lambatnya...mungkin kehangatannya tidak sama bagi sahabat-sahabat yang dapat bersidang dihari pertama. Apa boleh buat semua UiTM dah jadualkan.ikut saje la...that the rules...
Sebut pasal peraturan ni, bukan setakat itu sahaja, banyak lagi yang saya perlu buat untuk konvokesyen ni, bayar yuran konvo tu memang satu kemestian, selain tu saya dikehendaki juga mengesahkan kedatangan dan maklumat peribadi di menu PENGESAHAN KONVO 71
Ha ada lagi,
- Para graduan dikehendaki menyemak sekiranya terdapat denda dengan pihak Universiti (Denda Lalulintas/ Denda Keselamatan dan lain-lain) yang masih belum dijelaskan. Graduan yang tidak menjelaskan denda universiti dan yuran konvokesyen tidak akan diberikan jubah akademik UiTM.
- Mencetak slip kehadiran konvokesyen(Borang Jubah) dan dibawa semasa hari pendaftaran dan pengambilan jubah yang telah dijadualkan.
Namun segala denda telah saya selesaikan semasa clearance di UiTM Segamat pada Julai yang lepas. Dicongak kembali agaknya jumlah denda saya dengan perpustakaan UiTM Johor, kosnya
membolehkan saya membeli sebuah novel agaknya.
Jika denda melibatkan "Denda Lalulintas/ Denda Keselamatan dan lain-lain" saya mempunyai rekod bersih. lalalala...
Untuk yang ini pula, "Mencetak slip kehadiran konvokesyen (Borang Jubah) dan dibawa semasa hari pendaftaran dan pengambilan jubah yang telah dijadualkan." sudah saya buat, dan insya Allah tarikh untuk saya mengambil jubah konvo di UiTM adalah pada 23 Oktober.
Segala perkara telah saya selesaikan, cuma satu ni je yang saya agak berat nak buat segera, apa dia? bayar yuran konvo yang berjumpah RM115 tu...entahlah..beratnya nak keluar ke Bank Islam untuk buat pembayaran dan lebih berat dengan amaunnya yang mencecah lebih seratus hinggit tu.....Nanti-nanti la sebelum 23 Oktober tu, insya Allah saya bayar...
ok lah saya berhenti disini dulu...Insya Allah dikemudian waktu saya corat-coretkan lagi repekan saya disini...
p/s: Boleh sesiapa share dengan saya macam mana nak bunuh virus malas yang dah merebak hampir keseluruh badan saya? please......
2 comments:
ermm x da antivirus lg yg mampu bunus virus maalas avira , kapeski 09, northon antvrus pn sofar x manpu lg
huhu..try plak AVG n nod32...mane tau bole..n then pkai Cc cleaner..pas da buat semua tu...pkai tuneup 09...mayB bole..hehe..
Post a Comment