Thursday, December 03, 2009

Tertekan

Saya rasa saya sedang mengalami tekanan perasaan, dan perkara ini baru terjadi dua jam yang lepas. Perlu diarkan atau dilayan? Nak ulas pun rasa tak guna. Nak fikir pun sampai dah tak larat nak fikir. Nak luah pun rasa macam sia-sia, nanti semua akan akata saya ni tak habis-habis tertekan.

Semudahnya bagi saya, ubat paling mujarab. Baca Quran banyak-banyak. Teruskan jadi ignorant. Lama-lama nanti eloklah semula.

Hmm. Hadap sajalah buat masa ini. Sedangkan abi saya dah 24 tahun hadap masalah ni..saya yang baru 19 tahun pejam celik dengan masalah ni dah nak mengeluh. Bukan lama lagi, kawin nanti kurang dah masaalah ni.

Ayat akhir ni bunyinya macam orang yang positif tapi hakikatnya pura-pura untuk tidak mengendahkan keadaan.

Sekarang ni (01.37 am) saya melarikan diri dari rasa tertekan ni. Tapi bukan lari seorang diri. Larikah namanya kalau ditemani? Nampak sangat sedang tertekan. Cakap pun berbelit-belit. Saya bukan lari dari rumah, tapi saya lepaskan rasa tertekan dengan non-stop menonton sesuatu yang membuatkan saya gembira, saya dengan tanpa hentinya menonton hampir semua episod rancangan siri TV CSI, CSI Miami, dan CSI New York...hah, hilang sekejap semua masalah, disedapkan suasana santai saya dengan 2 cawan nescafe.

Untuk dua tiga hari lagi ni, saya cuma hendak buat apa yang saya rasa hendak buat. Kalau saya hendak tidur dan makan banyak-banyak pun, jangan pertikaikan. Jangan pandang serong. Saya perlukan ruang untuk memperbetulkan kembali jiwa dan hati. Yang penyek. Yang terabai. Dan yang tersepit ini. Kerana masalahnya sampai sudah akan begini, sudah hukum karma kata dunia. Jadi biarlah saya melayan jiwa dari terus kecewa.

Nota 1: Cepatlah sembuh kembali wahai hati dan jiwa. Semoga kembali tenang dan dapat belajar dengan tekun.

Nota 2: Senyum tak bererti gembira...


Nota 3: Berlakon seketika untuk hujung minggu ini, andai hati yang penyek, terabai dan tersepit ini masih belum sembuh...berlakon dengan muka yang ceria agar kursus hujung minggu ni di Perak menjadi kenangan terindah peserta.

No comments: