Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Monday, January 17, 2011

Saya tidak tahu...Allah akan ampunkan saya kan??

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Mulia, Nabi Muhammad s.a.w ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Untuk post kali ini, saya ingin menukilkan sedikit tentang jahil. Jahil itu tidak tahu. Jahil bukan bodoh. Jika tak tahu, maka wajiblah kita mengambil tahu. Aib orang beria-ia nak tahu, tapi ilmu untuk mengeluarkan diri daripada kegelapan agar dapat sampai kepada Allah tidak pula mahu ambil tahu. Beginilah kita bila hati sudah tertutup daripada menerima hidayahNya.

Kata Naqibah saya dalam usrah kami minggu lepas,dalam kitab Fathul Bari ada menyebut,

“Seseorang yang terdetik dalam hatinya untuk bertanya tentang sesuatu hal berkaitan agama yang dia tidak tahu, maka wajib ke atasnya untuk bertanya dan mengambil tahu akan hal tersebut. Jika dia membiarkan sahaja keinginan untuk mengetahui itu berlalu pergi tanpa berusaha untuk bertanya, lalu dia melakukan ibadat dalam keadaan salah, maka dia telah berdosa”- ayat ni tak sama sebijik-sebijik daripada apa yang kak emma sebut, Cuma saya tulis kembali berdasarkan kefahaman saya. Jika ada tersilap, sila betulkan.

Detikan hati untuk mengetahui itulah hidayah Allah s.w.t untuk mengeluarkan hambanya daripada kejahilan agar terlihat luas jalan untuk menuju kepadaNya. Namun jika hati melayan perasaan malu yang tak bertempat, takut diperkatakan oleh orang lain, takut dianggap bodoh ,takut nanti semakin susah nak wat ibadat, takut kepada segala benda selain Allah. Itulah penghalang kita untuk melihat jalan menuju Allah. Sudah tahu tidak tahu, tapi malas bertanya. Malas berusaha untuk menyempurnakan kecacatan dalam ibadah. Kemudian memberi alasan kepada hati,

“takpe, aku tak tahu. Allah akan memaafkan hambaNya yang tak tahu. “

Bertepuk tanganlah syaitan kerana kejayaannya menyesatkan manusia.Itulah tipu daya syaitan, semakin kita ikut ‘nasihat’ nya, semakin jauhlah kita dari Allah..

Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim. Memang orang jahil akan dimaafkan Allah kerana hidayah belum sampai kepada mereka. Tapi Allah tidak akan mengampunkan mereka yang sengaja membiarkan diri tidak tahu walaupun sudah terdetik dalam hati untuk tahu. Sengaja menutup hati daripada menerima hidayahNya.Maka selalulah bertaubat dan beristighfar sebanyak mungkin. 
 
Mungkin sekali kita selalu membiarkan hidayah Allah berlalu pergi. Mungkin sekali Allah murka kepada kita namun kita tidak menyedarinya. Sepertimana baju yang hitam, jika terkena palitan kotoran pun susah untuk kelihatan, kerana itulah tidak rasa malu. Begitulah hati kita, jika sudah gelap kotor kerana dosa, mana mungkin dapat melihat dosa-dosa lain yang dilakukan.Kerana itulah tidak ada rasa malu kepada Allah sebagaimana tidak malu kita berhadapan manusia dengan baju berwarna hitam yang kotor.

Ketika solat terlintas dalam hati,

“Eh, tadi aku tak sempat habiskan fatihah, tapi aku rukuk sekali ngan imam.Kan fatihah tu rukun, tak sempurna rukun tak sah la solat,Allah tak terima.Sah ke solat aku tadi?”

Lalu cepat-cepatlah bertanya kepada ahli ilmu. Ahli ilmu agama bukanlah mereka yang belajar agama di university Al-Azhar sahaja. Ahli ilmu itu adalah orang yang mengetahui sesuatu ilmu itu berlandaskan kefahaman para ulama’ yang berterusan sanadnya kepada Rasulullah s.a.w. Seseorang ahli ilmu itu sewajibnya mempunyai perasaan takut, takut jika salah ilmu yang disebarkannya. Dia lebih rela dikatakan jahil oleh masyarakat daripada menyebarkan ilmu yang salah kerana takutkan azab Allah. Ahli ilmu itu tidak akan segan memberitahu “maaf, saya tidak tahu, nanti saya rujuk balik”..Ahli ilmu akan menekankan keberkatan dalam ilmu, kerana dengan keberkatan, nescaya terselamat kita daripada tipu daya syaitan, terbuka luas jalan mendapatkan cinta Allah. 
 
Jika tiada ahli ilmu di sekeliling kita, maka mintalah kepada Allah agar mengurniakan taufiq hidayahNya kepada kita. Mintalah kepada Allah agar melindungi kita daripada tipu daya syaitan laknatullah.

Ilmu itu akan mengeluarkan kita daripada kegelapan. Bertanya itulah kunci ilmu. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang dituntut bertujuan untuk tahu dan amal, untuk mendapatkan redha Allah, selain menjaga adab-adabnya..Semakin tahu sesorang itu, semakin banyak persoalan yang akan bermain di fikirannya, semakin perlu dia kepada ilmu, semakin kenal dia akan Allah s.w.t, semakin bertambah cinta kepada Allah dan kepada RasulNya. Ilmu yang berkat akan selalu menyelamatkan sesorang itu daripada tipu daya syaitan. Ilmu yang berkat itulah ilmu warisan Nabi kita, Rasulullah s.a.w, pembawa rahmat sekalian alam. Cahaya yang menerangi sekalian makhluk di muka bumi.

Wallahua’lam

Barakallahufikum.ameen ya Allah.

Monday, June 14, 2010

Trend Baru Di Malaysia, Bertudung Macam Bonggol Unta

Saya rasa sangat terpanggil untuk menulis artikel ini setelah membaca komen dari sahabat saya Liyana dengan komennya pada entry sebelum ini, secara dasarnya entry sebelum ini lebih kepada saya meluahkan rasa kesedihan saya atas apa yang terjadi kepada sahabat-sahabat saya. Tidak pula difokuskan kepada isu bertudung macam bonggol unta ni. Tapi mungkin ada sesuatu yang berlegar di fikirannya menyebabkan dia meluahkan sesuatu di rungan komen entry saya pada sebelum ini. 

Dia juga ada meminta saya berkongsi andai tahu mengenai hadith yang berceritakan tentang keadaan suatu masa kelak ada wanita yang berpakaian menyerupai bonggol unta, saya sendiri pernah membaca mengenai hadith tersebut, cumanya, astafirullahalazim, saya lupa dari sumber mana, akhirnya mencari-cari di buku catatan usrah saya..Alahmdulillah dapat juga sepenuhnya keratan hadith tersebut dan sumbernya sekali, ini membuatkan saya merasakan masa yang sesuai untuk mengupas isu ini dengan selanjutnya. Insya Allah, moga-moga memberi pengetahuan kepada yang tidak tahu dan menyedarkan mana-mana yang kurang tahu apa yang mereka lakukan.

Kebiasaannya para wanita yang mengikuti fesyen ini memilih tudung jenis shawl-like syrian style hijab. Dan ada juga yang menggunakan inner yang berbeza dan di litupkan inner tersebut dengan selendang. 

Semenjak trend ini kian diresapi dikalangan wanita di malaysia, tidak kira yang masih belajar mahupun bekerja, saya sangat risau... saya luaskan pencarian di google mengenai isu ini, ada yang turut membicarakan apa yang saya cuba ulaskan dalam entry ini, tidak kurang juga yang "melenting" tatlaka ditegur mahupun marah gambar mereka digunakan sebagai contoh apa yang dimaksudkan dengan bonggol unta itu. Ustaz Hazrizal juga pernah mengutarakan isu ini di ruangan status Facebooknya, dan isu ini sangat hangat dibicarakan. 




Saya rasa macam aneh je wanita bertudung yang ikat sanggul tinggi-tinggi. Kelakar pun ada. Tapi ada juga yang kata ikat sanggul tinggi-tinggi lagi cantik. Cantik tang mana pun saya tak tahu. Ke...saya yang tak up-to-date dengan fesyen-fesyen terkini lagi sensasi? Huhu...

Cantik ke buat macam ni? angkatkening


“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” (hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223)


Nak berfesyen boleh tapi jangan la sampai fesyen kita tu mengundang laknat Allah sudah la ye...

Mungkin ada yang memikirkan bagaimana permulaannya fesyen ini dan apa yang mereka buat untuk menghasilkan bonggol tersebut (niat saya bukan mengajar cara-cara untuk sahabat yang lain turut melakukannya)

Oleh kerana semalam ada yang chatting dengan saya tanya pasal benda yang digunakan untuk meninggikan sanggul rambut di bawah tudung,saya kongsikan di sini beberapa gambar pemakaian alat yang dipanggil HAIR FLOWERS atau HAIR CLIPS yang glamor di negara-negara teluk. Mereka suka pakai yang saiz besar-besar dan panggil style tutup kepala tu EMIRATI STYLE. 

Saya sarankan JANGAN TIRU ya. Ini sekadar pengetahuan sebagai peringatan bersama unutuk melengkapkan lagi apa yang saya cuba bincangkan ini.

Sumber: http://hubpages.com/hub/Hair-Flowers

Sumber: http://projectsforyournest.blogspot.com/2009/04/flower-clips.html

Mashaallah... janganlah buat gini, hodohnya...

Diorang buat macam nilah untuk dapat efek macam gambar kat atas tu. MEMANG HARAM sebab sengaja mengubah apa yang Allah telah kurniakan.

Punyalah besar benda alah tu.

Jadi, beringat-ingatlah kita jangan sampai kita buat cara-cara berhias dan bercantik menyerupai cara-cara di atas. Sanggul tak tinggi macam ni pun masih lagi cantik apa... Allah memang dah jadikan wanita itu cantik, percayalah. Jadi jagalah dengan baik-baik agar kita selamat di akhirat nanti.

Anyway, in wearing hijab, niat perlukah menghalalkan cara? 
Nota 1: Aduhai, kaun wanita..kita memakai hijab adalah untuk menutup aurat dan sudah pastinya tidak mahu orang tahu bagaimana rambut kita?, tapi bila dah sanggul tinggi-tinggi, tak ke sang teruna terlintas di fikirannya tatkala melihat sanggul yang tinggi itu dan membayangkan kita dikala tanpa hijab? Anda yang mencetus mereka memikirkan begitu dengan fesyen yang anda sendiri pilih, FIKIRKANLAH!
Nota 2: Maaf andai ada yang tersinggung, saya ikhlas untuk menegakkan mana yang saya rasa ia salah dan perlu diperbetulkan.