Tuesday, June 29, 2010

Ceritaku Dihari Lahir ( Motivasi: Mewarnai Kehidupan Insani )

 Terima Kasih buat umi melahirkanku, abi memberi nafkah padaku, mentarbiyahku,menjadi pendengar setiaku dan sentiasa disisiku, 
Doakan anakmu ini berjaya dunia dan akhirat.
Ampunkan segala dosaku


Assalamualaikum wbt

Kesempatan yang ada untuk saya mencoret sesuatu disini, perancangannya untuk menulis sesuatu disini semalam sempena hari lahir, namun sedikit kekangan dan musibah yang terjadi tidak mengizinkan. Insya Allah saya akan gunakan ruangan masa yang ada ini dengan sebaik mungkin. Kebelakangan ni diari hidup dipenuhi dengan tugasan harian menguruskan rumah dan begitu lah setiap kali cuti semester berlalu. Jika tidak menghadirkan diri ke program samaada KARISMA mahupun NISA', dan kawasan perumahan saya, saya lebih selesa bersama umi dan abi menonton perlawanan bola adik saya di Ampang atau menemani adik bongsu saya menghadiri latihan bola sepak di Pandan Indah yang biasanya dihujung minggu. Mengajar mengaji setiap hari kecuali hujung minggu menjadikan saya terikat di rumah kerana sesi kelas diadakan pada waktu magrib hingga isyak. Namun saya bersyukur selain mencari ganjaran Allah sebanyak yang mungkin dengan mengajar mengaji, selain itu pendapatan sampingan yang agak berbaloi memudahkan saya menampung perbelanjaan pengajian saya yang masih berbaki setahun setengah lagi, insya Allah. ( insya Allah saya dalam perancangan menghasilkan satu entry khas unutk memperkenalkan kesemua 56 anak murid saya yang comel-comel belaka). Kids make me smile without any reason

Alhamdulillah semalam (28 June 2010)  genap umur saya menjengah 22 tahun, 22 tahun yang dilalui dengan penuh memori duka dan suka yang dilipat penuh rapi saban tahun. Ada memori yang saya mahu ia terus segar diingatan dan ada memori yang saya mahu ia terus dilupai dalam lipatan sejarah. Arghh..sungguh menyeksakan, namun itulah namanya rencah kehidupan. Minggu lepas saya letakkan dalam diari  peribadi saya dalam satu lagi blog peribadi sebagai minggu air mata. Bermula dengan sedikit perselisihan faham dengan umi dan akhirnya diakhiri dengan air mata dan semalam sekali lagi saya menangis kerana terlampau menahan marah, dan mungkin menjadi memori luka dimana saya menangis pada hari lahir. Moga tarbiyah yang dititipkan dari ustaz dan ustazah kesayangan saya menjadi bekalan unutk terus tabah dan tidak mudah melenting pada masa akan datang. Walau apa pun peristiwa semalam adalah sesuatu di luar jangkaan saya. Saya terus melenting dengan mendadak, ditambah pula keadaan saya yang sedikit serabut minggu lepas , maaf pada semua.

Hari Lahir kali ini tanpa kek mahupun sambutan, bukanlah sesuatu yang menyedihkan kerana sudah menjadi  senario dalam keluarga saya. Jika ada pun ia disambut andai berkesempatan, jika tidak ia akan dilalui seperti hari-hari lain. Hanya ucapan dengan pelbagai doa dan harapan dari sahabat yang jauh dan dekat. Terima kasih semuanya. Saya sayangkan anda semua. Semua sahabat di Facebook saya terima kasih tidak terhingga atas ucapan kalian. Namun pinta saya jangan lupa untuk mendoakan saya dipertemukan jodoh dengan insan yang lebih mendekatkan diri saya pada-Nya, dan lebih membimbing saya menjadi lebih kuat dan tabah. Umi sudah bermacam cara memberi signal pada saya semenjak dua menjak ni untuk serius dalam soal berumah tangga, umi mahukan saya sudah mula untuk memikirkan dengan lebih serius tentang soal jodoh. Satu perkara yang saya sebenarnya tanamkan dalam lubuk hati saya untuk tidak dibicarakan dan menjadi topik perbualan walau dalam apa keadaan sekalipun. Namun akhirnya timbul juga. Ya Allah....Moga perancangan-Nya menentukan segalanya.

Saat emosi saya kian pulih, saya mula berfikir balik akhirnya sesuatu pengajaran yang diperolahi dari musibah semalam. Moga hasil artikel ini bukan sahaja mendidik jiwa saya malah kalian juga, insya ALLAH


KEHIDUPAN
insani memang sentiasa diwarnai, warna-warna ini membentuk laskar pelangi yang pelbagai. Warna kehitaman sinonimnya adalah sifat antagonis yang berlawanan dengan sifat utama, dipalit warna kehitaman di setiap langkah mengukir warna-warna hidup ini sedikit mengundang keresahan di hati bagi setiap manusia yang bertuhan. Dibiarkan usah sesekali, kelak ianya tidak lagi warna yang indah kerana hitam tadi menutup seri warna, tidak mustahil memudarkan hingga hilang asli warna asal.

Kita mempunyai pilihan untuk menjadi orang yang bahagia kerana kita yang mencorak warna tadi. Andai kita memilih untuk menerima kemaafan dan melupakan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain, itu petanda kita tidak mahu ianya berlarutan, tergantung hingga hilang rasa bahagia... atau mungkin kita bisa memilih untuk lari daripada masalah tadi dengan cara berdiam diri dan masih tidak melupakannya, maka kita sengaja memilih jalan cerca.

Bagi orang mukmin, dia perlu tahu tidak semua perkara bisa dilakukan tanpa had, persempadanan tindakan kita telah ditentukan oleh syariat (cara hidup islami). Sedarnya kita ialah kita hanya seorang hamba, Dia ialah Penguasa sekalian hamba. Justeru itu, kita sentiasa ingat kepada siapa kita pertontonkan amal dan kebaikan, walaupun sedikit dihargai oleh manusia kerana dia juga seorang hamba tapi kita ingin mencapai anugerah tiada tandingan daripada Pencipta sekalian hamba.

Bermula dengan hidup sederhana, kita diajak mendidik hati supaya tunduk pada kekuasaan Dia yang serba kuat, dan tidak kalah oleh segala kelemahan. Kaya kita bukan susah untuk bersederhana kerana apabila kita menzahirkan kesederhanaan itu sudah pasti mematikan sikap egois. Kelemahan hadir tidak mengira apa jua status anak adam itu... miskin jika tidak ditangani dengan baik supaya adanya kaya budi dan kaya hikmah, sudah pasti jurang untuk jatuh ke lembah kelemahan tunggu saat dikuburkan. Kaya pula apabila egois tadi dibiarkan menguasai diri, mudah sahaja kekayaan tadi melapah sebuah budi, zuhud, pekerti kerana sudah lemah... lemah daripada deria sifat mahmudah.

Konsep penjagaan diri ini meliputi luaran dan dalaman manusiawi. Kita akan lihat, sifir paling mudah sikap luaran akan mengambarkan sikap dalaman seseorang kerana tidak mustahil perihal dalaman yang amat sulit dikerjakan akan berlarutan hasil didikan luaran.

Kita pasti risau, apabila melihat lelaki yang tidak mengambil kisah kebersihan kolar baju dan kolar lengan, begitu juga teramat risau apabila seorang perempuan acuh tidak acuh akan kebersihan tudung yang dipakai. Orang-orang seperti ini lebih berpotensi untuk meninggalkan amalan sunat dalam ibadat... hilang tama’ninah dalam solat, gosok gigi sebelum solat subuh, dan merata air ke seluruh badan ketika mandi wajib. Golongan ini lebih berisiko dijadikan pasangan hidup berbanding mat rempit yang bertahajud di atas jalan, dan minah senget di hulu kampung.

Bunyinya nampak aneh sahaja, bukan? Tapi itulah realiti.

Mungkin sahaja golongan cerewet tentang kebersihan lebih berisiko, kerana mereka bukan sahaja tahu akan tuntutan kebersihan, tapi sinis untuk melaksanakan. Mereka ini lebih liat untuk mendengar nasihat kerana sikap tahu tapi tidak buat tadi menumbuhkan egois di hati... sedangkan golongan kedua, mat rempit dan minah senget yang tidak tahu apa-apa akan mudah mendengar kata apabila menerima teguran baik-baik secara baik.

Contoh paling mudah; kita lihat dan dapati siapa paling liat untuk datang berusrah? Di kalangan ahli yang serba-serbi tahu kononnya, atau mereka yang sedang tercari-cari nur hidayah? Jentik hati tanya iman.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan kepadanya jalan keluar, dan mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tiada dia sangka-sangkakan” at-Talaq (65:2-3)

Maka kita telah kalah pada satu sikap mazmumah, iaitu ego. Sikap ini akan terus menebal jika tiada racun mematikan akar bahagian punca tumbuh sifat buruk ini. Kita boleh didik diri kita jadi seperti apa kita lihat, baik dan buruk terserah kepada tangan kita memilih dan kaki kita melangkah. Tapi kita harus sentiasa sedar mush-musuh Allah Taala tidak pernah tidur, nafsu dan syaitan akan terus menusuk jarumnya di setiap kelalaian kita. Mereka lebih cepat merebut peluang di setiap ruang yang terhidang.

Bermula daripada sikap sederhana tadi, maka akan lahir sifat zuhud, budi pekerti mulia. Kita akan terus memandu kehidupan, akan terus mencorak warna-warna indah sebelum kita dijemput untuk menuntut hasil keindahan tadi di hadapan Allah Azza Wajalla.

Akhir kata, rencah kehidupan itu tidak pernah surut dengan seribu satu kegembiraan dan kedukaan,dan mungkinkah frasa hidupku untuk kali ini diselubungi kedukaan kerana kelak Allah mahukan pelangi keriangan untukku? Ya Allah bantulah aku menghadapi segala mehnah dunia ini dan permudahkan urusanku hari ini, ampunilah dosa yang aku lakukan secara sedar mahupun tidak dan terimalah amal ibadatku.

Nota 1: All that a woman wants is an assurance. The rest comes later. Unlike women, all that a man wants is a trust. The rest will be simple. If they both give and take, harmony is their rhyme. Note: I’m a woman. And so I do.
Nota 2:  Kepada yang membuta tuli meluahkan perasaan dan menghemburkan segala kemarahan tanpa memikirkan perasaan orang lain dan situasi orang lain, ingatlah hari ini mungkin engkau mampu tersenyum setelah memuaskan nafsu marahmu, tapi ingatlah Allah swt itu maha adil. Jika tiada manusia yang mampu mengajarmu erti hormat orang lain, Ingat Allah swt itu masih ada dan DIA yang menciptamu.
Nota 3: 5 Julai semester 4 bermula, tak sabarnya....
Nota 4:  Jom Ke Surau program terbaru di perumahan saya, meh pakat ramai2 join...

Thursday, June 24, 2010

Rintihan Jiwa

Saya menghitung hari-hari berlalu. Terasa bergunung-gunung dosa dan kesalahan yang dilakukan sepanjang bergelar insan. Kadang-kadang terasa seolah-olah kufur atas pemberian segala nikmatNya yang tak terhitung banyaknya.


Saya hidup di dalam kegelapan.

Walau di kiri,kanan,hadapan dan belakang saya dipenuhi dengan kilauan cahaya,namun saya masih merasakan kekosongan yang nyata. Sepi. Tiada ungkapan mampu mengungkap seribu makna yang mengisi kekosongan jiwa ini.

Allah,

Hanya padaMu aku mengadu..
Tempat ku bergantung harap..
Kekasihku yang abadi..

Nota 1 : Entah kenapa,terasa sangat kesunyian itu..kata ummi,’jangan dok layan sangat perasaan itu’..mom, that’s not what I mean..I feel some sort of ‘sunyi’..well,never mind,no one can ever read my mind..

Saya perlu bangkit! Mengejar kembali pelangi itu!

Wednesday, June 23, 2010

Buatmu

Assalamualaikum..
Diari hidup ini kurasakan sepi tanpa kehadiran surat mahupun emailmu, Langkah perjuanganku seolah lumpuh seketika di saat engkau direntap dari hidupku...Tetapi, aku tetap sedar bahawa engkau bukanlah sesuatu yang pasti untuk terus berada disisi. Semenjak dulu, kini dan selamanya. Hanya aku bermain ilusi sendiri. Justeru aku mencoret sesuatu disini demi mengingati pemergianmu dan kenangan yang pernah terbina antara kita. Tidak pula minta dikasihi dan tidak pula minta dibenci. Hadirnya catatan ini untuk membantuku melerai kekusutan dijiwa, dan disini selayaknya aku melafazkan perpisahan antara kita dengan setekad yang boleh, biarlah warkah ini menjadi nurkilan terakhirku untuk kukenang segala memori bersamamu..

Ingatkah sewaktu dirimu meletakkan harapan yang tinggi pada hubungan ini, harapan untuk memiliki sebuah mahligai indah buat kita berdua. Waktu itu betapa kita yakin bahawa hubungan ini akan utuh dan kukuh. Kita yakin susah senang alam berumah tangga yang akan kita bina kelak mampu diharungi bersama dengan sabar. Masa itu kita masih muda, kita penuh semangat serta azam. Kita kadang-kadang lupa dengan tribulasi melihat cabaran dengan mata yang kurang terbuka. Biar jauh atau dekat, biar senang atau susah, kita tetap mahu pastikan agar hubungan ini berjaya.

Dahulu pernah dirimu ungkapkan padaku, " Jangan terbang tinggi, kalau jatuh akan parah", lalu aku membalas kembali "Kalau kita tidak cuba terbang tinggi-tinggi, sampai bila pun kita takut untuk mencuba". Lagipun kita tetap akan mendapat nikmat berusaha dan mencuba.

Kalam yang kau utuskan itu...banyak memberi kesan kepada diriku...

Namun disaat pemergianmu untuk selamanya...aku terasing jauh dengan ilusi  sendiri, terbang melintasi masa dan apa juga keadaan bersendirian. Apabila diimbau sejarah kita, terasa seolah suatu kisah yang kita karang bersama adunan rasa jujur dan tulus. Walaupun hubungan kita tidak disuburkan dengan pertemuan. Ke-sefahaman dan kepercayaan telah menyiram benih-benih kemesraan, kita menjadi pasangan toleransi yang saling cuba memahami kerana engkau dan aku sangat berbeza.

Ahhh...seolah-olah  kisah kita ini seakan  mitos yang tidak wujud di pandangan mata kasar manusia....

Antara kita ada peristiwa menjadi kenangan abadi namun tidak pula aku bermaksud mengagungkannya. 

Disaat pemergianmu menghadap Ilahi, aku jadikan segalanya sekadar memori untuk diri sendiri. Sekadar nostalgia manis untuk diimbau, sebuah pengalaman yang begitu berguna buatku untuk menghadapi dunia diluar sana...namun kini, biarlah ia menjadi khazanah yang begitu berharga atau mungkin sahaja hilang dipupus masa.

Tuhan yang menentukan....

Benarkah...cinta tidak mampu mengenangkan segalanya....
Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir di sisi...
Benarlah perancangan-Nya mengatasi segalanya...

Tetapi..
ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya...
Cinta bukan semestinya bersama....
Cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia

Terima kasih kerana memberiku erti kehidupan dan erti sebuah dugaan...engkau mengajarku kehidupan ini hanyalah suatu persinggahan

Terima Kasih

eelya_khadeeja
Sungai Buloh, Malaysia


Nota 1: Mengingati mahupun melupakan sesuatu....bukanlah proses yang mudah..
Nota 2: Mungkinkah sudah saatnya aku melupakan segalanya, dan belajar menerima sesuatu yang nyata di mata, Ya Allah bantulah aku menilai kaca dan permata.
Nota 3: Menjadi diri sendiri adalah lebih baik dari cuba menjadi sesuatu yang lain dari yang lain.

Sunday, June 20, 2010

Who's That?

Recently kepala saya agak serabut...serabut dgn mcm2 perkara silam dan masalah yang menerjah bagaikan hujan bom dekat kepala dan jiwa ni..sejarah yg dh lepas kite x patut terkenang kenang dh kn tp ape nk jd dgn sy ni???? Saya diasak membuat keputusan di saat saya rasa keputusan tu tak patut di buat sekarang

serabut nye... x tau ape nk jd ni...Apa nk buat ni??? terlalu teringat sgt2 ni, terlalu berlegar-legar bebas dalam kepala ni.. sape bleh bg petua nk luput kn sejarah yg ade? ke kite kena ade sakit systemic LUPUS erythematosous dulu baru dpt buang sejarah...

Tiba2, dr sudut hati saya yg lembut skit berbisik: jgn buang, biar je sejarah tu...klu ade nnti, ade la ulangannye..klu x de, biarla sejarah tu ajar kite tentang erti kehidupan...knp life ni byk unpredictable things?

-im blur wit my life currently-

Saturday, June 19, 2010

Kepentingan Pengurusan Rekod

Rekod amat penting dalam kehidupan manusia dari kewujudan manusia pada zaman lampau sehinggalah sekarang. Rekod diwujudkan untuk membuktikan sesuatu perkara atau tindakan yang telah dilakukan. Sebagai contoh, pada setiap tamadun yang wujud amat mementingkan rekod dalam keberlangsungan tamadunnya, contoh paling mudah untuk difahami ialah lukisan yang dilukis pada dinding di piramid didalam tamadun Mesir, begitu juga di Tamadun Cina, telah diwujudkan satu pangkat dinamakan Pegawai rekod, tugas pegawai rekod ini adalah untuk mencatitkan segala tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan cina itu sendiri, tamadun-tamadun lain ialah seperti didalam tamadun Islam juga mementingkan rekod itu sendiri,dan disebabkan pengurusan rekod yang efisien dan efektif, tamadun islam dapat dikembangkan ke seluruh dunia. Oleh itu, dapatlah dikatakan rekod adalah penting bagi semua tamadun.

Sekarang akan membincangkan apa itu kepentingan rekod kepada individu dan juga organisasi. Pertama sekali, kepentingan rekod adalah sebagai bahan bukti. Hal ini kerana dengan rekod yang diwujudkan dapat membuktikan segala tindakan yang telah dibuat. sebagai contoh, rekod kewangan dalam sesebuah organisasi akan dijadikan bahan bukti apabila sesuatu perkara berbangkit terjadi, contohnya, untuk mengaudit kewangan syarikat. segala rekod-rekod kewangan yang telah dibuat akan dirujuk untuk kerja-kerja audit tersebut. Melalui rekod kewangan yang sistematik dan efisien dapat membanteras penyalahgunaan kuasa didalam sesuatu organisasi, hal ini kerana melalui sistem rekod yang efektif dapat mengetahui siapa yang bertanggungjawab keatas sesuatu tindakan. Sebagai contoh yang lain ialah, rekod yang diwujudkan dapat megetahui keadaan sebenar masa lampau serta membuktikan sesuatu kejadian telah berlaku, maka dengan ini fakta sejarah dapat dibuat dengan lebih berkesan lagi. Salah satu isu yang terkini yang melibatkan rekod ialah status pulau batu puteh yang menjadi rebutan antara pihak Malaysia dan Singapura, disebabkan tiada rekod yang khusus bagi membuktikan kawasn tersebut milik Malaysia, menyebabkan Pulau Batu Puteh menjadi sebahagian dari Singapura.Maka, setiap individu dan organisasi sama ada kerajaan ataupun swasta haruslah mengambil iktibar bagi isu ini dan haruslah menguruskan rekod-rekod dengan betul dan mengikut standard pengurusan rekod itu sendiri.

Seterusnya, Kepentingan rekod yang kedua ialah sebagai bahan rujukan untuk membuat keputusan. Sesebuah organisasi memerlukan rekod untuk membantu mereka membuat keputusan dengan lebih berkesan lagi. sebagai contoh, dalam sesebuah syarikat akan membuat keputusan berdasarkan rekod yang telah sedia wujud, cuba kita bayangkan apa akan terjadi apabila pengurusan rekod tidak efisien dalam sesebuah organisasi, sudah tentu sesebuah organisasi akan menghadapi kesukaran dalam membuat keputusan. Maka tidak hairanlah sesebuah organisasi akan mengalami status muflis apabila rekod-rekod mereka tidak diuruskan dengan baik.

Seterusnya, kepentingan rekod yang ketiga ialah sebagai menjaga hak kepentingan sesebuah masyarakat. Maksud disini ialah rekod digunakan untuk menjaga kepentingan sesuatu masyrakat, keitimewaan masyarakat atau bangsa, lebih-lebih lagi untuk keberlangsungan sesebuah masyarakat tersebut. sebagai contoh, di negara Malaysia, sewaktu pengisytiharan merdeka, telah wujud dokumen yang menandakan kemerdekaan tanah melayu daripada penjajahan British. Dokuman yang diwujudkan itu merupakan kepentingan masyarakat terutamanya rakyat Malaysia itu sendiri. Maka dokumen tersebut mempunyai nilai yang sangat tinggi kepada negara dan rakyat Malaysia, dan disebabkan juga isi-isi kandungan dokumen tersebut merupakan rekod yang sangat penting bagi kedaulatan negara dan rakyatnya. Oleh itu, bolehlah dikatakan rekod adalah penting bagi menjamin kepentingan sesebuah masyarakat.

Akhir sekali, kepentingan rekod ialah menjamin kedaulatan sesebuah undang-undang didalam sesebuah negara. Perlembagaan yang dibuat adalah untuk menjamin keluhuran undang-undang bagi sesebuah negara. Sesuatu badan kehakiman tidak dapat membuat keputusan jika tiada rekod yang mengatakan sesutu tindakan itu adalah betul atau salah (akta) didalam perlembagaan sesebuah negara. Maka dengan wujudnya rekod dan pengurusan rekod yang cekap, sesuatu tindakan tidak dapat dibuat dengan berkesan.

Secara kesimpulannya, Rekod adalah penting bagi sesiapa sahaja, tanpa rekod sesuatu tindakan tidak dapat dibuktikan, tanpa rekod hak masyarakat tidak akan terjamin, tanpa rekod juga undag-undang tidak dapat dilakukan atau diputuskan denga lebih berkesan lagi, dan tanpa rekod sesuatu organisasi tidak dapat membuat keputusan dengan tepat, berkesan dan cepat dan membolehkan organisasi mencapai status muflis. Oleh itu, setiap individu dan organisasi haruslah menyedari kepentingan rekod dan menguruskan rekod-rekodnya secara cekap dan berkesan, maka dengan tindakan ini, dapat membolehkan sesuatu organisasi menjadi lebih cekap dan berkesan dalam segala tindakan yang dibuat dan juga dapat menyelamatkan kedaulatan negara.

Kembali Semula

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Maaf atas kesulitan, saya terpaksa menutup blog buat sementara waktu untuk pengubahsuian kertas dinding dan link..

Alhamdulillah kembali aktif seperti biasa...enjoy reading...


Nota 1: Akaun Facebook saya sudah dipadamkan, jangan cari-cari lagi, hehe, saya akan ke Serdang esok, pelancaran IKRAM. Sahabat, insya Allah berjumpa kita disana.

Wednesday, June 16, 2010

Ni Orang Ke?

 Salam buat semua,


Menangis saya bila tengok gambar ni T_T...sungguh...saya kesian sangat..kenapalah ada orang yang zalim macam ni kat dunia??


Sumber ni saya ambik dari blog adik azila.Maaf sebab gambar seksi sikit




















Hidup didunia ni sementara...tunggulah pembalasan yang menanti...
Nota 1:  Perempuan dalam gambar kat atas ni memang kejam!, cuba pijak dia balik dengan kasut tumit tinggi gak



Monday, June 14, 2010

Trend Baru Di Malaysia, Bertudung Macam Bonggol Unta

Saya rasa sangat terpanggil untuk menulis artikel ini setelah membaca komen dari sahabat saya Liyana dengan komennya pada entry sebelum ini, secara dasarnya entry sebelum ini lebih kepada saya meluahkan rasa kesedihan saya atas apa yang terjadi kepada sahabat-sahabat saya. Tidak pula difokuskan kepada isu bertudung macam bonggol unta ni. Tapi mungkin ada sesuatu yang berlegar di fikirannya menyebabkan dia meluahkan sesuatu di rungan komen entry saya pada sebelum ini. 

Dia juga ada meminta saya berkongsi andai tahu mengenai hadith yang berceritakan tentang keadaan suatu masa kelak ada wanita yang berpakaian menyerupai bonggol unta, saya sendiri pernah membaca mengenai hadith tersebut, cumanya, astafirullahalazim, saya lupa dari sumber mana, akhirnya mencari-cari di buku catatan usrah saya..Alahmdulillah dapat juga sepenuhnya keratan hadith tersebut dan sumbernya sekali, ini membuatkan saya merasakan masa yang sesuai untuk mengupas isu ini dengan selanjutnya. Insya Allah, moga-moga memberi pengetahuan kepada yang tidak tahu dan menyedarkan mana-mana yang kurang tahu apa yang mereka lakukan.

Kebiasaannya para wanita yang mengikuti fesyen ini memilih tudung jenis shawl-like syrian style hijab. Dan ada juga yang menggunakan inner yang berbeza dan di litupkan inner tersebut dengan selendang. 

Semenjak trend ini kian diresapi dikalangan wanita di malaysia, tidak kira yang masih belajar mahupun bekerja, saya sangat risau... saya luaskan pencarian di google mengenai isu ini, ada yang turut membicarakan apa yang saya cuba ulaskan dalam entry ini, tidak kurang juga yang "melenting" tatlaka ditegur mahupun marah gambar mereka digunakan sebagai contoh apa yang dimaksudkan dengan bonggol unta itu. Ustaz Hazrizal juga pernah mengutarakan isu ini di ruangan status Facebooknya, dan isu ini sangat hangat dibicarakan. 




Saya rasa macam aneh je wanita bertudung yang ikat sanggul tinggi-tinggi. Kelakar pun ada. Tapi ada juga yang kata ikat sanggul tinggi-tinggi lagi cantik. Cantik tang mana pun saya tak tahu. Ke...saya yang tak up-to-date dengan fesyen-fesyen terkini lagi sensasi? Huhu...

Cantik ke buat macam ni? angkatkening


“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” (hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223)


Nak berfesyen boleh tapi jangan la sampai fesyen kita tu mengundang laknat Allah sudah la ye...

Mungkin ada yang memikirkan bagaimana permulaannya fesyen ini dan apa yang mereka buat untuk menghasilkan bonggol tersebut (niat saya bukan mengajar cara-cara untuk sahabat yang lain turut melakukannya)

Oleh kerana semalam ada yang chatting dengan saya tanya pasal benda yang digunakan untuk meninggikan sanggul rambut di bawah tudung,saya kongsikan di sini beberapa gambar pemakaian alat yang dipanggil HAIR FLOWERS atau HAIR CLIPS yang glamor di negara-negara teluk. Mereka suka pakai yang saiz besar-besar dan panggil style tutup kepala tu EMIRATI STYLE. 

Saya sarankan JANGAN TIRU ya. Ini sekadar pengetahuan sebagai peringatan bersama unutuk melengkapkan lagi apa yang saya cuba bincangkan ini.

Sumber: http://hubpages.com/hub/Hair-Flowers

Sumber: http://projectsforyournest.blogspot.com/2009/04/flower-clips.html

Mashaallah... janganlah buat gini, hodohnya...

Diorang buat macam nilah untuk dapat efek macam gambar kat atas tu. MEMANG HARAM sebab sengaja mengubah apa yang Allah telah kurniakan.

Punyalah besar benda alah tu.

Jadi, beringat-ingatlah kita jangan sampai kita buat cara-cara berhias dan bercantik menyerupai cara-cara di atas. Sanggul tak tinggi macam ni pun masih lagi cantik apa... Allah memang dah jadikan wanita itu cantik, percayalah. Jadi jagalah dengan baik-baik agar kita selamat di akhirat nanti.

Anyway, in wearing hijab, niat perlukah menghalalkan cara? 
Nota 1: Aduhai, kaun wanita..kita memakai hijab adalah untuk menutup aurat dan sudah pastinya tidak mahu orang tahu bagaimana rambut kita?, tapi bila dah sanggul tinggi-tinggi, tak ke sang teruna terlintas di fikirannya tatkala melihat sanggul yang tinggi itu dan membayangkan kita dikala tanpa hijab? Anda yang mencetus mereka memikirkan begitu dengan fesyen yang anda sendiri pilih, FIKIRKANLAH!
Nota 2: Maaf andai ada yang tersinggung, saya ikhlas untuk menegakkan mana yang saya rasa ia salah dan perlu diperbetulkan.


Sunday, June 13, 2010

Terkilan

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dua tiga bulan lepas, kawan baik saya ketika menuntut di sekolah menengah menegur saya kerana sudah lama kami tidak berhubung. Sungguh, saya sedar saya teramat-amat kurang menghubung kawan-kawan di sekolah dahulu. Atas apa jua alasan saya, saya minta maaf.

Ketika berborak, beliau meminta saya untuk tidak mendelete kan akaun facebook saya, (seperti dimaklumkan pada entry sebelum ini)  Setelah berfikir (tambahan ada faktor lain), saya tidak menerima cadangannya. Pujuknya pada saya, mudah bagi saya jika ada facebook  untuk mengesan kawan-kawan lama. Hmm, friendster yang sedia bersawang, dengan paswordnya yang saya sendiri ingat-ingat lupa ditambah dengan facebook kadang-kala membuatkan saya mahu menumpukan pada blog sahaja. Mudah dan boleh berceloteh panjang.




Bukan apa, dengan adanya facebook, hari demi hari bersiar-siar dalam facebook banyak perkara tidak diingini  yang saya terjumpa. Orang-orang yang telah lama saya tidak berjumpa (terutama kawan-kawan sekolah, dan satu universiti), akhirnya saya terjumpa dalam keadaan yang kurang menyenangkan hati saya. Saya kembali mengimbau diri-diri mereka yang dahulu.

Mereka yang dahulu adalah ahli Badar
Mereka yang dahulu adalah ketua pelajar
Mereka yang duhulu menegah budaya couple
Meraka yang dahulu dipenuhi karisma kepimpinan
Mereka yang dahulu itu dan ini

Argh..senang cerita, mereka dulu adalah idola saya, saya sangat kagumi..

Ia menjadikan saya berprasangka yang tidak baik kepada pemilik FB tersebut secara berterusan, bukan sahaja sahabat lama malahan sahabat-sahabat baru, biarlah saya mengenali mereka melalui pemerhatian mata sendiri dan secara realitinya.

Lantas bagi mengelak saya terus berprasangka..Tiada langsung akaun FB atau mungkin tidak mengaktifkan akaun tersebut adalah langkah terbaik buat masa terdekat ini.

Bagi saya mengelak adalah cara terbaik..

Bukanlah saya sekadar mahu mengungkit tetapi saya terkilan. Jika dahulu kita terikat dengan peraturan sekolah, dan AJK Biro Dakwah dan Kerohanian antaranya mewajibkan pemakaian sarung kaki, melabuhkan tudung menutup dada, pergaulan terkawal, wajib solat berjemaah bagi pelajar asrama dan pelbagai lagi. Namun kini semua itu seolah-olah hilang ditelan zaman (saya tahu tidak semua begitu).

Jika melihat pemakaian mereka, saya hanya mampu menggelengkan kepala sendiri. Saya bukanlah yang terbaik tetapi saya terpanggil untuk menyatakan pendirian saya. Saya pernah menyebut bahawa saya tidak mengharapkan kawan-kawan saya memakai tudung labuh bulat atau wajib 60 inci tetapi cukup sekadar anda mematuhi syarat minimun walaupun memakai tudung labuh itu lebih baik. Begitu juga dengan aspek-aspek lain. 




Terlupakah kita bahawa peraturan sudah tidak wujud tetapi peraturan yakni syariat Allah itu ada. Adakah Tuhan di zaman persekolahan dan Tuhan di zaman kini adalah Tuhan yang berlainan? Andai kita merasa syariat Allah itu bebanan atau remeh-temeh maka soal kembali keimanan kita. Soal kembali keyakinan kita terhadap janji Allah. Jangan hanya ketika ditimpa musibah baru kita nampak Dia.

Sungguh rugi kita cuba ditarbiyah di sekolah dulu dengan nilai-nilai budaya Islam kini pelajar-pelajar sekolah agama sendiri kurang boleh diharap. Bagaimana bagi mereka yang sememangnya tidak faham tuntutan syariat? Siapa lagi yang akan menyampaikan kefahaman itu? Jika mereka bekas-bekas pelajar sekolah agama tidak mampu istiqamah dengan tarbiyah yang ada, siapa lagi? Sesungguhnya kita memerlukan tenaga-tenaga pemuda Islam untuk berdakwah, tetapi di manakah kita sekarang? (Termasuk saya yang menulis)

Bukanlah saya maksudkan orang yang tidak bersekolah agama tidak layak membimbing masyarakat tetapi jika anda (yakni yang tidak bersekolah agama) yang ke hadapan dahulu maka sesungguhnya andalah yang lebih berharga seperti seorang sahabat saya ketika di KMPk. Beliau bukanlah anak didikan sekolah agama  tetapi kini berbanding saya, beliau lebih kehadapan membela Islam.

Kadang saya terfikir. Terlalu banyak perkara salah yang sudah menjadi seolah-olah betul membuatkan saya bimbang adakah apa yang saya sedang lakukakn adalah betul-betul benar. Neraka itu dikelilingi keseronokan dan syurga itu dikelilingi kesusahan. Saya bimbang kita terlalu biasa dengan kebiasaan yang salah tanpa sedar kita sedang menempah tiket neraka. Nauzubillah.

Saya berharap mereka terasa dengan penulisan ini. Bukanlah terasa yang membawa dendam tetapi terasa yang membawa perubahan. Saya tidak berniat untuk memutuskan ukhawah yang ada. Sangka baik saya, mungkin kita terlupa atau hanyut seketika. Selagi ada masa, tolonglah kembali sebelum kita lebih hanyut dan terlambat. Andai satu hari nanti, saya juga sedemikian tolonglah tempelak saya kerana tidak menunaikan kata-kata saya sendiri.

 
Wallahualam.

p/s: Sebenarnya inilah antara hasil sistem pendidikan negara kita yang celaru dan haru-biru. -__-  
(Susah sangat ke labuhkan sikit tudung menutup dada?)

Akaun FB : Khadijah Muthalib

Assalamualaikum wbt, Moga sihat sentiasa, Sekadar pemberitahuan…

Saya tidak lagi menggunakan akaun Facebook ini, mahupun Millatfacebook . Pada sahabat semua, terutama yang lama terpisah bertemu kembali di Facebook .. sahabat semua masih boleh lagi berhubung dengan saya melalui email khadijah_abdmuthalib@yahoo.com dan melalui yahoo massager khatykus_286@yahoo.com, dan jika perlu perkara yang lebih penting dan berhubung dengan segera, beritahu melalui email , @ blog saya dengan meninggalkan komen@ pesanan di ruangan chatbox dan saya akan berikan no hp saya melalui email. Jangan lupa perkenalkan diri anda terlebih dahulu. Akaun Facebook saya akan ada tanpa aktif  ( log in) selama sebulan insya Allah sebelum di "delete" kan. Ini untuk memberi masa pada semua sahabat membaca pemberitahuan ini.

Khadijah Abd Muthalib
(www.eelyakhadeeja.blogspot.com)

Nota 1: Sudah berada di Sungai Buloh, bertolak dari Terangganu jam 7mlm ( 12 June 2010) alhamdulillah selamat sampai jam 1.00pg (13 June 2010).
Nota 2: Persediaan semester baru 2 minggu dari sekarang, moga semuanya berjalan lancar.
Nota 3: Terima kasih kepada pengirim  CD Maher Zain. Saya sangat gembira menerimanya, walaupun terlalu awal untuk diberikan sebagai hadiah hari lahir saya sebenarnya, tapi menjadi hadiah yang saya sangat hargainya. Kualiti lagu berbeza berbanding dengar dari download dan CD Original.

Friday, June 11, 2010

Istidraj

Semenjak result final exam keluar ni, ada tangisan kegembiraan mahupun kesedihan di kalangan sahabat-sahabat saya. Tak kurang yang kecewa, begitu juga tak menyangka. Tak kurang pula yang mempertikaikan orang lain punya keputusan.

Dialog sebegini seakan popular dikala heboh tentang result exam.
Ish, aku pelik la kenapa si polan tu boleh dapat result gempak! dekan pulak tu...padahal solat pun tidak, aurat tak jaga, gaul laki perempuan tanpa batas.
Kenapa, dia yang macam tu boleh dapat result gempak, padahal agama entah kemana, aku yang solat, berdoa, ikhtiar dan study gila-gila result selalu biasa2 je

Artikel ni khas buat semua, tak kira apa situasi anda ketika ini, boleh dijadikan pengubat hati, boleh memberi jawapan kepada persoalan di jiwa, bisa membuatkan kita lebih erat dengan-Nya. Dan mungkin membuatkan yang jauh darinya kembali Mengadap-Nya.



Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, membuat maksiat, bergaul bebas seakan suami isteri  hanya dengan ikatan couple mahupun bertunang, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, keputusan exam sentiasa cemerlang, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Jangan rasa gundah bila anda menjaga hubungan dengan ALLAH, tetapi anda masih tidak berjaya di dalam pelajaran mengikut neraca manusia lain. Contoh macam seorang kawan saya. Dia mendapat 2A, sedangkan pada pandangan manusia biasa, cemerlang itu dikira dengan A yang banyak. Tetapi apa kata kawan saya?

“ Ana dapat hidup tenang, bahagia, boleh lagi beribadah kepada ALLAH, kemudian ana masih boleh hidup dalam ketaatan kepadaNya. Maka itupun ana dah puas hati la Khadijah. Mungkin ana tak ada rezeki dalam SPM, ana ada rezeki dalam benda lain.”

Nampak? Dia tidak jauh dari ALLAH, malah bersangka baik kepadaNya, menerima dengan redha, ditambah pula dengan azam untuk berusaha di lapangan lain pula. Pada saya, itulah kecemerlangan yang sebenarnya.

Saya masih ingat kata-kata guru Al-Quran saya,  apabila saya pertama kali menjejakkan kaki ke kelas Al-Quran. Kata beliau,

Antum datang sini, kami nak bagi antum menjadi manusia yang soleh, yang cemerlang akhlak, yang terjaga syahsiah, yang bersih pemikiran. Bukan untuk kaut A bertimbun. Kalau antum dapat banyak A dalam peperiksaan, maka itu adalah bonus.”

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak.

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Nota 1: Insya Allah malam esok akan pulang semula ke Sungai Buloh, habis sudah tempoh selesa dan bercuti. Kembali kepada rutin harian kebiasaannya.

Eelya_khadeeja
9.41mlm, Homestay Batriesya, Kuala Terangganu

Khabar Dari Terangganu 2 (Versi Result)

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat illahi atas result yang diberikan, saya sebenarnya mencuba dari pukul 9mlm dan berjaya menembusi talian student portal dan mini transkrip UiTM sekitar jam 11.30mlm, gigih sangat meng "refresh" untuk tembusi traffic.  Jika sebelum ini, setiap kali mahu mengetahui result, seriusnya saya lebih berlapang dada dan yakin dengan target. Namun untuk permulaan semester 3 ni, gementarnya bukan kepalang seperti semalam (sebabnya bila lepas jawab exam tu, pasti kita sendiri boleh mengagak) saya sebenar nya sangat2 kurang dengan subjek third language saya iaitu bahasa france, sampaikan ketahap saya menyesal sangat2 ambil subjek tu.ermmmm.....sampaikan terfikir-fikir kenapa la aku tak ambik jer bahasa arab kan lebih mudah.

Namun percaturan Allah SWT mengatasi segalanya, alhamdulillah, 

saya dapat gred yang sangat ok kot ( berdasarkan apa saya jawab masa final exam france la). tapi satu lagi subjek yang saya dah agak akan dapat gred yang kurang ok, Subjek Miss Ezza Rafedziawati Kamal Fafedzi (IMR 502)...betul-betul buat saya menghampiri dekan, huh.!..so konklusinya saya tidak mendapat dekan untuk permulaan ini, namun saya bersykur ke hadrat Allah swt, kerana lulus semua subjek dan pointer saya ini adalah satu permulaan yang baik untuk menggenggam CGPA yang ok, baki 3 sem yang akan datang ni, usaha perlulah lebih berlipat kali ganda. Target saya untuk dapat degree kelas pertama, dan tentunya itu yang umi dan abi serta arwah mahukan.


Jika ada yang tanya saya, berpuas hati tak dengan result yang saya dapat??

Pertamanya saya redha dengan result yang saya dapat, dan ada hikmahnya Allah swt memberi saya permulaan ponter sebegini, sama seperti permulaan diploma dahulu. Pastinya Allah swt tidak mahukan saya terus berada di zon selesa buat permulaan, tambahan pula saya tersangat bersyukur kerana, permulaan melakukan kerja part time ketika belajar degree ini tidaklah memberi kesan negetif kepada saya. Selain itu, Solat Tahajjud dan Dhuha perlu lah berlipat kali ganda juga, seiring dan sejalan dengan study dan dakwah. Saya yakin jika semuanya seiring dan sejalan, ia adalah formula yang paling sempurna untuk seseorang yang bergelar pelajar, Insya Allah...Mana-mana yang rompong-rompong tu kena la di tampal sebaik mungkin

Begitu banyak dugaan yang saya terima semester ini, mengajar saya sedalamnya apa itu bermujahadah dan bersangka baik dengan Allah swt,  Sesungguhnya Allah SWT suka bersama hamba-Nya yang sentiasa bersangka baik padanya.

Ucapan terima kasih buat dorongan dan sokongan yang tidak pernah pudar dari umi dan abi, sahabat-sahabat dan kumpulan usrah saya, jasa kalian memberi semangat ketika saya sangat-sangat down, saya sangat menghargainya.

Nota 1: Kepada sesiapa yang dapat dekan, tahniah diucapkan..kepada yang repeat mahupun tidak mencapai target seperti saya..jangan down..sentiasa fikir positif dan mungkin Allah SWT ada percaturan yang lebih baik untuk kita semua.
Nota 2: Teringin sangat nak makan nasi dagang yang sedap! ada siapa tahu kat mane tempat yang sedap kat kuala terangganu ni?
Nota 3: Adik saya masuk separuh akhir games bola sepak dia, insya Allah hari ini pukul 4 ptg lawan dengan terangganu atau pinang (bergantung mesyuarat hari ini)


Eelya_khadeeja
7.00pg, Homestay Batriesya, Kuala Terangganu

Thursday, June 10, 2010

Khabar Dari Terangganu 1


bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-3 saya menghabiskan cuti seminggu bersama umi dan abi serta adik bongsu saya di Terangganu, dan ini merupakan kali ke-3 saya ke terangganu. Pertamanya tanpa umi dan abi iaitu ketika mengikuti lawatan akademik sekolah ketika darjah , kali keduanya ketika di semester 3 sewaku diploma dahulu bersama pensyarah saya, mengukutinya pulang ke kampung di Kampung Atas Tol, Kuala Terangganu, dan kali ke-3 bercuti sekarang ni..dan mungkinkah akan pulang setiap tahun selepas ini? atau  mempunyai kampung kedua disini?? Haha...Insya Allah...

Alhamdulillah, sudah banyak tempat menarik yang saya kunjungi.. Muzium Negeri, Pantai Batu Buruk, Pasar Payang (belum shopping lagi pun, nak balik nanti baru shopping..beli buah tangan tuk sedara-mara dan adik beradik yang tak ikut), Kompleks Warisan, Masjid Kristal dan banyak lagi...Satu perkara yang saya suka dengan terangganu ni, berangin jer...dekat dengan pantai..angin asik bertiup sahaja....berbeza dengan Selangor, agak terik cuacanya.

 Di hadapan Masjid Kristal

Tapi, satu perkara yang saya tak tahan, air dekat terangganu...MANIS! Super duper punya manis...order dekat kedai, minta kurang manis pun...still dia bancuh manis sangat-sangat. Tomyam dia pun manis, lauk ikan masak tiga rasa dia pun manis, majoritinya manis-manis belaka..

Susahnya jugak begini, dugaan......bagaimana la andai bertemu jodoh dengan orang teranganu kelak, susah juga nak sesuaikan diri...

Lupa pulak nak bagitahu, kenapa sebenarnya saya berada di Terangganu, Tujuan asalnya hanyalah untuk menyokong adik bongsu saya yang mewakili Selangor di Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Alang-alang berada di Terangganu ni, kami bercuti sekali..saya pun dan lama tak merehatkan diri dari kesibukkan diri dengan belajar, bekerja dan sebagainya.


Oklah, sampai sini dulu update dari saya, nak bersiap ni..kemas-kemas barang sebab nak check out homestay ni..sebab dah ada orang tempah rumah ni esok..kami nak kena cari rumah lain sebab, insya Allah akan berada di Terangganu ni hingga sabtu ni, Insya Allah.


Eelya_khadeeja
9.02pg, Homestay As-Salam, Kuala Terangganu
Nota 1: Gambar diambil menggunakan Canon DSLR baru, Thanks Abi...
Nota 2: Result exam keluar hari ini, takutnya..tak nak tengok lagi!! nak bukak sem nanti baru nak tengok..


Monday, June 07, 2010

For the rest of my life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart...
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO

And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO

And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart

Nota 1: Sedang bertanyakan pada Allah namun masih menunggu jawapanNya..:-)
Nota 2: Insya Allah akan berada di Kuala Terangganu selama seminggu bermula 8 June sehingga 15 June ,atas urusan tertentu.. moga terlakar segala keindahan dan kemanisan iman antara kita di bumi Allah yang penuh barakah ini.

Tesekkurler Zionis

bismillahirrahmanirrahim.
Dengan menggunakan perkataan ini,sy ingin mendedikasikan keheroan sebilangan insan yg pernah merasai manisnya apabila khilafah pernah memerintah dunia melalui tempat mereka,iaitu Turkey.Tatkala bukan setakat yang mengucapkan syahadah merasainya,bahkan suluruh ummat menghirup angin rahmat darinya.
‘’Sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.Mereka berperang dijalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh,(sabagai) janji yang benar dari Allah didalam taurat ,injil dan al-quran.Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?Dan gembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan demikian itulah kemenangan yang agung.’’-At-taubah.
Jun 2010,Hanya Gerhana ..
Awal Jun 2010 ,dunia umumnya ‘di goncang’ dengan satu tindakan Israel yang ‘unpredictable’ dan luar dari fikiran waras .Namun secara khususnya,rakyat Palestin malah Israel sendiri merasakan ini sekadar salah satu aktiviti rutin mereka disana.Konvoy bantuan untuk ke Gaza bersama ribuan tan bahan keperluan dan ratusan aktivis diserang dan diperlakukan seperti penjenayah.Bangkitlah suara-suara keamanan,di setiap corong radio,di setiap wajah siaran televisyen.Mereka dikutuk,dikecam dan sebagainya.Sehingga kini masih menunggu tindakan selanjutnya yg mungkin memerlukan sedikit ‘unpredictable action’ juga terhadap Israel.Alhamdulillah,dunia tidak lah terlalu ‘jauh’ dari jiwa kemanusiaan nya.Seperti ungkapan biasa kita dengari ‘Hanya gerhana,belum terbenamnya matahari.’
Semenjak dua tiga hari ini,laman Facebook,status Ym dan segala bentuk media memaparkan tajuk yang sama.Juga memperlihatkan ungkapan ini masih relevan untuk diguna pakai.Secara jujur sy katakan, selama sy memahami isu Palestin ,inilah bantahan ‘diffusely infiltrating’ dlm istilah perubatannya.Tak kira bangsa dan bangsa semuanya pd bantahan yg sama.
Ummat contoh yang harus dicontohi.
Mungkin beribu-ribu tan bahan keperluan tidak sempai kepada mereka seperti diharapkan.Tetapi ,yakinlah mereka di Palestin sedang tersenyum ketika ini.Mereka lega,masih ada jiwa-jiwa yang telah dididik imannya sanggup berdepan dengan rejim Zionis dan umat diluar Palestin masih mahu mengambil peduli tentang mereka.Muatan kapal tersebut bukanlah motivasi tertinggi mereka,tetapi kehadiran,kebersamaan,dan keperihatinan kita ini .Apatah lagi yang mengucapkan syahadah dan berkiblatkan arah yang sama.
Usah khuatir tentang mereka.Mereka golongan yang telah dididik jiwanya.Jika bukan kerana itu,sudah pasti semenjak dulu mereka berlapang tangan menerima tawaran Yahudi laknatullah untuk berpindah dan bersenang lenang dengan kehidupan dunia di tempat yang lain.Tetapi kesetiaan kepada baitul maqdis,ketaatan kepada Allah dan kecintaan kepada Rasul menjadi pembeza.
Berita kesyahidan sebilangan aktivis di Mavi Marvara yang sampai kepada mereka juga mungkin lebih memberikan senyuman berbanding kesedihan. 


Kini,dunia ‘berteriak.’Dimana kita?.
Sy teringat kisah Iman Ahmad bin Hambal tatkala ia dipaksa untuk mengakui bahawa Al-Quran itu adalah makhluk bukannya kalam Allah.Ketika itu beliau mampu untuk menipu untuk menyelamatkan nyawanya.Tetapi ,melihatkan ramainya umat islam yang menyaksikannya beliau memilih untuk tetap menyatakan keimanannya bahawa Al-Quran itu kalamullah dan sanggup menerima seksaan.
Begitulah Ummat Palestin dan jiwa sebilangan aktivis Turkey yang syahid memahami perkara ini.Sekiranya mereka berundur,sekiranya mereka redha dan membiarkan lagi Israel bermaharajalela.Mungkin juga kita masih lena dan tertidur ketika ini.Mereka sudah selesai mengetuk dan ‘memujuk kita.Malah berkorban untuk kita.Dan kita?
Kita tidak berada disana,kita juga masih belum dizinkan menuju atau berada disana seperti mereka.Namun kita memikul setaraf atau sebeban amanah & tanggugjawab seperti mereka.Jika diberi peluang,pastinya mereka mahu ‘memujuk & mengetuk’ kita dgn lebih ‘mesra’.Duduk bersama2 seperti halaqah Rasulullah dan sahabat,makan bersama dan bermusafir bersama.Walaupun Allah tidak mengizinkan mereka ,tetapi Allah mengizinkan kita yang mempunyai pelbagai kemudahan ini.Bagaimana kesedaran serumah kita?Sekolej?Sekampung?Mungkin sebilik juga masih belum mampu.Malu lah kita.Itu bagi yang memahami dan ‘senior’ dalam isu ini.Adakah seniority itu masih ibarat ting kosong yang berbunyi kuat tetapi tanpa isi?Biarlah tidak berbunyi tetapi berisi dan bermanfaat kpd yang ‘kelaparan’.
Dunia berteriak,bukti ada org2 ‘senior’ sudah berkerja,teruskan yang sudah bersama angkatan ini.Walaubagaimanapun,mungkin yg ’Junior’ didalam isu ini berminat untuk meneruskan pembacaan.Insya Allah.
Akarnya 1,rantingnya beribu.
Setiap kebaikan yang kita lakukan,itulah formulanya.Tetapi asasnya tetap 1.Malangnya ia difahami lebih awal oleh Zionis & Yahudi laknatullah.Beribu ranting kebaikan yang kita boleh lakukan dan tidak dinafikan semuanya mendapat ganjaran disisi Allah s.w.t .Tetapi akhirnya,selama berdekad-dekad akar kita terus diracuni oleh mereka.Lalu berdekad-dekad lagi Yahudi bermaharajalela dengan kerosakan akar ini.
‘’Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan,berupa perempuan perempuan, anak-anak,harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternakan,sawah lading.Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah lah tempat kembali’’-Al-Imran.
‘’Islam tidak akan bangkit,selagi mana mereka yang pergi solat subuh di masjid tidak seramai mereka yang kemasjid menunaikan solat subuh’’-Rahib Yahudi.
Mereka berlawan dan menolak setiap tawaran Yahudi untuk meninggalkan bumi Palestin secara langsung,mampukah kita berlawan dan juga menolak kesenangan dunia dan kembali menghidupkan jiwa kita dan masyarakat kpd Allah s.w.t lalu mensyariatkan kembali hukum Allah?
Tesekkurler(Thanks) Zionis.
1.Menyatukan kami dari perlbagai background dan pendapat.
2.Membuka mata dan hati kami terhadap kezaliman anda.
3.Memberi peluang ramai mendapat syahid.
4.Membuatkan entry sy tidak lari dari berceritakan tentang palestin.
kullu biiznillah insya Allah.

Nota 1: Hanya melakukan yang termampu untuk menyatakan saya cintakan saudara di Palestin.. Jiwa ini sangat sakit dan luluh tatkala melihat dan mendapat berita keganasan Israel makin menjadi-jadi.
Nota 2: Sekadar Maklumat buat kawan-kawan di Facebook. Dalam waktu terdekat ini saya akan memadamkan akaun FACEBOOK dan bertukar kepada MILLATFacebook. No more Facebook, Insya Allah. Sahabat2 di Facebook mari bertemu semula di MILLATFacebook, add saya eelya_khadeeja@yahoo.com
Nota 3: Selamat Pengantin Baru buat sahabat Muzaiyaton (Classmate SMT Kajang). Moga melayari bahtera Perkahwinan kamu dengan Kemanisan Iman dan Taqwa serta keberkatan dari Allah swt.


Wassalam.