Wednesday, June 23, 2010

Buatmu

Assalamualaikum..
Diari hidup ini kurasakan sepi tanpa kehadiran surat mahupun emailmu, Langkah perjuanganku seolah lumpuh seketika di saat engkau direntap dari hidupku...Tetapi, aku tetap sedar bahawa engkau bukanlah sesuatu yang pasti untuk terus berada disisi. Semenjak dulu, kini dan selamanya. Hanya aku bermain ilusi sendiri. Justeru aku mencoret sesuatu disini demi mengingati pemergianmu dan kenangan yang pernah terbina antara kita. Tidak pula minta dikasihi dan tidak pula minta dibenci. Hadirnya catatan ini untuk membantuku melerai kekusutan dijiwa, dan disini selayaknya aku melafazkan perpisahan antara kita dengan setekad yang boleh, biarlah warkah ini menjadi nurkilan terakhirku untuk kukenang segala memori bersamamu..

Ingatkah sewaktu dirimu meletakkan harapan yang tinggi pada hubungan ini, harapan untuk memiliki sebuah mahligai indah buat kita berdua. Waktu itu betapa kita yakin bahawa hubungan ini akan utuh dan kukuh. Kita yakin susah senang alam berumah tangga yang akan kita bina kelak mampu diharungi bersama dengan sabar. Masa itu kita masih muda, kita penuh semangat serta azam. Kita kadang-kadang lupa dengan tribulasi melihat cabaran dengan mata yang kurang terbuka. Biar jauh atau dekat, biar senang atau susah, kita tetap mahu pastikan agar hubungan ini berjaya.

Dahulu pernah dirimu ungkapkan padaku, " Jangan terbang tinggi, kalau jatuh akan parah", lalu aku membalas kembali "Kalau kita tidak cuba terbang tinggi-tinggi, sampai bila pun kita takut untuk mencuba". Lagipun kita tetap akan mendapat nikmat berusaha dan mencuba.

Kalam yang kau utuskan itu...banyak memberi kesan kepada diriku...

Namun disaat pemergianmu untuk selamanya...aku terasing jauh dengan ilusi  sendiri, terbang melintasi masa dan apa juga keadaan bersendirian. Apabila diimbau sejarah kita, terasa seolah suatu kisah yang kita karang bersama adunan rasa jujur dan tulus. Walaupun hubungan kita tidak disuburkan dengan pertemuan. Ke-sefahaman dan kepercayaan telah menyiram benih-benih kemesraan, kita menjadi pasangan toleransi yang saling cuba memahami kerana engkau dan aku sangat berbeza.

Ahhh...seolah-olah  kisah kita ini seakan  mitos yang tidak wujud di pandangan mata kasar manusia....

Antara kita ada peristiwa menjadi kenangan abadi namun tidak pula aku bermaksud mengagungkannya. 

Disaat pemergianmu menghadap Ilahi, aku jadikan segalanya sekadar memori untuk diri sendiri. Sekadar nostalgia manis untuk diimbau, sebuah pengalaman yang begitu berguna buatku untuk menghadapi dunia diluar sana...namun kini, biarlah ia menjadi khazanah yang begitu berharga atau mungkin sahaja hilang dipupus masa.

Tuhan yang menentukan....

Benarkah...cinta tidak mampu mengenangkan segalanya....
Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir di sisi...
Benarlah perancangan-Nya mengatasi segalanya...

Tetapi..
ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya...
Cinta bukan semestinya bersama....
Cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia

Terima kasih kerana memberiku erti kehidupan dan erti sebuah dugaan...engkau mengajarku kehidupan ini hanyalah suatu persinggahan

Terima Kasih

eelya_khadeeja
Sungai Buloh, Malaysia


Nota 1: Mengingati mahupun melupakan sesuatu....bukanlah proses yang mudah..
Nota 2: Mungkinkah sudah saatnya aku melupakan segalanya, dan belajar menerima sesuatu yang nyata di mata, Ya Allah bantulah aku menilai kaca dan permata.
Nota 3: Menjadi diri sendiri adalah lebih baik dari cuba menjadi sesuatu yang lain dari yang lain.

3 comments:

Muadz said...

Assalamualaikum,

ana tahu anti seorang yang tabah dan percaya pada percaturan-Nya..

Yakinlah dengan janji-Nya, sentiasa perbaiki diri..

Allah sudah berjanji perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..

arwah pernah pesan pada ana, selalu ingtkan anti..belajar bersungguh-sungguh dan bahagiakan kedua ibu bapa..

Muadz said...

arwah mahu anti trs di jalan dakwah, berhati-hati dengan liku-liku dakwah, kerana hanya yang cekal dan tabah akan trs kekal dijalan dakwah..

Jadikan dakwah darah daging dan rencah kehidupan seharian anti...

AtiQah said...

salam dear khadijah...

sabar ye, setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya...

di mata kita khaty seorang yg sangat tabah... bukan calang2 orang dapat ujian sebegini... tarbiyah dari Allah...

Allah itu lebih tahu apa yang terdaya untuk hambanya...

moga terus tabah ye...
mari kita teruskan perjuangan...