Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke 27 kita semua umat Islam berpuasa, tidak kira dimana pun baik yang merantau ke serata dunia mahupun yang berada di Malaysia.
Sebelum saya bercerita panjang dengan bermacam cerita sepanjang blog ini dibiarkan berhabuk, saya memohon ribuan ampun dan maaf kerana blog ini dibiarkan kosong begitu sahaja, tanpa khabar berita dari saya mahupun artikel. Jujurnya tiada alasan lain yang saya boleh berikan melaikan kesibukkan yang melanda diri ditambah pula bulan penuh barakah ini, lagi bertambah la kesibukkan saya.
Cerita Awal Ramadhan: Program Amal Bersamamu PEKEAS & Kelas Ganti
Bermula dengan permulaan puasa, saya agak sibuk dengan jadual kuliah yang agak padat termasuk kelas ganti kerana kebanyakkan classmate saya mahu pulang awal ke kampung dan memberi laluan kepada cuti raya yang lebih panjang. Alhamdulillah di UiTM Puncak Perdana kami kesemua pelajar kebanyakkan mendapat cuti dari 4 September sehingga 20 September.Selain itu kesibukkan merancang program amal bersama anak-anak yatim ( Program Amal Bersamamu PEKEAS) yang dijalankan pada 29 August 2010 di Bandar Tasik Puteri Rawang bersama 2 pensyarah penasihat program iaitu Pn Mazlina Pati Khan dan En. Jafalizan Bin Mohd Jali. Program amal ini agak besar dijalankan, kerana kami turun padang mencari sumbangan barangan mahupun keewangan dari pihak-pihak luar. Hasilnya Alhamdulillah sumbangan itu memberi sejuta senyuman buat anak-anak yatim di PEKEAS ( Persatuan Kebajikan Ehsan Ash- Shakur). Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua penyumbang yang begitu ikhlas memberi. Sumbangan keewangan secara keseluruhan berjumlah RM 3000++.
|
Kesemua Ajk Penggerak Program |
|
|
Saya diamanahkan mengajar anak-anak yatim menggunakan fail sifir hasil sumbangan |
|
Sebahagian hasil sumbangan yang diterima, selebihnya di bonet kereta saya..lupa pulak nak snap gambar |
|
|
|
Sebahagian penhuni lelaki, menunggu kami mengemas, menukar tikar getah baru bilik bacaan mereka |
|
|
|
Nazmi, AJK aktiviti yang turut membantu dalam gotong royong |
|
|
Pn. Mazlina ( Pensyarah) turut membantu, segala tilam yang tidak berlapik digantikan dengan cadar baru. | | | | | |
|
|
Orang kuat dalam program..En. Jef ( pensyarah saya semester lepas)..terima kasih kerana banyak membantu dari sudut teknikal di Fakulti |
|
|
|
Saya bersama Tarmizi ( classmate & Ajk Aktiviti) bersama anak-anak yatim dari darjah 1 hingga 3 | . |
Cerita 2: Hari Al-Quds Sedunia & Sepetang bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor ( Dr Zul)
|
Dr Zul ketika sesi takzirah sebelum iftar |
27 August 2010, selesai sahaja kuliah saya bergegas pulang, kerana sudah berjanji dengan umi untuk membantu menyiapkan juadah berbuka kerana umi agak sedikit sibuk menyiapkan persiapan disurau bagi program YB Dr. Zul berbuka bersama rakyat. Buat yang masih belum mengenali Dr Zul adalah bapa kepada Muadz penyanyi nasyid. Setelah selesai semua urusan juadah dirumah, saya turut ke surau membantu umi disana. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan Dr. Zul bersama isterinya yang lebih mesra dengan panggilan ibu Lin meluangkan masa bermesra dengan rakyat di Bazar Ramadhan Saujana Utama dengan memberi sedikit juadah berbuka bubur lambuk dan kuih tepung pelita. Sebelum program dengan Dr. Zul malam sebelumnya saya bersama Kak Akma ( classmate) sempat ke Masjid Negeri Selangor bagi memeriakan lagi sambutan Hari Al-Quds Sedunia.
Cerita 3: Asgment
Asgment? mesti bosan kan bila baca tajuk, tapi itu la hakikatnya pada saya..selagi bergelar pelajar IPT asgmnt tu dah jadi macam bestfriend pulak. Lagi-lagi semester ni saya hanya ada satu sahaja final exam dan selebihnya lebih banyak markahnya pada final project, huh!. Nak tak nak dari saya stresskan diri dengan asgmnt semata-mata lebih baik saya enjoy je nak buat dia, dalam masa yang sama cuba buat report selengkap yang boleh. Cuma apa petua dalam nak buat asgmnt ni, janganla sesekali tangguh-tangguh...memamng compem stress kalo buat saat-saat akhir. Kesimpulannya jugak kebanyakkan masa saya dihabiskan mengadap asgmnt, dari asgmnt Visual Basic (coding) , preservation, file classification hinggalah third language ( france), dan banyak lagi laa...
Tutup ketiga-tiga cerita dulu...Insya Allah ade lagi cerita, nanti saya sambung lagi. Cerita tentang Budak Gigih Dari Seberang dan cerita Saya& Kereta Rosak di Shah Alam..
Sebelum terlambat, saya ambil kesempatan yang ada mengucapkan Salam Eidul Fitri kepada semua sahabat handai,pemuda gigih dari seberang, sanak saudara yang jauh dan dekat, kesemua pensyarah dan bekas pensyarah di Johor serta rakan bloggers yang mengenali diri. Moga Ramadhan kali ini memberi seribu pengertian dan Syawal kali ini membawa Sinar kemenagan pada semua. Moga iman yang dibajai sepanjang Ramdhan kekal selamanya dan makin subur hari demi hari walaupun Ramadhan sudah jauh meninggalkan kita semua.
Nota 1: Susahnya andai kita perlu membuat keputusan dalam keadaan yang tidak bersedia.
Nota 2: Saya percaya janji Allah SWT itu adalah benar dan tiada dusta.
Nota 3: Hati saya kuat mengatakan, malam 17 ramadhan lepas adalah malam Lailatul Qadar, kerana pada malam tersebut saya sendiri merasakan kelainan selain paginya membawa seribu perbezaan pada saya, cumanya malam tersebut bukanlah sepuluh malam terakhir. erm...Ape-apa pun jawapannya hanya ada pada Allah SWT.
Nota 4: New Zeland gempa bumi, risau pulak bila dengar miss ezza nak sambung Phd dia kat sana. Moga segalanya dipermudahkan Allah SWT.