Alhamdulillah, setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat illahi atas result yang diberikan, saya sebenarnya mencuba dari pukul 9mlm dan berjaya menembusi talian student portal dan mini transkrip UiTM sekitar jam 11.30mlm, gigih sangat meng "refresh" untuk tembusi traffic. Jika sebelum ini, setiap kali mahu mengetahui result, seriusnya saya lebih berlapang dada dan yakin dengan target. Namun untuk permulaan semester 3 ni, gementarnya bukan kepalang seperti semalam (sebabnya bila lepas jawab exam tu, pasti kita sendiri boleh mengagak) saya sebenar nya sangat2 kurang dengan subjek third language saya iaitu bahasa france, sampaikan ketahap saya menyesal sangat2 ambil subjek tu.ermmmm.....sampaikan terfikir-fikir kenapa la aku tak ambik jer bahasa arab kan lebih mudah.
Namun percaturan Allah SWT mengatasi segalanya, alhamdulillah,
saya dapat gred yang sangat ok kot ( berdasarkan apa saya jawab masa final exam france la). tapi satu lagi subjek yang saya dah agak akan dapat gred yang kurang ok, Subjek Miss Ezza Rafedziawati Kamal Fafedzi (IMR 502)...betul-betul buat saya menghampiri dekan, huh.!..so konklusinya saya tidak mendapat dekan untuk permulaan ini, namun saya bersykur ke hadrat Allah swt, kerana lulus semua subjek dan pointer saya ini adalah satu permulaan yang baik untuk menggenggam CGPA yang ok, baki 3 sem yang akan datang ni, usaha perlulah lebih berlipat kali ganda. Target saya untuk dapat degree kelas pertama, dan tentunya itu yang umi dan abi serta arwah mahukan.
Jika ada yang tanya saya, berpuas hati tak dengan result yang saya dapat??
Pertamanya saya redha dengan result yang saya dapat, dan ada hikmahnya Allah swt memberi saya permulaan ponter sebegini, sama seperti permulaan diploma dahulu. Pastinya Allah swt tidak mahukan saya terus berada di zon selesa buat permulaan, tambahan pula saya tersangat bersyukur kerana, permulaan melakukan kerja part time ketika belajar degree ini tidaklah memberi kesan negetif kepada saya. Selain itu, Solat Tahajjud dan Dhuha perlu lah berlipat kali ganda juga, seiring dan sejalan dengan study dan dakwah. Saya yakin jika semuanya seiring dan sejalan, ia adalah formula yang paling sempurna untuk seseorang yang bergelar pelajar, Insya Allah...Mana-mana yang rompong-rompong tu kena la di tampal sebaik mungkin
Begitu banyak dugaan yang saya terima semester ini, mengajar saya sedalamnya apa itu bermujahadah dan bersangka baik dengan Allah swt, Sesungguhnya Allah SWT suka bersama hamba-Nya yang sentiasa bersangka baik padanya.
Ucapan terima kasih buat dorongan dan sokongan yang tidak pernah pudar dari umi dan abi, sahabat-sahabat dan kumpulan usrah saya, jasa kalian memberi semangat ketika saya sangat-sangat down, saya sangat menghargainya.
Nota 1: Kepada sesiapa yang dapat dekan, tahniah diucapkan..kepada yang repeat mahupun tidak mencapai target seperti saya..jangan down..sentiasa fikir positif dan mungkin Allah SWT ada percaturan yang lebih baik untuk kita semua.
Nota 2: Teringin sangat nak makan nasi dagang yang sedap! ada siapa tahu kat mane tempat yang sedap kat kuala terangganu ni?
Nota 3: Adik saya masuk separuh akhir games bola sepak dia, insya Allah hari ini pukul 4 ptg lawan dengan terangganu atau pinang (bergantung mesyuarat hari ini)
Eelya_khadeeja
7.00pg, Homestay Batriesya, Kuala Terangganu
2 comments:
tahniah khaty..kite same2 usaha sem dpan k..kalo aku leka ko tegur2 la aku er..kte same2 saling mengingatkan..:)
insya Allah...mungkin Allah nak kita usaha lagi berlipat ganda, mungkin rezeki deka tu next sem nnt..
ko pun sama ea..tgk mne yang kurang or tak patut...tgr k
Post a Comment