Perkataan yang boleh saya ungkapkan kini....
Penat kerana, saya hari ini seharian melakukan bermacam-macam kerja...sudah la dengan kerja harian saya menguruskan rumah...ditambah pula mambantu umi menyediakan juadah raya, Alhamdulillah magrib tadi selesai sudah kesemua juadah untuk esok. Kali ini saya dengan umi pakat-pakat nak buat yang ringan-ringan sahaja, kami buat rendang ayam ( berbeza dengan aidil fitri dimana juadah rasmi kami adalah rendang itik ), pulut kuning dan sambal tumis ikan bilis ( kegemaran saya). itu sahaja..pada keesokkan harinya baru saya akan sediakan agar-agar istimewa khas disediakan saya untuk jamuan makan esok.
Seronok kerana, saya dan umi spend masa bersama-sama, menguruskan rumah dan menyiapkan segala persiapan, saya seronok kerana semua ahli keluarga ada di rumah berkumpul bersama-sama
(bukan senang kami semua ada berkumpul). Saya seronok juga kerana dapat menyediakan juadah untuk ahli kariah kawasan kediaman saya yang akan datang takbir di rumah...saya seronok bila dapat jamu orang makan.
Bahagia kerana saya memang tengah bahagia, sukar untuk saya jelaskan sebabnya, tapi itu lah hakikatnya...saya sangat bahagia ketika ini... mungkin kerana saya sudah bebas dari penjara masaalah iut...sedikit demi sedikit Allah swt telah cambahkan bunga-bunga kebahagian setelah DIA uji saya dengan ujian itu...ohh....sungguh bahagia bila hati tenang..saya terus yakin menjadi pemburu cinta-NYA...cinta hakiki lagi abadi
Nota 1: Esok ada sedikit jamuan makan di rumah saya sempena menyambut hari raya dan sempena ulang tahun perkahwinan umi dan abi yang ke 25....sahabat-sahabat yang dekat jemput hadir ea...Menu utamanya nasi daging..
Nota 2 : Saya tiba-tiba rindu Farah...rindu sangat-sangat....Siapa Farah? Insya Allah kemudian juga saya cerita ( ish..ish... banyak hutang saya dengan semua..nak cerita tentang
No comments:
Post a Comment