Tuesday, July 26, 2011

Ujian

Ya Allah, luaskan pandangan ku dengan nikmat kurniaanMu melebihi ujian yang sedang diuji ini, 2 ujian yang cukup hebat, dan kini berikanlah kekuatan untuk berhadapan dengan ujian satu ini kerana aku yakin, ajal maut, jodoh pertemuan dan rezeki itu kekal menjadi rahsiaMu ya Rabb. 


Pertamanya ujian yang sangat getir buat kami sekeluarga, kemudian di khabarkan pula dengan pemergian nenda tercinta pada 22 Julai yang lepas, betul-betul dua bulan selepas pemergian arwah tok wan pada 22/5/2011 yang lepas. Ketiga nya juga ujian yang sangat hebat, entahlah... sukar untuk saya bercerita panjang disini, hakikatnya jiwa saya sangat dahagakan ketenangan dan kekuatan dariMu ya Allah. 

Oh yaa, saya sudah pun habis praktikal pada 20 Julai lepas, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sijil pun sudah dapat apatah lagi seribu pengalaman manis dan pahit sepanjang praktikal disana. Gambar diatas adalah semasa majlis penutup sesi praktikal kami di IJN, semua adalah rakan sekelas dan pelajar semester 5 selebihnya pelajar yang praktikal di sana adalah pelajar semester akhir.


Nota 1: Selamat menyambut ramadhan, ayuh jadikan bulan yang akan mentarbiyahkan kita semua.
Nota 2: Jodoh itu kekal menjadi rahsiaMu ya Allah.
Nota 3: Apa mungkin kita temu kebahagian dalam perpisahan?

Friday, July 08, 2011

Generasi

Masa kian menghampir,
Makin aku dibuai seribu satu ketakutan,
Takut untuk menjadi penerus generasi,
Takut menjadi penghubung dua generasi,
Generasi kini yang kian rapuh imannya,
dan generasi akan datang aku aku sendiri gerun membayangkan.
Mampukah aku mendidik anak-anakku kelak dalam dunia
yang makin menggila ini.


Amarahku kadang-kadang menggunung tinggi,
Tatkala anak-anak muda kini yang umurnya,
bolehku anggap pejuang agama,
Tetapi hanyut dibuai cinta dan pergaulan berleluasa,
Ada juga yang solatnya tidak ditinggalkan seiring maksiat dilakukakan
Menerjah fikiran ku kemanakah perginya kemanisan iman dari solatnya


Tidak kurang juga yang menjadi sahabatku tetapi sangat liat untuk bersolat,
Sudah seribu satu cara aku berkias mengajaknya,
Tetapi sudah pasti akan ada seribu satu alasan darinya untuk tidak bersolat.


Semuanya berada didepan mata, tetapi aku malu menjadi hamba-Mu Ya Allah
kerana lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Aku mohon pada-Mu Ya Allah kurniakan aku peneman hidup yang mampu
aku jadikan pemangkin cintaku pada-Mu Ya Rabbi...