Saturday, October 10, 2009

Apa Mungkin Allah Terima Taubat Kita?

“Nak mintak pandangan akak boleh?”, soalnya membuka bicara.


“Silakan, akak cuba”, jawabku.


“Apa mungkin Allah terima taubat kita kalau kita selalu mengulangi dosa yang sama?”, begini bunyi soalannya.


Jujurnya aku sedikit terkejut orang seperti dia bertanya soalan sebegitu kepadaku. Walhal dia yang lebih layak untuk menjawabnya lantaran memang bidang pengajiannya khusus tentang agama. Tentu saja dia lebih tahu tapi…


“Tu ke yang nak tanya pendapat akak?”, soalku ragu.


“Lepas buat dosa kita bertaubat, kemudian di kala iman lemah dan tergoda kita kalah dan mengulangi lagi dosa tersebut. Apabila sedar kita bertaubat dan benar bertaubat, tapi kita tetap kalah untuk hari yang datang. Kemudian kita tetap memohon taubat”, jelasnya lagi.


“Yup, apa pendapat akak, adakah Allah akan terima taubat kita tu?”, sambungnya sembari menjawab soalanku.


Dan aku tersenyum kemudian menjawab.“Enta sendiri tau jawapannya”


“Ana tak pasti”, katanya pula.


“Apa pendapat akak?”, dia mengulangi soalan yang sama. Kepelikan masih membusung di hati tapi aku cuba memikirkan ayat yang sesuai untuk menjawab soalannya. Sebenarnya jawapan itu lebih kepada mengingatkannya kerana soal-soal sebegini bukanlah asing baginya (begini yang terbersit di hati saat itu).


“Apa yang mampu akak katakan cuma mengingatkan enta bahawa Allah membuka pintu rahmat dan ampunanNya pada waktu malam buat hambaNya yang melakukan maksiat padaNya di waktu siang. Dan Allah buka kembali pintu rahmat serta ampunanNya di waktu siang buat hambaNya yang membuat maksiat padaNya pada waktu malam sehinggalah nyawa kita berada di kerongkongan. Tapi siapa yang tahu saat kematiannya? Tiada satu pun makhkuk yang tahu. Selagi kita mengakui tiada Tuhan selain Dia, maka pintu ampunan itu sentiasa terbuka luas, dik”, jawabku cuba menyusun bahasa sebaik mungkin.


“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Al-Zumar: 53).

Taubat itu adalah salah satu rahmat dari sekian banyaknya rahmat Allah buat hamba-hambaNya. Dan Allah menjanjikan keampunanNya bagi sesiapa saja yang mahu bertaubat malah menggantikan keburukan hambaNya dengan kebaikan serta pula menghapuskan dosa-dosa hambaNya yang bertaubat kepadaNya.

“Subhanallah, betapa sayangnya Allah pada hambaNya, tapi kenapa hambaNya tak terfikir dan lupa akan cinta Allah tu?”, soalan itu menuntutku berfikir sama.


“Insan… yang sering bolak balik hatinya. Sebab tu kita dituntut untuk berdoa moga Allah bolak balikkan hati kita pada keimanan hanya padaNya, taat hanya padaNya”.


“Betul kak. Kami yang belajar agama pun kadang-kadang leka. Tak tau la, hati ni kadang-kadamg sedih bila fikirkan dosa yang banyak sebelum ni”, luahnya.


Dan seperti biasa, aku dahului responku dengan senyuman.


Apabila dosa tersebut diikuti dengan lapan perkara maka mudah-mudahan ia dekat dengan kemaafan, keampunanNya.


Empat perkara tersebut berlaku di hati iaitu pertama adalah taubat (di mana ia diertikan sebagai penyesalan atas apa yang telah berlaku pada masa lalu dan takut kepada Allah akan apa yang akan datang pada masa hadapan.


Dan diertikan juga taubat itu sebagai melepaskan pakaian keburukan dan membentangkan janji kebaikan).


Kedua adalah bertekad untuk tidak mengulanginya, sementara ketiga adalah menyesal dan takut pada hukuman Allah.


Dan keempat adalah mengharap ampunan daripada Allah swt.


Sementara empat perkara lagi adalah pada anggota tubuh iaitu yang pertama solat sunat taubat dan kedua adalah memohon ampunan kepada Allah sebanyak 70 kali dan mengucapkan ‘subhaana robbiyal ‘azimi wabihamdih’ sebanyak 100 kali. Perkara ketiga adalah bersedekah dan berpuasa (Muhammad Al Sayim, 2008. ’40 Ayat Penghapus Dosa-dosa’ – dengan sedikit olahan ayat).


“Bersyukurlah dalam istighfar padaNya. Paling tidak, hati masih lembut, masih celik tiapkali teringat khilaf yang lalu”, balasku.



“Kadang-kadang hati ni kuat dan kadang-kadang lemah dan kalah dengan godaan”, katanya lagi menambah.


“Semakin kuat iman kita, semakin sering pula iman itu diuji”, ye, aku cukup yakin dengan kalimat ini.


Sungguh, Allah tidak pernah membebani hambaNya melampaui kemampuannya. Allah Maha Mengetahui kelemahan dan kemampuan hambaNya lantaran Dialah yang telah menciptakan.

Allah berfirman kepada malaikatNya ketika manusia banyak melakukan dosa, dalam hadis Qudsi disebutkan:

“Berdoalah kepadaKu dan untuk hambaKu kerana jikalau Aku telah menjadikan mereka maka sesungguhnya Aku telah menguasai mereka” (Muhammad Al Sayim, 2008. ’40 Ayat Penghapus Dosa-dosa’).

Allah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang maksudnya:


“Aku tidak akan menghimpunkan dua ketakutan pada hambaKU dan tidak pula akan mengumpulkan dua keamanan baginya. Jika ia merasa aman daripadaKU di dalam dunia, Aku akan berikan rasa takut kepadanya pada Hari Kiamat. Dan jika ia merasa takut kepadaKU di dunia, Aku akan berikan kepadanya rasa aman pada Hari Kiamat”


(Hadis Qudsi riwayat Ibnu Mubarak dan Al-Hasan).


“Ya Allah yang menenggelamkan bintang-bintang dan menutup mata manusia, Engkau tidak tidur wahai Yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa. Ya Allah, kasihanilah kelemahan kami dan sembuhkanlah saudara-saudara kami yang sakit dan terimalah taubat kami, Engkau mengetahui keadaan kami dan tidak memerlukan permintaan kami. Maka ya Allah, cukupkanlah kami daripada kemiskinan kami dan ampunilah kesalahan kami dan bantulah kami melawan musuh-musuh kami, dan tolaklah tipu daya mereka menjadi kekalahan bagi mereka dan jauhkanlah kami daripada kejahatan mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Dekat dan Maha Menjawab doa-doa kami wahai Tuhan Pemilik langit dan bumi. Selawat dan salam buat Junjungan kami Nabi Muhammad saw serta keluarga juga sahabat baginda sekalian”

Amin… Amin… Allah humma amin…

Friday, October 09, 2009

Situasi Di Workshop

Entry ni sekadar menghilangkan kebosanan...
sebab saya sorang saje dekat workshop kereta ni, :20:...workshop mane? workshop kereta ayah saya la.." Muthalib Auto Service".....

Mane pegi yang lain? Hari ni kan jumaat...al maklum la...sme pekerja ayah saya lelaki..jadi semua ada kat masjid bandar baru sungai buloh la sekarang ni....menunaikan kewajipan solat jumaat...

saya pun ada juga kerja kat sini...jaga workshop sampai diorang sme habis solat...diorang balik baru saya boleh pegi mana-mana....Abi saya malas nak kemas peralatan dua tiga kali...sekurang-kurangnya saya ada barang tu saya tengok-tengokkan....bukan apa...

spanar, tayar, radiator...spot rim tayar semua tu mat-mat dadah suka....kalau takde orang yang tggu waktu solat jumaat ni la waktu emas bagi mat-mat dadah ni curi besi-besi yang ada dekat workshpo ni...penah skali...ada pelanggan tukar tayar...masa tu abi ke dan yang lain-lain solat jumaat, tayar tu diletakkan agak tersorok dalam kawasan workshop....sudahnya dapat juga dicuri...yang bestnya curi satu jer...tayar kereta honda pulak tu..memang menanggung rugi la abi saya...sebab kalo nak beli balik bukannya boleh beli satu..kena beli empat...sbbnya nak kene beli tayar dengan spot rim skali..adush...:51:. Masa kejadian tu?? saya takde dekat workshop..saya masih di johor...tak silap saya kejadian tu terjadi awal tahun lepas tahun 2008....naik angin ayah saya dengan mat-mat dadah ni...tapi sekarang ni alang saya di rumah menunggu sambung pengajian balik bulan 12 ni...saya la ditugaskan jaga workshop...:5:. bukan baiki kereta..cuma buat kerja-kerja pejabat dan tukang sapu...saya baiki kereta.? bukan bertambah baik...bertambah hancur lagi ada..

Makan? saya kalau bab makan ni paling cepat...tak yah tunggu pelawa...:6:...sebelum abi pegi solat jumaat tadi dia dan beli kan bihun sup kat saya....tahu anak perempuan dia yang sorang ni kuat makan....saya ulang sekali lagi kuat makan...
hari ini bihun sup jadi menu saya..:31:....sodap.....


lepas ni kena sambung balik keje yang menimbun...banyak lagi data yang tak key in dalam buku jualan....:14:....kena siapkan sebelum balik....

ok lah....stop dulu...sambaung cerita lain dikemudian waktu..

(Bertaqwalah kpd Allah di mana shj kamu berada)>

Cinta dan Kekasih: Fenomena di Kampus

Sebenarnya, saya kurang selesa membicarakan tentang persoalan diatas kerana saya lebih suka ‘bercinta’ dengan ilmu berkaitan pemikiran, agama, sastera dan politik. Penulisan ini adalah respon kepada akhbar Api Mahasiswa yang telah membicarakan persoalan ini. Akhbar ini mengambarkan kebangkitan wanita dan permasalahan serta impak yang timbul ekoran kemaraan kuasa feminis ini. Penulis akan cuba melayani jiwa muda ini dengan mengambarkan ada apa pada cinta? Perlu atau tak pada cinta adalah pilihan masing-masing. Perkara cinta, berkasih dan bergewel ini bukanlah perkara kecil. Ia pernah dibicarakan oleh ulama terkenal Yusof Qardhawi dan Hamka.

Cinta adalah fitrah seseorang insani sama ada lelaki atau perempuan. Jika kita mengatakan tidak kepada cinta, sesungguhnya kita membohongi kepada diri sendiri. Sebagai insan yang lemah, kita hendak diri kita dibelai, dimanja dan disayangi oleh seseorang. Cuma persoalan yang timbul dari segi kaedah dan teori cinta yang digemari atau disenangi.


Di kampus, dua aliran cinta yang terjelma iaitu aliran Islamis dan aliran cinta ala B
arat. :47:Kita selalu diherotkan bahawa cinta itu seperti dalam filem Barat dan yang telah diamalkan oleh muda-mudi sekarang(seperti membonceng motor dan makan2). Tanpa kefahaman, kita akan terbabas mengikut kebuasan hawa nafsu. Kita perlu faham cinta di universiti bukan lagi bercinta untuk kepuasan nafsu atau cinta monyet tetapi cinta yang akan membawa ke jinjang pelamin.

Insan yang tiada kekasih juga memerlukan teman. Jika kerinduan atau kesunyian, sahabat berlainan jantina menjadi teman bergurau atau usik-usikan. Di sinilah, pentingnya sahabat berlainan jantina semasa usia 20an bagi mengubati kesakitan jiwa sepi tanpa cinta dan mehnah peribadi yang dihadapi. Insani tanpa cinta ini biasanya menyibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, kerja separuh masa dan menzahirkan diri sebagai ulat buku. Alasan diberi tiada jodoh, segan dan tiada bersedia untuk bercinta. Benar sekali alasan merek
a tetapi kadangkala hati insani juga keruan dan meronta-ronta ingin mengerti dan merasai kenikmatan dan keindahan cinta. Mujurlah mereka ini boleh merasionalkan diri atau untuk terus bersama penderitaan hati ini.

Halangan bercinta di kampus adalah personaliti kendiri insani. Ada yang segan, malu atau merendah diri. Contoh, seseorang lelaki yang tidak terbiasa dengan bercinta akan
berasa segan untuk memulakan kata permulaan(kata keramat) untuk meluahkan perasaan. :24: Satu lagi halangan sifat rendah diri, pelajar sastera yang meminati pelajar sains atau perubatan akan berasa kekurangan diri jika ingin berkenalan dengan pelajar tersebut. Jurang kekayaan juga mempengaruhi hubungan seseorang insani. Kita insan yang mahu kesempurnaan, kita mahu teman kita yang sempurna. Cantik, bijak, masih teruna atau dara, beragama dan kaya. Itulah mitos yang perlu kita buang dari imiginasi kita. Kita insan yang tidak sempurna mahukan insan sempurna adalah sesuatu yang tidak adil dan egois. Kesempurnaan perlu dididik, diasuh dan dicanang dalam suasana kebersamaan dan berteraskan agama Islam.

Lelaki yang baik untuk gadis yang baik. Itu janji Allah. Carilah pasangan yang mempunyai pegangan agama walaupun hodoh, miskin dan tidak menjejak kaki di universiti. Bercintalah dalam suasana restu Ilahi dengan menj
aga adat pengaulan, doa kebahagiaan dan bermatlamat ke jinjang pelamin. Bagi yang tidak berteman, sabar dan berdoalah kerana jodoh di tangan Allah dan lakukan pencarian dan luahkan perasaan cinta anda melalui orang ketiga jika malu atau segan. Segala perlakuan semasa bercinta atau mencari jodoh perlukan doa dan penjagaan dari segi batas-batas yang dibenarkan oleh Islam. Semoga Allah merestui Cinta warga Islamis bukan cinta ala Barat berasaskan nafsu semata-mata.:35:



p/s: Cinta? tajuk yang sangat universal...di kampus bila kita tidak berteman, mula dgr suara sumbang yang mengatakan kita tidak 'laku', kerana sudah trend student mesti ada teman istimewa.." satu tanggapan yang salah". Sedangkan diri yang lebih tahu cuba menjaga diri dan batasan pergaulan dan percaya akan janji Allah... tapi lebih dasyat lagi bila ada pelajar yang mengutarakan untuk berkahwin ketika belajar. Susah untuk diterima akal kerana usia yang muda, ini la...itu la...seribu satu alasan untuk menolak cadangan pelajar itu...fikirkan...mana lebih baik terus bergelumang dalam dosa atau menghalalkan sesuatu yang haram.

Thursday, October 08, 2009

Konvo Edisi 1

Alhamdulillah setelah 3 tahun berpenat-lelah di bumi segamat, bumi Allah yang begitu memberi seribu kenangan indah dan pahit kepada saya, akhirnya salah satu impian saya antara berpuluh yang saya senaraikan tercapai juga iaitu menggulung segulung diploma. Insya Allah mengikut apa yang dijadualkan oleh pihak UiTM, Konvokesyen ke 71 akan berlangsung dari 15-27 Oktober 2009. Sebanyak 18 sidang akan berlangsung pada kali ini, dan mengikut surat yang diberikan pada saya, giliran saya adalah 476 pada sidang ke 18. Nampaknya giliran sidang saya jatuh pada hari ke 3 terakhir.

:47:lambatnya...mungkin kehangatannya tidak sama bagi sahabat-sahabat yang dapat bersidang dihari pertama. Apa boleh buat semua UiTM dah jadualkan.:22:ikut saje la...that the rules...

Sebut pasal peraturan ni, bukan setakat itu sahaja, banyak lagi yang saya perlu buat untuk konvokesyen ni, bayar yuran konvo tu memang satu kemestian, selain tu saya dikehendaki juga mengesahkan kedatangan dan maklumat peribadi di menu PENGESAHAN KONVO 71

Ha ada lagi,
  • Para graduan dikehendaki menyemak sekiranya terdapat denda dengan pihak Universiti (Denda Lalulintas/ Denda Keselamatan dan lain-lain) yang masih belum dijelaskan. Graduan yang tidak menjelaskan denda universiti dan yuran konvokesyen tidak akan diberikan jubah akademik UiTM.
  • Mencetak slip kehadiran konvokesyen(Borang Jubah) dan dibawa semasa hari pendaftaran dan pengambilan jubah yang telah dijadualkan.
Denda? Alhamdulillah sepanjang pengajian saya, saya selalu didenda kerana lewat memulangkan buku di perpustakaan. Bukan apa, kadang-kadang masa yang diperuntukkan untuk buku pinjaman agak singkat, dan kadang-kadang saya sendiri lupa....:17:
Namun segala denda telah saya selesaikan semasa clearance di UiTM Segamat pada Julai yang lepas. Dicongak kembali agaknya jumlah denda saya dengan perpustakaan UiTM Johor, kosnya
membolehkan saya membeli sebuah novel agaknya.

Jika denda melibatkan "Denda Lalulintas/ Denda Keselamatan dan lain-lain" saya mempunyai rekod bersih. :2:lalalala...

Untuk yang ini pula, "Mencetak slip kehadiran konvokesyen (Borang Jubah) dan dibawa semasa hari pendaftaran dan pengambilan jubah yang telah dijadualkan." sudah saya buat, dan insya Allah tarikh untuk saya mengambil jubah konvo di UiTM adalah pada 23 Oktober.

Segala perkara telah saya selesaikan, cuma satu ni je yang saya agak berat nak buat segera, apa dia? bayar yuran konvo yang berjumpah RM115 tu...entahlah..beratnya nak keluar ke Bank Islam untuk buat pembayaran dan lebih berat dengan amaunnya yang mencecah lebih seratus hinggit tu...:46:..Nanti-nanti la sebelum 23 Oktober tu, insya Allah saya bayar...:52:

ok lah saya berhenti disini dulu...Insya Allah dikemudian waktu saya corat-coretkan lagi repekan saya disini...

p/s: Boleh sesiapa share dengan saya macam mana nak bunuh virus malas yang dah merebak hampir keseluruh badan saya? please......:4::4:

Monday, September 21, 2009

Tiada Tajuk (II)

:47:Walaupun saya sebenarnya 'kureng sikit' dengan bunga ni." saya rasa awak pun tahu kan?"..saya sangat hargai pemberian ini, mungkin awak tahu apa yang cuba buat ni sebab mungkin dalam diri saya ni saya sendiri tidak tahu tapi awak lebih tahu......terima kasih bg suprise macam ni...''unsangkarable' betul...

very sweet..:44:..thanks again dear...awak selalu sentiasa ada apabila saya memerlukan seseorang untuk duduk disebelah saya dan mendengar segala repekan saya dikala saya menghadapi 'mental illness'

*Maaf, entry ini saya tujukan khas buat "awak", sebab saya tak tahu nak bls apa "awak" dah buat dekat saya, ...bagi pembaca yang lain mungkin anda kurang faham isi kandungan entry saya kali ini..abaikan sahaja nasihat dari saya...

Thursday, September 17, 2009

Kasihku Pada Ramadhan


Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa

Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu

Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir

Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim

Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya

Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku

Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku

Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku

YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku

Tuesday, September 15, 2009

Kasih Allah : Kau Berikan Ku Keyakinan

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat Iman dan Islam yang kuwarisi, nikmat kesihatan, masa lapang dan akal yang waras. Bukan semua daripada manusia hari ini yang punya kesempatan untuk merasa nikmat yang Kau berikan padaku Ya Rabbi. Lebih-lebih lagi nikmat Iman dan Islam. Biarpun kedua nikmat ini aku warisi daripada kedua orang tuaku, dan sahabat-sahabat ku pernah membincangkan soal Islam warisan yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu Islam, aku tetap bersyukur kerana lahirku dalam agamaMu, dan aku harapkan perjalanan hidupku masih dalam agamaMu dan begitu juga akhir hayatku masih tetap utuh peganganku pada agamaMu.

Setiap kejadian yang Kau takdirkan dalam hidupku, begitu banyak mendidik dan mungkin istilah yang lebih tepat adalah mentarbiyah rohani ku yang selalu lupa dan leka. Alhamdulillah Ya Karim…aku amat-amat bersyukur atas kurniaan yang Kau berikan. Alhamdulillah, Kau kurniakan kepadaku umi dan abi yang beragama, lebih-lebih lagi agama yang Kau redhai di sisiMu. Kerana dengan titik tolak umi dan abi mengajarku dan adik-adik ketika kecil kewajipan solat, aku mula kenal akan agamaMu. Kata umi, kita orang Islam perlu solat. Kalau tak, Allah marah. Walaupun ketika itu aku dan adik-adik solat kerana gerun dengan perkataan MARAH yang umi ungkapkan, juga kerana takut dirotan umi dan abi dan bukan sepenuhnya ikhlas keranaMu, aku bersyukur Ya Rabbi kerana itu saatnya aku bersujud padaMu, bertasbih padaMu walaupun aku sedar ketika itu aku masih banyak tinggalkan perintahMu. Namun Ya Rabbi, Kau menjadi saksi bagaimana aku dan adik-adik akan teruk dimarahi umi dan abi jika kami melalaikan solat.



Alhamdulillah… Aku masih ingat bagaimana aku mula mengenal erti menutup aurat. Dan aku percaya itu adalah ketentuanMu kerana setiap apa jua yang berlaku dalam dunia adalah di bawah pengawasanMu. Walaupun umurku hanya 9 tahun, dan tujuanku bertudung bukanlah sepenuhnya kerana menurut perintahMu, hanya kerana malu kepada rakan-rakan sepermainanku yang ketika itu kebanyakannya sudah mula bertudung, aku bersykur Ya Rabbi atas kurniaan detik itu. Kerana itu permulaan hidupku belajar menurut satu lagi tuntutan dalam agamaMu. Zaman kecilku yang penuh dengan cubaan mengajar dan mendidikku menjadi matang seiring dengan peningkatan umurku.

Zaman berganti dan masa terus berlalu. Bagaimana Kau temukanku dengan mereka yang Kau takdirkan kenal akan agamaMu dengan lebih mendalam. Aku dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang baik dan beriman, Alhamdulillah. Walaupun aku tahu, aku bukanlah hambaMu yang baik Ya Karim, tapi Kau tetap peliharaku dengan kurniaan sahabat-sahabat yang banyak mengingatkan ku. Walaupun ketika itu, aku ego dan susah untuk terima, namun jauh di sudut hatiku, aku mengakui kebenaran teguran-teguran mereka. Aku tahu yang mereka tegur atas dasar hak sahabat kepada sahabatnya. Alhamdulillah, walaupun aku tidak mahu menzahirkannya, Kau kurniakan aku rasa itu dan cukup dengan rasa itu buat aku berfikir sendiri.

Keputusan perubahanku daripada bertudung biasa kepada bertudung labuh mengejutkan keluargaku, terutama umi. Kau menjadi saksi bagaimana orang sekelilingku meluahkan rasa tidak selesanya kepadaku pada malam itu. Aku hanya diam namun jauh dalam sudut hatiku, aku kecewa kerana tidak mendapat sokongan daripada rakan-rakan pada mulanya. Tapi entah mana datang kekuatan itu Ya Karim…aku terus mempertahankan keputusanku . Kerana aku tahu Kau sentiasa bersamaku. Alhamdulillah..mereka akhirnya dapat menerima walaupun aku perlu menunggu lama. Benarlah soal hidayah bukan urusan manusia, hanya Kau yang berhak ke atasnya. Kau menjadi saksi air mata kesyukuran ku mengalir bila mana sahabatku sendiri menawarkan sarung tangan dan sarung kaki yang sengaja dibelinya ketika pulang dari Bandar. Kau sendiri menjadi saksi Ya Rabbi, hatiku sayu dan sebak bila sahabatku menjelaskan, sahabatku yang meminta seorang lagi sahabatku yang lain membelikanku semua itu. Alhamdulillah…amat besar hadiahMu buatku Ya Rabbi.

Biarpun mungkin bagi mereka yang lain, itu hanya soal yang remeh, namun tidak padaku kerana aku yang Kau takdirkan melaluinya. Namun aku tetap bersyukur Ya Rabbi. Benarlah kurniaan nikmatMu terlalu banyak Ya Allah. Aku tidak mungkin dapat menimbangnya, menulisnya, sekalipun mengingatinya, sejak mula Kau berikanku kehidupan di dunia dan sehinggalah hari ini. Apa yang mampu ku lakukan Ya Karim, terus berusaha menjadi hambaMu yang bertaqwa. Aku akan tetap berusaha Ya Karim. Dan aku yakin, aku tidak punya sesiapa andai aku jauh dariMu biarpun seluruh mereka yang berkuasa di dalam dunia sanggup menolongku. Kerana aku punya memori itu. Ketika aku disisihkan mereka yang paling aku sayangi, Kau berikan aku kekuatan itu. Alhamdulillah…

Kau berikan aku keyakinan yang Kau akan tetap berada di setiap nafasku, di setiap urat nadiku, di setiap alir darahku. Alhamdulillah…Aku yakin setiap yang Kau takdirkan kepadaku adalah sesuai dengan kesanggupanku kerana Kau begitu sayang kepadaku. Aku memohon akan kekuatan itu….. " khaty, cepatlah. Nanti lambat ke kelas.." sapa zati, teman serumahku di ku bila dia melihat aku masih lagi di meja belajar, mengarang sesuatu. " Ye...kejap..." Aku menekan button 'Publish Post' pada Blogku yang kugunakan. Alhamdulillah...selesai. " Mesti dah publish ni" Detik hati kecilku. Dan kini karangan itu menjadi tatapan kalian. Alhamdulillah, Terima kasih.

Monday, September 14, 2009

Perasaan Ini

Terima kasih kerana menerima saya seadanya untuk menjadi sahabat kamu..walau saya tidak lagi bersama kamu semua meneroka dunia ilmu Allah yang begitu luas...kita tetap sahabat, Insya Allah panjang umur dimurahkan rezeki olehNya kita pasti dapat ketemu..buat sahabat yang tidak sempat saya khabarkan pemergian saya, mahupun sebab saya pergi dari anda semua..mohon ampun dan maaf...anda semua adalah antara cebisan memori indah yang pernah saya ada....Semoga sahabat semua berjaya dunia dan akhirat...Jangan lupa saya yang jauh ni...


^-^...rindunya....
tak sabar nak tunggu raya...sebab kita semua akan raya sama2...satu keluarga...
teruskan perjuangan di medan ilmu..
akan ku iringi doa setiap detik dan waktu...

Monday, September 07, 2009

Wanita Berterawih Di Masjid

Ramadhan kembali tiba. Keghairahan dan keseronokkan beribadah dan merebut segala kebaikkan dan keberkatan yang dilimpahkan di dalam bulan ini jelas terlihat dengan kebanjiran jemaah-jemaah yang berterawih di masjid. Dari yang kecil sehingga yang tua , dari kaum lelaki tidak ketinggalan kaum wanita.


Wanita berterawih di masjid?Tetapi, bukankah solat wanita itu sebaiknya adalah di dalam rumah?

InshaAllah, di sini saya akan cuba berkongsi jawapan yang diberikan oleh Ulama' yang terkenal pada masa kini iaitu Syeikh Yusuf Al-Qardhawi tentang hukukm wnaita berterawih di masjid.


Soalan: Adakah lebih baik bagi wanita untuk bersolat terawih di masjid atau di rumah pada bulan Ramadhan?

Jawapan:Solat sunat terawih bagi lelaki dan perempuan adalah harus ditunaikan dirumah dan harus juga ditunaikan di masjid. Dan solat bagi perempuan itu adalah dirumahnya-secara amnya- adalah lebih baik.Tetapi jika wanita itu telah mendapat faedah dan manfaat di masjid dengan kelas-kelas pengajian agama atau mendengar ceramah nasihat dan tazkirah yang memberi manfaat untuk agamanya, maka solatnya di masjid adalah lebih baik baginya. Dan sesungguhnya menuntut ilmu dan memperdalami ilmu agama adalah fardhu ke atasnya,

Dan pada hakikatnya, sesungguhnya saya(Syeikh Yusuf AlQardhawi) melihat kaum wanita pada hari ini dilarang dan diharamkan(disesetengah negara) daripada mendapatkan ilmu agama yang bermanfaat, dan pengajian-pengajian ilmiah yang akan memfaqihkan/menguatkan lagi pemahamannya tentang agamanya yang membolehkan dia mengenali tentang hak tuhannya(Allah) dan kewajipan mentatati dan beribadah kepadanya juga istiqamah dalam melaksanakannya/manjalaninya seperti mana dia mengetahui hak kepda suami dan anak-anaknya yang mana pengetahuan tentang ini(hak-hak Allah) tidak pula suami mengajarinya dan dia pula(wanita itu) juga tidak mengambil berat dan berusaha untuk mempelajarinya.

Maka apabila tiba Ramadhan, boleh baginya(kaum wanita) memperoleh manfaat daripada apa yang disampaikan dari majlis-majli/pengajian ilmu itu maka lebih baik/afdal baginya untuk pergi ke masjid. Dan jika tidak(bukan kerana sebab untuk mendengar pengajian) maka baginya solat dirumah sahaja. Dan jika dia mengkehendaki untuk solat dimasjid di masjid juga, maka janganlah suaminya menghalang. Nabi Sallallahu a'laihi wassalam bersabda: Janganlah menghalang hamba Allah dari kalangan wanita dari masjid-masjid Allah.-riwayat Muslim- .

Dan untuk membolehkannya kemasjid itu juga dengan syarat wanita itu hendaklah berkelakuan sopan dan beradab seperti yang diajar dalam islam dalam berpakaian dan dalam perjalanannnya. Dan janganlah pula bertabaruj dan berlebih-lebih dengan memakai perhiasan-perhiasan yang boleh menarik perhatian dan jangan pula sengaja untuk mendapatkan perhatian orang lain(khususnya kaum lelaki) dimasjid. Dan tidak seharusnya semua ini dilakukan.

Tetapi perginya ke masjid itu adalah niat ikhlas kerana Allah bukan untuk menonjolkan dan membangga diri yang sepatutnya diberi perhatian dan dijaga oleh kaum wanita jika ingin ke masjid.

Kesimpulannya di sini, tidak salah dan tidak pula dilarang bagi kaum itu untuk bersolat di masjid tetapi tidak digalakkan. Jika solat dimasjid itu memberi manfaat yang lebih baik, maka haruslah bagi wanita itu untuk ke masjid. Kerana selalunya di masjid-masjid, sebelum bermulanya solat sunat terawih, biasanya akan ada tazkirah dan ceramah agama di antara waktu maghrib dan isya'(seperti di Maghribi) juga sebelum maghrib/berbuka , dan disamping mendengar ceramah dan pengajian agma itu, bolehlah juga untuk kita terus untuk solat di sunat teraweh di situ.

Ataupun jika hanya teringin untuk bersolat jemaah di masjid(kerana berasa lebih khusyu' solat dimasjid), maka perlu diingatkann, hendaklah kehadiran wanita ke masjid itu tidak menimbulkan fitnah dan juga tidak pula hadir dengan penampilan yang menarik perhatian juga untuk bermegah-bermegah dengan pakaiannya, telekungnya dan juga untuk menunjukkan kerajinannya ke masjid.


Peliharalah diri dari mula keluar rumah, dalam perjalanan, ketika di masjid dan ketika perjalanan pulang ke rumah. Janganlah membuat bising, bergelak ketawa dan sebagainya.Juga peliharalah percakapan dan perbualan di dalam masjid daripada mengumpat dan berkata sia-sia tentang dunia. Walaubagaimana pun, sebaik-baiknya solat wanita itu adalah dirumah. wallahua'lam.

Monday, August 31, 2009

Pesta Ramadhan

Alhamdullillah saya dapat bersua kembali di alam maya ini bagi mengutuskan sedikit khabar berita saya....maaf atas kelewatan mengupdate teratak ini, dengan sedikit masa yang saya ada ini saya akan khabarkan pada sahabat semua mengenai khabar berita dari saya yang mungkin sahabat semua nantikan....dari segi kesihatan, alhamdulillah saya diberikan kesihatan yang cukup baik, semenjak demam bulan julai yang lepas saya kini sembuh sepenuhnya sebelum ramadhan membuka jendelanya....jika sahabat bertanyakan saya mengenai pengajian saya di UPM ni....

alhamdulillah keadaan saya bertambah baik dari sebelumnya...saya begitu bersyukur disaat saya dihimpit tekanan dengan mata pelajaran "baru" yang agak luar biasa untuk diterima akal saya yang sudah 3tahun bersama dengan subjek-subjek information management...Allah datangkan hamba Allah yang begitu ikhlas membantu saya (syukran buat adik-adik..shahidah, izzati, caryn dan rohela) walaupun saya masih cuba untu memahami subjek2 sains yang agak berat...tapi kehadiran mereka sedikit sebanyak membantu...Cuma sudah sebulan saya di Upm ini saya dapat rasakan..saya sgt 'down' sepanjang minggu lepas...sebabnya...kebanyakkan test pertama yang saya terima markahnya tidak la begitu memuaskan...macam2 perkara menerjah kotak fikiran saya pada minggu lps...namun segalanya sedikit berkurangan dengan khidmat nasihat cik yati..salah satu kaunselor di UPM...apa saya mampu lakukan kini, usaha sehabis mungkin, jgn sesekali ratapi sesuatu yang dah pun berlaku, pandang terus kehadapan, sesungguhnya Allah swt tahu apa yang terbaik untuk hambanya..dan saya selalu sematkan ini dalam fikiran saya " Jangan sesekali mengaku kamu beiman selagi kamu tidak diuji oleh Allah swt"...gunakan segala kekuatan yang ada dalam diri untuk hadapi hari mendatang, berdoa agar saya sentiasa tabah dengan liku-liku hidup sebagai hamba Allah...dan seperti dalam tajuk entry saya kali ini...saya akan tinggalkan sahabat semua entry berkaitan ramadhan yang sudah lama tersimpan kemas di dalam laptop saya yang cuma menunggu masa untuk di publishkan...bagi perkongsian kita bersama

--------------------------------------------------------------------
Pahala

"Manusia ini kalau tahu betapa besarnya pahala beribadah di bulan puasa maka tak kerja dibuatnya. Semua akan berhenti kerja sebab nak mengejar ibadah di bulan ini," kata ustaz yang sedang memberi tazkirahnya di tengah-tengah bangunan shopping complex SACC (Shah Alam City Centre) di Shah Alam.

Aku, Baihaqi, Ustazah Fatahiyah bersama 9 org bakal pelajar perubatan ke Alexandria (bekas pelajar RMC, Royal Military College) duduk di kerusi hadapan yg disediakan itu di celah-celah manusia yang tidak berhijab, berambut afro dan perang. "Tak ada adab ke mereka ini bulan-bulan puasa," aku gumam sendirian dalam hati. Kecewa. Ustazah mengajak aku dan Bai untuk berbuka dengan mereka untuk kenal-kenal kerana mereka ini ada potensi untuk mengikut program-program di Mesir. Harap-harapnya, InsyaAllah.


"Antara ibadah yang manusia ini selalu pandang remeh tetapi ganjarannya sangat besar ialah bersedekah. Amalan bersedekah ini tuan-tuan puan-puan Allah dah siap beritahu ganjarannya besar mana. Kalau di bulan Ramadhan apatah lagi pahalanya Allah sendiri yang akan beri. Allah berfirman di dalam Al-Quran:

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji..."
-Al-Baqarah ayat 261-

Maknanya ada 700 hasanah atau pahala kita akan dapat tuan-tuan dan puan-puan. Cuma pahala ini hadirin Allah tak akan bagi nampak. Dosa pahala semuanya kita tak nampak untuk uji manusia ini. Kalau manusia boleh nampak pahala dia nescaya orang tak pergi kerja macam saya cakap tadi. Bayangkan selepas bersedekah, malaikat turun kepada kita dan bagi RM700 terus. Tak ada siapa yang akan lepaskan peluang ini.

Inilah manusia. Allah ceritakan manusia ini begini:

"Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutmu, tetapi tempat yang tuju itu terasa sangat jauh bagi mereka"
-At-Taubah ayat 42-

Semua dosa pahala kita Allah akan nampakkan pada hari akhirat nanti. Dan ramai yang akan menyesal ketika sedang menanggung sakaratul maut. Di kala ajal hampir tiba barulah mereka berkata seperti yang Allah rakamkan:

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata(menyesali), "Ya Tuhanku, sekiranya Engkau menunda (kematianku)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh."
-Al-Munaafiqun ayat 10-

Maka rebutlah peluang ini tuan-tuan dan puan-puan."


Lulus atau Gagal


Ustaz menyambung lagi, "Bagaimanakah para hadirin sekalian rasa jika di akhir bulan ramadhan ini, kita bakal dapat result atau keputusan kita mengenai madrasah Ramadhan. Selepas sahaja solat raya Aidilfitri dan khutbahnya, imam mengumumkan bahawa di belakang sudah ditampal result untuk Ramadhan kali ini maka tuan-tuan dan puan bolehlah lihat selepas ini. Maka dilihatkanlah result kita kepada semua. Si isteri berkata kepada suami,"Abang, saya dapat 40/100 sahaja untuk Ramadhan ini. Cukup-cukup makan je. Abang dapat berapa?". Si suami terdiam. "Abang gagal Ramadhan tahun ini, 30/100 je." Raya pun muka sedih tak sanggup nak berdepan dengan mereka yang dapat mumtaz. Alangkah ruginya.


Dr. Aidh Abdullah al-Qarni

Dr Aidh Abdullah al-Qarni ialah seorang ulama Arab Saudi juga penulis motivasi Islam terkenal di dunia masa kini. Beliau pernah dipenjara selama 10 bulan, karena menerbitkan beberapa bait syair berkaitan dengan politik. Antara karyanya yang paling terlaris adalah La Tahzan di mana 100 halaman pertamanya ditulis di dalam penjara mengajak pembaca agar tidak menyesali kehidupan, tidak menentang takdir, atau menolak dalil-dalil dalam al-Quran dan sunnah. Buku ini sudah pun diterjemahkan ke dalam 29 bahasa dunia . Selain La Tahzan karya-karya beliau yang lain antaranya 30 Tips Hidup Bahagia, Berbahagialah: Tips Menggapai Kebahagiaan Dunia Akhirat, Menjadi Wanita Paling Bahagia, "Muhammad Ka annaka Tara.


Beliau pernah menulis sebuah syair yang indah mengenai Ramadhan. Antara ungkapan yang banyak menyentuh hati manusia adalah:

"Adakah berbeza tuhan kita di bulan Ramadhan dengan tuhan kita di bulan Sya'aban dan Syawal"

Apakah yang dimaksudkan beliau?
Kita seperti menjadi seorang 'abid (ahli ibadah) yang tinggi imannya di bulan Ramadhan tetapi peningkatan amal dan iman itu tidak konsisten atau istiqamah dengan berlalunya Ramadhan. Tuhan sama yang memberi pahala. Tuhan sama yang memberi rahmah. Tuhan sama yang disembah. Jadi mengapa perlu berbeza amalan dan iman itu?

Alangkah indahnya dapat mengekalkan prestasi Ramadhan sama atau setanding dengan bulan-bulan yang lain. Rindunya aku pada suasana beribadah di dua tanah haram ketika cuti yang lepas. Ini sebenarnya ialah coretan untuk aku sendiri yang banyak lupa di samping hendak berkongsi tazkirah-tazkirah yang kebanyakannya di sampaikan oleh mereka yang mantap di bulan Ramadhan ini. Penggal pertama, penggal rahmah hampir meninggalkan kita. Masih ada masa lagi untuk memecut prestasi ke tahap yang lebih tinggi.

Akhir kata, hayatilah hadis ini yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Nabi SAW naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya. “Kenapa engkau berkata ‘Amin, amin, amin, Ya Rasulullah?” Nabi SAW bersabda, “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’, kemudian Jibril berkata lagi, ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin”.

Ramadhan, Pesta Ibadah, Pesta Rahmah, Pesta Pengampunan, Pesta Dijauhkan dari Neraka.

Wednesday, August 19, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Buat Semua sahabat...saya akan pulang ke rumah pada jumaat ini, menyambut puasa pertama bersama keluarga....

Sunday, August 16, 2009

"Tiada Tajuk"

"Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu"

Thursday, August 13, 2009

My Weekeend ( 8 /8/ 2009 )

asalnya nak ke mid....temam ida dan zati beli laptop....sbbkan lama sangat nak tggu orang kedai tu setting kan laptop tu....kami bertiga jalan2 la dalam mid....bosan sgt2, singgah la dekat pameran pengantin ni....jamu mata je...siap leh tergelak-gelak lagi...sbbnya orng yg nk g situ sbb nak buat persiapan kawin, dan smenya couple2..tapi kami! haha slumber je...yg kami ni pegi sbb xtau nak pusing mne dah kat dalam mid tu.....plg best nya, pamplet dpt punya la byk...sudahnya semuanya saya buang dalam tong sampah..beg kertasnya saya simpan,....setel smenya kami trs blk UPM....kul 9.00 mlm br sampai kolej 17..,..

Tuesday, August 11, 2009

Bertambah Baik


Alhamdulillah kesihatan saya kini kian beransur boleh, batuk pun sudah mula berkurang, selesema sudah makin surut...saya dapat tidur dengan lena, bila sedar hidung tidak lah tersumbat seperti selalunya...suhu badan saya?? back to normal alhamdulillah, cuma kadang-kadang suhu badan saya agak meningkat pada malamnya dan kembali normal pada subuhnya, mungkin keadaan cuaca dan jerebu mempengaruhi kesihatan saya,.......Bila Allah uji kita dengan sedikit kesakitan ini, kita sedar Allah sayangkan kita, kenapa saya cakap macam tu? Cuba bayangkan jika kita sentiasa sihat, sentiasa gembira, sentiasa dan sentiasa la....adakah kita akan ingat Allah.....cuma apa yang kita fikirkan segala apa yang kita perolehi adalah hasil usaha kita, mungkin kini agak sukar untuk didengari manusia yang berjaya mengucapkan...."" semua ini datang dari Allah swt"" bagi saya semenjak dua menjak ini, apabila kesihatan saya diuji begitu hebat sekali...ditambah pula saya sangat2 memerlukan extra tenaga untuk melakukan tugasan serta menghadapi mid-term exam yamg berderet-deret...uhh...hanya pada Allah saya panjatkan doa agar dia memberikan saya kesihatan yang cukup baik buat masa ini.....alhamdulillah dalam keadaan saya begini..family sangat-sangat membantu saya....( abi, umi baru datang melawat saya petang ahad lps ....buat suprise!! datang mengejut...xbagi tahu saya pun...thanks abi umi)


Buat semua sahabat handai yang bertanya khabar, dan mendoakan kesihatan saya...jutaan terima kasih saya ucapkan....salam kasih dah perjuangan dari saya....