Tuesday, December 28, 2010

Bercerita Ketika Bahagia

Assalamualaikum wbt 
Harini saya banyak baca blog orang. 
 
Namun ada sedikit pandangan yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua..
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.


Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.


Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.


Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.


Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.


Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.



Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

BUNGA DAN COKLAT


**Nota saya: Tiba-tiba ada ayat terakhir di atas :) Siapa yang tak nak masuk syurga kan? Saya nak(jawab dengan penuh semangat). Mari kita bina jalan ke syurga bersama. InsyaAllah..

Friday, December 24, 2010

Alhamdulillah, Program Daurah Kefahaman dan Penghayatan Al-Quran bagi tahun 2010 berakhir dengan baiknya pada 24 Dis 2010. Sepanjang program terlalu banyak ilmu yang dikongsi bersama-sama peserta-peserta kumpulan. Adik-adik peserta juga semuanya ceria-ceria belaka.



Dengan berakhirnya....secara rasminya saya dapat menikmati cuti semester dengan tenang sebelum kembali ke sekolah. Ngeee~~~

Nota1 : Rasa gerun bila tengok subjek-subjek semester 5...Ya Allah smg segalanya dipermudahkan
Nota 2: Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis.

Monday, December 20, 2010

Salah Faham Pemakaian Tudung

Pada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Kita dapat lihat bagaimana seorang muslimah sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula mengenakan tudung. Alhamdulillah, Rahimahunnallah. Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak. 

Kebanyakan tudung yang dijual hari ini tidak cukup untuk menutup aurat secara sempurna melainkan meninggalkan celah-celah yang memperlihatkan aurat. Menurut jumhur ulama, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Sebagaimana ulama ahli tafsir Imam Al-Qurthubi berkata, pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan. Yang menunjukkan hal itu adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:
Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah berpaling darinya dan berkata kepadanya : “Wahai Asma ! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini.” Kemudian beliau menunjuk wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Rabb selain-Nya”. Maka, selain muka dan telapak tangan, tidak boleh terlihat walaupun sedikit.
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam melarang para wanita muslimah berpakaian ketat. Dan batasan ketat adalah tergambarnya bentuk salah satu anggota tubuh yang termasuk aurat. Usamah bin Zaid pernah berkata :
Rasulullah pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi bertanya kepadaku : “Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah ?” Aku menjawab : Aku pakaikan baju itu pada istriku. Nabi lalu bersabda : “Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, karena saya khawatir baju itu masih bisa menggambarkan bentuk tulangnya.” (Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadits Al-Mukhtarah I/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan).
Sungguh menghairankan sesetengah muslimah yang sudah menyedari akan wajibnya menutup aurat, namun di dalam hatinya masih ada keinginan untuk menonjolkan bahagian-bahagian tubuhnya agar terlihat indah di mata laki-laki. Waliyyadzubillah. Sehingga mereka pun memakai tudung secara ala-kadar sahaja. Kesilapan muslimah yang menggayakan tudung pada hari ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian.

1.Antara tudung yang popular dipakai masa kini adalah tudung lilit atau tudung pendek. Hampir kebanyakan muslimah menggayakan tudung jenis di mana banyak dipengaruhi oleh pemakaian artis-artis tempatan. Rata-rata daripada mereka akan mengatakan tudung jenis ini ringkas, tidak rimas dan senang dipakai. Namun tidak syak lagi pemakaian jenis ini mendedahkan dada. Padahal telah jelas dalil menyebutkan:
“Dan hendaklah mereka menutupkan tudung ke dada mereka…” (QS. An Nur : 31)

2. Antara kebiasaan yang selalu dilakukan muslimah pada hari ini adalah
memasukkan tudung ke dalam baju atau memakai jaket atau coat diluarnya. Ini menyebabkan hilangnya fungsi tudung untuk menutupi bentuk tubuh bahagian atas. Memang terdapat pelbagai alasan diberi untuk mengenakan tudung jenis ini. Pertama adalah untuk keperluan keselamatan, misalnya ingin memasuki makmal, tudung perlu dimasuki ke dalam coat bagi mengelak dari disambar api, bahan kimia dan sebagainya. Penyelesaian untuk permasalahan ini, pakailah coat yang besar dan longgar sehingga tidak menampakkan langsung bentuk tubuh bahagian atas. Namun, kalau kita lihat situasi hari ini, sukar untuk melihat mereka yang memakai coat yang disebutkan itu. Kedua pula, adalah keperluan akademik. Mereka menggayakan tudung jenis ini dengan alasan kekemasan seperti yang dapat kita lihat pada badan-badan uniform seperti Pasukan Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi. Sukar untuk berkompromi dengan alasan ini kerana tidak bolehkah mengemaskan sahaja tudung yang dilabuh itu? Mengapakah mereka tidak boleh mencotohi Pasukan Puteri Islam yang tampak molek dengan tudung tidak dimasukkan ke dalam baju tetapi masih boleh berfungsi sebagai satu pasukan? Ini adalah persoalan yang perlu diperhalusi lagi.

Kesimpulannya, dapat dinyatakan disini, jumhur ulama berpendapat bahawa panjang minima bagi suatu tudung adalah sampai menutupi dada dengan sempurna. Namun ini bukan bererti sekadar melepasi sepanjang itu. Kerana seringkali diterpa angin, maka bahagian dada akan tersingkap. Maka, tidak ada pilihan lain bagi muslimah kecuali mengenakan tudung yang lebih panjang dari itu. Bahkan sangat baik bila tudung menjulur panjang sampai ke punggung. Dan inilah pendapat sebagian ulama dengan mengambil zahir dari perintah Allah pada surat Al-Ahzab ayat 59:
Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mumin : “Hendaklah mereka mengulurkann jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” (QS. Al Ahzab : 59)
Walau demikian kami bersyukur kepada Allah, bahawa sekarang mulai terlihat kesedaran dikalangan muslimah di negara kita untuk mulai mengenakan tudung. Walaupun sebahagian besar masih belum memenuhi kriteria syar’i, namun kami berharap saudari-saudari kita muslimah sentiasa berproses dan memperbaiki diri dalam pemakain tudung hingga sesuai dengan apa yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kita berharap semoga kaum muslimah kita yang dimuliakan oleh Allah, sentiasa memperbaiki diri dan menjaga kehormatan dirinya dengan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Beragama dengan kaedah yang benar sesuai Al Qur’an dan As Sunnah, bukan hanya mengikuti perasaan, atau mengikuti apa yang dianggap baik oleh kebanyakan orang. Wallahu ta’ala a’lam.

Nota 1: Moga suatu hari nanti dia akan berubah, diriku sudah mencuba sedaya mungkin...mengharapkan dirinya mendapat hidayah dari Allah swt.

Sunday, December 12, 2010

Di sebalik senyum manismu....


Di sebalik senyum manismu, kamu simpan cerita hati kamu di sudut terdalam di relung kalbumu. Tentang lirihnya hati tatkala merindu, tentang beratnya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, tentang segala macam pahit manis asam garam kehidupan. 

Mungkin manusia lain cuba untuk meletakkan diri di tempat kamu untuk menjadi empati tapi rahsia tentang perasaan yang terpendam itu hanya diketahui kamu dan Tuhan kamu.

Zahirnya, selama ini, kamu telah penat menjadi kuat berseorangan. Tapi wahai sayang, hakikatnya, kamu tak pernah sendirian, kamu punya Tuhan sekalian alam, yang tak pernah meninggalkan kamu walau kamu terlupakannya. 

Kamu ada Tuhan, yang masih menghidupkan kamu dalam limpahan kasih sayang. Al-Wadud yang menawarkan cinta agung kepada kamu, cinta yang tidak dikhuatiri berakhir dengan pengkhianatan, kekerasan, penentangan atau keretakan.

Kumpullah cebisan kekuatan yang masih bersisa dan angkatlah wajahmu menghadap langit dan empanglah kesedihan kamu. Jalan ini masih panjang maka cekalkan keazaman dan melangkahlah dengan tabah. Proses pendewasaan memang melelahkan tapi padanya terdapat sebaik-baik pengajaran yang memanusiakan.


Kekuatan bukan untuk dicari, tapi untuk dibina. Dan saat ketika pilihan itu yang kamu mahukan, tentunya kamu sudah habis menimbang tara segala keputusan. Ini yang terbaik, insya allah.

Sebenarnya kamu kuat, lebih kuat daripada apa yang kamu jangkakan. Seharusnya kamu terus-terusan menjadi kuat kerana begitu ramai yang mendoakan. 

Menangislah, untuk menyirami jiwamu yang kontang. Setiap titisan air mata itu ada hitungan pahala untuk dihisabkan kelak. Mungkin, kamu tidak dapat banyak perkara tetapi kamu juga tidak tahu apa yang telah Allah sediakan untuk kamu. 

Bersangka baiklah. Bertenanglah dengan ujian ini. Bersabarlah dengan ketetapan ini. Semoga Allah memelihara yang di sini dan juga yang di sana dan di antara keduanya :)

Kamu, tidak perlu berpura-pura kuat sepanjang masa. Cukuplah kamu saja yang tahu yang kamu kuat.

Saturday, December 11, 2010

Tengah Mereng..

Saya tak pasti virus apa yang berleluasa kini tapi yang pasti, sejak tiga hari lepas, andai saja saya ada masa terluang ketika menghadap laptop, saya akan membuat tiga perkara ini:

1) Melihat-lihat gambar kahwin orang lain. Serius tak ada kerja betul saya ni. Yang cantik-cantik tu akan buat saya tersenyumlah. Lepas itu, boleh pula mengomen itu ini seorang diri pada apa-apa yang tidak kena pada pandangan mata saya. Solekan tak comellah. Baju ketat sangatlah. Hihi.

2) Membelek set-set pelamin yang menjadi pilihan ramai pada masa kini. Kebanyakannya jenis panel. Sanggup tu saya meninjau dari satu website ke website yang lain. Bukan hendak buat apapun. Tengok saja. Lepas tu teruja seorang diri. Lepas tu macam ada sedikit berangan-berangan. Kalau boleh mahu pelamin yang macam buaian. Ngeeee~

3) Melihat hiasan hantaran kahwin dan barang-barang yang biasa dijadikan pilihan hantaran dewasa kini. Ini agak subjektif sebenarnya. Sebab citarasa semua orang adalah berbeza. Ada yang suka hantaran yang kompleks. Yang sarat gubahannya. Kalau saya, saya suka yang ringkas. Cukup sekadar ada bunga segar sebagai hiasan pada setiap dulang itu. Boleh begitu? Barang hantaran pun satu hal lagi. Set minyak wangi, kasut, beg tangan semua tu adalah terlalu biasa dan saya tak pakai semua tu. Boleh tak kalau dibuat kelainan dengan memberikan/diberikan iPhone4 ke, Canon EOS 7D ke. Tapi untuk saya, cukuplah sekiranya diberikan saya peluang bersama-sama menunaikan haji di Makkah. I mind you. 

Dan bila saya fikir-fikir semula, buat apa saya buang masa melihat semua ni. Bukannya nak kahwin pun lagi. Serius buang masa, kamu tahu. Sebab semuanya cantik-cantik dan akan mendatangkan rasa keterujaan yang tinggi di lubuk sanubari.

Disebabkan sangat acap melihat gambar kahwin, mimpi di malam hari pun terbawa-bawa segala keterujaan ini.

“White-cream… Simple yet very sweet.”

Nota 1: Semalam dapat handbag baru...ya bada bedu....

Banyak cerita

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.....Alhamdulillah.... Saya sangat-sangat bersyukur pada-Nya, sepanjang teratak usang saya ini dibiarkan sepi...banyak dugaan dan anugerah-Nya yang diberikan saya hargai setulus hati... Bila dugaan datang saya tahu ia datang untuk menguji,dan saya mampu hadapinya kerana Allah SWT tidak akan menduga hamba-Nya melebihi kemampuan.... namun disaat anugerah muncul saya tahu Allah always be my side....


Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia


 
Untuk ketika ini, saya sangat gembira....Yipiee.!!!
Pertamanya sebab result exam semester 4..
Result yang sangat meningkat berbanding semester 3 dahulu...
Alhamdulillah...

Oklah, saya akan menceritakan dengan lebih teratur dan kemas, mengapa saya
 susah sangat nak update blog ini dengan lebih berdisiplin....

Bermulanya, saya sangat-sangat malas mengupdate blog, bila minggu-minggu menghampiri exam final sem lepas, saya sangat sibuk dengan group discussion, final project, dan presentation.. Lagipun disebabkan semester lepas saya hanya ada satu subjek sahaja yang mempunyai final paper dan selebihnya hanyalah final project. Jadi komitmen yang lebih perlu diberikan.

Alhamdulillah, segala usaha untuk semester lepas berakhir dengan  peperiksaan akhir pada 25/11. Saya bercuti semester lebih sikit dari rakan-rakan kelas yang mengambil subjek minor selain sistem. Tetapi saya tidaklah terus bercuti. Sebaliknya saya mengambil kesempatan masa yang ada untuk menghadirkan program, dan melawat arwah pak cik saya ( pada ketika itu sedang tenat di IJN). Sayu hati bila tgk dia tak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.

Ya Allah, masa ini setiap kali saya masuk melawat di ICU, saya akan bisikkan " Pak Cak, akak datang ni, cepat sembuh tau"
Ini gambar arwah sebelum pembedahan bypass jantung dibuat... Sedih tgk gambar2 ni balik..dia sangat2 hepi sebelum dibius..
Pak Cak adalah abang sulung abi saya, dan antara pak cik yang sangat rapat dengan saya. Dihari arwah pergi buat selamanya, sungguh meruntun jiwa kerana hanya 2 minggu sebelum tarikh pernikahan kak ina, anak ketiga arwah. Namun kami redha kerana DIA adalah sebaik perangcang. Dia meninggal betul-betul selepas azan isyak. dan disaat di masih dihujung-hujung nyawa saya berada di dalam bilik ICU tersebut bersama sepupu yang lain dan adik beradik ayah saya yang lain. Sangat merunutn jiwa melihat orang yang kita sayang dicabut nyawa, dan ianya betul-betuk mengingatkan pada saya bahawa kematian itu sangatlah dekat. Semua ahli keluarga termasuk yang jauh dan dekat mengalirkan air mata.. Lobi IJN dipenuhi saudara mara dan sahabat handai arwah.

Selepas selesai semua urusan pengeluaran jenazah dari ICU IJN... keluarga arwah pulang dulu kerumah menyiapkan rumah untuk jenazah dimandikan dan dikafankan. Saya sekeluarga membantu anak-anak arwah unutk dikeluarkan dari bilik jenazah dan dibawa pulang menggunakan van mayat  ke Subang Bestari tempat arwah akan dikemubikan. Ketika di dalam bilik mayat, saya terus membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada arwah sementera menunggu van jenazah tiba. Disebabkan arwah tidak mempunyai anak-anak lelaki iaitu keempat-empatnya perempuan. Maka tenaggungjawab ini dipikul oleh abi dan adik-adik arwah yang lain.



Alhamdulillah semua urusan pengkebumian jenazah berjalam dengan lancar. Ok tutup cerita sedih, yang pergi tetap akan pergi. Kita yang masih ada ni, siapkan bekalan untuk kesana juga yang kekal abadi.

Mari kita cerita bab kawin-kawin pulak. haha...

Tapi saya terkilan sikit cerita bab kawin ni, bukan terkilan sebab saya tak kawin,

Bukannya apa, terkilan sebabnya dua perkahwinan ini adalah pada hari yang sama, dan saya perlu memilih untuk menghadiri yang mana satu. Sudah tentu la saya perlu utamakan mana yang saya sudah berjanji iaitu kak ina, anak arwah pak cak untuk ke majlis nya menjadi tukang bagi gift...dan walimatul urus lagi satu adalah kak yatt, saya tidak dapat menghadirkan diri. Dan hanya berkesempatan datang sewaktu majlis pertungan kak yatt sahaja.


Selamat pengantin baru kak ina (cousin) dan faizul.. 

Kak yatt, selamat pengantin baru...moga baitul muslim yang dibina melabarkan lagi sayap dakwah ke selatan..




Cerita program pulak, 

Alhamdulillah sepanjang cuti ni, yang sebenarnya saya masih lagi belum dapat menikmati cuti. Saya sempat ke beberapa program, antaranya Program Daurah Kefahaman Islam & Penghayatan Al-Quran Remaja Masjid Negeri Selangor, dan Kembara Korban.

Mohon maaf, untuk program kembara korban tidak banyak gambar yang boleh di kongsi, kerana camera saya tidak bawa hanya pinjam camera orang, jadi tak boleh la lebih-lebih...dan untuk progam bawah kerajaan negeri selangor tu, saya menjadi fasi.. dan iainya berlansung sehingga 24/12 ni.. dan secara rasminya saya akan betul-betul menikmati cuti semester saya pada 24 ni. Alhamdulillah....


Keempat-empat gambar diatas adalah sebahagian adik-adik kumpulan saya. yang selebihnya malu-malu kucing nak ambil gambar...


Nota 1: Pada yang bertanya tentang result, alhamdulillah result sangat menggembirakan.
Nota 2: Esok akan ke Institut Perguruan yang berdekatan Bandar Tun Razak, ada program disana.
Nota 3: Hari ini dari pagi tadi, tak henti2 saya teringatkan arwah...punca kenapa tiba2 ia muncul saya sendiri pun tak pasti
Nota 4: Alhamdulillah, sem depan saya dapat kerja part time baru yang lebih berkait dengan pengajian saya di UiTM, tapi anak-anak muridku, tugasku sebagai muallimah tidak akan ditinggalkan..kerana i'm already inlove teaching u all...