Semenjak mula bercuti sebulan lebih yang lalu (baru sebulan lebih bercuti tapi saya dah rasa seperti setahun), saya tidak menulis sesuatu yang bermanfaat sangat pun. Semuanya lebih kepada aktiviti harian saja. Apa ini diari online sayakah? Harapnya saya tidaklah merepek yang tak tentu hala di sini.
Sebenarnya saya ada satu azam sempena tahun baru lalu yang saya kira sangat baik untuk peringkat umur seperti saya. Cara saya bercakap ini seperti saya ni sudah tua saja. Ok. Tukar cara berfikir. Ini bukan cara orang tua berfikir tapi cara seorang anak muda hendak mematangkan lagi diri.
Saya berniat untuk menjadi lebih lemah lembut dan berhemah dalam setiap tindak-tanduk saya. Baik cara membawa diri, bercakap mahupun menulis sekalipun. Tapi, semakin mendekati tahun baru lepas, semakin banyak dugaan datang. Provokasi yang datang bertimpa-timpa menyebabkan saya kalah dengan emosi.
Saya menjadi semakin mudah diprovok. Semakin lama saya menjadi semakin tegas. Baik dari segi pembawaan diri mahupun cara menulis. Saya akan mempertahankan apa yang saya rasa patut disuarakan. Dengan cara yang tegas. Bila saya mngkaji semula diri sendiri, saya akan malu dengan ketegasan yang melebih-lebih yang muncul dengan tiba-tiba ini.
Dulu saya bukan begini. Saya boleh bertoleransi dengan apa jua provokasi yang datang. Saya lebih mudah mengalah terutamanya jika dijolok-jolok dek api-api panas yang muncul di dalam hidup saya. Saya lebih senang mengundur diri dan diam. Tapi sejak provokasi yang terjadi di sekitar awal tahun baru lalu, saya susah hendak bertoleransi dengan perkara-perkara yang menyesakkan saya apatah lagi yang tak menepati selera saya. Cara saya menjawab komen juga tegas. Dan saya betul-betul akan menegaskan apa yang menjadi prinsip saya. Dalam erti kata lainnya, saya semakin emosional.
Saya geram juga kerana saya menjadi semakin tegas begini. Sebab saya terasa jauh dengan kehidupan yang dulu. Tapi entahlah. Susahnya untuk saya berpatah ke belakang. Yang saya tahu sekarang saya menjadi lebih pengabai (ignorant) berbanding dulu. Inilah fasa baru dalam hidup saya sejak dua, tiga minggu yang lalu.
Kalau ada yang meletakkan azam untuk mendapat 11A1 dalam SPM tapi tidak berjaya mencapai target, begitulah yang saya rasa bilamana diri saya menjadi tegas seperti sekarang. Apa yang saya rasakan tidak kena, saya akan abaikan saja daripada perhatian saya. Tak perlu dilayan. Begitulah betapa ignorant-nya saya kini. Nampaknya, entah bilalah hajat saya hendak menjadi lebih lemah lembut dan berhemah akan tercapai. Betullah pesan Baginda Rasul. Halangan terhebat sesuatu niat itu ialah hatinya sendiri.
Pesan ustazah sewaktu sekolah rendah dulu, kalau hendak menjadi orang yang berakhlak, kita kena mulakan dengan mengamalkan doa-doa harian sebagai satu kelaziman dalam hidup. Segala doa. Masuk-keluar tandas, sebelum-selepas makan, hendak-bangun tidur, tengok cermin, pakai baju, keluar rumah dan segalanya. Bila kita berniat dan berdoa, kita akan lebih mengawal tingkah laku kita. Hasilnya, kita akan lebih berhemah dan menjaga tingkah laku kita.
Saya hendak mencuba. Sebab saya betul-betul hendak mengubah diri saya yang sedia ada. Saya hendak menjadi lebih lemah lembut selari dengan tuntutan adat dan agama.
Nota 1: Tapi saya tahu saya takkan boleh berjalan lemah gemalai. Auw. Masa itu emas bagi saya. Dan saya tak boleh bayangkan saya berjalan melenggang macam itik pulang petang t.
Nota 2: Kursus yang sepatutnya dijadualkan di Gua Musang ditukarkan ke Ipoh di Hotel Seri Malaysia. ..alang-alang saya boleh balik kampung sekali, ipoh dengan nibong tebal bukannya jauh..hehehe...tok....mek jah ( nama manja saya bila kat kampung) rindu tok....
Nota 3: Ada pembaca sms saya minta saya ceritakan tentang En. Siput untuk entri akan datang, tak sabar nak tahu.. maaf la ye, saya masih malas lagi tuk hasilkan entri tentang orang lain disini. buat masa ini...blog saya mestilah banyak cerita tentang saya...lalalalala~~~
No comments:
Post a Comment