Assalamualaikum wbt
Entry kali ini saya tidak berniat untuk menulis panjang sekadar berkongsi gambar BERSIH 3.0 anda mampu menilai sendiri.
Nota 1: Saya menyokong Bersih 3.0, saya mahukan pilihanraya bersih
Nota 2: Hanya yang pergi tahu cerita sebenar, jadi lebih baik jangan komen sedangkan anda tidak tahu apa-apa
Nota 3: Jumpa saya dalam mana-mana gambar diatas? cepat cari ^_^
Sunday, April 29, 2012
Sunday, April 22, 2012
Cerita Temuduga
Alhamdulillah sedikit masa yang ada sebelum melelapkan mata saya gunakan untuk kongsi dengan semua dan juga sebagai catatan saya sendiri mengenai apa yang terjadi seminggu dua ini. Seperti semua tahu pengajian ijazah saya sudah tamat, alhamdulillah tarikh graduasi juga sudah diumumkan yang dokumen yang sepatutunya pun sudah saya sediakan, hanya yuran graduasi sebanyak RM140 masih belum dibayar (dapat gaji bulan 4) saya selesaikan. Menyambung pengajian pula bukanlah agenda utama saya buat masa ini, insya Allah dapat kerja baru saya fikirkan semula.
Sementara mendapat kerja berkaitan bidang yang saya belajar, saya masih meneruskan kelas pengajian Al-Quran, dan alhamdulillah semakin ramai nak-anak murid. Kerja sebagai guru di tadika pun saya masih teruskan sehingga mendapat tawaran kerja yang lebih baik dan bertepatan dengan bidang pengajian saya. Mencari kerja dan melihat jawatan-jawatan kosong yang diiklan di surat khabar mahupun internet menjadi rutin harian sebelum pergi mengajar mahupun selepas kerja. Tidak terkira sudah resume yang dihantar, kebanyakkannya hanya menunggu maklum balas dan panggilan temuduga jika ada rezeki. Sebarang program melibatkan kerjaya saya pasti akan hadiri. Setakat ini alhamdulillah sudah 3 temuduga yang saya hadiri, bermula dengan Proton Edar untuk jawatan Admin Executive kemudian Celcom untuk jawatan Management Trainee dan terbaru di Petrofac untuk jawatan Document Controller. Kesemuanya masih menunggu maklum balas dari mereka.
Bukan mudah mendapat pekerjaan, lebih-lebih lagi pekerjaan yang betul-betul bersesuaian dengan diri kita dan menjaga batas-batas agama. Masih diingatan lagi ketika saya sedang menjalani praktikal saya menerima tawaran dari Bank OCBC untuk jawatan Customer Servive Executive di KL dengan gaji asas RM 2700 sangat seronok pada mulanya, tetapi saya percaya ada rezeki yang lebih baik buat saya. Sebolehnya saya akan menolak tawaran pekerjaan yang melibatkan bank bagi mengelakkan saya jump into business industry that definitely and obviously involved with RIBA, most of my friends say to me that i'm stupid when reject all the offer. Bukan kerja yang glamour saya cari tetapi rezeki yang berkat. Gaji nanti untuk keluarga dan anak-anak, biarlah dari hasil titik peluh saya dan halalan toyyiba. Oh ya masa temuduga Celcom, pengalaman baru buat saya, saya ditemuduga seorang bos berbangsa cina. Masuk dalam pejabatnya, saya duduk dan soalan pertama yang ditanya pada saya adalah Adakah awak ada masalah untuk bersalaman dengan lelaki? saya menjawab Of course, I'm muslim, i will not shake hand with man. Straightly that chinese guy reply back. So to settle this matters, i want you to wear thin and skin color of glove during working hour, by the way from your resume I'm interested to hire you as one of management trainee. Saya agak terkejut, dalam hati terus terfikir begini rupanya budaya kerja, Saya terus tidak berminat dengan tawaran Syarikat gergasi tersebut! Akhirnya saya tinggalkan begitu sahaja.....
Apa-apa pun saya tahu untuk permulaan ini bukan lah mudah seindah mimpi, dalam keadaan saya yang Fresh Graduate tanpa apa-apa pengalaman sudah pasti saya perlu berusaha lebih berbanding yang lain. Apa yang saya harapkan hanyalah semuanya dipermudahkan dan saya diberi peluang bekerja di syarikat yang berseuaian dengan saya.
Wednesday, April 18, 2012
Dear loving Future Hubby
Assalamualaikum!
I have taken your hand hoping that you will treat me like a princess. My heart is soft, so don’t break it with harsh words.
As you know women are made of irregular rib, I might not be perfect.
Don’t let me as I’m because I might become a loser. And also don’t try to make me
erect at once because I might break. Try to handle me smoothly In sha Allah I’ll be ok.
As you are my better half, always try to be better In sha Allah, that will give me the impression that you are the best husband in the world. Don’t blame me for my small mistakes. Forget them and forgive me. If you see any mistakes in me, please don’t point out them in front others. Make me recognize them with kind words.
Don’t describe about other ladies with me, because that might make me envy. Compliment me if I do anything that pleases you. If I want to talk to you please listen them carefully. That will give me an impression that you are there to care for me.
Some times I might lost my patience and I might turn wild, at that times kindly make me to recognize that I was wrong. If I demand you for little things, try to fulfill them if you can. If you can’t, explain me kindly. In sha Allah I will understand.
Understand me when no one does. That will give me hope in life. At least spend some hours to know how I feel.
In short be a mother when I’m sick.
Be father when I’m in need.
Be a brother when I want to share.
Be a best friend when I want to talk.
Hold my hands and take me in the path of Jannah! In sha Allah!
Let’s live as an exemplary couple, as another Muhammedh (sal) and Kadheeja (Rali).
And let us live as husband and wife even in Jannathul Firdous In sha Allah.
-Your future wife-
With lots and lots of love!!!
Friday, February 24, 2012
Terkini Secara Pukal
Bismillahirrahmanirahim...
Nota 1: Buat sahabat muslimah, tutuplah auratmu di dunia, agar di akhirat pintu syurga terbuka untukmu Jangan buka aurat di dunia, kelak takut nanti di akhirat pinti syurga tertutup untukmu.
Nota 2: Maaf, saya menolak kamu buat kali keempat. Saya masih belum bersedia.
Nota 3: Jangan lupa baca surah Kahfi, Jumaat yang penuh barakah. Insya Allah ^_^
![]() |
| Bilik Rekod Fakulti Perubatan UiTM |
Alhamdulillah atas rezeki dan kehidupan yang saya lalui sekarang, nikmatNya sangat mencurah-curah dan tidak ternilai diberikan. Sebetulnya saya berjanji untuk mengemaskini blog pada hujung minggu ini, tetapi disebabkan ada masa terluang sekarang, kerana hari ini saya bercuti. Saya kongsikan dengan pembaca semua. Alhamdulillah minggu ini adalah minggu terakhir saya menjalani attachment di Hospital, 2 minggu di Hospital UiTM ( Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh dan seminggu di Hospital Sungai Buloh. Insya Allah jika tiada masalah minggu depan adalah minggu terakhir saya menjalani attachment. Pengalaman 2 minggu ketika di UiTM tidak banyak yang saya boleh kongsikan dan pesakit pun sangat sedikit, namun dari segi pengurusan bilik rekod bagi hospital yang baru dibuka banyak yang saya dapat belajar, apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu. Contohnya pemilihan rak-rak untuk menyimpan fail rekod pesakit dan borang-borang yang melibatkan pesakit serta polisi-polisi yang bersesuaian. Oleh kerana baru kebanyakkan proses di Hospital UiTM ini dijalankan secara manual. Guna borang peminjaman dan pemulangan. Saya disana tidak terlalu sibuk. Kerja lebih kepada merekod data peminjaman dan pemulangan fail pesakit.
Berbeza ketika di Hospital Sungai Buloh, 'tak menang tangan dibuatnya' minggu pertama iaitu dari hari isnin hingga khamis saya diberi tugas menjaga kaunter untuk permohonan rekod laporan perubatan, staff yang bekerja dan mengajar saya adalah Siti Nur Saidah, terima kasih Saidah kerana mengajar saya dengan penuh sabar. Hari pertama banyak kesalahan juga yang saya buat. Huh! takut dan seram jugak sebab kerja ini melibatkan undang-undang dan wang. Kerja di kaunter juga saya perlu mempunyai skill untuk memahami apa yang cuba diceritakan pesakit dan laporan bagaimana yang dimahukan. Hari pertama sahaja sudah ada waris pesakit yang "naik angin/minyak'' di kaunter, gelabah dibuatnya. Hari-hari lain pun masih ada, dan semalam hari terakhir sebelum saya bercuti hari ini. Keluarga si mati yang berbangsa India datang untuk memohon laporan perubatan bagi tuntutan insurans, mereka mahukannya dengan segera, mungkin bagi sesetengah pesakit yang tidak tahu tempoh masa untuk mendapatkan laporan perubatan adalan sebulan dari tarikh permohonan. Apa lagi isteri kepada si mati tadi terus menangis-nangis di kaunter menagih simpati. saya terus kebelakang dan memanggil staff senior minta dia mengendalikan situasi tersebut. Al-maklum, kelemahan saya, saya akan turut menitiskan air mata apabila ada yang menangis di depan saya. Alhamdulillah pihak keluarga si mati memahami prosedur dan mereka pulang.
Jika saya sebelum ini praktikal di IJN, situasinya sedikit berbeza berbanding Hospital Sungai Buloh. Ia tidak boleh dipertikaikan lagi setiap organisasi itu ada culture yang tersendiri. Right?. Yang penting bagi saya, saya perlu bijak memasukkan diri saya dalam setiap situasi yang berbeza. Masih ada seminggu lagi, Insya Allah minggu depan saya bertukar unit statistik dan pengurusan rekod (stor rekod), dah tak jumpa pesakit dah.
Keputusan Peperiksaan vs Master.
![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||
| Status FB saya selepas mendapat keputusan semester terakhir saya. |
Alhamdulillah, saya bersyukur dengan keputusan yang diterima walaupun tidak mencapai apa yang saya inginkan, mungkin hanya sekadar itu yang termampu. Alhamdulillah dengan keputusan yang diterima, secara tidak rasminya tamatlah pengajian saya di Fakulti Pengurusan Maklumat selama 2 tahun sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian ) Pengurusan Rekod. Insya Allah mengukit khabar angin graduasi kali ini akan dibuat pada bulan 5. Saya sebenarnya agak keberatan untuk hadir ke majlis graduasi nanti, walau apa pun, semua bergantung pada keadaan ketika itu. Doakan segalanya dipermudahkan olehNya. Oh ya, tahniah juga pada kawan-kawan yang lain yang mendapan senarai anugerah dekan double thumbs dari saya, anda semua hebat dan mampu mendapatkannya andai anda berusaha. Oh ya, mengenai pengajian master saya, saya masih lagi dalam kebingungan, sebenarnya halangan utama sya adalah sumber keewangan, dan cita-cita saya untuk menjadi pensyarah,( saya masih kebingungan untuk memilih Master by Research or Master by Coursework) sebab ada khabar angin mengatakan hanya research sahaja yang boleh apply untuk jadi pensyarah kelak. Tetapi saya lebih berminat untuk mengambil yang coursework punya. Maka keputusannya kekal pending begitu sahaja, lagipun kami tawaran bersyarat masih diberikan kelonggaran untuk mendaftar lambat.
Sepatutnya saya diminta ke Fakulti untuk mendapatkan surat tawaran asal pengajian Sarjana yang ditawarkan pada saya, tetapi saya masih keberatan. Ya Allah bantulah daku membuat keputusan, tunjukkanlah aku andai ada sesuatu yang masih tersembunyi, dekatkanlah ia andai ia masih jauh. Sekali lagi tawaran itu dibiarkan tergantung tanpa ada sebarang keputusan. Akhir sekali, maaf pada kawan-kawan yang mesejnya tidak berbalas terumatanya yang menghantar mesej bertanyakan mengenai result exam (rasanya entry saya kali ini sekaligus menjawab persoalan kamu semua). Bukan sombong mahupun kedekut untuk membalas mesej kalian, semenjak bertukar tempat praktikal ke Sungai Buloh, jadual saya berubah 360 darjah.
Sepatutnya saya diminta ke Fakulti untuk mendapatkan surat tawaran asal pengajian Sarjana yang ditawarkan pada saya, tetapi saya masih keberatan. Ya Allah bantulah daku membuat keputusan, tunjukkanlah aku andai ada sesuatu yang masih tersembunyi, dekatkanlah ia andai ia masih jauh. Sekali lagi tawaran itu dibiarkan tergantung tanpa ada sebarang keputusan. Akhir sekali, maaf pada kawan-kawan yang mesejnya tidak berbalas terumatanya yang menghantar mesej bertanyakan mengenai result exam (rasanya entry saya kali ini sekaligus menjawab persoalan kamu semua). Bukan sombong mahupun kedekut untuk membalas mesej kalian, semenjak bertukar tempat praktikal ke Sungai Buloh, jadual saya berubah 360 darjah.
Seawal 6.15 saya sudah keluar dari rumah untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan bersesak dan jem di jalan raya. Alahmdulillah kebiasaannya saya akan sampai Hospital UiTM lebih kurang pukul 7. Sementara menunggu rakan sekerja saya bersiap, kerana saya perlu menumpangkannya sebelum ke Hospital Sungai Buloh, sempatlah saya sarapan dan membaca beberapa helai muka surat ayat-ayat Al-Quran di Surau Hospital ( doakan saya diberikan masa selalu, dan istiqamah ), selesai sarapan kami akan bersama-sama pergi ke hospital. Kebiasaannya masuk pejabat tepat-tepat pukul 8. Mulalah kerja melayan pesakit yang ingin membuat permohonan. Rehat pula pukul 1 hingga 2, masakan nak makan lagi, kemudian solat. memang masa yang ada itu cukup-cukup sahaja. Masuk kerja semula pukul 2 hinggalah pukul 5. Saya perlu menghantar kawan terlebih dahulu sebelum terus bergegas pulang ke rumah kerana saya perlu mengajar mengaji pada pukul 6, sampai rumah kebiasaannya pukul 5.30ptg, latak beg, mandi, solat dan terus ke kelas mengaji. Memang kena ada x-factor unutk bertahan dengan jadual yang agak padat ini.
Kebiasaanya kelas mengaji akan habis sekitar jam 9, solat magrib dan Isyak saya tunaikan di kelas siap-siap, takut bila balik terlambat. Alhamdulillah, badan saya masih kuat untuk jadual begini. Sampi dirumah badan saya memang penat dan lemah, ambil masa sekejap untuk santai bersama ahli keluarga bertanyakan tentang sekolah dan pekerjaan mereka, sekitar jam 10.00 mlm saya pasti sudah bersiap-siap untuk tidur kerana saya perlu bangun sekitar jam 4.30 atau 5.00 untuk bersiap ke Hospital pula. Begitulah saya, kadang-kadang dah macam zombi pun ade.Namun itu yang perlu dikorbankan demi mendapatkan pengalaman. Alhamdulillah, itu sahaja untuk setakat ini. Saya mendaoakan sahabat semua dan pembaca blog ini agar sentiasa sihat dan dibawah lindungan Allah SWT.
Nota 2: Maaf, saya menolak kamu buat kali keempat. Saya masih belum bersedia.
Nota 3: Jangan lupa baca surah Kahfi, Jumaat yang penuh barakah. Insya Allah ^_^
Tuesday, February 21, 2012
Kawan
Persahabatan tidak akan kekal. Ia berubah kerana beberapa faktor besar dan kecil. Bijak pandai ada menyatakan, “persahabatan umpama buku. Membakarnya hanya memerlukan beberapa saat. Menulisnya memerlukan masa yang panjang!”
Namun ada masanya buku-buku tersebut perlu dibakar. Jika tidak, ia mungkin membawa mudarat.
Bijak pandai yang lain juga pernah berkata, “teman-teman lama umpama emas, teman-teman baru umpama berlian. Namun sebutir berlian memerlukan emas untuk diikat. Jadi, ada berlian jangan lupakan emas”.
Namun ada masanya, emas dan berlian tidak lagi menarik minat. Ia sudah tidak bernilai lagi.
Kredit : Prof Kamil
Nota 1: Maaf lama tidak berupdate blog, sangat sibuk dengan praktikal dan kelas mengaji. Sampai dirumah mengadap laptop bukanlah pilihan utama, biasanya selesai solat isyak selepas balik mengajar tanpa perlu dipaksa, sebaik letakkan kepala dibantal saya akan tidur dengan lenanya. Insya Allah saya akan cuba updatekan secara pukal cuti hujung minggu ini. ^_^
Nota 2: Esok keputusan peperiksaan semester akhir saya keluar, macam-macam ada dalam kepala ni. Namun saya redha apa jua result saya dapat kerana ia pantulan kembali atas setakat mana usaha saya.
Namun ada masanya buku-buku tersebut perlu dibakar. Jika tidak, ia mungkin membawa mudarat.
Bijak pandai yang lain juga pernah berkata, “teman-teman lama umpama emas, teman-teman baru umpama berlian. Namun sebutir berlian memerlukan emas untuk diikat. Jadi, ada berlian jangan lupakan emas”.
Namun ada masanya, emas dan berlian tidak lagi menarik minat. Ia sudah tidak bernilai lagi.
Kredit : Prof Kamil
Nota 1: Maaf lama tidak berupdate blog, sangat sibuk dengan praktikal dan kelas mengaji. Sampai dirumah mengadap laptop bukanlah pilihan utama, biasanya selesai solat isyak selepas balik mengajar tanpa perlu dipaksa, sebaik letakkan kepala dibantal saya akan tidur dengan lenanya. Insya Allah saya akan cuba updatekan secara pukal cuti hujung minggu ini. ^_^
Nota 2: Esok keputusan peperiksaan semester akhir saya keluar, macam-macam ada dalam kepala ni. Namun saya redha apa jua result saya dapat kerana ia pantulan kembali atas setakat mana usaha saya.
Tuesday, January 31, 2012
Master
Asslamualaikum wbt
Nota 1: Hujung minggu ini, hendak pulang ke kampung dan melawat adik di Bagan Serai.
Nota 2: Alhamdulillah azam untuk mula menabung secara konsisten sudah memulakan langkah, saya dah berjaya memasukkan bagi bulan 1, Insurans pun sudah bayar.
Semalam, selepas on FB tengok dekat page IPSIS UiTM, semua orang asyik sibuk cakap pasal keputusan untuk sambung master dah keluar. Saya mulanya tidak la teruja kerana saya tidak memohon. Hanya baca sahaja komen-komen gembira dan sedih dari pemohon yang berjaya mahupun sebaliknya. Namun ketika asyik membaca komen-komen, ada yang menyediakan link untuk sesiapa yang ingin menyemak status mereka. Apa lagi dengan gatal tangan saya pun turut la memasikkan no I/C saya, dalam hati bermonolog, " gatai betulla, memang takkan ade la, apply pun tidak ade hati nak dapat" . Tekan button submit terus keluar offer letter ni. Terkejut. Baca dan baca ade la dua tiga kali. Lepas tu terus senyum kambing sorang-sorang..tak henti-henti ucap syukur pada yang Esa.
Saya bagitahu, dan tanya pendapat. Dia hanya balas " buatlah, kalau rasa nak sambung just do it bukan semua orang Allah SWT beri rezeki begini, tetapi apa pun fikir sehabis mugkin sebelum membuat keputusan" , kerana dia tahu saya sangat beria-ria untuk menyambung pengajian dalam Master in Health Informatics.
Jika saya menerima jemputan diatas, saya perlu mendaftarkan diri pada 25 Febuari ni, jadi saya sebenarnya buntu, samaada menerima atau pun bekerja dahulu. Hendak dikatakan terdesak untuk bekerja tidak juga kerana saya tidak membuat pinjaman semasa pengajian, jadi tiada la Ah Long berlesen (PTPTN) hendak mengungut. Saya biarkan dahulu tanpa membuat keputusan, biarkan tergantung sehingga keputusan semester 6 saya keluar, Insya Allah 22 Febuari ini. Dengan keputusan yang ada itu saya akan buat keputusan untuk terus menyambung pengajian yang ditawarkan ini atau yang bulan 9, Insya Allah.
Nota 2: Alhamdulillah azam untuk mula menabung secara konsisten sudah memulakan langkah, saya dah berjaya memasukkan bagi bulan 1, Insurans pun sudah bayar.
Saturday, January 28, 2012
Kerja - Wan Maisarah - Cuti - Praktikal
Assalamualaikum wbt
Saya ada juga cuba-cuba hantar resume kepada dua tiga syarikat, Insya Allah ada rezeki di panggil temu duga saya akan cuba buat sebaik mungkin.
Oh ya.. tadi sebelum semua pelajar pulang saya sempat mengambil gambar Wan Maisarah. Ini dia si kecil yang membuatkan saya jatuh cinta kepadanya, atau mungkin hanya naluri keibuan saya sahaja. Wallahhualam.
Sebelum saya mula menulis, tengok pos entry yang sebelum entry ini. Kali terakhir saya pos entry ialah pada 4 January, lama juga tidak menulis apa-apa disini. Agak sibuk dengan kerja sebagai pembantu di pasti dan sebelah petangnya pula mengajar Al-Quran yang muridnya kian bertambah. Rasanya untuk kelas mengaji muridnya sudah mencecah 70 lebih. Alhamdulillah.
Oh ya, memang sebelum ini saya bagitahu saya mula cuti agak awal berbanding kawan-kawan yang ada final paper exam. Jadi selepas peristiwa sedih yang terjadi pada saya ketika tahun baru saya minta kebenaran dengan keluarga untuk berkerja sementara. Alhamdulillah kebetulan pula pada waktu itu salah sebuah tadika di kawasan Saujana Utama hendak cari pembantu tadika yang kerjanya dari 7.30pg - sampai 12.00 tgh hari. Mulanya ketua guru di tadika tersebut minta saya menjadi guru tadika, tetapi saya menolak kerana keadaan kesihatan yang kurang baik dan saya takut saya tidak dapat kawal budak-budak. Saya mula berkerja selepas beberapa hari sesi persekolahan bermula. Kerja mudah sampai sahaja di sana bancuh air untuk pelajar tadika minum pada waktu rehat, dan makanan yang dihantar dari tukang masak akan saya cedukkan kedalam pinggan. Agak mudah kerjanya. Selesai rehat saya perlu membasuh kesemua pinggan dan cawan.
Oh ya, memang sebelum ini saya bagitahu saya mula cuti agak awal berbanding kawan-kawan yang ada final paper exam. Jadi selepas peristiwa sedih yang terjadi pada saya ketika tahun baru saya minta kebenaran dengan keluarga untuk berkerja sementara. Alhamdulillah kebetulan pula pada waktu itu salah sebuah tadika di kawasan Saujana Utama hendak cari pembantu tadika yang kerjanya dari 7.30pg - sampai 12.00 tgh hari. Mulanya ketua guru di tadika tersebut minta saya menjadi guru tadika, tetapi saya menolak kerana keadaan kesihatan yang kurang baik dan saya takut saya tidak dapat kawal budak-budak. Saya mula berkerja selepas beberapa hari sesi persekolahan bermula. Kerja mudah sampai sahaja di sana bancuh air untuk pelajar tadika minum pada waktu rehat, dan makanan yang dihantar dari tukang masak akan saya cedukkan kedalam pinggan. Agak mudah kerjanya. Selesai rehat saya perlu membasuh kesemua pinggan dan cawan.
Nampak mudah, tetapi sebenarnya jika kurang kesabarannya mungkin tidak bertahan lama, mana tidaknya muridnya keseluruhan adalah 130 orang yang terdiri daripada umur 4-6 tahun. Bayangkan kanak-kanak pada umur tersebut sudah pasti datang ke tadika dengan 1001 kerenah. Hari pertama dan kedua tu agak rimas juga tambahan pula badan belum betul-betul sihat, kemudiannya alhamdulillah saya boleh adapt dengan kanak-kanak disana. Namun ada seorang pelajar 4 tahun ni betul-betul menarik perhatian saya, namanya Wan Maisarah, sangat comel dan petah sangat bercakap. Jika dia kedapur untuk basuh tangan sebelum makan mahupun macam soalan dia akan tanya pada saya, ia sudah pasti budak-budak ingin tahu segalanya, dan kita yang dewasa perlulah berhati-hati dalam memberi jawapan kerana budak-budak ini akan terus rekodkan apa yang kita bagitahu pada mereka. Dan hari demi hari setiap kali sebelum perhimpunan pagi, saya pasti akan mencari Wan Maisarah, tidak tahu kenapa tetapi melihat wajahnya dan senyumannya buatkan hati saya tenang. Betullah wajah kanak-kanak ni bercahaya kerana hati mereka yang bersih.
Oh yaa.. Wan Maisarah ataupun saya suka memanggil dia hanya dengan nama Sarah, sangat mudah menghafal. Jika ada kelapangan selepas saya siap membasuh semua pinggan dan mengemas dapur. Saya suka tolong Guru yang mengajar 4 tahun iaitu Cikgu Hamizah . Saya akan mengajar doa-doa harian kepada mereka, dan Sarah sangat mudah menghafal. Percaya atau tidak hanya dengan dua kali sahaja dia mengikuti saya membaca doa, dia sudah pun menghafal doa tersebut.
Sarah, saya akan rindukan kamu kerana saya sudah mula bercuti dari 30 Januari - 29 Febuari, kerana saya perlu menjalani praktikal di Fakulti Perubatan UiTM Sungai Buloh, oh ya jika post entry sebelum ini saya berkongsi dengan sahabat semua yang saya akan berpraktikal di KPJ Damansara, namun saat akhir saya menukarnya kerana masalah pengangkutan dan keluarga tidak membenarkan, Saya pasrah. Jika sesudah habis praktikal tadika tempat saya kerja itu masih tiada orang baru, saya akan kembali bekerja di sana sambil menunggu masa untuk menyambung pengajian di peringkat Master yang insya Allah pendaftarannya akan dibuka pada bulan September tahun ini, sempatlah saya kumpul duit untuk Master nanti Insya Allah.
Saya ada juga cuba-cuba hantar resume kepada dua tiga syarikat, Insya Allah ada rezeki di panggil temu duga saya akan cuba buat sebaik mungkin.
Oh ya.. tadi sebelum semua pelajar pulang saya sempat mengambil gambar Wan Maisarah. Ini dia si kecil yang membuatkan saya jatuh cinta kepadanya, atau mungkin hanya naluri keibuan saya sahaja. Wallahhualam.
Wednesday, January 04, 2012
Belajar Untuk Belajar
Kita belajar daripada Ujian,
Kita belajar daripada Pengalaman
Kita belajar daripada ketentuan
Kita belajar untuk yakin pada janji Allah SWT
Kita belajar untuk faham erti memahami dan kasih sayang
Kita belajar dari segalanya, yang kembali membawa kita kepada DiaNota 1: Semakin Allah sayang kita semakin hebat kita diujiNya.
Tuesday, January 03, 2012
Muhasabah Diri
Saya dapat quote dari sahabat baik saya, menyedarkan saya sesuatu, saya simpan di blog untuk peringatan akan datang.
"Kita nampak bulan, tetapi sebenarnya bulan itu jauh sangat...
Kita tidak nampak Allah, tetapi sebenarnya Allah itu dekat sangat kan?"
Nota
"Kita nampak bulan, tetapi sebenarnya bulan itu jauh sangat...
Kita tidak nampak Allah, tetapi sebenarnya Allah itu dekat sangat kan?"
![]() |
| Nota sepenjang pengajian di UiTM Puncak Perdana |
Selesai mengemas buku-buku dan nota yang digunakan sepanjang pengajian Ijazah, kecuali nota semasa semester 4 dan 5 yang masih belum dipulangkan junior saya Alhamdulillah semuanya masih elok dan disimpan dengan kemas. Tidak berniat untuk menjualnya kepada adik-adik junior mahupun kitar semula kesemua nota tersebut. Mungkin ada gunanya dikemudian. Yang menjadi masaalah ialah ruang untuk menyimpan kesemua nota. Insya Allah jika ada masa lapang mungkin cari kotak yang pelbagai guna ( Kotak dan meja pada masa yang sama).
Kedai Baju Sekolah Canggih
Dapat tawaran kerja sementara di Kedai Baju sekolah Canggih, tetapi tidak terima apa-apa tawaran buat masa ini, sebab saya masih lagi terikat dengan program Finishing School yang Insya Allah akan diadakan 17-19 Januari ini di UiTM Puncak Alam. Mungkin bulan Febuari nanti baru memulakan latihan industri atau mencari pekerjaan sementara.
Nota 1: Tengah menyiapkan resume. Ade butiran baru yang perlu dibetulkan. Mencari kerja yang besesuaian.
Nota 2: Ada 5 azam untuk 2012 ^__^
Friday, December 30, 2011
Peluang & Kemahuan
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, setelah tamat semester 6 ini, saya akan bercuti agak lama sebelum keputusan peperiksaan semester 6 diumumkan. Perancangan yang dibuat adalah untuk menjalani sesi praktikal di mana-mana hospital yang berdekatan dengan rumah, niat utama nak tambah pengalaman yang ada tentang pengurusan rekod perubatan, Jika sebelum ini semasa pertengahan semester saya telah pun memberi nama untuk menjalani sesi praktikal berkumpulan di Hospital Sungai Buloh ( Fakulti Perubatan UiTM) , tiba-tiba minggu lepas semasa berbual dengan Ummi tentang Hospital Pakar Damansara (KPJ Damansara) mengenai pengurusan rekod dekat hospital tu, bercerita mengenai keramahan En. Ibrahim menerima kunjungan kami untuk membuat kajian di Jabatan Rekod Perubatan KPJ Damansara dan offer praktikal yang diberikan kepada kami berempat sekiranya ingin mengadakan praktikal di sana. Ummi tiba-tiba menggalakkan saya untuk praktikal di Damansara. Huh!, memang bagus praktikal disana berdasarkan kajian saya dengan keadaan disana dan rekod-rekod perubatan yang KPJ simpan memang banyak pengalaman yang saya boleh dapat. Tetapi yang menjadi halangan pada saya ialah DAMANSARA, agak jauh tempatnya dan mengikut polisi KPJ, pelajar yang ingin menjalani praktikal perlu menghabiskan sesi praktikal sekurang-kurangnya 4 bulan, agak lama tu.
Jika di fikirkan betul-betul, Hospital Sungai Buloh adalah pilihan paling selamat dan menjimatkan, tetapi saya sendiri tidak pasti kata hati saya yang betul-betul memilih KPJ Damansara, dan ditambah pula demi menerima cadangan ummi saya, Ia saya yakin pasti ada hikmah dengan keputusan ini. Akhirnya pada 28 Disember 2011 lepas saya menghubungi En. Ibrahim dan menyatakan saya sudah habis pengajian dan berhasrat menjalani latihan industri di KPJ Damansara, dan alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan begitu juga dari pihak UiTM. Surat, kelulusan semuanya mudah diselesaikan satu demi satu. Ya Allah, memang mudah segalanya-galanya. Insya Allah jika tiada aral melintang saya sudah boleh menjalani praktikal pertengahan bulan 1. Walau ada sedikit kesusahan terpaksa berulang alik dari rumah ke Damansara, saya pasti ada hikmah dengan keputusan saya buat.
Master
Ramai antara kenalan yang mengambik keputusan untuk terus menyambung pengajian setelah tamat pengajian Degree mereka, ada antaranya yang memberi alasan masih belum bersedia untuk bekerja, tidak kurang yang memberi alasan demi memenuhi permintaan keluarga. Bagi saya sendiri, kemahuan untuk melanjutkan pengajian ke tahap Master memang sentiasa ada, tetapi saya masih menunggu Kos 'Master in Health Informatics' yang dijangkakan akan dimulakan pada bulan September 2012 nanti, mengikut apa yang diceritan pensyarah saya. Insya Allah saya akan cuba makbulkan hajat kedua ibu bapa yang mahu saya belajar setinggi yang boleh. Kayuh pelan-pelan dan sentiasa pastikan tidak sesat atau terjatuh. Cuma dalam masa terdekat ini, saya sangat ligat melihat iklan jawatan kosong dan kerja sambilan demi mengisi masa terluang dan sudah pasti menambah duit poket.
Mohon Maaf
Tulus ikhlas jika ada sesiapa yang menyakitkan hati atau membuat kesalahan pada saya, mahupun berkata belakang tentang saya, saya maafkan segalanya sepanjang 2 tahun pengajian Ijazah di UiTM Puncak Perdana. Dan dengan rendah hati dan ruang terbuka ini saya memohon maaf sekiranya saya pernah mengguris hati kamu semua samaada saya lakukan secara sedar mahupun tidak.Segala ilmu yang pernah dikongsikan, keewangan yang dipinjamkan saya halalkan dunia akhirat. Semoga sahabat semua berjaya dalam kerjaya mahupun kehidupan.
Nota 1: Doakan urusan saya untuk membuat praktikal di KPJ Damansara berjalan lancar.
Nota 2: Tahniah Dr. Sarah atas kelahiran cahaya mata pertama. Moga menjadi anak yang soleh. ^____^
Thursday, December 29, 2011
Assalamualaikum wbt
Nota awal: Entry ini adalah sekadar ringkasan terkini, saya tidak berniat menulis panjang.
Alhamdulillah secara rasminya hari ini 29/12/2011 tamatla semester 6 saya sebagai pelajar UiTM Puncak Perdana...sekarang ini sudah masuk study week...disebabkan saya tidak ada subjek yang ada final exam..secara rasminya cuti saya sudah bermula...Hanya menanti keputusan semester 6 sahaja ( smg target saya untuk tamat dengan anugerah dekan dapat dimakbulkan Allah SWT)
Huh, how hectic and life is very busy and unmanageable...but syukur sangat-sangat i managed to end this semester.
Memang banyak entry bertangguh saya, insya Allah masa terluang nanti saya akan post sikit, a lot of story that i need to share with u all...lot of love... bye2
Nota awal: Entry ini adalah sekadar ringkasan terkini, saya tidak berniat menulis panjang.
Alhamdulillah secara rasminya hari ini 29/12/2011 tamatla semester 6 saya sebagai pelajar UiTM Puncak Perdana...sekarang ini sudah masuk study week...disebabkan saya tidak ada subjek yang ada final exam..secara rasminya cuti saya sudah bermula...Hanya menanti keputusan semester 6 sahaja ( smg target saya untuk tamat dengan anugerah dekan dapat dimakbulkan Allah SWT)
Huh, how hectic and life is very busy and unmanageable...but syukur sangat-sangat i managed to end this semester.
Memang banyak entry bertangguh saya, insya Allah masa terluang nanti saya akan post sikit, a lot of story that i need to share with u all...lot of love... bye2
Sunday, December 11, 2011
Hati Yang Cedera
Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.
Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.
Hati itu bukan hati aku lagi..
Heal my heart ya Allah..
Bless me with a new heart..
Friday, October 28, 2011
Permata & Sampah
Ada ketika kita melayan seseorang itu bagaikan PERMATA, dijaga dengan baik, dibalut dengan baik dan disimpan dengan baik, tahap keselamatannya kita utamakan berbanding barang-barang lain kerana ia adalah sebutir permata buat kita.
Namun dalam masa yang sama kita dilayan kembali ibarat sampah, tahu di mana sampah? samaada dibiarkan di tangah-tengah jalan, dilanggar, dipijak dan mungkin manusia memandang sampah dengan penuh jijik dan kotor seolah sampah itu bukan dari hasil tangan mereka sendiri.
Itu sahaja, sekian...
Pesanan buat dia ikhlas dari saya:
Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character.
Watch your character; it becomes your destiny.
Nota 1: Saya terkilan sangat-sangat dengan kamu
Tergamak
Selesai solat isyak semalam, saya terus sujud dan air mata mengalir tanpa henti... dalam hati saya pada ketika itu adalah TERGAMAK dia buat saya macam itu, saya dilayan dengan sangat kasar sdan penuh dengan perasaan marah!, dengan begitu bongkak dia menunjukkan segala sifat nya. Ya Allah disaat itu jika diukur termometer kesabaran saya mungkin tersangatlah tinggi, saya berfikir kembali sekiranya hilang langsung semalam sabar saya atau sudah melampaui had mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku.
Namun, alhamdulillah disaat saya teresak-esak mengenangkan diperlakukan sebegitu, saya bersyukur Allah swt telah membuka hati saya untuk melihat siapa dia yang sebenarnya. Tiada apa-apa penyesalan dengan perkara sebelum ini, apa saya pernah lakukan dan apa sahaja budi saya pada dia. Sesungguhnya sayang saya pada dia dulu adalah kerana Allah swt dan benci saya sekarang pada dia juga hanya kerana sikapnya yang saya rasa sangat kurang ajar dan tidak bersyukur. Insya Allah satu hati nanti saya percaya orang seperti dia akan menyesal dan mungkin baru teringat kembali apa yang dia pernah buat dengan orang lain, dan pada masa itu mungkin sukar untuk mencari kemaafan pada siapa yang dia dah lukakan hatinya.
Saya maafkan apa yang dia telah buat pada saya, selepas ini mungkin saya tidak lah seperti dulu bagaimana saya akan berhubungan dengan dia, dan mungkin saya akan pastikan saya sentiasa bersabar apabila melihat wajahnya dan detikkan dalam hati doa pada Allah banyak agar dia berubah.
Nota 1: Ya Allah, terima kasih atas UJIAN semalam, aku tahu ENGKAU mahu yang terbaik buat setiap hambaMu.
Subscribe to:
Posts (Atom)



























