Thursday, December 03, 2009

Mencari Cinta Sempurna

Ayuh sahabat, Ayuh Teman...
Manfaatkan masa cuti ini dengan sesuatu yang bermanfaat...

Saya sudah seawal mungkin mendaftarkan diri..

Hanya RM10 
Untuk sesuatu yang sepatutnya tidak ternilai harganya..
---ILMU---


Bagaimana anda semua??
Mahu turut serta...
Jika Ya....



Jumpa disana, insya Allah...




 



Forum ini bakal menampilkan 3 orang panelis yang hebat lagi berpengalaman dan seorang moderator forum yang berdedikasi. Mereka adalah :

Panelis:

1. Datin Zaleha Omar

  • 30 tahun berpengalaman dalam bidang latihan(training), Pembangunan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi Korporat.
  • Perunding imej di 3 sekolah perunding imej antarabangsa termasuk Robert Pante' Productivity (Amerika Syarikat) dan Asia Pacific Productivity Organisation (Tokyo, Jepun).
  • Pernah menjadi Ketua Unit Pengurusan dan Keusahawanan RISDA dan memegang beberapa jawatan atasan di Perbadanan Negeri Johor
  • Menyertai pelbagai seminar yang dikendalikan oleh personaliti-personaliti terkenal dunia dalam bidang pengurusan seperti Zig Ziglar, Anthony Robbins, Bob Proctor, Tom Hopkins, John Kalench dan sebagainya
  • Menjadi perunding(konsultan) di beberapa subsidari seperti Pembangunan Industri, Johor Land Berhad, KPJ Sdn. Bhd., Suhaimi Salleh Associates. Sdn. Bhd. dan lain-lain.
  • Telah melatih ribuan orang dalam pelbagai bidang seperti Pengurusan Strategik, Pengurusan Am, Kepimpinan, Komunikasi, Pengurusan Stres dan Kesihatan, Imej Saya dan Imej Organisasi, Pengurusan Fesyen, Perhubungan Pemasaran, Imej dan Personaliti, motivasi dan sebagainya.
  • Ketua Biro Perhubungan Awam & Publisiti, Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan & Profesyen Malaysia
  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari University of Ohio, Amerika Syarikat

2. Fadzli Yusuf

  • Principal Trainer di Global Genius Consultant Sdn Bhd (Untuk latihan korporat & profesional), dan RK Training & Management (Untuk Latihan Pelajar, Belia dan Remaja).
  • Certified NLP Profesional Trainer National Federation of NLP (NFNLP) yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat.
  • NLP Coach dan NLP Master Practitioner (NFNLP, Florida)
  • Certified Profesional Trainer oleh Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRDF) di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
  • Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya dan pensyarah IPTA.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia / Trainer & Motivator Islam Nasional (TAMRIN) yang pertama (2009-2011).
  • Penulis lebih 10 buah buku termasuk buku bestseller 55 Petua Orang Berjaya.
  • Kini,  lebih 100,000 naskhah bukunya telah terjual di pasaran.
  • Buku Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah terpilih sebagai Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2008 (Kategori Non-fiksyen).
  • Buku Mengurus Kerja dan Waktu, menjadi rujukan rasmi dalam silibus ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
  • Ijazah Sarjana muda dari Universiti Islam Antarabangsa dan kemudiannya menyambung di peringkat sarjana (master) di universiti yang sama. Sekarang, beliau dalam proses menyambung pengajiannya ke peringkat PhD.

3. Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
  • Ketua Moderator Agama iLuvislam.com.
  • Kini merupakan Setiausaha Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (SHURA).
  • Berpengalaman selama lebih kurang 5 tahun sebagai 'murabbi' bagi pelajar-pelajar Malaysia di Mesir, United Kingdom dan Ireland.
  • Bekas pimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
  • Lulusan Masters Perbandingan Mazhab dari Open Universty Mesir dan Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir.

Moderator Forum :

Nuur Zaffan Khalid
  • Editor iLuvislam.com
  • Aktif sebagai fasilitator dalam program-program kemasyarakatan di United Kingdom
  • Menjadi motivator dalam program-program motivasi di sekolah-sekolah Malaysia
  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina, University of Nottingham, United Kingdom

Penampilan Istimewa


Di akhir forum akan diadakan persembahan nasyid oleh penasyid solo yang terkenal, saudara Muadz.


Daftar Sekarang! Tempat Terhad!

Tempat yang 'available' untuk program ini amat-amat terhad. Siapa cepat dia dapat. Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang!

Pendaftaran hendaklah dilakukan secara online dengan mengisi borang yang disediakan setelah anda membuat pembayaran.

Pembayaran hendaklah dibuat kepada akaun Maybank :

Nama : Muhammad Ruzaini Ibrahim
Nombor Akaun Al-Wadi'ah : 162 384 809 453
E-mail : admin[at]iluvislam[dot]com

Pembayaran boleh dilakukan samada melalui:

  • maybank2u.com
  • CIMB Click
  • mesin deposit Maybank
  • kaunter cawangan Maybank berhampiran
Anda dikehendaki menyimpan bukti pembayaran dan mengingati tarikh serta masa pembayaran dibuat.

Setelah pembayaran dibuat, anda dikehendaki mengisi borang pendaftaran di bawah:

Klik sini untuk borang pendaftaran Fewwit : Mencari Cinta Sempurna


 Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, boleh diemailkan kepada iluvislam.program@gmail.com.


Untuk maklumat lebih lanjut lagi klik disini  
 


Nota 1: Insya Allah saya akan ke program ini bersama Nur....lebih indah dan meriah andai anda semua turut bersama kami di sana nanti...ayuh mari kita bersama mengejar cinta sempurna

Nota 2: Buat Bakiah, maaf kita sedikit lambat memberitau baq tentang usrah online yang bakiah nak join tu...kalau nak lebih lanjut boleh lawat web ni usrah , pada kita untuk permulaan ini bakiah lebih sesuai masuk yang ni dulu...insya Allah makin lama nanti akan berjumpa kenalan yang lebih dekat dan berjumpa mereka, boleh buat usrah secara berkumpulan pula....cuma nasihat kita, jangan jemu mencari ilmu...


No comments: