Tuesday, February 12, 2013

Saudari, kamu cantik sekali




Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.
Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.
Saudari, kamu cantik sekali
Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik dia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?
Saudari, kamu cantik sekali
Alangkah indah jika kecantikan luaran  itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.
Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.

Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.

Saturday, December 15, 2012

Makbul Bersama Ujian

Ummi saya selalu cerita kalau kita berdoa, sesuatu yang kita minta dengan Allah dengan bersungguh selalunya akan dimakbulkan, antara lambat atau cepat sahaja..

Selepas grad dahulu, sibuk cari kerja sana-sini, setiap kali hantar resume..saya akan berdoa andai dapat kerja ini, "Ya Allah, berikanlah aku pekerjaan yang mudah untuk aku menjaga waktu solatku, dan mengingatkan aku padaMu," sebab selalu dengar bila masuk kerja ni sangat2 sibuk...solat pun jadi akhir2 waktu

Alhamdulillah dimakbulkan doa, surau utama petronas hanya 2 level diatas bilik office saya, tidak sampai 2 minit utk pergi surau dan tidak perlu bertukar-tukar lif mcm staff petronas yang lain terutama dari tower 2....mudahkan? Bukan itu sahaja..menjadi aktiviti wajib di surau utama petronas pada setiap kali waktu lunch antara pukul 1.00 hingga 1.45 akan diadakan tazkirah, dan solat berjemaah pada waktu zohor, asar dan magrib..tahniah jawatan kuasa surau diatas usaha ini...hari jumaat waktu lunch akan  ada kuliah khas untuk kaum muslimat (awesome kan?)...sangat kagum dengan warga petronas yang memenuhi surau petronas setiap kali solat berjemaah walaupun masing2 sibuk dengan kerja...

Semua sudah terjamu didepan mata..Ujian Allah buat saya antara mampu atau tidak saya istiqamah dengan semua ini...Insya Allah moga digerakkan dan dipandu hati ini agar terus istiqamah...Apa ynag saya cuba praktikkan adalah..nak dekat dengan waktu solat..walau pun ada kerja banyak saya akan displinkan diri untuk tingglkan semua seketika dan terus ke surau...make solat as my priority!

Kadang-kadang bila stress dengan kerja, pernah terfikir untuk nak quit..but something cross back my mind and decision..."belum tentu tempat lain akan ada suasana yang macam ni..."

Always say to myself
" Try not to complain about my life, because someone somewhere is fighting to survive"

Monday, September 17, 2012

16 September 2012

Assalamualaikum wbt..

Hari ini cuti umum untuk satu Malaysia... saya juga bercuti macam yang lain... alhamdulillah sudah masuk 2 minggu memasuki alam pekerjaan, semua berjalan lancar.. email sudah diaktifkan, no staf sudah saya miliki..cuma access card untuk masuk tower 1 KLCC masih dalam proses, insya Allah mungkin naik cuti ini dapat la...

Rakan sekerja baik-baik belaka...cuma jadual harian saya berubah, keluar rumah seawal 5.30pg, subuh di ktm atau surau berdekatan..naik ktm sekitar 6.30pg dan sampai klcc dalam 7.20 pagi ( waktu kerja saya bemula jam 8.00pg)....ptg pula keluar pejabat dalam pukul 5 lebih setelah solat asar siap2 atau pun sementara menunggu ktm di kl sentral..dan kebiasaannya saya akan sampai di rumah sebelum azan magrib...

Saya masih dalam proses menyesuaikan diri dalam keadaan dan suasana baru, yang pasti saya akan cuba sebaik mugkin untuk berkerja sepenuhnya mengikut waktu kerja yang diberikan dan meminimakan waktu dan urusan peribadi semasa kerja supaya kerja saya Insya Allah berkat dan gaji diterima juga berkat itu pesanan ummi pada saya tanpa jemu. Jika pulang awal saya akan turut singgah untuk membantu ummi di kelas mengajinya, tempat saya kini di kelas mengaji telah diganti oleh sahabat saya Afiqah. Alhamdulillah.

Nota 1: Saya perlu kuat untuk menjaga syariat keadaan rakan pejabat yang datang dari pelbagai latar belakang dan agama.
Noat 2: Insya Allah nanti saya uploadkan gambar workstation saya.

Wednesday, August 22, 2012

Persiapkan Diri

~Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara.
Pertama, siapa ibunya. Dan yang kedua, siapa isterinya. (S. Umar)

#Maka perempuan, perlu persiapkan diri.

~Wanita yang berjaya itu dilihat dari banyak perkara.
Antaranya: Lihat siapa abahnya. Kedua, lihat siapa suami yang mendidiknya.

#Maka Lelaki juga, perlu persiapkan diri. ^_^

Friday, August 17, 2012

Ramadhan & Raya 2012

Assalamualaikum wbt,

Apabila Syawal menjelma, boleh dikatakan semua umat Islam di Malaysia mengucapkan antara satu sama lain ‘SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN’. Begitu juga yang kita terima ucapan daripada bangasa lain.
Insyaallah, mulai tahun ini, kita ikut amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi saw., yang diceritakan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani rh. Yang diriwayatkan oleh Jubair bin Nufair ra. Katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah saw. Bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain
"TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA"
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)
Wassalam
  
Nota 1:  Terlalu istimewa perasaan yang Allah pinjamkan untuk ramadhan kali ini, rezeki yang tidak pernah putus, Moga ditemukan aku lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan, Insya Allah
Nota 2: Mohon kemaafan atas segala khilaf dari diri yang hina ini, semoga Eidul Fitri kali ini tidak merugikan walau sedikit tarbiyah yang kita perolehi dalam 'Kem Ibadat Ramadhan' 
Nota 3 : Rezeki ramadhan juga, Insya Allah saya akan mula bekerja di iPerintis awal bulan 9 ini, jadi bulan 8 adalah bulan terakhir saya bekerja di tadika.

Wednesday, August 01, 2012

Temuduga Lagi

Assalamualaikum wbt,

Sihat pembaca yang saya kasihi dan rindui kerana Allah swt, rasanya ini post pertama saya kongsi dengan kawan-kawan semua berkaitan temuduga. Hari ini buat pertama kalinya menghadiri temuduga untuk sektor awam untuk jawatan pegawai rekod S41, jujurnya saya sendiri pun tidak pasti gred-gred ni masa memohon melalui laman web SPA, macam-macam gred ada. Saya hanya main agak-agak sahaja. Jika sebelum ini pergi exam PTD tetaapi rezeki saya untuk yang itu tiada rasanya, Peperiksaannya pun saya tidak lepas. Untuk yang terbaru ini hari ini la. Jadi hari ini saya cuti kerja untuk temuduga ini, sampai di pejabat SPA Putrajaya agak awal, dalam 6.30 macam tu. Punyalah bersedia takut keluar lambat dan tersekat dekat jalan sebab jem, dekat kawasan Saujana Utama dengan Sungai Buloh ni pun dan nak dekat sejam, jadi saya dengan abi keluar selepas sahur, kemi berhenti solat subuh di Tol. Sebabkan awal, saya orang pertama yang ditemuduga, memang rasa nak gugur jantung gementar sangat-sangat. Masuk-masuk kena interview dengan En. Shaidin Shafie, dengan orang dari SPA. Ya Allah memang gugup sangat-sangat. Saya punya lah hafal segala nama menteri, term2 yang popular, Akta Arkib Negara 2003, yang dipertuan agong, perdana menteri, puas jari ni dok google isu semasa dan menteri-menteri lain, yang bab rekod pulak habis buku-buku lama saya bukak, memang dua tiga hari lepas kerja dok mengadap nota-nota lama, mana tanya, banyak nak kena ingat balik dan pastikan fakta-fakta yang betul. Lagi-lagi jawatan ini berkaitan saya belajar. 

Alhamdulillah semua nya ok, soalan jawab dengan baik. Cuma saya silap dekat satu ni, penemuduga tanya saya berkaitan humidity (kelembapan udara) yang sesuai untuk simpan rekod. Boleh pulak masa tu saya tak ingat langsung. Agak-agak jawab saya hentam 25% memang salah la. Rupanya 50%. Memang nak jadi sebab betul lah. Rasa geram sebab ambil mudah yang tu masa study balik, sebab tak sangka pun dia akan tanya. Saya sudah cuba yang sebaik mungkin, Insya Allah kalau ada rezeki insya Allah dapat lah, jika tidak usaha lagi. Itu sahaja.

Hari ni sudah masuk Ramadhan ke 14, sekejap je rasanya nak dekat separuh bulan berpuasa. Syahdu menghitung Ramadhan yang akan pergi dan tidak pasti tahun depan saya berkesempatan lagi.


Nota 1: Kadang-kadang rasa macam betul plihan yang dibuat, tetapi kadang-kadang takut pun ada. Ya Allah bantulah hambaMu ini membuat pilihan yang betul.
Nota 2: Setiap hari selalu mendapat ibrah dari mendidik anak-anak kecil ini.

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan Kareem 1433 Hijrah

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah hari ini sudah memasuki 4 Ramadhan, begitu cepat masa berlalu. Awal Ramadhan kali ini di sambut bersama nenda tercinta di Pulau Pinang. Alahmdulillah selamat pergi dan selamat pulang. Kini sudah berada dirumah meneruskan ibadah puasa dirumah dan esok insya Allah harus bekerja seperti biasa. Sudah 2 malam berterawih. Alhamdulillah...alhamdulillah moga diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah semaksima mungkin dan mohon ia terus kekal selamanya, saya rekodkan satu perubahan yang besar untuk ramadhan kami ini.

Ramadhan kareem untuk semua, jangan dibazirkan masa yang ada ini selain mencari keredhaanNya..

Sumber Gambar

Sunday, July 15, 2012

Rehlah Muslimat 2012

 Kak Yan, terharu dengan perubahan, walaupun dia lebih berusia 7 thn, alhamdulillah satu tanggungjawab saya untuk membantunya menjadi insan yang lebih sempurna... moga dipermudah Allah untuk bersama-sama menjadi hamba Allah yang terbaik.
Pertama kali jumpa strawberi kembar, warnanya sangat 'merah'
Perhatikan gambar ini betul-betul
Apa beza dengan yang diatas?
Alhamdulillah selamat pulang dari rehlah, usrah dan qiam perdana selama  2 hari bersama rakan-rakan sekerja, muslimat kawasan saujana utama & puncak alam.. Trip kami tahun ini ke Cameron Highlands.. tiada yang banyak beza berbanding kali terakhir pergi bersama keluarga sekitar 1998, cuma banyak kesan tanah runtuh kecil di bahagian tepi-tepi jalan..dan lereng bukit....

terasa ukhuwah yang sangat indah, walaupun saya ahli rombongan yang paling muda..kerana kebanyakkan sudah ber anak & ber cucu..

pulang dari sana terus menuju himpunan Hijau..moga segalanya dipermudahkan..

esok kerja macam biasa...

Wednesday, July 11, 2012

Right Person?

Don't wait for the right person to come into ur life. Be the right person to come to someone's life!
Nota 1: Maaf, sangat sibuk sejak dua menjak ni..teringin sangat nak update blog panjang lebar dengan mcm2 cerita...

Tuesday, May 22, 2012

Sudah 1 Rejab hari ini, saya ambil keberkatan yang besar dalam bulan Rejab untuk satu perubahan, Insya Allah harap ia akan berterusan...

Doakan kawan-kawan semoga saya terus istiqamah dengan perubahan ini.

Friday, May 18, 2012

Makan Dalam Dulang

Mendidik kerendahan hati, makan dalam dulung menjadikan kita bersifat memikirkan keperluan orang lain juga...masing-masing sentiasa mengingatkn diri yang kita sedang berkongsi, ia juga membuatkan kita makan secara ala kadar kerana takut mengambil hak orang lain..

Wednesday, May 16, 2012

Konvokesyen Uitm Ke 75


Alhamdulillah...Insya Allah planning to further my study in march next year...

Nota 1: I'm fall in love with my career right now, May Allah give His blessing to all my student and pass all their exam with flying colours.
Nota 2: Program Hari Ibu di kawasan perumahan saya hujung minggu ini. Insya Allah saya akan bertugas bahagian pendaftaran.
Nota 3: Kebelakangan ini, ummi kerap sakit...moga ia hanya sementara..Cepat sihat seperti sedia kala ummiku..

Sunday, May 06, 2012

4 tahun yang lalu

Saya bercadang mahu ucap selamat hari lahir pada sorang sahabat ini, log in facebook pergi ke profile dia, cari link untuk private message ...baru perasan yang mesej sebelum ini yang pernah dihantar, rupanya mesej sebelum ini adalah pada 2009, Ya Allah dah 3 tahun lebih tak ucap hari lahir pada sahabat ini...sahabat satu sekolah, masing-masing mungkin sibuk dengan study sepanjang 3 tahun ini.

Pantasnya masa berlalu,

Ucapan Buatmu sahabat di hari lahir,

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Nota 1: Semoga dipermudahkan dalam study yang tinggal 2 tahun lagi...
Nota 2: Hari ini saya ada rehearsal convocation, insya Allah pukul 9pagi ini akan gerak ke UiTM Shah Alam.

Tuesday, May 01, 2012

Single?


Well,
Allah is looking at You
right now and saying;

I'm saving for this person someone special ....