Monday, August 31, 2009

Pesta Ramadhan

Alhamdullillah saya dapat bersua kembali di alam maya ini bagi mengutuskan sedikit khabar berita saya....maaf atas kelewatan mengupdate teratak ini, dengan sedikit masa yang saya ada ini saya akan khabarkan pada sahabat semua mengenai khabar berita dari saya yang mungkin sahabat semua nantikan....dari segi kesihatan, alhamdulillah saya diberikan kesihatan yang cukup baik, semenjak demam bulan julai yang lepas saya kini sembuh sepenuhnya sebelum ramadhan membuka jendelanya....jika sahabat bertanyakan saya mengenai pengajian saya di UPM ni....

alhamdulillah keadaan saya bertambah baik dari sebelumnya...saya begitu bersyukur disaat saya dihimpit tekanan dengan mata pelajaran "baru" yang agak luar biasa untuk diterima akal saya yang sudah 3tahun bersama dengan subjek-subjek information management...Allah datangkan hamba Allah yang begitu ikhlas membantu saya (syukran buat adik-adik..shahidah, izzati, caryn dan rohela) walaupun saya masih cuba untu memahami subjek2 sains yang agak berat...tapi kehadiran mereka sedikit sebanyak membantu...Cuma sudah sebulan saya di Upm ini saya dapat rasakan..saya sgt 'down' sepanjang minggu lepas...sebabnya...kebanyakkan test pertama yang saya terima markahnya tidak la begitu memuaskan...macam2 perkara menerjah kotak fikiran saya pada minggu lps...namun segalanya sedikit berkurangan dengan khidmat nasihat cik yati..salah satu kaunselor di UPM...apa saya mampu lakukan kini, usaha sehabis mungkin, jgn sesekali ratapi sesuatu yang dah pun berlaku, pandang terus kehadapan, sesungguhnya Allah swt tahu apa yang terbaik untuk hambanya..dan saya selalu sematkan ini dalam fikiran saya " Jangan sesekali mengaku kamu beiman selagi kamu tidak diuji oleh Allah swt"...gunakan segala kekuatan yang ada dalam diri untuk hadapi hari mendatang, berdoa agar saya sentiasa tabah dengan liku-liku hidup sebagai hamba Allah...dan seperti dalam tajuk entry saya kali ini...saya akan tinggalkan sahabat semua entry berkaitan ramadhan yang sudah lama tersimpan kemas di dalam laptop saya yang cuma menunggu masa untuk di publishkan...bagi perkongsian kita bersama

--------------------------------------------------------------------
Pahala

"Manusia ini kalau tahu betapa besarnya pahala beribadah di bulan puasa maka tak kerja dibuatnya. Semua akan berhenti kerja sebab nak mengejar ibadah di bulan ini," kata ustaz yang sedang memberi tazkirahnya di tengah-tengah bangunan shopping complex SACC (Shah Alam City Centre) di Shah Alam.

Aku, Baihaqi, Ustazah Fatahiyah bersama 9 org bakal pelajar perubatan ke Alexandria (bekas pelajar RMC, Royal Military College) duduk di kerusi hadapan yg disediakan itu di celah-celah manusia yang tidak berhijab, berambut afro dan perang. "Tak ada adab ke mereka ini bulan-bulan puasa," aku gumam sendirian dalam hati. Kecewa. Ustazah mengajak aku dan Bai untuk berbuka dengan mereka untuk kenal-kenal kerana mereka ini ada potensi untuk mengikut program-program di Mesir. Harap-harapnya, InsyaAllah.


"Antara ibadah yang manusia ini selalu pandang remeh tetapi ganjarannya sangat besar ialah bersedekah. Amalan bersedekah ini tuan-tuan puan-puan Allah dah siap beritahu ganjarannya besar mana. Kalau di bulan Ramadhan apatah lagi pahalanya Allah sendiri yang akan beri. Allah berfirman di dalam Al-Quran:

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji..."
-Al-Baqarah ayat 261-

Maknanya ada 700 hasanah atau pahala kita akan dapat tuan-tuan dan puan-puan. Cuma pahala ini hadirin Allah tak akan bagi nampak. Dosa pahala semuanya kita tak nampak untuk uji manusia ini. Kalau manusia boleh nampak pahala dia nescaya orang tak pergi kerja macam saya cakap tadi. Bayangkan selepas bersedekah, malaikat turun kepada kita dan bagi RM700 terus. Tak ada siapa yang akan lepaskan peluang ini.

Inilah manusia. Allah ceritakan manusia ini begini:

"Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutmu, tetapi tempat yang tuju itu terasa sangat jauh bagi mereka"
-At-Taubah ayat 42-

Semua dosa pahala kita Allah akan nampakkan pada hari akhirat nanti. Dan ramai yang akan menyesal ketika sedang menanggung sakaratul maut. Di kala ajal hampir tiba barulah mereka berkata seperti yang Allah rakamkan:

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata(menyesali), "Ya Tuhanku, sekiranya Engkau menunda (kematianku)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh."
-Al-Munaafiqun ayat 10-

Maka rebutlah peluang ini tuan-tuan dan puan-puan."


Lulus atau Gagal


Ustaz menyambung lagi, "Bagaimanakah para hadirin sekalian rasa jika di akhir bulan ramadhan ini, kita bakal dapat result atau keputusan kita mengenai madrasah Ramadhan. Selepas sahaja solat raya Aidilfitri dan khutbahnya, imam mengumumkan bahawa di belakang sudah ditampal result untuk Ramadhan kali ini maka tuan-tuan dan puan bolehlah lihat selepas ini. Maka dilihatkanlah result kita kepada semua. Si isteri berkata kepada suami,"Abang, saya dapat 40/100 sahaja untuk Ramadhan ini. Cukup-cukup makan je. Abang dapat berapa?". Si suami terdiam. "Abang gagal Ramadhan tahun ini, 30/100 je." Raya pun muka sedih tak sanggup nak berdepan dengan mereka yang dapat mumtaz. Alangkah ruginya.


Dr. Aidh Abdullah al-Qarni

Dr Aidh Abdullah al-Qarni ialah seorang ulama Arab Saudi juga penulis motivasi Islam terkenal di dunia masa kini. Beliau pernah dipenjara selama 10 bulan, karena menerbitkan beberapa bait syair berkaitan dengan politik. Antara karyanya yang paling terlaris adalah La Tahzan di mana 100 halaman pertamanya ditulis di dalam penjara mengajak pembaca agar tidak menyesali kehidupan, tidak menentang takdir, atau menolak dalil-dalil dalam al-Quran dan sunnah. Buku ini sudah pun diterjemahkan ke dalam 29 bahasa dunia . Selain La Tahzan karya-karya beliau yang lain antaranya 30 Tips Hidup Bahagia, Berbahagialah: Tips Menggapai Kebahagiaan Dunia Akhirat, Menjadi Wanita Paling Bahagia, "Muhammad Ka annaka Tara.


Beliau pernah menulis sebuah syair yang indah mengenai Ramadhan. Antara ungkapan yang banyak menyentuh hati manusia adalah:

"Adakah berbeza tuhan kita di bulan Ramadhan dengan tuhan kita di bulan Sya'aban dan Syawal"

Apakah yang dimaksudkan beliau?
Kita seperti menjadi seorang 'abid (ahli ibadah) yang tinggi imannya di bulan Ramadhan tetapi peningkatan amal dan iman itu tidak konsisten atau istiqamah dengan berlalunya Ramadhan. Tuhan sama yang memberi pahala. Tuhan sama yang memberi rahmah. Tuhan sama yang disembah. Jadi mengapa perlu berbeza amalan dan iman itu?

Alangkah indahnya dapat mengekalkan prestasi Ramadhan sama atau setanding dengan bulan-bulan yang lain. Rindunya aku pada suasana beribadah di dua tanah haram ketika cuti yang lepas. Ini sebenarnya ialah coretan untuk aku sendiri yang banyak lupa di samping hendak berkongsi tazkirah-tazkirah yang kebanyakannya di sampaikan oleh mereka yang mantap di bulan Ramadhan ini. Penggal pertama, penggal rahmah hampir meninggalkan kita. Masih ada masa lagi untuk memecut prestasi ke tahap yang lebih tinggi.

Akhir kata, hayatilah hadis ini yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Nabi SAW naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya. “Kenapa engkau berkata ‘Amin, amin, amin, Ya Rasulullah?” Nabi SAW bersabda, “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’, kemudian Jibril berkata lagi, ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin”.

Ramadhan, Pesta Ibadah, Pesta Rahmah, Pesta Pengampunan, Pesta Dijauhkan dari Neraka.

Wednesday, August 19, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Buat Semua sahabat...saya akan pulang ke rumah pada jumaat ini, menyambut puasa pertama bersama keluarga....

Sunday, August 16, 2009

"Tiada Tajuk"

"Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu"

Thursday, August 13, 2009

My Weekeend ( 8 /8/ 2009 )

asalnya nak ke mid....temam ida dan zati beli laptop....sbbkan lama sangat nak tggu orang kedai tu setting kan laptop tu....kami bertiga jalan2 la dalam mid....bosan sgt2, singgah la dekat pameran pengantin ni....jamu mata je...siap leh tergelak-gelak lagi...sbbnya orng yg nk g situ sbb nak buat persiapan kawin, dan smenya couple2..tapi kami! haha slumber je...yg kami ni pegi sbb xtau nak pusing mne dah kat dalam mid tu.....plg best nya, pamplet dpt punya la byk...sudahnya semuanya saya buang dalam tong sampah..beg kertasnya saya simpan,....setel smenya kami trs blk UPM....kul 9.00 mlm br sampai kolej 17..,..

Tuesday, August 11, 2009

Bertambah Baik


Alhamdulillah kesihatan saya kini kian beransur boleh, batuk pun sudah mula berkurang, selesema sudah makin surut...saya dapat tidur dengan lena, bila sedar hidung tidak lah tersumbat seperti selalunya...suhu badan saya?? back to normal alhamdulillah, cuma kadang-kadang suhu badan saya agak meningkat pada malamnya dan kembali normal pada subuhnya, mungkin keadaan cuaca dan jerebu mempengaruhi kesihatan saya,.......Bila Allah uji kita dengan sedikit kesakitan ini, kita sedar Allah sayangkan kita, kenapa saya cakap macam tu? Cuba bayangkan jika kita sentiasa sihat, sentiasa gembira, sentiasa dan sentiasa la....adakah kita akan ingat Allah.....cuma apa yang kita fikirkan segala apa yang kita perolehi adalah hasil usaha kita, mungkin kini agak sukar untuk didengari manusia yang berjaya mengucapkan...."" semua ini datang dari Allah swt"" bagi saya semenjak dua menjak ini, apabila kesihatan saya diuji begitu hebat sekali...ditambah pula saya sangat2 memerlukan extra tenaga untuk melakukan tugasan serta menghadapi mid-term exam yamg berderet-deret...uhh...hanya pada Allah saya panjatkan doa agar dia memberikan saya kesihatan yang cukup baik buat masa ini.....alhamdulillah dalam keadaan saya begini..family sangat-sangat membantu saya....( abi, umi baru datang melawat saya petang ahad lps ....buat suprise!! datang mengejut...xbagi tahu saya pun...thanks abi umi)


Buat semua sahabat handai yang bertanya khabar, dan mendoakan kesihatan saya...jutaan terima kasih saya ucapkan....salam kasih dah perjuangan dari saya....

Saturday, August 01, 2009

H1N1

Semalam saya mulai demam...terus ke putra medical center

saya terus diarahkan ke Hospital Sg. Buloh..

kerana saya menghadapi gejala-gejala pesakit H1N1....batuk, sakit badan, demam ( suhu saya 39 c) selesema...

setiba di Hospital sg. buloh suhu badan saya naik kepada 40 c........ kepala masa tu mmg pening sangat2 sebab suhu badan yang sgt tinggi......saya bersandar dekat abi jer masa tu...mmg dah tak larat nak angkat kepala.....Ya Allah...saya diminta tunggu selama 2 jam sebelum mendapat rawatan...



alhamdulillah setibanya dibilik rawatan, saya diberikan ubat dan demam pun sudah berkurang, cuma kini saya diarahkan dikuarantinkan dirumah dan makan ubat mengikut jadual....

doakan saya sihat dan dapat kembali ke pulang ke UPM Serdang bagi menghadapi exam mid-term yang sedia menanti