Tuesday, May 31, 2011

Mohon Maaf

Terima kasih kepada yang menegur saya berkaitan gambar arwah tidak dibenarkan diambil. Sejujurnya saya tidak tahu ia adalah sesuatu yang akan membuka keaiban arwah,. Walau apa pun ia pengajaran yang besar buat saya. 

Maaf jika post saya sebelum ini menimbulkan kemarahan sesetengah pihak, Saya akui kesilapan dan sudah memadamkan entry tersebut. 

Sekali lagi terima kasih atas teguran.

Sunday, May 22, 2011

Terkini: Tragedi Tanah Runtuh Di Ulu Langat

Assalamualaikum

Berita yang amat sedih dan memilukan, tragedi rumah anak yatim tertimbus di Ulu Langat, terbaca tadi di Berita Harian. Kejadian tanah runtuh ni berlaku petang tadi, kira kira jam 2.30 petang. Seramai 24 orang penghuni sedang bersiap siap untuk menerima  ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah hari dan beramah mesra dengan anak yatim.

Ketika kejadian, 24 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu. Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat jam 8 malam ini, dari 24 yang tertimbus, 5  penghuni maut dan enam pula cedera parah. 12 orang berjaya diselamatkan.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

“Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

“Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya,” katanya.

Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Morni Mamat, berkata sehingga 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.

Berita dari Selangor Kini:
Kira-kira 20 hingga 30 penghuni sebuah rumah anak yatim di Sungai Gahal, Ulu Langat dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Dua mayat kanak-kanak penghuni rumah anak yatim sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis sebentar tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan bilangan penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.
Sebelum ini, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah terbabit dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2 petang tadi.

Gambar tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim Ulu Langat

tragedi tanah runtuh rumah anak yatim ulu langat
Mangsa sedang dikeluarkan




Saturday, May 21, 2011

Lelaki Bertaqwa


Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka. Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya. Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya.

Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin.

Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perjudian, minuman keras, berkunjung ke tempat-tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab, “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, tetapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.

Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk “al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.

Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali) yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.

Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripada menikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri.

Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.

Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).

Thursday, May 19, 2011

Menjawab Tag


1. Apa benda yang paling penting dalam hidup?
Duit. Sebenar nya nak jawab; Cinta. Tapi, Cinta tak kan berjaya kalau tak ada Duit. Jadi, saya pun jawab; Duit.

2. Benda terakhir yang korang kau beli guna duit mak ayah?
Wallet, sbb dah seminggu ikat i/c, lesan dengan kad gne getah pasar ja.
3. Tempat ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan?
Tempat : Masjid Kristal. Tema : simple, but yet .. elegant.

4. Adakah  kau sedang bercinta sekarang?
Erk, aci tak skip soalan nih? Ngeh~

5. Berapa lama u all kau akan mencintai kekasih u all kau?
(tersedak, terus gelak berguling-guling)

6. Novel/buku/majalah terakhir yang korang kau beli?
Majalah: Solusi, Novel : Naqiah Aqilah

7. Antara mak dan ayah mana lebih mesra?
Umi. Dulu abi, tapi sekarang rasa banyak bercerita dengan umi

8. Namakan orang yang kau betol2 betul-betul nak jumpa dalam hidup?
*kerut dahi*
*pening2*
*fikir-fikir*
Aaa, ramai. Hehe =p

9. Adakah u all kau basuh baju sendiri?
Semestinya. bukan setakat baju saya je, baju abang, adik, umi dan abi...termasuk sidai sekali setiap hari k . Hoho~


10. Tempat yang u all kau betol2 betul-betul nak pergi?
Baaaaaanyak.. tak cukup nih kalau nak list semua.. (nak masuk mode berangan dah)

11. Pilih satu, peluk atau cium?
atau

12. Tiga benda tentang orang yang tag u all kau?
benda? Adeh. Macam mana tu?
satu : suka bercerita. =)
dua : plurkian
tiga : suka blog. 


13. Benda yang u all kau sayang sangat-sangat dalam hidup?
hurmm.. apa ye? Nak kata henset, selalu je jatuhkan. Nak kata laptop, sejak dua menjak ni dah jarang bukak. Adeh, parah.? ahah, tetibe keluar ayat skema. Kamera, kot? 

14. Lima Tiga lagu paling suka dan selalu dengar?
i. Ringtone telefon – Insya Allah
ii. What about now – chris daughtry
iii. Playlist dalam mp3

15. Bila tarikh lahir dan dekat mana sambut tahun lepas?
28 June 1988, tak sambut...saya mmg tak suka raikan pun
16. Dua blogger u all kau nak tag?

Balqis
Liyana Aziz

Saturday, May 14, 2011

Tips Kejayaan dalam Surah Al-Mu'minuun.

Tergerak hati untuk share tafsir ni yang saya dapat dari note FB seorang kenalan rapat saya. Moga bermanfaat buat kita semua, insya Allah.....

Tips-tips kejayaan yang Allah dah titipkan dalam permulaan surah Al-Mu'minuun. Meh kita tadabbur sama-sama jom!

1. Keyakinan, kepercayaan and having faith in Allah, His Mercy and His Help.
"Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan attitude seterusnya yang bakal disebutkan dibawah.

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Do one thing at a time. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Be passionate in it. Bukan sambil lewa.

3. Prioritise
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh pressure, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, movies, korean series, games, facebook dll sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti menyediakan makanan aka memasak (supaya tak makan maggie je selama 2minggu), membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum. However, the best thing to do during your break is to take wudhu', solat hajat or recite Quran so that we will be closer to Allah, therefore our hearts will be at peace and calm state no matter how hard is the exam. plus, do avoid complaining, whining, mengumpat lecturer dsb kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah nauzubillah.

4. Care about each other
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, be it knowledge, past year papers, or even just food. Sharing is caring.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan study berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tension je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah kan sentiasa ada, sentiasa melindungi, sentiasa menolong...jika kita mencari dan meminta padaNya.

6. Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya." [23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak sponsor dan dengan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan score well in our exam? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu,pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insyaAllah.
Please, no cheating in term of time, especially dalam dewan peperiksaan. Stop writing immediately when you are told to do so. Instead, its time to say "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

7. Punctual, particular
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks muslim student's life ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatah arang di pertengahan jalan, and to maintain keeping up with our effort continously, aka istiqamah.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk academic semata-mata. Highlight utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah kerana kita akan kembali mengadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah dan merebut peluang mewarisi syurgaNya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi SyurgaFirdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

Wallahu'alam.

Nota 1: Terasa jadual tersangat padat walaupun sedang bercuti semester..
Nota 2: Kereta saya rosak, terima kasih pada yang memahami keadaan dan meminjamkan kereta.

Tuesday, February 08, 2011

Perpustakaan Fakulti

Assalamualaikum..

Sekarang ni saya bertiga di perpustakaan fakulti, saya, amira dan pika.. Tapi saya buat hal sendiri...mereka  berdua sibuk menyiapkan soalan-soalan interview untuk subjek oral history...saya? dah siap buat dan submit  masa cuti break sem lepas, tinggal tunggu diluluskan...dan unutk asgment kali ini saya tidak ditakdirkan untuk sama kumpulan dengan mereka. Sebab asgmnt ini hanya memerlukan dua orang sahaja untuk setiap kumpulan. Saya memilih untuk bersama kak mia.

Hari ini, saya memulakan langkah untuk menegur salah seorang kawan yang menghadapi masalah dengan saya minggu sebelum cuti semester. Ya...ya...masih ingat lagi entry saya sebelum ini bagaimana saya dimarah dan dituduh sesuka hati dia...

So hari ini saya memulakan langkah apa yang saya patut buat...bertegur kembali dengannya walau hakikat dia yang memulakan dulu suasana genting ini.....

oraight....

Nota 1: Hari khamis dan jumaat ni saya cuti....
Nota 2: Saya hari ini adalah tidak sama dengan saya yang semalam...

Saturday, February 05, 2011

Bom Jangka

Assalamualaikum

Melihat suasana demontrasi di Mesir, rakyat yang merusuh meminta Hosni Mubarak meletak jawatan membuatkan saya terfikir mereka ini semua seolah bom jangka yang sudah sampai masanya meletupkan diri.. Kemarahan yang mereka pendam, kesabaran yang mereka cuba kawal..mungkin akhirnya sudah sampai satu tahap yang mereka mahukan perubahan...

Walaupun  Hosni Mubarak menegaskan untuk tidak meletak jawatan, tetapi kemaraan mereka membuatkan saya kagum..dan ini pastinya menggegarkan Israel Laknatullah...

Apa yang mampu saya katakan, walau diriku tidak mampu turut berdemontrasi...Doa untuk kalian semua sentiasa meniti dibibir..

Say NO to Hosni Mubarak..

Wednesday, February 02, 2011

Krisis Mesir

Bismillahirrahmanirrahim.

‘Hos NO-Mubarak’, ‘Jahanam Mubarak’, ‘We want change’, adalah antara perkataan-perkataan yang dilaungkan oleh rakyat-rakyat marhaen di bumi Mesir. InsyaAllah, melalui rancangan MesirKini, kami akan cuba membawakan kepada anda mengenai perkara-perkara yang perlu kita maklumi dan ketahui dalam situasi ini.

Situasi di sana kian membara, bermula daripada Tunisia, berarak sampai ke bumi Anbiya’. Alhamdulillah, perkara ini telah membuka sedikit sebanyak minat kita untuk mengetahui mengenai sejarah kita (Islam) terutamanya di Jazirah Arab. Saya tidak akan cuba untuk menjadi press al-Jazeera ataupun Sky news dengan membawakan kepada anda berita-berita terkini dan hangat, tetapi lebih kepada perkara awal sebelumnya, iaitu mengapa kebangkitan ini berlaku.

Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia tidak berlaku secara tiba-tiba, tidak umumnya seperti di Malaysia pasca 1998/1999 namun boleh dianalogikan seperti kebangkitan rakyat demonstrasi Baling pada tahun 1974 akibat penderitaan yang mereka alami. Menariknya, kebangkitan di Tunisia bermula apabila seorang PEMUDA berusia 26 tahun membakar dirinya akibat penderitaan dan kesusahan perniagaan yang pemuda itu alami. Pemuda yang menggerakkan kebangkitan sesuatu bangsa bukanlah perkara yang baru. Di dalam Al-Quran, Allah telah menceritakan mengenai peranan pemuda seperti dalam surah al-Kahfi ayat 9-26 dan juga yang kisah Ashabul Ukhdud (surah al-Buruj) yang dekat dengan kita dalam situasi pada situasi pada hari ini. Sultan Muhammad Al-Fateh membuka Constantinople pada usia 19 tahun, Hassan Al-Banna menubuhkan Muslim Brotherhood pada usia awal 20an dan lain-lain lagi.

Di Tunisa, presiden Zine Al-Abidine Ben Ali telah memegang tampuk pemerintahan semenjak 1987. Di Mesir, presiden Hosni Mubarak telah memegang tampuk pemerintahan selama 30 tahun, yang mana sekiranya kita meneliti persamaan kedua-duanya, mereka akan cuba memanjangkan tempoh pemerintahan mereka kerana terdapat pelbagai kesalahan yang mereka lakukan. Di Filipina, presiden Ferdinand Marcos di gulingkan oleh rakyat kerana rasuah yang berleluasa, di Thailand, bagaimana kita melihat Thaksin Shinawatra juga digulingkan kerana kes rasuah dan berbagai-bagi kes lain. Ironinya, pemain penting dalam menggerakkan kebangkitan rakyat ini adalah digerakkan oleh pemuda-pemuda dan juga pelajar-pelajar.

Keadaan umat Islam dan negara-negara Islam selepas kejatuhan Khalifah pada tahun 1923 amat menyedihkan. Bagaimana kita melihat semangat kebangsaan ataupun dalam bahasa kini dipanggil sebagai nasionalisme telah melemahkan agama kita. Sekiranya anda menonton Lawrance of Arabia, semangat kebangsaan yang mana setiap negara arab masing-masing melaungkan bahawa bangsa mereka lebih berhak untuk memgang negara mereka, yang melebihi semangat agama, talah menyebabkan sistem khalifah lemah dan akhirnya berpecah. Ketika perang Arab-Israel 1967, di antara negara-negara arab seperti Mesir, Jordan dan Syiria melawan Israel yang kecil itu, namun bangsa-bangsa Arab yang begitu mahir berperang dan gagah sepertimana yang selalu kita baca dalam sejarah umat Islam lemas dan tewas kepada Israel. Ini kerana masing-masing ingin merebut kejayaan secara berseorangan dan ingin diishtiharkan sebagai jaguh umat Islam. Ada pula yang berperang hanyalah kerana desakan daripada rakyat dan bukanlah atas semangat agama. Akhirnya, Palestin terus merana dan negara-negara Arab masih terlena.  

Sesungguhnya, jika kita rincikan pengamatan terhadap revolusi ini, kita akan dapat lihat bahawa pertentangan yang berlaku bukanlah antara rakyat marhaen dengan pemimpin gila kuasa akan tetapi pertembungan antara Islam dan juganationalism, secularism dan ism yang lain. Sunnahtullah telah menetapkan roda pusingan bagi golongan yang berpaling daripada Islam pasti akan digantikan dengan golongan yang menegakkannya (al-Maidah:54). Sekarang terpulanglah kepada kita untuk mentahqiqkan pula janji syariatullah agar semi revolusi ini menjadi seindah perjuangan Rasulullah.



Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku,dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam.
 
Khadijah Abd Muthalib


Nota 1: Alhamdulillah semua kenalan rapat dan saudara mara yang berada disana selamat dihubungi dan ada yang sudah pulang dan ada di bawah kedutaan Malaysia disana.

Saturday, January 22, 2011

Kesempatan Untuk Bersabar

Dzikir secara lisan seperti menyebut nama Allah berulang-ulang. Dan satu tingkat di atas Dzikir lisan adalah hadirnya pemikiran tentang Allah dalam kalbu, kemudian upaya menegakkan hukum syariat Allah di atas muka bumi dan membumikan Al-Quran dalam kehidupan. Dzikir jua apabila memperelokkan kualiti amal dalam sehari dan pemacu kreativiti baru dalam kerja dengan mengarahkan niat kepada Allah.


Sabar itu sakit... diberi peluang untuk sabar bererti menambahkan nilai taqwa kepada-Nya, malah tidak pernah mengurangi sudut pandang manusia soleh kepadanya. Sifat sabar tidak pernah berlawanan dengan mujahadah. Kekuatan dalaman memberi impak maksima agar mujahadah tidak tunduk pada ujian mahupun cabaran... dakwah Nabi melalui jalan sabar.

Friday, January 21, 2011

Kesempatan Untuk Mendidik Jiwa

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, hanya sedikit sahaja yang mahu dikongsi ...sehari yang lepas saya betul diuji Allah dengan perangai salah seorang kawan sekelas. Menghantar mesej yang menyakitkan hati. Namun saya akur dia dalam keadaan marah, dan orang yang marah ni biasanya tahap pertimbangannya tidaklah normal.

Saya bagi sedikit situasi bagaimana ini boleh terjadi, saya ditakdirkan untuk bersama-samanya salam satu asgmnt, dan disaat akhirnya ketika menyiapkan projek smester akhir, si kawan ini tidak mahu terlibat dalam menyiapkan kerja dan alasan yang diberikan sungguh tidak munasabah...Al-Kisahnya...saya malas nak layan perasaan marah padanya dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.. saya berusaha menyiapkan tugasan itu dan pada hari presentationnya...saya tetap berusaha menjaga persahabatan dengan berfikir wajar ketika itu. Cumanya pada saya segala sistem yang ada itu adalah hak cipta terpelihara saya walaupun ia dipersembahkan pada pensyarah subjek tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Saya pun menyelesaikannya dengan sebaik mungkin, namun semester ini, secara tiba-tiba kawan saya yang tidak menyumbangkan keringat untuk final projek tersebut menuntut dari saya untuk memberi softcopy sebagai rujukkan... Nak dijadikan cerita juga, sistem tersebut berada di dalam laptop semasa laptop saya diformat. Maka habislah semua sistem tersebut. Saya menyatakan begitu padanya, dengan tidak semena-menanya saya dibalas dengan nada kasar dan dituduh menipu memberi alasan sedemikian... Malas nak dipanjangkan cerita...saya tidak membalas mesejnya mahupun percakapannya...ia akan mengeruhkan lagi keadaan....Hakikatnya saya tahu apa yang saya buat....


Cumanya, disini peristiwa ini memang mendidik jiwa saya untuk lebih sabar...
Dan ingat lah, dalam situasi apa pun cubalah bertindak rasional dan lihat juga siapa orang disekeliling kita untuk kita melepaskan marah mahu pun mengarah-ngarah...

Sekian...Lega, sudah sharing dengan readers...
Apa-apa pun perasaan masih dapat dikawal, dan cuba unutk rasional dalam setiap masa dan keadaan.

Monday, January 17, 2011

Saya tidak tahu...Allah akan ampunkan saya kan??

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Mulia, Nabi Muhammad s.a.w ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Untuk post kali ini, saya ingin menukilkan sedikit tentang jahil. Jahil itu tidak tahu. Jahil bukan bodoh. Jika tak tahu, maka wajiblah kita mengambil tahu. Aib orang beria-ia nak tahu, tapi ilmu untuk mengeluarkan diri daripada kegelapan agar dapat sampai kepada Allah tidak pula mahu ambil tahu. Beginilah kita bila hati sudah tertutup daripada menerima hidayahNya.

Kata Naqibah saya dalam usrah kami minggu lepas,dalam kitab Fathul Bari ada menyebut,

“Seseorang yang terdetik dalam hatinya untuk bertanya tentang sesuatu hal berkaitan agama yang dia tidak tahu, maka wajib ke atasnya untuk bertanya dan mengambil tahu akan hal tersebut. Jika dia membiarkan sahaja keinginan untuk mengetahui itu berlalu pergi tanpa berusaha untuk bertanya, lalu dia melakukan ibadat dalam keadaan salah, maka dia telah berdosa”- ayat ni tak sama sebijik-sebijik daripada apa yang kak emma sebut, Cuma saya tulis kembali berdasarkan kefahaman saya. Jika ada tersilap, sila betulkan.

Detikan hati untuk mengetahui itulah hidayah Allah s.w.t untuk mengeluarkan hambanya daripada kejahilan agar terlihat luas jalan untuk menuju kepadaNya. Namun jika hati melayan perasaan malu yang tak bertempat, takut diperkatakan oleh orang lain, takut dianggap bodoh ,takut nanti semakin susah nak wat ibadat, takut kepada segala benda selain Allah. Itulah penghalang kita untuk melihat jalan menuju Allah. Sudah tahu tidak tahu, tapi malas bertanya. Malas berusaha untuk menyempurnakan kecacatan dalam ibadah. Kemudian memberi alasan kepada hati,

“takpe, aku tak tahu. Allah akan memaafkan hambaNya yang tak tahu. “

Bertepuk tanganlah syaitan kerana kejayaannya menyesatkan manusia.Itulah tipu daya syaitan, semakin kita ikut ‘nasihat’ nya, semakin jauhlah kita dari Allah..

Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim. Memang orang jahil akan dimaafkan Allah kerana hidayah belum sampai kepada mereka. Tapi Allah tidak akan mengampunkan mereka yang sengaja membiarkan diri tidak tahu walaupun sudah terdetik dalam hati untuk tahu. Sengaja menutup hati daripada menerima hidayahNya.Maka selalulah bertaubat dan beristighfar sebanyak mungkin. 
 
Mungkin sekali kita selalu membiarkan hidayah Allah berlalu pergi. Mungkin sekali Allah murka kepada kita namun kita tidak menyedarinya. Sepertimana baju yang hitam, jika terkena palitan kotoran pun susah untuk kelihatan, kerana itulah tidak rasa malu. Begitulah hati kita, jika sudah gelap kotor kerana dosa, mana mungkin dapat melihat dosa-dosa lain yang dilakukan.Kerana itulah tidak ada rasa malu kepada Allah sebagaimana tidak malu kita berhadapan manusia dengan baju berwarna hitam yang kotor.

Ketika solat terlintas dalam hati,

“Eh, tadi aku tak sempat habiskan fatihah, tapi aku rukuk sekali ngan imam.Kan fatihah tu rukun, tak sempurna rukun tak sah la solat,Allah tak terima.Sah ke solat aku tadi?”

Lalu cepat-cepatlah bertanya kepada ahli ilmu. Ahli ilmu agama bukanlah mereka yang belajar agama di university Al-Azhar sahaja. Ahli ilmu itu adalah orang yang mengetahui sesuatu ilmu itu berlandaskan kefahaman para ulama’ yang berterusan sanadnya kepada Rasulullah s.a.w. Seseorang ahli ilmu itu sewajibnya mempunyai perasaan takut, takut jika salah ilmu yang disebarkannya. Dia lebih rela dikatakan jahil oleh masyarakat daripada menyebarkan ilmu yang salah kerana takutkan azab Allah. Ahli ilmu itu tidak akan segan memberitahu “maaf, saya tidak tahu, nanti saya rujuk balik”..Ahli ilmu akan menekankan keberkatan dalam ilmu, kerana dengan keberkatan, nescaya terselamat kita daripada tipu daya syaitan, terbuka luas jalan mendapatkan cinta Allah. 
 
Jika tiada ahli ilmu di sekeliling kita, maka mintalah kepada Allah agar mengurniakan taufiq hidayahNya kepada kita. Mintalah kepada Allah agar melindungi kita daripada tipu daya syaitan laknatullah.

Ilmu itu akan mengeluarkan kita daripada kegelapan. Bertanya itulah kunci ilmu. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang dituntut bertujuan untuk tahu dan amal, untuk mendapatkan redha Allah, selain menjaga adab-adabnya..Semakin tahu sesorang itu, semakin banyak persoalan yang akan bermain di fikirannya, semakin perlu dia kepada ilmu, semakin kenal dia akan Allah s.w.t, semakin bertambah cinta kepada Allah dan kepada RasulNya. Ilmu yang berkat akan selalu menyelamatkan sesorang itu daripada tipu daya syaitan. Ilmu yang berkat itulah ilmu warisan Nabi kita, Rasulullah s.a.w, pembawa rahmat sekalian alam. Cahaya yang menerangi sekalian makhluk di muka bumi.

Wallahua’lam

Barakallahufikum.ameen ya Allah.

Sunday, January 16, 2011

Sembuh

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah kesihatan bertambah baik setelah badan lesu kerana demam, batuk dan selesama. Pengajian saya untuk semester 5 sudah masuk minggu ke-3 insya Allah isnin nanti.

Takpe lah...walaupun kurang selesa apabila demam kerana pergerakkan terbatas, tapi saya pernah baca....apabila demam sebenar tubuh badan sedang melawan kuman dan penyakit kerana kuman dan penyakit tidak boleh hidup dalam suhu panas.

Setakat ini semester ini berjalan dengan lancar, dan saya sukakan semua subjek-subjek semester 5..cumanya menjadi kebiasaan masih lagi perlu berhadapan dengan sebahagian rakan yang menyesakkan dada, tapi itu lah kehidupan

Nota 1: Alhamdulillah hutang PTPTN sudah mula dibayar
Nota 2: 11.11.11 cantik tak tarikh tu....?

Friday, January 14, 2011

Thabbit Qulubana Alaa Deenik

Semester pertama ..

Pakaian longgar dan menutupi seluruh badan
tudung yang labuh dan menutupi dada

Semester kedua ..

Pakaian masih begitu
tudung sudah sedikit terangkat

Semester ketiga

Pakaian kadang-kadang sedikit ketat
Tudung masih gah dipakai

Semester keempat bulan pertama

pakaian kadang2 ketat dan kadang2 longgar dan kadang2 terangkat
lengan pendek mungkin?
seluar tiga suku?
tudung litup boleh diganti dengan tudung dibahagian kepala sahaja?
trend tudung yg nampak leher atau boleh diganti dengan topi..tapi still tutup rambut bukan?

Semester keempat bulan ketiga

Bulan ramadhan,, so baju kena kembali longgar dan tudung kena pakai elok2..
nati nak pegi masjid malam2 tak manis pulak nampak dek orang..

Semester keempat bulan ke tujuh

Baju ikut kesesuaian dan keselesaan kejap buka sini kejap tutup situ..
tudung kat luar still kena pakai
tapi kalau dalam laman web sosial apa salahnya letak gambar tidak pakai tudung..at least kat luar still bertudung..

Tahun seterusnya

Baju lengan pendek pun ok,,
tudung pakai lain kali lah ~


Teringat kata-kata seorang sahabat apabila dinasihati ayahnya tentang ini..

"orang yang tak tutup aurat ni,takkan takut kepada siapa pun.. sebab dia tak takut pun kat Allah"

"O Allah, O turner of hearts!
Keep our hearts steadfast on Thy religion"
Pesanan untuk diri sendiri kerana kita belum tahu apa penghujung hidup ini

Wednesday, January 05, 2011

Mahu Memilih?

Sangat menyenangkan hati dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang menyakiti. Bersama dengan dia bernaksud sangat bahagia. Tapi tidak selamanya. Hanya sebentar. Tidak pernah ambil pusing perbuatan kita. Setuju belaka. Ia kaca kelihatan seperti permata

Tidaklah sentiasa bahagia. Bila perlu dia akan berkata dengan jujur, jelas dan sopan. Sakit. Menerima hakikat kelemahan diri. Tapi manis. Inilah permata ditengah kaca.

Merasai manis, masin dan masam dalam satu masakan lebih enak berbanding hanya satu rasa sahaja. Begitu juga alam kehidupan.

Jika kita hanya merasa bahagia, kita tidak tahu betapa nikmatnya hidup selepas menderita. Jika kita merasa tiada salah, bagaimana mungkin untuk kita merasa nikmatnya taubat dan ada ‘sesuatu’ yang perlu dibaiki. Ada misi yang belum selesai.

Untuk memutuskan samada kita perlu menjauhi atau mendekati, perkara pertama adalah mengenali. Bagaimana mahu menjauhi suatu perbuatan jika kita tidak tahu ia adalah salah satu bentuk dosa. Begitu juga dengan pahala. Bagaimana mungkin untuk kita tetap melakukan jika kita tidak tahu ia suatu yang baik?

Akhir kata, memilih bukanlah kerana sayang, tetapi kerana iman dan petunjuk Allah.