Tuesday, May 12, 2009

Entry Bisu

Saya tunda dulu entry yang saya janjikan.. terasa untuk berkongsi kegundahan yang ada dalam diri ini sejak dua tiga hari ini bersama pembaca, lagi dibiarkan lagi parah rupanya...Ya Allah hebat benar dugaan yang melanda...bila bersendirian air mata ini akan mengalir dengan sendirinya, lagi diseka lagi deras ia mengalir...Tabahkanlah Hati HambaMu...Moga aku terus teguh dijalanMU

Buta Renungan Bersama..

HATI SEORANG WANITA

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti Mungkin akan terlambat untuk menyesal, Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Bagaimana jika anda menghadapinya?

--------eelya_khadeeja----------
12 Mei 2009 ( 8.30 a.m)

No comments: