Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah dikesempatan yang ada ini saya dapat berkongsi sedikit pengalaman dengan sahabat semua tentang kondisi saya sebagai pelajar NR dan menetap di rumah bersama keluarga sedangkan menjadi pelajar Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian) Pengurusan Rekod yang bermoodkan status pelajar sepenuh masa.
Pengalaman apa yang saya mahu kongsikan?
Tentu lebih ramai yang mengeluh dari merungkai hikmah atas keadaan saya, mana tidaknya..bayangkan jika saya bertemu sahabat se-batch saya dulu, dan mereka bertanyakan secara rawak saya tiggal di blok mana di kolej. Saya dengan senangnya menjawab, " eh, kita tak tinggal di kolej la, kita ulang-alik setiap hari" dan responnya hampir sama dari setiap orang. " tak penat ke? kenapa tak nak duduk kolej?" . Jawapan mudah yang saya akan berikan pada mereka ialah, "tipu la andai kita kata kita tak penat, tapi manisnya kte dapat tatap wajah umi dan abi setiap hari." mula-mula tu memang la rasa nak duduk kolej jer, tapi kelamaan ia jadi alah bisa tegal biasa. Dihambat pula saya perlukan sokongan keewangan untuk perbelanjaan dan yuran pengajian saya, saya melakukan kerja sambilan.
PTPTN? Cukuplah saya bergelumang dengan riba' sepanjang diploma dahulu, kerana kurnagnya ilmu pada ketika itu. Saya lebih rela bersusah dan merasa penat sedikit sekarang melakukan kerja sambilan ketika dalam pengajian dari terus dibelenggu riba'.
Hikmahnya, dalam keadaan begini saya merasakan ikatan kekeluargaan yang saya rasa sangat jauh semasa tinggal di asrama ketika sekolah teknik dan 3 tahun pula berkelana di bumi Segamat demi segulung diploma kembali segar malah kini hari demi hari ia tersimpul dengan sangat kemas dan erat. Saya selesa unutk berkongsi masalah dengan umi dan abi, saya tahu segala berita tentang keluarga kerana segalanya didepan mata, dan saya memang " penjaga rumah yang setia " mana taknya, saya ni memang suka memerap dirumah sahaja, jika dulu balik dari asrama, saya akan senyap-senyap di dalam rumah dan keluar jika ada program sahaja. Nak jalan-jalan? argh...bukan saya la tu. Jadi tinggal dirumah pada ketika ini berbanding menginap di kolej kediaman adalah satu bonus yang tidak bisa saya lepaskan. Tambahan pula perjalanan dari rumah saya ke kampus pengajian saya hanyalah sekitar 10-15 minit sahaja.
Selain itu, hikmahnya jiwa rohani saya lebih terisi, kerana boleh dikatakan surau-surau yang ada di kawasan perumahan saya ini sangat aktif dengan kelas-kelas agamanya dan masjid Saujana Utama juga tidak kurang hebat denga program-program yang bersesuian dengan masyarakat sekeliling. Jika tiada usrah kerana kekangan masa, saya masih memilih untuk mendapatkan input dari pengajian kelas tajwid, tafsir dan fiqh sirah dari penceramah yang sangat mantop!.
Hikmah lain, saya menjadi seorang yang sangat menghargai masa, kerana setiap saat yang ada perlu diatur sebaik mungkin, jika berada dikampus saya perlu bijak mencari masa untuk ke perpustakaan, berjumpa pensyarah dan perbincangan tugasan bersama kawan-kawan. Apabila di rumah pula, saya perlu tahu masa yang yang sesuai untuk menyiapkan tugasan dan melakukankan kerja sambilan , serta tugas hakiki saya selaku anak perempan sulung iaitu melakukan kerja-kerja rumah dan kadang-kadang perlu memasak...hikmahnya banyak la tips-tips memasak dan ilmu rumah tangga yang dikongsi umi bila bersamanya di dapur.
Nota 1: Katanya dalam 3 thn lagi? Rasanya sempat habiskan master pulak, insya Allah
Nota 2: Cari punya cari mood nak buat asgmnt, sampai sekarang tak dapat...sudahnya mood update blog jugak yang ada...hik3!
No comments:
Post a Comment