Sunday, November 22, 2009

Barang Lepas Usah Dikenang

“Asal kapas jadi benang
Benang dipintal dibuat kain
Barang lepas usah dikenang
Sudah menjadi hak orang lain”


Pernah dengar lagu ini? Sangat mengalun jiwa. Rugi siapa yang tidak tahu. Saya suka betul lagu ini. Sudahlah pantun dinyanyi-nyanyikan. Dendangannya pula sungguh merdu. Memang terbaik!

Apa kaitannya lagu ini dengan entri ini? Tiada apapun. Saya cuma hendak kata kepada diri saya dan kawan-kawan semua, janganlah kita terkurung dan mengurung diri kita dalam lipatan sejarah. Apa yang sudah lepas, kita lepaskan. Memang bukan rezeki kita untuk memiliki sesuatu itu, kan. Mesti ada hikmah mengapa kita terpilih untuk berhadapan dengan kehilangan.

Jawapannya, kerana Allah hendak menggantikan yang hilang itu dengan sesuatu yang lebih baik.

Logiknya, pernah tak kita kehilangan sesuatu, kasut misalnya, yang dikebas orang. Tak terjejak lagi ke mana perginya kasut itu. Kita menangis selaut air mata darah sekalipun, takkan kita temui semula kasut itu, kan? Jadi adalah lebih baik kita meredhakan kehilangan itu. Pergi kedai kasut, beli sepasang yang baru. Mungkin tidak semahal, secantik mahupun berkualiti seperti yang hilang itu. Tapi pasti ada hikmahnya.

Akhirnya, kita berkasut semula. Bukankah ini jauh lebih baik daripada tidak berkasut? Kita menjadi lebih menghargai apa yang kita ada walaupun dalam serba sederhana. Dan lama kelamaan, kita sedar bahawa kisah kasut yang hilang itu adalah platform untuk kita mendapat sepasang kasut baru.

Dapat kasut baru, tidak gembirakah kita? Pastilah gembira, bukan? Paling kurang, kita ada satu kehidupan yang baru dengan kasut yang serba sederhana itu. Kehidupan dengan kasut itulah yang menggerakkan kita untuk meneruskan perjalanan ke hadapan.

Ada hikmahnya. Itu pasti. Benang yang sudah dipintal menjadi kain pun sudah tidak boleh kita undurkan untuk mendapatkan kapas kembali. Dicarik, koyak. Dibakar, hangus. Jadi, biarkan yang hilang itu hilang. Hargai apa yang ada seadanya. Sebelum ia juga turut hilang. Dan kita merana sekali lagi kerananya.

Sepatutnya sebulan yang lepas, sesuatu terjadi dan ia mengubah apa diri saya sekarang serta orang di sekeliling saya.. Hahahahahahaha. Ini adalah ayat penyata yang paling kelakar pernah saya buat. Nak percaya, percayalah. Tak nak percaya pun tak mengapa. Sebab saya pun tak berapa nak percaya sangat dengan ayat penyata saya tu.

Tapi saya bersyukur, saya mengalami kehilangan.. Maka saya boleh menulis entri berdoa kepada Allah yang lalu. Maka saya boleh bercerita tentang pertemuan dengan anak muda yang gigih tanpa ada yang perlu cemburu buta. Maka saya masih boleh menyebut-nyebut tentang Encik Siput yang lain dari yang lain. Hahahaha. Banyak sungguh hikmah selepas kehilangan itu, kan.

Penutupnya sudah cukup menceritakan kesemuanya, kan? Jadi mari kita semua tidur.

Esok isnin akan kembali, segala tugas dan program perlu dihadapi maka saya dengan rasminya sudah kehilangan masa lapang saya. Ada hikmahnya.

Hikmahnya, saya akan menjadi sibuk dan hidup saya akan terisi. Kembali. Sekali lagi. Seperti dulu.

Sebelum masuk tidur, selamat hari lahir bekas Pujaanku. Cewah! Hahahaha. Pergi tidurlah, Khadijah. Merepek je tak sudah-sudah budak ni.

Kamu semua jangan layan sangat otak saya yang tak ketat skru sangat ni. Hehe. Apapun, saya ikhlas menujukan ucapan itu untuknya. Ruginya, dia tidak tahu kewujudan diri saya di alam maya ini. [Dengan harapan dia tidak pernah Google nama saya macam yang kamu-kamu semua pernah buat] :mrgreen:

Nota 1 : Siapa En. Siput? Insya Allah saya akan ceritakan kemudian..
Nota 2 : Saya akan ke Gua Musang, Kelantan pada jumaat depan...

No comments: