Ptptn bagi DISKAUN ??
Diskaun PTPTN pada pemegang ijazah kelas dua atas
|
|
KUALA LUMPUR - Pelajar yang memperoleh keputusan ijazah kelas dua atas mungkin diberikan diskaun amaun pembayaran balik pinjaman pelajaran yang diperoleh daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, cadangan itu kini dalam pertimbangan kementeriannya atas dasar ia boleh memberi kesan positif daripada segi pembayaran balik pinjaman.
"Saya rasa diskaun itu boleh menggalakkan lebih ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang termasuk ijazah kelas dua atas,'' ujarnya di sini semalam tanpa mahu mengulas kadar diskaun yang mungkin diberikan.
Cadangan yang sangat bagus....baru la pelajar-pelajar yang pinjam ptptn ni berkobar nak dapat result bagus... saya dengar khabar angin siapa peminjam ptptn yang study untuk ijazah, jika mendapat keputusan kelas pertama, pinjaman ptptn akan ditukar kepada biasiswa, dan ini berita tuk yang dapat kelas kedua atas akan diberi diskaun masa bayar balik pinjaman?.....jika betul...alhamdulillah, kerana sekurang-kurangnya mereka yang berjaya ini mendapat hadiah sangat bermakna dan rasa dihargai dengan keputusan yang cemerlang hasil usaha mereka...tak delah nak terbeban bayar balik ptptn bila sudah bekerja, dah la masa belajar pulun sungguh-sungguh nak dapat result gempak...
ha..pihak ptptn..nak tanya sikit ni..pe citer pelajar diploma yang dapat ANC ??
takkan takde kelebihan buat mereka yang pinjam ptptn...sepatutnya tukar jgk pinjaman diorang kepada biasiswa...right?? takpun bagi kelebihan kepada pemegang ANC ni, macam bayar separuh jer pinjaman diorang...??
p/s: sepatutnya macam ni la ptptn (kerajaan) kene buat macam ni dari dulu...bagi sesuatu kepada rakyat terutama untuk pendidikan...dari duit kerajaan habis kepada benda tak der paedah..
No comments:
Post a Comment