Friday, September 26, 2008

Pulang Berhari Raya Ke Kampung Halaman



Alhamdulillah setelah hampir sebulan ana berada di Uitm, tidak dapat pulang meluangkan masa bersama keluarga di bulan ramadhan. Akhirnya masa yang diimpikan iaitu pulang ke rumah sempena bercuti hari raya aidil fitri tiba jua. Mengikut takwim UiTM, semua staff dan pelajar diberikan cuti selama seminggu iaitu dari 26 September 2008 hinggalah 5 Oktober 2008. Saya pulang awal sehari dari cuti yang diberikan kerana kuliah ana pada 26haribulan telah dianjakkan pada satu tarikh yang tidak diketahui...( ada dgr-dgr kuliah ganti itu akn dibuat setelah hbs ct raya)

Ana bertolak dari Stesen Bas Segamat pada pukul 3.00ptg ( walaupun sbnrnya tiket yang ana beli adalah pada pukul 2.30ptg), tak pelah asal ana dapat balik ke rumah, penjelasan yang diberikan pihak bas ekspress mereka menghadapi kesesakkan lalu lintas yang teruk. Perjalanan pulang kali juga agak berbeza dari kebiasaan kerana bas ekspress yang ana naiki akan berhenti di Bukit Jalil, berbeza dari biasa iaitu berhenti di Perhentian Puduraya. Ini adalah kerana mengelakkan Hentian Puduraya mengalami kesesakkan dan kerajaan telah menetapkan perjalanan bas ekspress dari Selatan Malaysia akan bertolak dan juga tiba di Bukit Jalil sahaja dan Hentian Puduraya dikhaskan untuk perjalanan bas ekspress dari Utara Malaysia. Pada ana bagus juga penyelesaian yang dibuat kerajaan menjelang hari raya ini.

Alhamdulillah ana tiba di Bukit Jalil pada pukul 6.15. Terlebih dahulu ana bersama kawan-kawan solat asar dahulu. Kemudian kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah menggunakan bas rapid KL. Dengan menggunakan rapid KL kami ke Hentian Puduraya, kerana ana akan menunggu adik ana (Dik e) di situ. Dik e juga pulang bercuti dari Kolej Matrikulasi Perlis sama hari dengan ana. Ana berbuka puasa sebentar di Hentian Puduraya. Kemudiannya kami tiba di KL Sentral untuk transit KTM bg meneruskan perjalanan ke KTM Sungai Buloh.

Kami yang masing-masing keletihan terlelap di dalam KTM. Akhirnya kami tiba di KTM Sungai Buloh pada pukul 9.00mlm dan dijemput oleh abi. Tak dapat nak digambarkan kegembiraan bila melangkahkan kaki dirumah. Indahnya.............

p/s: tiba2 saya teringat pada sahabat yang merantau jauh di luar negara ( khalid, akhi izwan, atie, dalila, fikri, farhan rais, kak intan nadia, etc) untuk menuntut ilmu, yang tidak dapat pulang berhari raya bersama keluarga tersayang. Bersabarlah, sesungguhnya pengorbanan yang kalian semua lakukan sekarang, InsyaAllah akan memberikan kegembiran berkekalan pada masa kan datang kelak..

No comments: