Friday, August 29, 2008

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W.,sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentangfadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:
Malam 1 =
Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama
sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 =
Di ampunkan dosa dosa orang mukmin yang sembahyang
terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 =
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami
meneruskan sembahyang terawikh terus menerus semoga Allah
mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 =
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang
yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

Malam 5 =
Allah kurniakan baginya pahala orang orang yang
bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6 =
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat
batu dan tanah tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa dosa
orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 =
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa
serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun
dan Hamman.

Malam 8 = Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh
sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah
Ibrahim "Alaihissalam.

Malam 9 =
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat
hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata' ala mengurniakan kepadanya
kebaikan didunia dan di akhirat.

Malam 11= Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa
seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12=
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang
bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13= Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa
daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14=
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang
terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15= Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi,
berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16=
Allah Subhanahuwata' ala tuliskan baginya terlepas
daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17=
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya
pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18=
Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah
telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau
mati).

Malam 19=
Allah Subhanahuwata' ala tinggikan darjatnya didalam
Syurga Firdaus.

Malam 20=
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang
mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21=
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada
nur.

Malam 22=
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap
dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang
Mahsyar).

Malam 23=
Allah Subhanahuwata' ala binakan kepadanya sebuah
bandar didlam syurga daripada nur.

Malam 24= Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang
berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25=
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26=
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada
malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27=
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini
ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat
menyambar.

Malam 28=
Allah Subhanahuwata' ala kurniakan kepadanya 1000
darjat diakhirat.

Malam 29=
Allah Subhanahuwata' ala kurniakan kepadanya pahala
1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30=
Allah Subhanahuwata' ala beri penghormatan kepada
orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali,
lalu berfirman: "Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang
engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau
daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air
daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar' "

No comments: