Tuesday, May 19, 2009

Johor>Selangor> Pinang> Perlis

Dalam Lif di Menara Alor Star..

Kenapa tajuk entry saya kali ni saya buat macam tu je... Ni nak citer ni..Sebabnya dalam seminggu bermula 16 April sehingga 18 April saya mengembara dari selatan ke utara dan kembali semula ke selatan. Ingat tak entry saya berkaitan Apa Yang Saya Buat Masa Study Week Part 6, saya ceritakan saya pulang kerumah untuk bercuti agak lewat sedikit iaitu pada 15 April.

Alhamdulillah saya selamat sampai ke rumah pukul 11 malam pada 15 April tersebut, erm....mungkin agak sedikit lewat kerana saya bertolak dari segamat agak lewat petang. Apa-apa pun alhamdulillah selamat juga sampai. Keesokkan harinya saya tidak kemana-mana, hanya merehatkan diri yang penat dengan presentation etr 300 dan kelenguhan badan menaiki bas.

Pada 16April kami sekeluarga ( Jaja, umi, abi, saya, kak fuzah(sepupu)) bertolak ke utara. Tujuan kmai pada mulanya untuk menjemput adik saya (dik e) pulang dari Matrikulasi Perlis. Dik e baru sahaja selesai peperiksaan akhirnya untuk semester ke2. InsyaAllah jika dia lulus dengan cemerlangnya untuk peperiksaan ini. Pemergian kami ke Perlis adalah untuk kali terakhir, tapi mungkin tidak juga jika dia menyambung pengajian ijazahnya di bumi kayangan tersebut. Kami bertolak dari rumah selepas solat asar.

Alhamdulillah selamat sampai di rumah tok siti ( ibu kepada abi saya), di Pinang pada pukul 11.00 malam. Abi mengambil keputusan untuk tidur semalam sebelum meneruskan perjalanan ke perlis esoknya. Seperti dirancangkan kami teruskan perjalanan ke Perlis selepas subuh keesokkannya. Kami sempat singgah berjalan-jalan di Kedah dalam perjalanan tersebut. Antara yang sempat kami kunjungi ialah Menara Alor Star.

Menara Alor Star..menara ke 19 tertinggi didunia

apa yang jaja tengok tu

replika Menara di dtingkat atas

Kemudian kami melawat pula Masjid AlBukhary ...

Diabadikan Bersama..Terima Kasih Atas Kasih Sayangmu..

cari dimana saya dan jaja..snap by abi

Selepas berjalan, kami meneruskan perjalanan ke Matrikulasi Perlis. Alhamdulillah selamat sampai disana pada pukul 11.30 pagi. Kegembiraan di raut wajah adik perempuanku jelas kelihatan. Bermulalah kerja untuk mengangkut barang-barangnya kedalam kereta dan sesi perpisahan dia dengan sahabat-sahabatnya.

say cheese!!

haha..xatau nak komen ape ble tgk gmbr ni..gelak2

tgk tu...betapa penuhnya kereta dengan barang2 dia..

Matrikulasi Perlis ni sebenarnya bersebelahan Uitm Perlis. Saya pun ape lagi, ambil kesempatan yang ada ni membuat pusingan lawatan di Uitm. Lagipun ini la peluang saya, mungkin kemudian hari peluang ni takkan datang lagi.

ini lah kami..teman gaduh..teman bual..teman merepek

Setelah segala urusan di Matrik selesai, program jalan2 cari makan kami pun bermula la..yang bestnya kalau orang lain bila berjalan-jalan akan shopping barang, berbeza kami sekeluarga. Kami lebih suka makan...erm kerana umi sangat2 menggemari laksa. Ketika di perlis bermacam-macam jenis laksa dari pelbagai tempat kami cuba. Saya pulak kalau pasal makan ni, xder langsung istilah diet..kalau sedap tambah je lagi..malu nanti saya sendiri yang rugi. Lagipun masa di segamat, saya sgt jarang makan, bukan sebab tak der duit atau makanan, tapi saya yang tak pandai manage masa sampai selalu abaikan time makan. Laksa nya pun memang sangat sedap, umi siap tapau lagi.

di kedai makan laksa pak ngah original..laksa dia mmg sgt2 sedap, sungguh xtipu

pandangan depan kedai pak ngah laksa

Akhirnya kami sekeluarga bertolak pulang ke Rumah ( Selangor) pada 18 April juga. Alhamdulilah segala-galanya selamat. Saya kemudiannya pulang semula ke Uitm Johor pada 21 April dengan keazaman dan semangat yang tinggi untuk bergelumang dengan final exam selama 2 minggu bermula 23 April sehingga 7 Mei, dan alhamdulillah disaat saya menulis entry ini saya selamat menjawab kesemua exam paper dengan baik.

Nantikan entry seterusnya Suka Dan Duka Saya Di Semester 6...

No comments: