Monday, June 14, 2010

Trend Baru Di Malaysia, Bertudung Macam Bonggol Unta

Saya rasa sangat terpanggil untuk menulis artikel ini setelah membaca komen dari sahabat saya Liyana dengan komennya pada entry sebelum ini, secara dasarnya entry sebelum ini lebih kepada saya meluahkan rasa kesedihan saya atas apa yang terjadi kepada sahabat-sahabat saya. Tidak pula difokuskan kepada isu bertudung macam bonggol unta ni. Tapi mungkin ada sesuatu yang berlegar di fikirannya menyebabkan dia meluahkan sesuatu di rungan komen entry saya pada sebelum ini. 

Dia juga ada meminta saya berkongsi andai tahu mengenai hadith yang berceritakan tentang keadaan suatu masa kelak ada wanita yang berpakaian menyerupai bonggol unta, saya sendiri pernah membaca mengenai hadith tersebut, cumanya, astafirullahalazim, saya lupa dari sumber mana, akhirnya mencari-cari di buku catatan usrah saya..Alahmdulillah dapat juga sepenuhnya keratan hadith tersebut dan sumbernya sekali, ini membuatkan saya merasakan masa yang sesuai untuk mengupas isu ini dengan selanjutnya. Insya Allah, moga-moga memberi pengetahuan kepada yang tidak tahu dan menyedarkan mana-mana yang kurang tahu apa yang mereka lakukan.

Kebiasaannya para wanita yang mengikuti fesyen ini memilih tudung jenis shawl-like syrian style hijab. Dan ada juga yang menggunakan inner yang berbeza dan di litupkan inner tersebut dengan selendang. 

Semenjak trend ini kian diresapi dikalangan wanita di malaysia, tidak kira yang masih belajar mahupun bekerja, saya sangat risau... saya luaskan pencarian di google mengenai isu ini, ada yang turut membicarakan apa yang saya cuba ulaskan dalam entry ini, tidak kurang juga yang "melenting" tatlaka ditegur mahupun marah gambar mereka digunakan sebagai contoh apa yang dimaksudkan dengan bonggol unta itu. Ustaz Hazrizal juga pernah mengutarakan isu ini di ruangan status Facebooknya, dan isu ini sangat hangat dibicarakan. 




Saya rasa macam aneh je wanita bertudung yang ikat sanggul tinggi-tinggi. Kelakar pun ada. Tapi ada juga yang kata ikat sanggul tinggi-tinggi lagi cantik. Cantik tang mana pun saya tak tahu. Ke...saya yang tak up-to-date dengan fesyen-fesyen terkini lagi sensasi? Huhu...

Cantik ke buat macam ni? angkatkening


“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” (hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223)


Nak berfesyen boleh tapi jangan la sampai fesyen kita tu mengundang laknat Allah sudah la ye...

Mungkin ada yang memikirkan bagaimana permulaannya fesyen ini dan apa yang mereka buat untuk menghasilkan bonggol tersebut (niat saya bukan mengajar cara-cara untuk sahabat yang lain turut melakukannya)

Oleh kerana semalam ada yang chatting dengan saya tanya pasal benda yang digunakan untuk meninggikan sanggul rambut di bawah tudung,saya kongsikan di sini beberapa gambar pemakaian alat yang dipanggil HAIR FLOWERS atau HAIR CLIPS yang glamor di negara-negara teluk. Mereka suka pakai yang saiz besar-besar dan panggil style tutup kepala tu EMIRATI STYLE. 

Saya sarankan JANGAN TIRU ya. Ini sekadar pengetahuan sebagai peringatan bersama unutuk melengkapkan lagi apa yang saya cuba bincangkan ini.

Sumber: http://hubpages.com/hub/Hair-Flowers

Sumber: http://projectsforyournest.blogspot.com/2009/04/flower-clips.html

Mashaallah... janganlah buat gini, hodohnya...

Diorang buat macam nilah untuk dapat efek macam gambar kat atas tu. MEMANG HARAM sebab sengaja mengubah apa yang Allah telah kurniakan.

Punyalah besar benda alah tu.

Jadi, beringat-ingatlah kita jangan sampai kita buat cara-cara berhias dan bercantik menyerupai cara-cara di atas. Sanggul tak tinggi macam ni pun masih lagi cantik apa... Allah memang dah jadikan wanita itu cantik, percayalah. Jadi jagalah dengan baik-baik agar kita selamat di akhirat nanti.

Anyway, in wearing hijab, niat perlukah menghalalkan cara? 
Nota 1: Aduhai, kaun wanita..kita memakai hijab adalah untuk menutup aurat dan sudah pastinya tidak mahu orang tahu bagaimana rambut kita?, tapi bila dah sanggul tinggi-tinggi, tak ke sang teruna terlintas di fikirannya tatkala melihat sanggul yang tinggi itu dan membayangkan kita dikala tanpa hijab? Anda yang mencetus mereka memikirkan begitu dengan fesyen yang anda sendiri pilih, FIKIRKANLAH!
Nota 2: Maaf andai ada yang tersinggung, saya ikhlas untuk menegakkan mana yang saya rasa ia salah dan perlu diperbetulkan.


4 comments:

princess^^lily said...

thanx ija..akhirnya..dapat jugak cari potingan hadith tu..sangat2 terima kasih..n aku harap dapat dikongsi bersama2 buat renungan kawan2 yang lain..sebelum kawan2 kite terjebak untuk melakukannya.. moga dijauhkan..amin...

aNdi.Hanin::حنين said...

salam,

dah lama tpikir pasal ni, tuptup terfikir pasal hadith tu juga.
makin hari makin tinggi lak sanggul blakang tu ye...

ntah apa yang cantek tah. huhu. nak bersandar kat krusi pun xleceh.

thanks 4 sharing ^__^

eelya_khadeeja said...

princess lily

u r welcome...

sudah tanggungjawab untuk mengingati dan berkongsi ilmu...untuk lebih manfaat....

sebar-sebarkan moga manfaat bersama...insya Allah

eelya_khadeeja said...

andi>

akak pun sebenarnya dah lama terfikir-fikir bila tgk fesyen macam ni...

cuma, nak tegur atau tidak...takut tidak berlandaskan sumber yang betul...

sekarang ni bila dah ada hujah nak utarakan tatkala menegur...barulah yakin nak tegur...

" memang betul pun leceh, ada lagi dasyat...letak gumpalan kertas" kertas