Dalam keadaan saya sekarang ni, sebolehnya saya mahu semua kerja-kerja saya disiapkan segera..takut-takut nanti saya tidak mampu menyiapkan pada waktu yang sepatutnya. Jika entri sebelum ini , semua sedia tahu keadaan saya BAGAIMANA....saya masih lagi membiarkan keadaan itu.
..baru saya ingin melelapkan mata lebih kurang 3.00.am...setelah siap semuanya, saya tiba-tiba terasa nak menonton tv, saya shut down laptop..berjalan ke ruang menonton...pada ketika itu saya seorang sahaja berada di tingkat bawah, ahli keluarga yang lain sudah lama di buai lena ditingkat atas bilik masing-masing. Mata saya masih tidak menunjukkan tanda-tanda mengantuk pada ketika itu..
sedang asyik dengan saluran AXN di astro pada masa itu.....
Jam sudah menunjukkan 3.30 a.m pada ketika itu..
Tut..Tut...Mengomel saya sorang-sorang..
Bunyi mesej masuk...
sape la waktu-waktu macam ni hantar mesej ni...
tak tido lagi ker....( tak sedar yang dia sendiri pun tak tido lagi )
Lalu saya capai handphone dan membuka mesej itu, dengan curiga di hati...
Sape hantar mesej ni...
Buka mesej tu...tgk jer nama penghantar mesejnya...
Saya senyum-senyum kambing sorang-sorang...
Kalo la umi abi ade masa tu, tak pasal-pasal saya kena gelak...yela pagi-pagi gelak senyum sorang-sorang....
Nak tahu ape pesanan yang ade dalam mesej tu?
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.....Sebolehnya jagalah hati orang lain supaya anda tidak menyakiti, insya Allah hati anda juga pasti terjagaSaya hanya membalas mesej dengan ucapan.
Thanks....Saya tahu dia pasti sudah membaca entri sebelum ini di blog saya...timbul sedikit kerisauan padanya
Tiada niat untuk terus berbalas-balas mesej dengannya, memandangkan dia dalam musim peperiksaan sem 1... saya tak nak kusutkan fikiran dia dengan masalah saya...kebetulan juga kredit saya tidak mencukupi memandangkan satu mesej bernilai 50sen..lagipun saya sebolehnya ingin mengecilkan ruang yang ada untuk kami berhubung...sebolehnya biarlah kami berhubung kerana urusan penting...
Beberapa minit selepas mesej dihantar,
Masuk lagi mesej baru..
Thanks jer? maaf kalo aku ganggu ko tido,aku lpe kat Malaysia dah nak masuk kul 4.00pg pun...mesti ko dah tido....Jangan sedih-sedih, masaalah itu akan kekal sebagai masaalah jika awak anggap dia masaalah, aku tahu ko seorang yang kuat, aku tak suka tahu keadaan ko cepat mengalah macam ni.....aku sentiasa berdoa ko tenang hadapi semuanya...Allah swt suka hamba-Nya yang berdoa kepada-Nya..,ha, kat sini dah takbir raya...kitaorang raya awal sehari dari Malaysia...Selamat Hari Raya Aidil Adha ikhlas dari perantau....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.............................
Sedar-sedar sudah 6.35pagi, tv masih on ketika itu....bergegas saya ke bilik air, ambil wuduk dan solat subuh...
Alhamdulillah....sempat juga....walaupun mata saya masih berat lagi..
Nasib baik sedar.....
bila tengok kembali handphone....laaa...mesej pagi td tidak berbalas...Takpe lah...dia mesti fikir saya dah tidur....
hehehehe..saya sendiri tak sedar bila saya terlelap....yang bestnya atas lantai depan tv pulak tu...
ish..ish...mulanya saya tengok tv, akhirnya tv yang tengok saya...
Saya baca kembali mesejnya...
Baru fikiran saya kembali waras..mungkin semalam otak dah letih..baca mesej dia yang pertama tu...baca dengan fikiran yang kosong jer...tu yang balas mesej dengan thanks je, macam tak hargai pulak...
sori la ea....
kepada penghantar mesej...
Apa-apa pun terima kasih untuk mesej tu dan..saya tenang seketika dengan susunan ayat yang memberi motivasi...ade sesuatu yang tersurat dari ayat-ayat dalam mesej tu...Jangan risau...saya sudah mula kembali normal sedikit demi sedikt....dan selamat menjawab exam yang masih bersisa lagi...akhir sekali salam aidil adha kembali dari saya...
Nota 1: Ish...boleh jem tangan saya ni, dari pg td basuh paju...sangatla banyak...dengan baju kotor yang sedia ada dirumah...ditambah lagi dengan baju adik laki saya yang baru balik dari Maahad Tahfiz sempena raya haji...menimbun bajunya...bila saya bebel...dengan nada menyakatnya...ala kat rumah kan ade kakak nak basuh...dekat rumah baju dibasuh dan wangi lagu tu...sabar je la...
Nota 2: Saya perasan spec saya dah xsesuai, power spec perlu ditambah.....ish, duit dah xder cuti2 ni....tunggu la nak buat spec baru, insya Allah lps kursus nnt dpt payment leh buat kot.....bila bagitahu umi...umi balas bali...ngadap la laptop tu lame lagi..mne tak naik nya power spec akak tu...adush, kne batngg hidung balik..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha Semua...
No comments:
Post a Comment