Friday, December 30, 2011

Peluang & Kemahuan

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, setelah tamat semester 6 ini, saya akan bercuti agak lama sebelum keputusan peperiksaan semester 6 diumumkan. Perancangan yang dibuat adalah untuk menjalani sesi praktikal di mana-mana hospital yang berdekatan dengan rumah, niat utama nak tambah pengalaman yang ada tentang pengurusan rekod perubatan, Jika sebelum ini semasa pertengahan semester saya telah pun memberi nama untuk menjalani sesi praktikal berkumpulan di Hospital Sungai Buloh ( Fakulti Perubatan UiTM) , tiba-tiba minggu lepas semasa berbual dengan Ummi tentang Hospital Pakar Damansara (KPJ Damansara) mengenai pengurusan rekod dekat hospital tu, bercerita mengenai keramahan En. Ibrahim menerima kunjungan kami untuk membuat kajian di Jabatan Rekod Perubatan KPJ Damansara dan offer praktikal yang diberikan kepada kami berempat sekiranya ingin mengadakan praktikal di sana. Ummi tiba-tiba menggalakkan saya untuk praktikal di Damansara. Huh!, memang bagus praktikal disana berdasarkan kajian saya dengan keadaan disana dan rekod-rekod perubatan yang KPJ simpan memang banyak pengalaman yang saya boleh dapat. Tetapi yang menjadi halangan pada saya ialah DAMANSARA, agak jauh tempatnya dan mengikut polisi KPJ, pelajar yang ingin menjalani praktikal perlu menghabiskan sesi praktikal sekurang-kurangnya 4 bulan, agak lama tu.

Jika di fikirkan betul-betul, Hospital Sungai Buloh adalah pilihan paling selamat dan menjimatkan, tetapi saya sendiri tidak pasti kata hati saya yang betul-betul memilih KPJ Damansara, dan ditambah pula demi menerima cadangan ummi saya, Ia saya yakin pasti ada hikmah dengan keputusan ini. Akhirnya pada 28 Disember 2011 lepas saya menghubungi En. Ibrahim dan menyatakan saya sudah habis pengajian dan berhasrat menjalani latihan industri di KPJ Damansara, dan alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan begitu juga dari pihak UiTM. Surat, kelulusan semuanya mudah diselesaikan satu demi satu. Ya Allah, memang mudah segalanya-galanya. Insya Allah jika tiada aral melintang saya sudah boleh menjalani praktikal pertengahan bulan 1. Walau ada sedikit kesusahan terpaksa berulang alik dari rumah ke Damansara, saya pasti ada hikmah dengan keputusan saya buat.

Master
Ramai antara kenalan yang mengambik keputusan untuk terus menyambung pengajian setelah tamat pengajian Degree mereka, ada antaranya yang memberi alasan masih belum bersedia untuk bekerja, tidak kurang yang memberi alasan demi memenuhi permintaan keluarga. Bagi saya sendiri, kemahuan untuk melanjutkan pengajian ke tahap Master memang sentiasa ada, tetapi saya masih menunggu Kos 'Master in Health Informatics' yang dijangkakan akan dimulakan pada bulan September 2012 nanti, mengikut apa yang diceritan pensyarah saya. Insya Allah saya akan cuba makbulkan hajat kedua ibu bapa yang mahu saya belajar setinggi yang boleh. Kayuh pelan-pelan dan sentiasa pastikan tidak sesat atau terjatuh. Cuma dalam masa terdekat ini, saya sangat ligat melihat iklan jawatan kosong dan kerja sambilan demi mengisi masa terluang dan sudah pasti menambah duit poket.

Mohon Maaf
Tulus ikhlas jika ada sesiapa yang menyakitkan hati atau membuat kesalahan pada saya, mahupun berkata belakang tentang saya, saya maafkan segalanya sepanjang 2 tahun pengajian Ijazah di UiTM Puncak Perdana. Dan dengan rendah hati dan ruang terbuka ini saya memohon maaf sekiranya saya pernah mengguris hati kamu semua samaada saya lakukan secara sedar mahupun tidak.Segala ilmu yang pernah dikongsikan, keewangan yang dipinjamkan saya halalkan dunia akhirat. Semoga sahabat semua berjaya dalam kerjaya mahupun kehidupan.


Nota 1: Doakan urusan saya untuk membuat praktikal di KPJ Damansara berjalan lancar.
Nota 2: Tahniah Dr. Sarah atas kelahiran cahaya mata pertama. Moga menjadi anak yang soleh. ^____^


Thursday, December 29, 2011

Assalamualaikum wbt

Nota awal: Entry ini adalah sekadar ringkasan terkini, saya tidak berniat menulis panjang.

Alhamdulillah secara rasminya hari ini 29/12/2011 tamatla semester 6 saya sebagai pelajar UiTM Puncak Perdana...sekarang ini sudah masuk study week...disebabkan saya tidak ada subjek yang ada final exam..secara rasminya cuti saya sudah bermula...Hanya menanti keputusan semester 6 sahaja ( smg target saya untuk tamat dengan anugerah dekan dapat dimakbulkan Allah SWT)

Huh, how hectic and life is very busy and unmanageable...but syukur sangat-sangat i managed to end this semester.


Memang banyak entry bertangguh saya, insya Allah masa terluang nanti saya akan post sikit, a lot of story that i need to share with u all...lot of love... bye2


Sunday, December 11, 2011

Hati Yang Cedera


Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.
Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.
Hati itu bukan hati aku lagi..
Heal my heart ya Allah..
Bless me with a new heart..

Friday, October 28, 2011

Permata & Sampah



Ada ketika kita melayan seseorang itu bagaikan PERMATA, dijaga dengan baik, dibalut dengan baik dan disimpan dengan baik, tahap keselamatannya kita utamakan berbanding barang-barang lain kerana ia adalah sebutir permata buat kita.




Namun dalam masa yang sama kita dilayan kembali ibarat sampah, tahu di mana sampah? samaada dibiarkan di tangah-tengah jalan, dilanggar, dipijak dan mungkin manusia memandang sampah dengan penuh jijik dan kotor seolah sampah itu bukan dari hasil tangan mereka sendiri. 





Itu sahaja, sekian... 
Pesanan buat dia ikhlas dari saya: 
Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character. 
Watch your character; it becomes your destiny.
Nota 1: Saya terkilan sangat-sangat dengan kamu

Tergamak

Selesai solat isyak semalam, saya terus sujud dan air mata mengalir tanpa henti... dalam hati saya pada ketika itu adalah TERGAMAK dia buat saya macam itu, saya dilayan dengan sangat kasar sdan penuh dengan perasaan marah!, dengan begitu bongkak dia menunjukkan segala sifat nya. Ya Allah disaat itu jika diukur termometer kesabaran saya mungkin tersangatlah tinggi, saya berfikir kembali sekiranya hilang langsung semalam sabar saya atau sudah melampaui had mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku.


Namun, alhamdulillah disaat saya teresak-esak mengenangkan diperlakukan sebegitu, saya bersyukur Allah swt telah membuka hati saya untuk melihat siapa dia yang sebenarnya. Tiada apa-apa penyesalan dengan perkara sebelum ini, apa saya pernah lakukan dan apa sahaja budi saya pada dia. Sesungguhnya sayang saya pada dia dulu adalah kerana Allah swt dan benci saya sekarang pada dia juga hanya kerana sikapnya yang saya rasa sangat kurang ajar dan tidak bersyukur. Insya Allah satu hati nanti saya percaya orang seperti dia akan menyesal dan mungkin baru teringat kembali apa yang dia pernah buat dengan orang lain, dan pada masa itu mungkin sukar untuk mencari kemaafan pada siapa yang dia dah lukakan hatinya.

Saya maafkan apa yang dia telah buat pada saya, selepas ini mungkin saya tidak lah seperti dulu bagaimana saya akan berhubungan dengan dia, dan mungkin saya akan pastikan saya sentiasa bersabar apabila melihat wajahnya dan detikkan dalam hati doa pada Allah banyak agar dia berubah.

Nota 1: Ya Allah, terima kasih atas UJIAN semalam, aku tahu ENGKAU mahu yang terbaik buat setiap hambaMu.

Friday, October 21, 2011

Bertahan

Assalamualaikum wbt

Minggu ini minggu yang sangat sedih, entahlah la dalam kondisi sekarang saya lebih memilih untuk bertahan, bertahan dengan groupmate yang macam-macam ragam. Bertahan dengan itu dan ini.

Saya selalu bertanya kenapa dalam apa situasi sekali pun saya yang perlu memahami dan berkorban demi orang lain, tidak kira la dalam berkawan, bekerja, mahupun di dalam  keluarga. Erm... Sakit bila selalu sangat macam ni.

Monday, October 10, 2011

Assigment & Berjalan

Assalamualaikum wbt

Huh, lame juga saya biarkan blog ni tak berupdate...alasannya saya sangat sibuk. Penangan semester terakhir degree ni macam-macam kerja dalam satu masa.Nak ada kan masa siapkan agment kalau bukan hujung minggu memang susahla dengan saya perlu buat kerja part-time yang biasa nya habis malam ditambah siangnya padat dengan kelas.

Cuma nak update ringkas sahaja, jumaat lepas Mak Su saya datang ziarah kami sekeluarga di rumah, saya dan mak su sangatlah rapat kerana kami sebenarnya sama umur, yup ketika ummi saya melahirkan saya arwah nenek saya melahirkan mak su saya pada tahun yang sama. Seronok  tak terkira mak su datang. Macam-macam kami sembangkan, yang pasti gelak sahaja. Walaupun hakikatnya saya sebenarnya bertimbun asgment hendak disiapkan, tetamu dirumah tak boleh dibiarkan, Jadi andai ada masa senggang saya akan meriba Asiah ( notebook ASUS) dan menyiapkan sedikit demi sedikit, dari hari jumaat sehingga la ahad..tetapi yang ahad tu la paling mencabar, asgment masih ligat disiapkan, tetapi pada hari itu sudah merancang bersama untuk ziarah adik di Cheras ( beri dia semangat sebab dia ada percubaan SPM hari ini) kemudian menghantar mak su ke pudu, ada usrah pula bersama sahabat di Gombak, bayangkan dalam satu hari berapa tempat saya perlu berada, dalam hati resah tidak terkira la sebab asgmnet tak siap lagi. Jadi driver pun kata, bawa ja Asiah dan buat asgmnt dalam kereta masa perjalanan nanti. Yup itu la yang saya buat, sambil driver memandu disebelah saya gigih menyiapkan kerja. Hahaha... Penangan asgmnt yang diberi pensyarah sedebuk! semua dalam seminggu dan submission date nya dekat-dekat.. haha..

Alhamdulillah semua asgmnt (Individual Electronic Records, Article Review Electronic Resource Center, Handout untuk presentation Document Imaging System) semua nya berjaya disiapkan sengan jayanya di dalam kereta, pengalaman pertama menyiapkan kerja selama 5 tahun belajar. Haha

Nota 1: Minggu lepas yang hectic and this week will be the same as last week, HECTIC!
Nota 2: Insya Allah 21-23 Oktober ini saya akan ke Sungai Siput, ada program bersama murid-murid sekolah agama disana.

Friday, September 09, 2011

Jadual Semester 6

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah jadual kuliah untuk semester terakhir saya sudah keluar, susunan setiap kelas agak teratur dan paling saya suka tiada kelas malam. Ia lebih memudahkan saya untuk meneruskan kelas mengaji Iqra dan Al-Quran saya bersama anak-anak murid saya ^_^. Masih juga banyak waktu lapang seperti selasa dan rabu pagi boleh digunakan untuk buat tugasan, research dan consultation bersama pensyarah. Senang cerita jadual saya untuk semester kali ini just nice.


Nota 1: Nantikan entri seterusnya berkaitan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Rekod, saya  akan cuba kongsikan dengan pembaca kerana ramai yang bertanya Ijazah saya ambil ini berkaitan apa.
Nota 2: Insya Allah, "Kempen katakan tidak pada nasi " sudah bermula dalam diari saya mulai hari ini. Dr. nasihatkan saya untuk turunkan berat badan sebanyak 20kg( memang cabaran)

Tuesday, September 06, 2011

Bayi

Assalamualaikum wbt

Hari raya yang lepas, ketika mengikuti keluarga dan Pak Long ( abang kandung ummi saya ) beraya di Perak. Saya sempat berbual-bual kosong dengan pak long, sampaikan pada satu topik berkaitan pekerjaannya menjadi sukarelawan di Jabatan Agama Islam yang tugasnya membantu Jabatan Agama dalam mencegah maksiat, khalwat dan juga yang melibatkan akidah. Pak Long ada menceritakan pada saya minggu sebelumnya beliau ada membuat operasi bersama Jabatan Agama untuk mendekati golongan pondan dan menasihati mereka. Yang sangat menyedihkan kata Pak Long ada sebahagian golongan pondan ini adalah dari latar belakang yang sangat hebat seperti dari sekolah Maktab Mahmud dan Lepasan Universiti terkemuka di Malaysia.

Cerita dan terus bercerita, tiba-tiba Pak Long menunjukkan gambar di dalam kamera digital nya satu demi satu, dan sampai di satu gambar ini Pak Long sekadar menguji saya. Dia bertanyakan pada saya tentang gambar di bawah ini dan meminta saya meneka samaada bayi di dalam gambar tersebut bayi berketurunan apa? Saya tanpa berfikir panjang terus memberi jawapan, "Keturunan India la" kan ada tanda di dahinya. 

Bayi tersebut


Rupa-rupanya saya silap...

Menurut penceritaan Pak Long pada saya bayi tersebut adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam, ia dilahirkan oleh wanita melayu dan kemudian ibu bayi tersebut menjual anaknya kepada keluarga India dengan nilai RM4000. Ya Allah, memang saya terkejut sangat-sangat, apa yang terjah di fikiran saya ketika itu adalah akidah bayi tersebut di masa hadapan kelak, Sambung kembali cerita Pak Long saya, Urusan perdagangan bayi itu telah diketahui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mereka bertindak segera dengan menyerbu rumah keluarga India tersebut dan mengambil bayi tersebut dan kini berada di bawah jagaan JKM. Alhamdulillah, bayi tersebut di azankan semula oleh staff JKM dan selamat di bawah jagaan JKM. Kata Pak Long lagi, mengikut cerita-cerita dari orang-orang kampung berdekatan ibu bayi itu menjual anaknya kerana dihimpit kesusahan. Wallahualam

Ya Allah, bayi ini sangat suci


Berbaju Oren, maid kepada pasangan India yang membeli bayi tersebut
Apa yang saya dapat dari peristiwa bayi ini adalah betapa mudahnya ibu tersebut menjual bayi dan lebih menyedihkan bayi terbut dijual kepada keluarga yang bukan beragama Islam. Mungkin disini perlunya pihak Zakat dan badan-badan lain bekerja lebih untuk memberi bantuan kepada masyarakat yang dalam kesusahan supaya peristiwa sebegini tidak berlaku lagi.

Nota 1: Saya takut memikirkan akan datang apa yanh jadi pada ummah, sentiasa mendokan Allah swt menjaga iman dan memandu hati-hati kita semua kearah kebenaran.

Duit RM 50 Baru

Assalamualaikum wbt,

Tadi singgah petronas Saujana Utama, plan nak keluarkan duit buat belaja beli barang dapur sikit. Tekan la RM50, tup tup keluar duit kat bawah ni, saya mula ingat mesin ATM tu tersilap keluarkan duit.. Tanya dekat kaunter Petronas tu, chasier tu bagitahu, "Cik, ni duit RM50 yang baru" Ooo, baru tahu..

Nota 1: Plan nak buat Keladi masak asam pedas ( feveret saya ni)

Monday, September 05, 2011

Puasa Sunat Dalam Islam

Assalamualaikum wbt ...
 
Di sini saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai puasa-puasa sunat yang disyariatkan dalam Islam dan kelebihannya apabila kita semua mengamalkannya.Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat darinya. Berikut merupakan puasa sunat yang dinyatakan dalam Al-Quran dan hadis:

Puasa Isnin dan Khamis

Saidatina Aisyah r.a, isteri Nabi Muhammad s.a.w menceritakan : "Rasulullah s.a.w selalu bersungguh- sungguh untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis." (Sahih Sunan Al- Tarmizi) Abu Hurairah meriwayatkan : Nabi Muhammad s.a.w berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.Lalu ada yang bertanya, "Sesungguhnya engkau sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis?

Baginda menjawab, " dibuka pintu-pintu dari syurga pada hari Isnin dan khamis lalu diampuni (dosa) setiap orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun kecuali dua orang yang saling bergaduh, dikatakan:biarkan mereka berdua sampai mereka berbaik semula.
(HR Al-Tirmizi, Ibnu Majah)

Puasa Nabi Daud
Kita semua boleh juga berpuasa selang- sehari berturut-turut dalam seminggu.
Rasulullah s.a.w bersabda : " Puasa yang paling disukai Allah S.W.T ialah puasa Nabi Daud a.s....beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari."
(Sahih Al-Bukhari)

Puasa 3 hari dalam sebulan
Berdasarkan hadis Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah s.a.w berkata padanya:
"dan sesungguhnya cukup bagimu berpuasa tiga hari dalam setiap bulan, kerana sesungguhnya bagimu pada setiap kebaikan mendapat sepuluh kali semisalnya, maka itu sama dengan berpuasa setahun penuh".
Juga diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a bahawa beliau ditanya oleh Mu'adzah Al-Adawiyyah: "Apakah Rasulullah sentiasa berpuasa 3 hari dalam sebulan? Maka beliau menjawab, "Ya". Lalu ditanya lagi,"Pada hari yang mana dalam bulan tersebut? ". Aisyah menjawab, " beliau tidak kisah dihari yang mana dari bulan tersebut ia berpuasa." (HR Muslim)

Namun jika kita ingin mengamalkan yang lebih utama lagi, kita dianjurkan untuk berpuasa pada pertengahan bulan hijriyyah, 13,14 dan 15.Berdasarkan hadis daripada Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
" Wahai Abu Dzar jika engkau mahu berpuasa 3 hari dalam sebulan maka berpuasalah pada 13,14 dan 15 hari bulan. "

Puasa 1-9 Zulhijjah (9 Zulhijjah- Hari Arafah)

Berdasarkan hadis dari Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa pada Hari Arafah, Baginda menjawab, "Menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang."

Namun begitu bagi jemaah haji yang sedang wukuf di Padang Arafah tidak dianjurkan berpuasa pada hari itu.

Puasa dalam bulan Muharram khususnya 10 Muharram (Hari Asyura)
Bulan Muharram merupakan bulan yang digalakkan untuk memperbanyak puasa padanya.Hadis Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.aw. bersabda,
"puasa yang paling afdhal setelah bulan Ramadhan adalah bulah Allah, Muharram...dan solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah solat malam." Diantara hari- hari dalam bulan tersebut, kita semua lebih digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharram kerana hari itu merupakan Hari Asyura.

Hadis dari Saidatina Aisyah r.a, " Adalah Rasulullah s.a.w memerintahkan (perintah yang mewajibkan) puasa pada Hari Asyura. Maka apabila telah diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka siapa yang ingin berpuasa pada Hari Asyura maka silakan dan siapa yang ingin berbuka juga dibolehkan".Riwayat Muslim dari hadis Abu Qatadah juga menyatakan apabila Rasulullah ditanya tentang puasa Asyura, Baginda berkata, "menghapus dosa setahun yang lalu."

Puasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban
Hadis riwayat daripada Saidatina Aisyah r.a juga menyatakan,
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan penuh kecuali Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau berpuasa yang lebih banyak daripada bulan Syaaban".

Namun kita tidak dibolehkan untuk berpuasa pada hari-hari terakhir bulan Syaaban iaitu 2 atau 3 hari sebelum Ramadhan.Kecuali bagi mereka yang selalu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, lalu hari-hari akhir itu bertepatan dengan hari Isnin atau Khamis dibolehkan.
 
Rasulullah s.a.w bersabda, "Janganlah kalian mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari dan dua hari, kecuali sesorang yang biasa berpuasa pada hari itu maka boleh baginya berpuasa." (HR Muslim)

Bagi bulan Rejab, bulan ini termasuk dalam bulan Haram yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah At-Taubah: 36 iaitu, Rejab, Zulqaedah Zulhijjah dan Muharram...Inilah bulan yang mempunyai fadhilat.

Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
Dari Abu Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari dalam bulan Syawal, maka itulah puasa seumur hidup". (HR Muslim)

Sebelum itu, kita perlu pastikan puasa wajib Ramadhan kita sudah lengkap.Jika kita tertinggal beberapa hari puasa wajib dalam bulan Ramadhan,kita harus mengqadha'nya terlebih dahulu dan kemudiannya barulah kita boleh mengerjakan puasa sunat dalam bulan Syawal.Ianya akan menjadi lebih afdhal kerana kita mendahulukan yang wajib dan barulah yang sunat.Terdapat juga sesetengah pendapat yang mengatakan kita boleh meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa.Namun, adalah lebih baik jika kita mengasingkannya kerana ini akan memperbanyakkan lagi amalan kita kepada Allah S.W.T. :)

Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda,"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun".(Hadis Al-Tirmizi,An-Nasaie, Ibnu Majah)

Imam At-Thabrani juga ada mengeluarkan dalam susunan hadisnya, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya."


Diharapkan agar kita semua lebih memahami dan tidak keliru mengenai puasa-puasa sunat dalam Islam. Kita boleh mengerjakannya tanpa rasa ragu-ragu.Semoga iman kita semua lebih meningkat dan bertambah baik apabila kita mengerjakan ibadat puasa sunat ini sebagai pelengkap amalan kita.InsyaAllah.
:)

Nota 1: Sedang berkira-kira hendak buat puasa 6, 'tetapi teman baik' 'will be projected tomorrow'..takpe, bulan syawal ada 30 hari kan...

Semester 6

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah cuti semester saya akan melabuhkan tirainya kurang seminggu dari sekarang, ramadhan juga sudah seminggu meninggalkan kita dan mood raya pun makin pudar. Insya Allah minggu hadapan pada 12 September 2011 kesemua pelajar Ijazah seluruh IPTA di Malaysia akan memulakan semester baru, begitu juga saya yang akan memulakan semester 6 pada minggu hadapan. Alhamdulillah, alhamdulillah... bersyukur tidak terhingga, hari berganti hari, masa berganti masa saya tinggal 1 semester sahaja lagi sebelum bergelar pemegang Ijazah Sarjana Muda (K) Pengurusan Maklumat (Pengurusan Rekod). Semester terakhir ini saya akan mengambil 7 subjek ( boleh tahan juga!)

1. IMA 452 : Electronic Resource Center
2. IMA 454 : ICT in Resource Center Management
3. IMA 601 : E-Learning
4. IMR 651 : Management of Electronic Records
5. IMR 652 : Management of Business Records
6. IMR 653 : Document Imaging System
7. IMR 654 : Management of Medical Records

Yang kod subjeknya bermula dengan IMR ia adalah major saya dan selebihnya adalah subjek pilihan saya untuk minor saya. Bertanyakan  serba sedikit pada senior tentang semester akhir ini, kebanyakkan menasihat saya untuk lebih fokus kepada subjek IMR 563, insya Allah saya akan cuba dengan sebaik mungkin dan target saya untuk semester ini adalah tamat dengan Anugerah Dekan. Oh yaa, saya masih mencongak untuk membayar yuran semester 6 ini, alhamdulillah yuran tidak meningkat seperti khabar angin yang sebelum ini. Gaji hasil saya mengajar kelas mengaji mungkin hanya berbaki RM 10 untuk bulan September. Erm,,,Insya Allah ade la ruang mana-mana nak dapatkan perbelanjaan pembelajaran saya. Beginilah keadaan saya setelah bertekad tidak mahu meminjam PTPTN.

Broadband Maxis

Saya sudahkan menukarkan perkhidmatan broadband saya dari celcom yang pakej RM68 kepada Maxis yang bernilai RM68 juga tetapi disebabkan saya melanggan semasa promosi raya, saya mendapat rebat RM 100, jadi bermula bulan September ini hingga September tahun hadapan saya hanya perlu membayar RM58 sahaja. Saya menukarkan servis kerana masalah servis yang sangat teruk daripada Celcom. 

Nota 1: Ya Allah, saya gerun melihat rancangan TV yang makin menggila dengan cerita merepek. Mudah pula menjadi ikutan.
Nota 2: Ayuh Jom Puasa 6, 
Nota 3: Saya akan membuat pemeriksaan tonsil dalam waktu terdekat.

Tuesday, July 26, 2011

Ujian

Ya Allah, luaskan pandangan ku dengan nikmat kurniaanMu melebihi ujian yang sedang diuji ini, 2 ujian yang cukup hebat, dan kini berikanlah kekuatan untuk berhadapan dengan ujian satu ini kerana aku yakin, ajal maut, jodoh pertemuan dan rezeki itu kekal menjadi rahsiaMu ya Rabb. 


Pertamanya ujian yang sangat getir buat kami sekeluarga, kemudian di khabarkan pula dengan pemergian nenda tercinta pada 22 Julai yang lepas, betul-betul dua bulan selepas pemergian arwah tok wan pada 22/5/2011 yang lepas. Ketiga nya juga ujian yang sangat hebat, entahlah... sukar untuk saya bercerita panjang disini, hakikatnya jiwa saya sangat dahagakan ketenangan dan kekuatan dariMu ya Allah. 

Oh yaa, saya sudah pun habis praktikal pada 20 Julai lepas, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sijil pun sudah dapat apatah lagi seribu pengalaman manis dan pahit sepanjang praktikal disana. Gambar diatas adalah semasa majlis penutup sesi praktikal kami di IJN, semua adalah rakan sekelas dan pelajar semester 5 selebihnya pelajar yang praktikal di sana adalah pelajar semester akhir.


Nota 1: Selamat menyambut ramadhan, ayuh jadikan bulan yang akan mentarbiyahkan kita semua.
Nota 2: Jodoh itu kekal menjadi rahsiaMu ya Allah.
Nota 3: Apa mungkin kita temu kebahagian dalam perpisahan?

Friday, July 08, 2011

Generasi

Masa kian menghampir,
Makin aku dibuai seribu satu ketakutan,
Takut untuk menjadi penerus generasi,
Takut menjadi penghubung dua generasi,
Generasi kini yang kian rapuh imannya,
dan generasi akan datang aku aku sendiri gerun membayangkan.
Mampukah aku mendidik anak-anakku kelak dalam dunia
yang makin menggila ini.


Amarahku kadang-kadang menggunung tinggi,
Tatkala anak-anak muda kini yang umurnya,
bolehku anggap pejuang agama,
Tetapi hanyut dibuai cinta dan pergaulan berleluasa,
Ada juga yang solatnya tidak ditinggalkan seiring maksiat dilakukakan
Menerjah fikiran ku kemanakah perginya kemanisan iman dari solatnya


Tidak kurang juga yang menjadi sahabatku tetapi sangat liat untuk bersolat,
Sudah seribu satu cara aku berkias mengajaknya,
Tetapi sudah pasti akan ada seribu satu alasan darinya untuk tidak bersolat.


Semuanya berada didepan mata, tetapi aku malu menjadi hamba-Mu Ya Allah
kerana lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Aku mohon pada-Mu Ya Allah kurniakan aku peneman hidup yang mampu
aku jadikan pemangkin cintaku pada-Mu Ya Rabbi...