
itu mudah sampai.
Kadangkala
Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan
tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan
kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas
kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah
bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman
terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling
besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak
berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak
tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri
kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
2 comments:
selamat bertunang utk kak awk. betul tu jgn sbb umur dah meningkat jd bila pilih psangan pun yg mna2 jak. Kena sabar dan yakin akan jodoh Allah. :)
terima kasih, tapi yang bertunang adalah adik saya..ini mendorong saya untuk menulis artikel ini kerana saya sitembak dgn macam2 soalan tentang jodoh
Post a Comment