15 Mac 2010
Selesai sahaja sesi fotografi kelas saya di kawasan Fakulti
"Khaty, ada masaalah ker?" tiba-tiba Aiman rakan sekelas saya bertanya
"Kenapa Aiman? ade yang tak kena ?" saya membalas dengan perasaan tanda tanya..
"Saje tanya, nampak muka macam bermasalah, kalo rasa nak kongsi, jangan segan-segan" dia membalas kembali
Saya hanya tersenyum dan terus beredar menuruni anak tangga untuk ke kereta..mungkin saya lebih selesa begituAda perkara perlu untuk berkongsi, dan ada perkara yang kita berdiam dan memendam sendiri adalah lebih baik...
entahlah... dalam kereta semasa perjalanan ke Hospital Sungai Buloh untuk membuat research, saya mula berfikir..." Jelas sangat ke gelora yang selama ini saya cuba unutk simpan jauh disudut hati terpancar diwajah?
arghh...saya sudah tidak betah untuk terus berdiam diri...
Sepanjang saya tidak menulis apa-apa diruangan Dunia Khadijah ini, diri saya begitu diributi emosi. Semua benda serba tak kena. Ditambah pula apabila terjadi, menerima dan berdepan perkara-perkara yang boleh menyentak emosi, pemergian arwah yang begitu mengejut..membuatkan saya betul-betul terkilan.(.kisah yang saya mungkin akan ceritakan kemudian)
arghh...terlalu banyak perkara yg tergantung antara kami...perkara yang mungkin akan terus kekal dihati saya menjadi kenangan terindah...
Ah. Emosi! Sila jangan dekat sekadar untuk menambah kesedihan ini. Saya cuba untuk melupakan sesuatu demi mencapai misi yang menjadi impian saya dan arwah sebelum ini, menggulung ijazah sebelum membina kehidupan bersama...saya akan teruskan impian ini....impian saya dan arwah, dan yang paling penting impian umi dan abi.
Nota 1: Saya masih tiada kekuatan untuk melihat kesemua barang peribadi tinggalan arwah yang sudah selamat sampai diposkan dari sana.memandang beg kuliahnya saya sudah mengalirkan air mata..Entah bila kekuatan itu akan muncul...
Nota 2: Keadaan pengajian saya yang begitu padat sekarang ini, ditambah pula dengan peperiksaan akhir yang kian hampir...serta kerja sambilan saya sebagai guru mengaji dan tuisyen menjadikan saya sibuk...alhamdulillah Allah sangat membantu saya memahami hari-hari mendatang dari terus memikirkan pemergian arwah
Saya masih ingat, kata-kata arwah apabila saya menghantar pesanan ringkas meminta sedikit nasihat dan semangat mahupun mengadu masaalah yang dihadapi...segala-galanya diakhir dengan minta saya lebih banyak berdoa pada Allah dan ayat ini
" DEMI TUHAN YANG KITA PERCAYA BERSAMA"...
Sifat tawakalnya pada Allah SWT, sangat saya kagumi..
Semoga dia arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman dan beramal soleh...
No comments:
Post a Comment