Sunday, June 13, 2010

Terkilan

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dua tiga bulan lepas, kawan baik saya ketika menuntut di sekolah menengah menegur saya kerana sudah lama kami tidak berhubung. Sungguh, saya sedar saya teramat-amat kurang menghubung kawan-kawan di sekolah dahulu. Atas apa jua alasan saya, saya minta maaf.

Ketika berborak, beliau meminta saya untuk tidak mendelete kan akaun facebook saya, (seperti dimaklumkan pada entry sebelum ini)  Setelah berfikir (tambahan ada faktor lain), saya tidak menerima cadangannya. Pujuknya pada saya, mudah bagi saya jika ada facebook  untuk mengesan kawan-kawan lama. Hmm, friendster yang sedia bersawang, dengan paswordnya yang saya sendiri ingat-ingat lupa ditambah dengan facebook kadang-kala membuatkan saya mahu menumpukan pada blog sahaja. Mudah dan boleh berceloteh panjang.




Bukan apa, dengan adanya facebook, hari demi hari bersiar-siar dalam facebook banyak perkara tidak diingini  yang saya terjumpa. Orang-orang yang telah lama saya tidak berjumpa (terutama kawan-kawan sekolah, dan satu universiti), akhirnya saya terjumpa dalam keadaan yang kurang menyenangkan hati saya. Saya kembali mengimbau diri-diri mereka yang dahulu.

Mereka yang dahulu adalah ahli Badar
Mereka yang dahulu adalah ketua pelajar
Mereka yang duhulu menegah budaya couple
Meraka yang dahulu dipenuhi karisma kepimpinan
Mereka yang dahulu itu dan ini

Argh..senang cerita, mereka dulu adalah idola saya, saya sangat kagumi..

Ia menjadikan saya berprasangka yang tidak baik kepada pemilik FB tersebut secara berterusan, bukan sahaja sahabat lama malahan sahabat-sahabat baru, biarlah saya mengenali mereka melalui pemerhatian mata sendiri dan secara realitinya.

Lantas bagi mengelak saya terus berprasangka..Tiada langsung akaun FB atau mungkin tidak mengaktifkan akaun tersebut adalah langkah terbaik buat masa terdekat ini.

Bagi saya mengelak adalah cara terbaik..

Bukanlah saya sekadar mahu mengungkit tetapi saya terkilan. Jika dahulu kita terikat dengan peraturan sekolah, dan AJK Biro Dakwah dan Kerohanian antaranya mewajibkan pemakaian sarung kaki, melabuhkan tudung menutup dada, pergaulan terkawal, wajib solat berjemaah bagi pelajar asrama dan pelbagai lagi. Namun kini semua itu seolah-olah hilang ditelan zaman (saya tahu tidak semua begitu).

Jika melihat pemakaian mereka, saya hanya mampu menggelengkan kepala sendiri. Saya bukanlah yang terbaik tetapi saya terpanggil untuk menyatakan pendirian saya. Saya pernah menyebut bahawa saya tidak mengharapkan kawan-kawan saya memakai tudung labuh bulat atau wajib 60 inci tetapi cukup sekadar anda mematuhi syarat minimun walaupun memakai tudung labuh itu lebih baik. Begitu juga dengan aspek-aspek lain. 




Terlupakah kita bahawa peraturan sudah tidak wujud tetapi peraturan yakni syariat Allah itu ada. Adakah Tuhan di zaman persekolahan dan Tuhan di zaman kini adalah Tuhan yang berlainan? Andai kita merasa syariat Allah itu bebanan atau remeh-temeh maka soal kembali keimanan kita. Soal kembali keyakinan kita terhadap janji Allah. Jangan hanya ketika ditimpa musibah baru kita nampak Dia.

Sungguh rugi kita cuba ditarbiyah di sekolah dulu dengan nilai-nilai budaya Islam kini pelajar-pelajar sekolah agama sendiri kurang boleh diharap. Bagaimana bagi mereka yang sememangnya tidak faham tuntutan syariat? Siapa lagi yang akan menyampaikan kefahaman itu? Jika mereka bekas-bekas pelajar sekolah agama tidak mampu istiqamah dengan tarbiyah yang ada, siapa lagi? Sesungguhnya kita memerlukan tenaga-tenaga pemuda Islam untuk berdakwah, tetapi di manakah kita sekarang? (Termasuk saya yang menulis)

Bukanlah saya maksudkan orang yang tidak bersekolah agama tidak layak membimbing masyarakat tetapi jika anda (yakni yang tidak bersekolah agama) yang ke hadapan dahulu maka sesungguhnya andalah yang lebih berharga seperti seorang sahabat saya ketika di KMPk. Beliau bukanlah anak didikan sekolah agama  tetapi kini berbanding saya, beliau lebih kehadapan membela Islam.

Kadang saya terfikir. Terlalu banyak perkara salah yang sudah menjadi seolah-olah betul membuatkan saya bimbang adakah apa yang saya sedang lakukakn adalah betul-betul benar. Neraka itu dikelilingi keseronokan dan syurga itu dikelilingi kesusahan. Saya bimbang kita terlalu biasa dengan kebiasaan yang salah tanpa sedar kita sedang menempah tiket neraka. Nauzubillah.

Saya berharap mereka terasa dengan penulisan ini. Bukanlah terasa yang membawa dendam tetapi terasa yang membawa perubahan. Saya tidak berniat untuk memutuskan ukhawah yang ada. Sangka baik saya, mungkin kita terlupa atau hanyut seketika. Selagi ada masa, tolonglah kembali sebelum kita lebih hanyut dan terlambat. Andai satu hari nanti, saya juga sedemikian tolonglah tempelak saya kerana tidak menunaikan kata-kata saya sendiri.

 
Wallahualam.

p/s: Sebenarnya inilah antara hasil sistem pendidikan negara kita yang celaru dan haru-biru. -__-  
(Susah sangat ke labuhkan sikit tudung menutup dada?)

2 comments:

princess^^lily said...

salam..aku stuju dgn entry ko nie.. erm..dulu aku pnah dgr hadis nabi, yang "smakin hampir hari kiamat suatu masa nanti perempuan2 akan memakai tudung dan terdapat bonjolan di tudungnya..seperti bonjolan unta"...aku mencari2 hadisnya supaya bila aku ingin sampaikan kat org lain ade buktinya..if..ko ade jumpe,btaw aku k..aku smkain tkt tgk cara org pakai tudung skrg ni..biarlah pendek tp tutup dadanya,tutup rambut dan pangkal lehernya.. btul kan..itu yg aku pnah dgr la..tp enth ape motif org pakai tudung skrg ni..smakin leka dgn tuntutan..huhu..if aku terleka..tegur2 k..wsalam..

eelya_khadeeja said...

entahlah, sebenarnya lama dah aku tgk fenomena ni....terfikir satu benda bila tgk..

"Rasanya ada hadith yang berbicara tentang wanita yang menutup aurat menyerupai bonjolan unta"

Insya Allah dah jmpa nnt aku share ngan ko...

Tidak salah mengikut trends mahupaun ingin kelihatan menarik tapi biarlah mengikut syariat..

Apa lah yang ingin dikejar andai melihat pujian orang lain mahupun digelar up to date tatkala menutup aurat..

sedangkan keredhaan Allah swt entah diletakkan dimana..

Fikir-fikirkan lah...

Letakkan di Posisi kita sebagai hamba-Nya dengan sepatutnya..