Monday, March 15, 2010

Sesat Dan Tenggelam



Saya rasa seperti tenggelam dalam dunia sendiri. Semua yang saya lakukan seperti terkepung antara saya dan dinding ruang lingkup kehidupan saya. Tidak terkeluar sedikit pun daripada ruang itu.Kerana hari-hari yang dilalui adalah sama, bangun pagi, selesaikan kewajipan, bersiap untuk ke kuliah...seharian saya di fakulti dan waktu gap kelas, saya akan berada di perpustakaan atau surau. Pada petangnya pula selesaikan kelas dan pulang ke rumah...sampai dirumah membersihkan diri...bersiap pula unutk mengajar mengaji dan tuisyen secara part-time...

Kalau pergi kuliah, ulang-alik di jalan yang sama. Tidak perlu masuk bandar pun. Isi minyak kereta pun di stesyen minyak antara rumah saya dan fakulti. Di fakulti pula pula, ruang lingkup saya meliputi rakan-rakan sekelas ISD223A dan pensyarah . Kadang-kadang, kalau ada mood, saya turun makan di kafe.kolej Kalau tiada mood, saya lebih sanggup balik makan di rumah saja selepas habis kuliah di waktu petang. Kerja saya sama saja setiap hari. Dan saya rasa usaha saya untuk memantapkan semula ilmu sampingan saya dalam pengkomputeran seperti melepas batuk di tangga saja. Kalau dulu, saya sentiasa cuba untuk memberikan impresi yang baik kepada subjek yang melibatkan sistem komputer. Tapi kali ini, saya tahu, mesti pensyarah kecewa kalau ada soalan-soalan yang tidak berjaya dijawab oleh saya.

Alasan saya cuma satu. Saya rasa sesat dalam dunia sendiri. Serba tidak kena. Sekarang ini saya sangat tidak sabar menantikan hari minggu tiba. Saya mengambil cuti yang agak panjang untuk menguruskan hal keluarga dan untuk mengecaj kembali semangat dan prestasi diri.

Harap-harap, cuti ini nanti membawa perubahan dalam diri saya. Saya mahu menjadi saya yang dulu.

Rabbi yassir wala tu’assir.
Nota 1: Saya terasa jauh dengan segalanya. Lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang ni.

Nota 2: Saya tahu ada seorang rakan sekelas saya membaca blog saya. Saya harap awak simpan cerita-cerita di sini antara kita saja ye.

No comments: