Tersengguk-sengguk saya di atas kerusi malas menunggu adik saya yang diperiksa tekaknya oleh Dr.
" Alhamdulillah, keadaan adik awak semuanya ok, keadaan tekaknya sangat baik untuk dibedah" kata Dr
"Alhamdulillah. so Dr bila adik saya kena mula puasa" tanya saya pada Dr sambil melihat jam di dinding wad yang menunjukkan pukul 10.00 mlm.
"Mula pukul 12 la.." berbisik-bisik saya dengan adik.
" ok saya keluar dulu, kalau ada apa-apa boleh cari nurse, insya Allah nurse akan bagitahu saya, kalau nak solat kat sini kiblat arah sini ( sambil mengangkat tangan ), takpun surau muslimat sebelah wad ni sahaja..assalamualaikum" balas Dr tu sambil beredar dari wad.Prosedur pemeriksaan diakhiri dengan jururawat memberi ubat tidur dan memeriksa tekanan darah adik saya untuk memastikan dia tidur awal dan mendapat rehat yang secukupnya..
Alhamdulillah, pantas sungguh ubat tidur itu bertindak...nyenyak farah tidur di atas katil hospital walaupun pada mulanya dia merengek-rengek mahu balik ke rumah mummy( ibu angkatnya). Lega hati saya...sekurang-kurangnya dia dapat rehat secukupnya, dan insya Allah tidak ada apa-apa masaalah berlaku semasa pembedahan esok.
Saya pula tidak berniat untuk kemana-mana, memandangkan sudah lewat malam dan saya berseorangan. Dengan keadaan sekeliling yang gelap dan bilik wad itu hanya ada saya dan adik, kerana tiada pesakit baru yang masuk..Saya teruskan masa-masa yang ada dengan membaca "Kisah Cinta Di Dalam Al-Quran". Setiap helaian diselak dengan kemas dan terpesona kerana setiap cerita cintanya sungguh agung...peristiwa yang berlaku di zaman Rasulallah saw, menceritakan bagaimana hebatnya cinta umat nabi terhadap Allah swt.
Sesekali melihat jam di dinding, arghhh sudah menghampiri pukul 3.00pg...sungguh tidak sedar, rupanya sudah 3 jam saya leka membaca. Mana tidaknya, dengan suasana air cond yang sejuk, keadaan bilik yang tenang dan sunyi. Sudah pasti menjadikan diri saya sangat selesa..Melihat keadaan sekeliling dengan 3 lagi katil wad yang tersusun kemas ( bilik wad adik saya sebenarnya untuk 4 orang) kerana tiada pesakit lain, membuatkan saya buat keputusan untuk tidur di salah satu katil yang ada.
Sebelum tidur saya ke tandas terlebih dahulu, perlahan-lahan memulas tombol pintu wad, supaya tidak mengejutkan orang lain yang dah tidur..perlahan-lahan berjalan kerana tiba-tiba saya diserang rasa pening ( tido lambat agaknya). Masuk tandas..berus gigi dan basuh muka..seram sejuk jugak keadaan bilik air hospital pagi-pagi ni...arghh saya buat-buat biasa je..Selesai sahaja saya berjalan balik ke wad adik saya, sebab pening sangat saya jalan sambik menunduk ke lantai sahaja...tak mampu pun nak angkat kepala...tiba-tiba
" Allah Huakbar, sakitnya, " dengan tidak sengaja saya menjerit apabila dengan tiba-tiba sesuatu yang besar melanggar
" Maaf-maaf, saya tak perasan ada orang tadi" suara yang agak kasar membalasSaya mendongak melihat apakah yang telah melanggar saya tadi, Alahmdulillah orang, bukan benda lain...hehe...tapi saya tergamam....
"Sakit ke" suara kasar itu bertanya...
saya masih tergamam...
"Awak sakit ke" diulang lagi soalan tu, kerana soalannya tidak berjawab
" Sakit sikit je, takde pe2..." saya spontan membalas untuk pertanyaan kali kedua...
" Maaf sekali lagi, saya betul-betul tak sengaja..biasanya waktu-waktu macam ni takde orang lalu kat sni..tu yang saya menonong jalan. tak perasan awak tengah berjalan bertentangan saya dalm keadaan lampu malap-malap ni "( waktu malam, jururawat akan menutup sebahagian lampu) balas dia..
"Awak jaga pesakit ke? " tanya dia
"Haah, jaga adik saya..dia, insya Allah akan dibedah esok untuk buang tonsil nya.., erm..aaa..buat pe kat sni?" jaga orang sakit jugak ke? " tanya saya kembali
"hehe, haah, jaga orang sakit, semua yang sakit kat sini saya jaga" dia jawab soalan saya dengan disertai gelak-gelak kecil.
" ha?, semua...(saya dengan keadaan pening kepala..bertambah kerut dahi,) ...aaaa, bair betul betul dia ni...ngomel saya
" saya Dr la kat sni, sepatutnya bertugas siang tadi..tiba-tiba malam ni kena oncall pulak, sebab Dr satu lagi ade kecemasan..tadi baru lepas rawat sorang pesakit ni, tiba-tiba dia muntah darah, dia pun ada tonsil bengkak..sakit yang lebih kurang adik awak..cuma dia punya dah teruk dan dan mula bernanah di area tekak dia" panjang lebar dia memberitahu, dan seakan memahami kebluran saya sebelum ini kerana hanya memberi respon ha?, semua.
"oooo, tula saya pun pelik gak, awak cakap tadi awak jaga semua...saya pun tak faham jawapan awak tadi..., maklum la dah 3.00 pagi, saya pulak dari pagi tak tidur lagi..otak pun dah slow sikit..ditambah pulak pening kepala ni makin menjadi-jadi" balas saya unutk mempertahankan diri yang jelas nampak blur pada ketika itu.Perbualan kami berakhir, dengan dia menyuruh saya tidur di ruang solat wanita, bersebelahan wad adik saya...katanya keadaan lebih selamat berbanding tidur dalam wad...
Saya ikutkan sahaja nasihatnya, memandangkan dia lebih arif dengan keadaan di hospital tu.
saya lapikkan kepala dengan beg tangan saya dan beralaskan sejadah...
Tiba-tiba...
Satu panggilan dari talipon bimbit saya...
diteliti no si pemanggil nya..
tidak bernama...bererti saya tidak menyimpan no yang mendail tersebut..
Saya angakatkan je, mungkin kawan-kawan yang guna no orang lain dan ada kecemasan atau benda penting...
"Assalamualaikum, sape ni?" tanya saya dengan rasa ingin tahu...
" Walaikumsalam, ni ***** , saya Dr yang terlanggar awak tadi...sori ganggu, saya dapat no hp awak dari fail adik awak, lupa nak pesan tadi... kunci pintu surau tu...jangan bukak selagi tak subuh, jaga diri baik dan ada apa-apa boleh cari saya dekat bilik Dr di hujung laluan nak ke wad adik awak" dia membalas
"oo...ok2..insya Allah takde pe2 akan jadi...subuh pun tak lama lagi, syukran bagitahu" balas saya.Saya hanya dapat lelapkan mata untuk sejam sahaja, asyik-asyik terjaga...mungkin kurang selesa kerana bukan dirumah...selesai subuh, saya kembali ke wad adik, kejutkan dia untuk solat...
Buat ni buat tu, masa berlalu...jam sudah masuk pukul 8.30 pagi...Adik saya akan ke dewan bedah pada pukul 9.00pg..
Saya iring adik bersama 2 lagi jururawat ke dekat bedah di tingkat bawah..., buka sahaja pintu lif...Ya Allah, terserempak lagi dengan pemilik suara kasar itu..dia jelas kelihatan seakan-akan gembira dengan pertemuan tidak dijangka di dalam lif itu...
Memang tak boleh nak elak lagi dah, kerana iut lah satu-satunya laluan ke dewan bedah, jadi....Masuk dalam lif..buat seperti biasa., saya hanya menunduk melihat lantai lif tanpa menyapanya yang seakan-akan ingin berkata sesuatu pada saya...
Selesai adik saya di masukkan ke dewan bedah, saya pula menunggu diruangan menunggu..
Tiba-tiba...
Masuk Mesej...
Selamat pagi, segan pulak nak tegur awak dlm lif tadi..semoga adik awak selamat dan sihat lepas dibedah nanti...ingatkan dia untuk 2 3 hari ni selepas bedah, jangan makan benda panas-panas dan pedas..biar tekak tu rehat sekejap....lain masa jumpa lagi ^_^..harap-harap...heheMesej itu saya baca dan biarkan tidak berbalas, tidak ada sebab untuk saya terus membalas dan saya sebenarnya sedikit marah apabila dia menyalah guna kan fail adik saya, dengan mengambil no hp saya melalui fail tersebut..walaupun niat dia mgkin ikhlas untuk berkawan..cuma bagi saya kaedahnya sudah tidak kena..
Maaf ea, kerana tuan Dr telah berjumpa manusia yang pelik macam saya...
Manusia yang sangat pelik tatkala berhadapan dengan lelaki bukan muhrim yang cuba mendekatinya..
Bukan kerana saya anti lelaki..
tapi.....saya takutkan yang di Atas....bukankah sesuatu yang kita buat andai tiada tujuan...benda itu jadi sia-sia?
Bukan kah...dalam dua manusia bertemu, jika mendapat tindak balas antara keduanya..dengan mudah pertemuan buat kali kedua menjengah?
Arhh...saya tidak mahu memulakan sesuatu yang memudahkan saya menghampiri zina...
So tuan Dr...boleh jelaskan apa tujuan untuk membalas mesej dan menjawab panggilan awak?
Hentikan dari terus sms saya dengan mesej-mesej kosong mahupun sekadar mahu *****.....
Bukan kerana dia Dr mahupun apa....sesiapa pun yang buat begitu, Dr ke, polis ke, kawan ke, ..sama effectnya dari saya...
Alangkahnya Hidup Bersyariat...
Gunakan cara yang betul, insya Allah saya ok..feedback nya pun ok...
Nota 1: Dua orang dengan pekerjaan yang sama..tapi akhalak dan jati diri yang berbeza..
Nota 2: Hanya tinggal satu lagi cerita yang saya berhutang dengan pembaca, mengenai Perhimpunan KarismA Nasional 09...nantikan pada entry akan datang...Insya Allah
2 comments:
t'senyum sendiri lak...respect k.khaty...barakah Allah bersamamu ukhti...
entahlaa...kadang2 akak tak sekuat yang disangka...
syaitan sentiasa mencari ruang dan peluang...
doakan akak terus istiqamah dengan pendirian yang ada
Post a Comment