Kiranya ada tiga cerita yang saya masih berhutang dengan sahabat semua.
Cerita pertama: Student Portal
Cerita kedua: Pengalaman semalam di Hospital Serdang
Cerita ketiga: Perhimpunan Karisma Nasional 2009Insya Allah saya akan mulai dengan cerita pertama sahaja dulu..
Entry sebelum ini, pernah saya ceritakan dalam keadaan emosi marah kepada sistem yang ada dalam student portal. Ini juga berkaitan rapat dengan service yang diberikan sebahagian staff yang bekerja di zone 17 (UiTM Shah Alam), dan juga bantuan dari staff UiTM Puncak Perdana.
Saya tidak mahu ulang kembali apa ceritanya, cuma untuk cerita terkininya, masaalah untuk saya log in student portal telah diselesaikan. Dimana, saya tidak dimaklumkan sepanjang saya bercuti 1 semester ( semester lepas), akaun student portal saya selaku pelajar UiTM Puncak Perdana dibekukan. Jadi, seperti biasa sampai sahaja tarikh yang dinyatakan pihak UiTM untuk pelajar-pelajarnya mendaftar iaitu pada 21 Dis 2009, saya seperti kebiasaannya cuba untuk mendaftar untuk kelas bagi semester 3 ( kerana saya mengambil cuti sem khas lepas di sem 3). Namun saya tidak dapat log in student portal seperti kebiasaannya. Naik pening dan pusing kepala saya memikirkan apa yang tak kena dengan student portal uitm ni...setelah berpuluh-puluh kali mencuba..saya yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem ni, ( mungkin nama saya sudah tidak ada dalam sistem?) kecut perut jugak memikirkan...jika takde..macam mana la saya lepas ni...
Saya cuba menghubungi pihak pentadbiran UiTM Puncak Perdana, Explain sebaiknya pada mereka, saya tentang status saya yang bercuti khas pada semester lepas dan mahu mendaftar untuk sem baru ini tapi tak boleh nak log in student portal untuk pendaftaran kursus. Pn Ramlah selaku staff yang bertanggungjawab di bahagian pentadbiran bagi pelajar IS222. Minta saya refer ke UiTM Shah Alam kerana akaun saya dibekukan dan saya sendiri perlu sahkan sendiri dengan staff uitm sana untuk kembali sambung belajar bagi sem akan datang ini dan mereka akan menukarkan status saya
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, cuma yanag buat saya 'geram' prosedur-prosedur nya yang menyusahkan pelajar dan sakit menyulitkan kerana perlu melalui banyak staff bermula dengan opertor talifon kemudian staff ini, staff itu dan akhirnya baru dapat berbicara dengan yang sepatutunya. Memang kena ready la dengan duit topup yang banyak..
Selesai di Shah Alam, saya kena talifon kembali En.Kamil ( Penolong Pendaftar) di Puncak Perdana untuk minta dia reset kan pasword saya dan gantikannya dengan yang baru. Alhamdulillah selesai sudah walaupun banyak birokrasi perlu ditempuh.
Bila dapat sahaja log in student portal pada 23 Dis lepas..lega yang tak terhingga, pertamanya saya dapat mendaftar, keduanya status saya masih kekal sebagai pelajar UiTM Puncak Perdana. Dengan berianya untuk mendaftar kelas, saya terkejut! sebabnya dalam sistem hanya subjek sem 4 untuk IS222 sahaja ada dalam sistem untuk didaftarkan...status saya pun yang sepatutnya di semester 3 tapi dalam sistem ada di sem 4. Ya Allah masih tak selesai lagi, saya terus talifon Pn. Ramlah kembali.
Dia tak dapat menbantu ketika itu kerana ada masalah dengan sistem, namun dia berjanji akan cuba pada keesokkan harinya, dengan percakapannya yang begitu baik berbanding staff di UiTM Shah Alam memberi sedikit kelegaan pada saya. Pn. Ramlah berjanji masalah saya kan selesai setelah menukar kan kembali pelan pengajian saya sahaja di dalam student portal.
pada 24 Dis 2009 sebelum bertolak ke Masjid Umar Al-Khattab saya cuba log in student portal..Senyum panjang dibuatnya.. Alhamdulillah selesai sudah masaalah dengan student portal saya serta pelan pengajian saya. Saya sudah boleh mendaftar untuk subjek-subjek sem 3..cuma ada 2 3 subjek yang masih tidak ada kelas, saya kena "KIV" kan dulu. dan subjek untuk bahasa tambahan pilihan yang ada hanya lah bahasa perancis.. sedangkan saya mahu mendaftar bahasa jepun. Saya biarkan dulu, kerana saya sudah mendaftar subjek-subjek yang lain. Insya Allah minggu depan, bermula kelas, saya sendiri akan ke pejabat dan berjumpa terus denga Pn.Ramlah, ini lebih mudah..Insya Allah
Saya berdoa segalanya dipermudahkan, dengan hari yang tenang saya dapat pergi ke Perhimpunan Karisma Nasional ( PKN) yang ke-9. Alhamdulillah
Nota 1: PKN ini adalah PKN yang pertama saya sertai, sekadar pemerhati. Sungguh tidak sabar rasanya melihat semua perwakilan dari hampir kesemua universiti di Malaysia berbahas. Ayuh sedekad mengukuh tekad..
Nota 2: Ingat lagi tak soalan saya di nota 2 pada entry lepas? " Nota 2: Jika anda diajukan soalan...siapa yang anda paling sayang antara ibu dan ayah anda, anda hanya boleh memilih salah seorang dari mereka...siapa yang anda akan pilih?. jika saya, sudah tentu saya tiada jawapan, kerana saya rasa kan kedua-duanya sama, sayang saya pada mereka tidak ada lebih dan kurang..moga mereka sentiasa dimurahkan rezeki dan mendapat keredhaan Allah swt sentiasa..
No comments:
Post a Comment