Tuesday, June 30, 2009

Hari Ini Milik Anda

Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.

Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.


Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.

Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari sahaja. Dan pada hari inilah anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat anda yang paling khusyu', membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, perhatikan terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain.

Untuk hari ini, anda harus mulai membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun; tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu; memelihara indahnya kehidupan, meminta ampunan dari pelbagai dosa yang telah dilakukan, mengingati Tuhan dam mempersiapkan diri untuk pergi jauh (mengharapNya). Dengan demikian hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram serta menerima rezeki isteri, suami, anak-anak, adik-beradik, ibu bapa, tugas-tugas dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur.



" Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (Al-'Araf : 144) "


Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian, pengkhianatan, kebencian atau sakit hati. Jangan lupa hendaklah anda mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau di meja tempat anda bekerja atau belajar. 'Hari ini adalah milikmu'. Yakni, apabila hari ini anda dapat memakan nasi yang harum baunya, maka apakah anda masih terfikir tentang nasi basi yang telah anda makan kelmarin yang akan membahayakan kesihatan anda? Mungkin anda masih berfikir tentang nasi tersebut dan masih ada dalam angan-angan.

Seandainya anda percaya akan diri sendiri dan mampu mengerjakan segala sesuatu dengan semangat dan tekad yang kuat, anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada prinsip; "Masa hidupku hanyalah pada hari ini". Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan anda.

Dan itu, akan membuat anda berkata dalam hati:

" Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik saha; tidak bercakap kotor, tidak pernah mencela, mengherdik, mengejek, menyindir dan juga membicarakan keburukan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan pejabat agar tidak berserabut. Dan kerana hanya hari ini saja aku akan hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kesucian jiwaku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak-tandukku "

Kerana aku hanya akan hidup hari ini maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Tuhanku, mengerjakan solat sesempurna mungkin dengan penuh tumpuan, membekali diri dengan solat-solat sunat, berpegang teguh pada Al-Quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat yang ada di dalamnya.

Aku hanya akan hidup hari ini!
Oleh sebab itu, aku perlu menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan yang kutanam sampai ke akar-akarnya dan mematahkan ranting-rantingnya yang berduri; seperti sifat tamak, hasad, riya', sombong, bakhil dan buruk sangka.

Hanya hari ini aku akan dapat menghirup udara kehidupan maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapapun. Aku akan menziarahi mereka yang sakit, menghantarkan jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi mereka yang sesat, memberi makan orang kelaparan, menolong orang yang dalam kesulitan, membantu orang yang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang- orang alim, menyayangi anak kecil, dan berbakti kepada orang tua.


Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan :

" Wahai masa lalu, yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akann pernah melihatku termenung sedetik pun mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi "

" Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! MAka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku tidak akan memburu sesuatu yang belum pasti kerana esok hari mungkin tiada sesuatul esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tiada suatu pun darinya yan dapat disebutkan "


" Hari ini milik anda", adalah ungkapan yang paling indah dalam "kamus kebahagiaan" kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah menyenangkan.

28 JUNE 2009

28June 2009
12.01am...


Saya dibuai lena cukup nyenyak.....dek kerana keletihan pada hari sebelumnya, kerana menghantar adik perempuan saya Layyinah mendaftarkan diri di Uitm Shah Alam...Kebiasaanya saya jarang tidur awal, pada waktu malam saya lebih gemar menghabiskan masa cuti dengan membaca novel, mengetahui khabar terbaru dari rakan-rakan melalui blog mereka. Namun hari ini saya betul-betul keletihan, salah satu faktor yang menyumbang keletihan teramat sangat kerana saya menolong adik saya mengangkut barang ke kolejnya di Kolej Mawar, biliknya ditingkat 4...huh!


tiba-tiba saya terjaga....

........bunyi mesej di hp saya......mesej masuk dengan banyak pada satu-satu masa....

Mesej yang buatkan saya hilang mengantuk seketika....
antaranya...
Selamat Hari Ulang Tahun Puteri Abi... Moga Berjaya Dunia Akhirat... Moga peroleh Suami yang dapat membimbingmu.... Abi sentiasa mendoakan kejayaanmu... Selamat Hari Lahir......

Erm....my friend! selamat hari lahir, dah 21 tahun dah....g dftr untuk mengundi cepat2....


Morning....Selamat Hari Lahir ke 21 my little princess, moga terus success dalam kehidupanmu...didunia mahupun diakhirat....

dan bermacam-macam lagi wish saya terima, samaada melalui sms, email, ym dan juga friendster....


saya pada mulanya pelik, ketika membaca mesej yang pertama sekali...terdetik dihati saya...apa kena ni tiba-tiba wish besday...erm ni mesti kes silap anta mesej....bila baca mesej kedua pun macam tu...mesej wish besday lagi...saya lagi bertambah hairan...sejujurnya saya tak ingat tarikh pada hari ini adalah 28 June....erm camne boleh lupa....

selesai membaca kesemua mesej...saya terus melelapkan mata kembali, kerana pada pukul 7.30 pagi saya harus ke Petaling Jaya menghantar adik Fawzal untuk perlawanan bolanya..


apa-apa pun thanks pada sahabat yang wish hari lahir saya....dan terima kasih juga atas doa-doa kalian....

Monday, June 29, 2009

Di Luar Kawalan

:bofu_09: Hari ni rasa macam nak bunuh org jer... Geram tak bila jumpa orang yang terlampau mengada-ngada dan nak bergantung sepanjang masa dengan orang lain, dan tak reti nak usaha sendiri!!

:bofu_14: Bila pikir-pikir kan kalau la berurusan dengan orang yang tak reti nak berdikari ni memang sakit hati, boleh mati berdiri kalo berterusan macam ni...


:bofu_28: Yang dia tahu apa dia suruh mesti buat, apa dia mintak mesti bawak, apa dia nak kena buat...boleh tak cuba ikhtiar cara sendiri tanpa menyusahkan orang lain?? Kena ingat bukan setiap masa orang boleh tolong kita...belajar lah dari kesilapan dan pengalaman kerana ia lebih bermakna dari terus mengharap segalanya disediakan orang, nilai penghargaan akan berkurang..


:bofu_42:warghhhhh....apa saya boleh rumuskan, majoriti budak sekarang manja...baca betul2...M.A.N.J.A!!!!


:bofu_47: wake up la dear....dok dekat universiti ni buakan macam dekat sek or matrik....sangat2 banyak perbezaan...u should survive...



Hari ini, saya betul2 tension...macam2 hal jadi....

* maaf buat pembaca, entry ni hanya untuk lepas geram...lama sangat dah saya simpan...abaikan bagi sesiapa yang tiada kaitan....

Wednesday, June 24, 2009

Dugaan & Kesabaran

Saya percaya setiap pada kita diduga dengan bermacam masalah, tidak kira apa jenis masalah, kecil atau besar masalah itu. Mungkin bagi anda ia begitu membebankan tetapi bagi pandangan orang lain ia satu benda remeh untuk dianggap masalah. Namun manusia yang menanggung masalah itu pasti sengsara.

Kesian awk....
Banyakkan bersabar eh....
Eh, awak kan kuat..jangan jadikan masalah awak ni buat awk lemah semangat...
relexla.....ape pun jadi hidup perlu diteruskan la beb...
Ko ni lembik la..kerana masalah kecik pun nak jadi sampai camni...

Ini antara dialog yang biasa kita dengar ataupun kita sendiri tuturkan apabila ia berkait dengan masalah

Erm...apa pun bagi saya manusia sekeliling kita hanya mampu menutur seribu kata bila kita dilanda masalah, namun hebat atau tidak masalah yang kita hadapi hanya kita dan Allah swt sahaja yang tahu:puteh_25:.

Namun bagi saya, saya sentiasa dibelenggu permasalahan, namun saya bersyukur kerana setiap masalah yang Allah swt berikan pada saya, menjadikan saya lebih yakin dan dekat padaNya. Percaya atau tidak insan yang kita sayangi pun belum tentu dapat membantu kita bila menghadapi masalah. Apa yang menbuatkan kita terus hidup hari demi hari adalah semangat dan kekuatan yang Allah swt berikan. Saya selalu berpegang dengan perkara ini apabila masalah datang, " Ini semua Ujian dariNya untukku, Aku pastu dapat mengharunginya kerana aku tahu Allah swt sentiasa disisiku dan Allah swt tidak akan menguji aku dengan sesuatu yang aku tidak mampu, dan Allah swt lebih mengetahui apa yang tersirat mahupun yang tersurat"

Kesabaran juga memainkan peranan yang sangat besar bila kita diduga dengan masalah dan dugaan. Bayangkan jika kesabaran itu kita tidak sekalikan apabila masalah datang, bermacam kejadian lain munkin terjadi, si pembunuh diri, si pembunuh, si segala-galanya lah...mereka lantas melakukan semua ini kerana kesabaran yang bertunjangkan pemikiran yang rasional sudah hilang dalam diri mereka menyebabkan mereka hilang pertimbangan. Namun dari suatu sudut pernah atau tidak kita lihat kembali dunia ini masih ada lagikah keadaan yang memupuk nilai kesabaran dikalangan kita semua, melainkan kita kembali pada agama Islam.

Moga saya akan terus tabah menghadapi liku hidup yang kian hari penuh cabaran dan dugaan disebalik keindahan yang dijanjikanNya disuatu hari kelak.

Tuesday, June 23, 2009

Bulan Rejab

Selamat menyambut bulan Rejab (esok Rabu 24/06/09), bulan yang penuh barakah & keampunan.
Banyakkanlah berpuasa di siangnya dan bertahajjud di malamnya sebagai bekalan untuk kita di akhirat nanti.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:


* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt

* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga

* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari

puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari

madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu

Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.

Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"

Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur."

Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari siksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."

Sabda beliau lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Selesai Sudah

:puteh_2:Alhamdulillah dengan IzinNya selesai sudah segala keperluan yang perlu dibuat sebelum saya mengaftarkan diri di UiTM Shah Alam. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara saya selesaikan dengan mudah dan lancar. Mungkin kedengaran dari khabar blog sahabat-sahabat yang lain mereka kelihatan begitu tertekan ketika membuat permohonan online, alhamdulillah saya sebaliknya, mungkin pada permulaannya saya agak keliru bagaimana sistem permohonan secara online itu berfungsi akhirnya ia mudah dan lebih canggih berbanding permohonan secara manual ketika saya memohonnya untuk menampung pengajian diploma saya.

Kini segalanya telah tersedia, cuma sijil tamat pengajian diploma, dan penangguhan pembayaran PTPTN sahaja yang saya perlu uruskan, insya Allah bagi memudahkan segala urusan saya kelak, saya akan ke Segamat pada 29 June 2009 bagi melakukan "clearance" dan menuntut sijil tamat diploma saya disana. Doa-doakan mudah-mudahan perjalan pergi dan balik saya berjalan dengan lancar.

Bercerita tentang perasaan saya ketika ini, saya boleh rumuskan bahawa saya berdebar+ tidak sabar+ tidak yakin = Bercampur Baur. :puteh_8:Mungkin kerana saya akan berada ditempat yang baru untuk meneruskan pengajian, memikirkan suasana persekitaraannya, pensyarahnya, rakan-rakan dan bermacam-macam lagi, mampu atau tidak saya hadapi semuanya.:puteh_4:
Namun saya tahu ini semua cabaran baru buat saya. Apa yang saya harapkan keajaiban sentiasa muncul dalam hidup saya.


Wednesday, June 17, 2009

Pinjaman PTPTN : Bagaimana Caranya??

Saya terpaksa mencuri sedikit masa yang ada bagi mengepos entry ini, ini kerana ia lebih memudahkan sahabat-sahabat saya yang masih keliru bagaimana cara untuk membuat pinjaman PTPTN bagi pengajian ijazah masing-masing. Diharapkan dengan entry ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. Dengan ringkasnya saya susunkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memohon pinjaman PTPTN.

1. Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah semak dahulu sama ada anda, semakkan boleh dilakukan disini .

2. Setelah dipastikan anda mendapat mana-mana tawaran IPTA. Sila beli no pin PTPTN di kaunter Bank Islam dengan bayaran RM5 sahaja. Ia juga boleh dilakukan secara sms melalui kaedah ini . Ini lebih memudahkan anda.

3. Log in disini untuk membolehkan anda membuat permohonan secara online untuk PTPTN.

4. Untuk menyemak keputusan permohonan, pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pinjaman di laman web pinjaman online ataupun melayari laman wen PTPTN bermula 3 hari selepas tarikh tutup permohonan secara online untuk IPT masing-masing.

5. Untuk maklumat lanjut, kunjungi link ini .

Klik gambar diatas bagi mengakses terus ke laman web rasmi PTPTN



**Sekiranya masih keliru bolehla menghubungi talian hotline PTPTN : 03 2092 7788 **

Berhenti Seketika: Utamakan Apa Yang Utama

Salam buat sahabat maya yang sangat-sangat saya kasihi....blog ini sudah pasti akan dipenuhi habuk selepas entry ini diposkan kerana mulai esok saya perlu melunaskan pelbagai urusan, antaranya saya perlu melakukan medical checkup, selesaikan segala urusan kemasukkan untuk pengajian ijazah nanti, seperti borang, sijil-sijil yang perlu disahakan dan sebagainya dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil perkara...namun alhamdulillah saya bersyukur, kerana diketika ini sahabat-sahabat lain sibuk mencari rumah sewa kerana kebanyakkan mereka tidak mendapat kemudahan kolej kediaman, tidak pada saya kerana saya tidak perlu mencari rumah sewa bukan kerana saya mendapat kemudahan penginapan di Kampus Shah Alam seperti mereka.

Ini kerana saya membuat keputusan untuk menginap di rumah sendiri yang hanya mengambil masa 10 minit dari rumah ke Uitm Shah Alam ( Puncak Perdana). Ini lebih memudahkan saya dan lebih menjimatkan wang perbelanjaan saya kerana saya tidak mengambil pinjaman ptptn. Saya juga mempunyai masa yang lebih bersama keluarga ketika menempuhi pengajian ini berbanding ketika diploma dahulu. Selain itu biasiswa yang saya perolehi bolehlah saya gunakan untuk yuran pengajian dan membeli buku-buku serta perkara yang lebih utama.

Seperkara lagi, buat pengetahuan sahabat-sahabat semua yang masih lagi mahu meminjam PTPTN bagi pengajian Ijazah, anda sudah boleh memohonnya dari sekarang sehinggalah 25 June 2009, ini adalah bagi kelompok pertama dan bagi kelompok kedua tarikh tutupnya adalah pada 19 Julai 2009. Permohonan kini dilakukan secara online,maklumat permohonan secara online boleh didapati disini. Terlebih dahulu, sahabat semua perlulah membeli no pin di BSN bagi membolehkan anda mengakses secara online untuk membuat permohonan. Bagi sahabat yang memohon penangguhan bayaran PTPTN yang diambil ketika pengajian diploma dahulu bolehla didapati disini " Borang Permohonan Penangguhan Bayaran Balik" .

Dikesempatan yang ada ini saya mengucapkan tahniah buat sahabat-sahabat yang memperoleh keputusan cemerlang untuk final exam yang lepas dan yang terbaru, tahniah saya ucapkan buat yang mendapat tempat bagi menyambung pengajian di peringkat ijazah, tidak kira dikampus mana anda ditawarkan, program apa yang ditawarkan pada anda.....Terima dengan hati terbuka, ada hikmah disebalik setiap apa yang ditentukan buat anda semua kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang tersirat mahupun yang tersurat. Ambillah peluang ini untuk menambah ilmu yang sedia ada serta menaikkan diri sahabat semua kesatu tahap yang lebih baik. Insya Allah kejayaan menanti insan yang berusaha.

Saya senaraikan antara sahabat-sahabat yang mendapat tawaran berdasarkan khabar dari blog mereka mahupun secara sms.

*Nurhayati : IS220 ( Uitm Kedah)
*Nur Elyani : IS222 ( Uitm Shah Alam)
*Muhd. Syafiq : IS220 ( UiTM Shah Alam)
*Nur Faseha : IS 220 ( Uitm Shah Alam)
*Mohd Nurul Akmal : IS221 ( Uitm Shah Alam)
*Nurul Safuwan : IS220 ( Uitm Shah Alam)
*Nurul Izzati : IS220 ( Uitm Shah Alam)
*Shahrul Nazmi : IS223 ( Uitm Shah Alam)
*Mohd. Hanapi : IS220 ( Uitm Shah Alam)
*Nor Bakiah : AP 227 ( Uitm Shah Alam)
*Norhafiza Superi : IS220 ( Uitm Shah Alam)

~~Salam Jihad Fisabilillah dari saya kerana kita semua akan terus berjihad dimedan ilmu..Nantikan entry saya mengenai kelahiran sulung saya selepas saya menyelesaikan semua urusan yang sepatutnya.Insya Allah ketemu kita di lain masa dan ketika, Salam Ukhuwah ~~




Tuesday, June 16, 2009

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak??

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga.

Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Monday, June 15, 2009

SARJANA MUDA SAINS PENGAJIAN MAKLUMAT (KEPUJIAN) (PENGURUSAN REKOD)

Alahmdulillah...Saya Bersyukur Kehadrat Ilahi atas nikmatNya yang tidak pernah berbelah bagi, belum habis lagi girang hati saya dengan nikmat keputusan peperiksaan yang sangat baik hasil usaha saya dan KetentuanNya. Hari ini 15 June 2009. Satu lagi berita gembira saya dapat, tawaran menyambung pengajian Untuk Ijazah saya diterima. Saya tidak pernah mengjangkakan keputusan akan dikeluarkan hari ini kerana mengikut khabar berita dari beberapa sahabat keputusan tawaran itu akan dikeluarkan esok iaitu 16 June 2009. Namun selesai saya menunaikan solat Magrib, saya mendapat panggilan dari Nurul.

Katanya dia sedih, dia ditawarkan jurusan yang berbeza dengan jurusan yang dia apply untuk pilihan pertama. Saya kesian, namun apa bantuan yang saya dapat tawarkan. Jika nak buat rayuan pun bukanla mudah memandangkan syarat-syarat UiTM telah menetapkan segala keputusan tawaran adalah muktamad. Saya doakan yang terbaik untuknya. Rayuan hanya boleh dilakukan bagi pelajar yang tidak mendapat tawaran setelah membuat permohonan. Buat sahabat yang masih belum mengetahui keputusan bolehla semak disini.

Keputusan Permohonan Ijazah Sarjana Muda Lepasan Tahun Akhir Diploma Uitm




Surat Tawaran..Insya Allah saya akan mendaftarkan diri di UiTM Shah Alam pada 5 Julai 2009. Buat keluarga, sahabat dan sesiapa yang mengenali diri ini dan mendoakan saya, terima kasih yang tidak terhingga..Sesungguhnya doa kalian menjadikan saya lebih kuat.

Erm Perasan tak Layout saya dah berubah...perubahan layout saya ini selari dengan perubahan diri saya, insya Allah saya berharap dengan peluang melanjutkan pelajaran ini saya akan cuba dengan sebaik mungkin dan menjadi lebih baik dari diploma. Saya akan cuba menjadi pelajar yang baru, membawa imej yang baru dan yang utamanya semangat yang baru.


Aku Tanpa CintaMU

AKU TANPA CINTAMU Lirik lagu nasyid, juga lagu layar keinsafan mungkin amat sesuai menggambarkan rasa keinsafan di hati Zayanah sekarang. Zayanah sering meratapi kekhilafannya dan merenung masa depannya yang gelap hasil perbuatannya sendiri.Tanpa diduga gadis yang selama ini amat menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, prinsipnya yang dipegang teguh selama hidup di bumi Allah, hancur begitu sahaja kerana amat rapuhnya iman seorang perempuan yang bergelar remaja.

Tawaran untuk ke sebuah universiti awam di tanah air sedikit melegakan hatinya yang luluh kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Zayanah tetap teguhkan hatinya untuk terlibat dalam bidang kejuruteraan. Dalam bidang kejuruteraan, sudah semestinya kaum adam lebih mempelopori bidang ini. Hati Zayanah sedikit cemas dan tidak selesa dengan keadaan barunya kini, kerana dia terpaksa bercampur dengan kaum adam untuk mencari ilmu. Namun dia percaya, selagi niat untuk mencari ilmu Allah dipegang, Allah akan melindunginya.

Memang Zayanah mengakui, dia amat mudah tertarik dengan lelaki yang berpewatakan alim. Walaupun selama ini, Zayanah tidak pernah bergaul dengan lelaki, malah tidak pernah bercakap dengan lelaki, kerana dia memang dikenali dengan sifat pemalunya dan amat pasif semasa di alam persekolahan lagi, membuatkan ramai yang tidak berani untuk mendekatinya. Tetapi jauh di sudut hati seorang perempuan, dia inginkan kasih sayang seorang lelaki kerana dari kecil dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah malahan adik beradik lelaki kerana Allah lebih menyayangi abinya dan tiga orang abangya , yang meninggal akibat terlibat dalam sebuah kemalangan semasa Zayanah masih dalam kandungan umminya.

Perkenalannya dengan seorang senior lelaki atas dasar ingin menolong dalam pelajaran memusnahkan segalanya. Sidqi merupakan pelajar tahun akhir di universiti tersebut , berperwatakan amat alim dan banyak memberi nasihat kepada Zayanah, sedikit sebanyak telah menambat hati seorang mar’atus. Namun ketahuilah jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. Iblis akan memerangkap anak cucu Nabi Adam as. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita amat lemah menghadapi tipu daya Iblis, lebih-lebih lagi pada zaman remaja. Memang pada awalnya tidak bersua muka, hanya bertanya khabar melalui internet, kemudahan teknologi kini banyak disalahgunakan pelajar sekarang, contohnya seperti Skype, YM, Gtalk dan sebagainya,

Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya? Inilah yang terjadi kepada kedua-dua mereka. Dimulakan dengan senyuman pertama semasa pertemuan pertama mereka di perpustakaan, telah menyulam kuntuman cinta dalam hati kedua-dua mereka. Perwatakan sopan dan lembut Zayanah telah menambat hati Sidqi. Hampir dua bulan perkenalan mereka, Sidqi telah memberanikan dirinya menyatakan hasrat cinta kepada Zayanah, mudah sekali syaitan telah meruntuhkan keimanan dihatinya, Zayanah pula yang sudah lama menantikan putera agamanya itu, dengan mudahnya menerima hasrat hati Sidqi. Maka bergembiralah syaitan kerana telah dapat meruntuhkan iman mereka. kononnya dengan harapan dapat menyemai cinta Islamik. Mereka telah berjanji untuk saling mengingatkan dan menjaga batas perhubungan mereka. Zayanah telah berkali-kali mengingatkan Sidqi untuk mengikat tali pertunangan jika benar-benar ikhlas terhadap dirinya, namun Sidqi memberi alasan untuk menghabiskan semester akhirnya dahulu barulah dia akan meminang Zayanah. Zayanah yakin dengan kata-kata Sidqi. Perhubungan mereka berjalan lancar sepanjang semester dan dengan bantuan Sidqi, Zayanah telah dapat sedikit minat untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan yang amat tidak disukainya dulu. Dengan bantuan Allah, mereka telah dapat menjawab soalan peperiksaan untuk semester itu dengan cemerlang.

Syaitan amat bijak dan pelbagai cara digunakan untuk meruntuhkan niat suci mereka, bercinta untuk mencari keredhaan Allah. Maka, terjadilah satu detik hitam dalam hidup kedua mereka, kerana mereka berasal dari negeri yang sama, Sidqi telah mengajak Zayanah untuk balik cuti semester ke kampung dengan menaiki keretanya. Pada mulanya Zayanah menolak pelawaan Sidqi, tapi apabila Sidqi memberi alasan hanya untuk teman berbual dan menghilangkan rasa mengantuk semasa memandu kereta, Zayanah menerima pelawaan buah hatinya itu, sayanglah katakan. Bila berdua-duaan, maka muncullah yang ketiganya, iaitu syaitan laknatullah, memujuk nafsu mereka. Maka terperangkaplah dua insan yang berkasih-sayang. Zayanah dan Sidqi telah hanyut ditelan nafsu . Sejak kejadian itu, Sidqi yang telah tamat pengajiannya di universiti itu telah menjauhkan diri daripada Zayanah dan meninggalkan Zayanah tanpa khabar berita, dengan alasan menyesal dan ingin bertaubat.




Bermula semester baru, Zayanah yang pada masa itu baru sahaja tahun dua pengajiannya, terpaksa menangguhkan pengajiannya selama setahun kerana mengandung hasil daripada perhubungan kotor mereka. Namun sesalan tidak berguna lagi, keluarganya tidak dapat menerimanya lagi dan tinggallah Zayanah terkapai-kapai dalam penyesalan seorang diri. Dengan jasa baik sahabat karibnya, Amilah, Zayanah menumpang di rumahnya sehingga dia melahirkan seorang cahaya mata lelaki. Zayanah sentiasa tertanya-tanya, masih adakah insan yang dapat menerima dirinya yang sudah tidak suci. Kerana dia tahu, penzina hanya untuk penzina, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan sebaliknya. Kini Zayanah berada dalam tahun akhir pengajiannya di universiti tersebut, memang perit untuk Zayanah kerana dalam masa yang sama, dia terpaksa bekerja untuk menyara anak lelakinya, satu-satunya buah hatinya kini. Penyesalan tidak berguna lagi. Begitulah kita jika tanpa cinta kepada Allah, jika hanya mengharapkan cinta insani, mudah hanyut dan termakan pujuk rayu syaitan. Nau’zubillah..

PENGAJARANNYA(TAZKIRAH SEORANG SAHABAT) Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia, ia telalu mulia. Kalau begitu, adakah cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru, bukankah mereka ini semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!



WARKAH BUAT HAWA...
HAWA
, andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT…




Friday, June 12, 2009

Berakhirnya Penantian

Assalamualaikum...moga semuanya dalam keadaan sihat dan baik-baik sentiasa...erm, saya sebenarnya sangat kepenatan namun keinginan hati mendesak jari jemari ini untuk menyiapkan entry ini. Sebelum saya pergi terus kepada apa yang saya ingin kongsikan dengan kalian semua tentang apa penantian yang berakhir bagi saya,

saya terlebih dahulu mengucapkan salam takziah buat keluarga sahabat saya I'nal Bin Jantan@Hashim, arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.55ptg(10 june 2009) . MOga rohnya dicucuri rahmat dan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sebenarnya...Berakhirnya Penantian adalah

penantian saya untuk menunggu keputusan semester 6 di UiTM Johor Akhirnya berakhir.....result final exam kuar hari ini...rasa lega yang amat tidak boleh diceritakan setelah melihat result...saya bergantung kepada result ini untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah...alhamdulillah dengan keputusan ini memberi saya secebis harapan untuk ditawarkan bagi menyambung pengajian...Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan & pertolongan sahabat-sahabat sepanjang tempoh pengajian saya....lps ini makan insyaAllah Kenyang, Tido insyaAlllah Lena



Monday, June 08, 2009

Ikhlas

Keikhlasan nan tercalar
Pabila kesabaran mula menghindar
Lemah dan tunduk tanpa sedar
Bisikan syaitan nan tak pernah pudar
Menawan kalbu hamba nan ingkar


Keikhlasan nan terhakis
Kerana hati tak bisa menangis
Pujukan dan rayumu wahai sang iblis
Ketipisan iman tak bisa menepis

Lalu…
Lerailah budi,lenyaplah jasa
Segunung budi selaut jasa
Ganjaran dinanti tak kunjung tiba
Ganjaran melayang di tingkap terbuka
Dosa menerpa di hati bertakhta
Budi dan jasa sia-sia semata
Ibadat dilaksana jerih segala

Aduhai…
Sukarnya mencari keikhlasan
Perit dan getirnya menebal keimanan
Lalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnya
Di sinilah…

Kupohon pada-Mu walau dalam susah
Kupohon pada-Mu walau dalam payah
Ikhlas itu rahsia Allah
Mudah-mudahan padaku
Rahmat-Mu tercurah.


Saturday, June 06, 2009

CINTA: Apabila Fitrah Menjadi Anugerah

Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, “cinta apa namanya jika tidak dating, perbualan telefon secara maraton, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?”

Remaja dan cinta- 2 perkara yang bagaikan sudah sebati. Kisah suka-duka cinta remaja sering menjadi ilham para penyair, lirik dan komposer, dan bait-bait puisi para penyair. Habis segala ciptaan Tuhan dijadikan lakaran metafora dan analogy percintaan. Embun, pelangi, salju, bulan dan bintang semuanya dijadikan lambang bagi memuja kekasih. Perubahan biologi dan psikologi remaja menyebabkan mereka menjadi peneroka cinta yang serba baru. Kekadang rasa cinta berputik lewat perkenalan dengan rakan sekelas, teman sepejabat atau cinta pandang pertama sewaktu sama-sama menunggu bas ketika hujan renyai-renyai. .aduss romatiknya!~

Apabila disebut cinta terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, Uda yang bersanding dengan Dara di pusara atau Qais yang sanggup menjadi majnun kerana terpisah dengan Laila. Itulah deretan kisah cinta rekaan, namun realitinya juga tidak kurang hebatnya. Ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati. Malah ada yang sanggup menukar agama untuk mendapatkan cinta. Ah, manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari…begitulah agaknya..


CINTA FITRAH SEMULA JADI

Rasa cinta bertandang di dalam jiwa tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari atau dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa yang ‘ajaib’ itu datang juga. Tidak kuasa untuk menolaknya , apalagi kalau cinta disuburkan, maka makin marak dan menggila jadinya. Apabila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tido pon tak lena dibuatnya. Seindah dan sedamai syurga, namun Nabi Adam inginkan teman. Lalu Allah menciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita adalah anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicinta.

Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semula jadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan. Oleh kerana cinta itu fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidaklah kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemuliaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Disinilah selalunya remaja terjebak.

Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Apabila kehendak semula jadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.



CINTA YANG MEMBAKAR DIRI

Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semula jadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sekali-kali bermain api cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedy yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari dengan kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak bertahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan sepaii….

Hubungan cinta jangan dicemari oleh tindakan yang melanggar syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku.. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itu cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintanya. Lupalah diri kepada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan- Nya.



Ah..bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupe bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?


MENGAWAL DIRI DARIPADA CINTA TERLARANG

Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun sudah jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah ‘orang’ yang ketiga. Lebih daripada itu pun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjelekkan – bohsia, bohjan, buang bayi dan zina..Ketika itu indahkah cinta?


Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi memerlukan peraturan dan kawalan….Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada Allah. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah swt. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah.. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah..soalnya bagaimana? Iringilah niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya..Sabda Rasulullah saw :

“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya”

PERATURAN CINTA

Oleh itu usahlah bercinta seqadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta itu pastinya bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua pihak sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya –Cinta Monyet!~

Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya tiada pergaulan bebas, tiada berdua-duan, tiada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan solat, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya jika tidak ada dating, perbualan telepon secara maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? …Yakinlah tiada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.


Dan ..last sekali………..

Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba- Nya. Cinta suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan sehingga pasangan itu bercinta dengan 1000 keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat…insyaAllah. .=) Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga, tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah menjadi anugerah

Gambar Yg Lain Untuk Majlis Walimatul Urus Ini boleh dilihat di Frienster Eelya_Khadeeja...