Thursday, June 10, 2010

Khabar Dari Terangganu 1


bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-3 saya menghabiskan cuti seminggu bersama umi dan abi serta adik bongsu saya di Terangganu, dan ini merupakan kali ke-3 saya ke terangganu. Pertamanya tanpa umi dan abi iaitu ketika mengikuti lawatan akademik sekolah ketika darjah , kali keduanya ketika di semester 3 sewaku diploma dahulu bersama pensyarah saya, mengukutinya pulang ke kampung di Kampung Atas Tol, Kuala Terangganu, dan kali ke-3 bercuti sekarang ni..dan mungkinkah akan pulang setiap tahun selepas ini? atau  mempunyai kampung kedua disini?? Haha...Insya Allah...

Alhamdulillah, sudah banyak tempat menarik yang saya kunjungi.. Muzium Negeri, Pantai Batu Buruk, Pasar Payang (belum shopping lagi pun, nak balik nanti baru shopping..beli buah tangan tuk sedara-mara dan adik beradik yang tak ikut), Kompleks Warisan, Masjid Kristal dan banyak lagi...Satu perkara yang saya suka dengan terangganu ni, berangin jer...dekat dengan pantai..angin asik bertiup sahaja....berbeza dengan Selangor, agak terik cuacanya.

 Di hadapan Masjid Kristal

Tapi, satu perkara yang saya tak tahan, air dekat terangganu...MANIS! Super duper punya manis...order dekat kedai, minta kurang manis pun...still dia bancuh manis sangat-sangat. Tomyam dia pun manis, lauk ikan masak tiga rasa dia pun manis, majoritinya manis-manis belaka..

Susahnya jugak begini, dugaan......bagaimana la andai bertemu jodoh dengan orang teranganu kelak, susah juga nak sesuaikan diri...

Lupa pulak nak bagitahu, kenapa sebenarnya saya berada di Terangganu, Tujuan asalnya hanyalah untuk menyokong adik bongsu saya yang mewakili Selangor di Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Alang-alang berada di Terangganu ni, kami bercuti sekali..saya pun dan lama tak merehatkan diri dari kesibukkan diri dengan belajar, bekerja dan sebagainya.


Oklah, sampai sini dulu update dari saya, nak bersiap ni..kemas-kemas barang sebab nak check out homestay ni..sebab dah ada orang tempah rumah ni esok..kami nak kena cari rumah lain sebab, insya Allah akan berada di Terangganu ni hingga sabtu ni, Insya Allah.


Eelya_khadeeja
9.02pg, Homestay As-Salam, Kuala Terangganu
Nota 1: Gambar diambil menggunakan Canon DSLR baru, Thanks Abi...
Nota 2: Result exam keluar hari ini, takutnya..tak nak tengok lagi!! nak bukak sem nanti baru nak tengok..


No comments: