Monday, August 31, 2009

Pesta Ramadhan

Alhamdullillah saya dapat bersua kembali di alam maya ini bagi mengutuskan sedikit khabar berita saya....maaf atas kelewatan mengupdate teratak ini, dengan sedikit masa yang saya ada ini saya akan khabarkan pada sahabat semua mengenai khabar berita dari saya yang mungkin sahabat semua nantikan....dari segi kesihatan, alhamdulillah saya diberikan kesihatan yang cukup baik, semenjak demam bulan julai yang lepas saya kini sembuh sepenuhnya sebelum ramadhan membuka jendelanya....jika sahabat bertanyakan saya mengenai pengajian saya di UPM ni....

alhamdulillah keadaan saya bertambah baik dari sebelumnya...saya begitu bersyukur disaat saya dihimpit tekanan dengan mata pelajaran "baru" yang agak luar biasa untuk diterima akal saya yang sudah 3tahun bersama dengan subjek-subjek information management...Allah datangkan hamba Allah yang begitu ikhlas membantu saya (syukran buat adik-adik..shahidah, izzati, caryn dan rohela) walaupun saya masih cuba untu memahami subjek2 sains yang agak berat...tapi kehadiran mereka sedikit sebanyak membantu...Cuma sudah sebulan saya di Upm ini saya dapat rasakan..saya sgt 'down' sepanjang minggu lepas...sebabnya...kebanyakkan test pertama yang saya terima markahnya tidak la begitu memuaskan...macam2 perkara menerjah kotak fikiran saya pada minggu lps...namun segalanya sedikit berkurangan dengan khidmat nasihat cik yati..salah satu kaunselor di UPM...apa saya mampu lakukan kini, usaha sehabis mungkin, jgn sesekali ratapi sesuatu yang dah pun berlaku, pandang terus kehadapan, sesungguhnya Allah swt tahu apa yang terbaik untuk hambanya..dan saya selalu sematkan ini dalam fikiran saya " Jangan sesekali mengaku kamu beiman selagi kamu tidak diuji oleh Allah swt"...gunakan segala kekuatan yang ada dalam diri untuk hadapi hari mendatang, berdoa agar saya sentiasa tabah dengan liku-liku hidup sebagai hamba Allah...dan seperti dalam tajuk entry saya kali ini...saya akan tinggalkan sahabat semua entry berkaitan ramadhan yang sudah lama tersimpan kemas di dalam laptop saya yang cuma menunggu masa untuk di publishkan...bagi perkongsian kita bersama

--------------------------------------------------------------------
Pahala

"Manusia ini kalau tahu betapa besarnya pahala beribadah di bulan puasa maka tak kerja dibuatnya. Semua akan berhenti kerja sebab nak mengejar ibadah di bulan ini," kata ustaz yang sedang memberi tazkirahnya di tengah-tengah bangunan shopping complex SACC (Shah Alam City Centre) di Shah Alam.

Aku, Baihaqi, Ustazah Fatahiyah bersama 9 org bakal pelajar perubatan ke Alexandria (bekas pelajar RMC, Royal Military College) duduk di kerusi hadapan yg disediakan itu di celah-celah manusia yang tidak berhijab, berambut afro dan perang. "Tak ada adab ke mereka ini bulan-bulan puasa," aku gumam sendirian dalam hati. Kecewa. Ustazah mengajak aku dan Bai untuk berbuka dengan mereka untuk kenal-kenal kerana mereka ini ada potensi untuk mengikut program-program di Mesir. Harap-harapnya, InsyaAllah.


"Antara ibadah yang manusia ini selalu pandang remeh tetapi ganjarannya sangat besar ialah bersedekah. Amalan bersedekah ini tuan-tuan puan-puan Allah dah siap beritahu ganjarannya besar mana. Kalau di bulan Ramadhan apatah lagi pahalanya Allah sendiri yang akan beri. Allah berfirman di dalam Al-Quran:

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji..."
-Al-Baqarah ayat 261-

Maknanya ada 700 hasanah atau pahala kita akan dapat tuan-tuan dan puan-puan. Cuma pahala ini hadirin Allah tak akan bagi nampak. Dosa pahala semuanya kita tak nampak untuk uji manusia ini. Kalau manusia boleh nampak pahala dia nescaya orang tak pergi kerja macam saya cakap tadi. Bayangkan selepas bersedekah, malaikat turun kepada kita dan bagi RM700 terus. Tak ada siapa yang akan lepaskan peluang ini.

Inilah manusia. Allah ceritakan manusia ini begini:

"Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutmu, tetapi tempat yang tuju itu terasa sangat jauh bagi mereka"
-At-Taubah ayat 42-

Semua dosa pahala kita Allah akan nampakkan pada hari akhirat nanti. Dan ramai yang akan menyesal ketika sedang menanggung sakaratul maut. Di kala ajal hampir tiba barulah mereka berkata seperti yang Allah rakamkan:

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata(menyesali), "Ya Tuhanku, sekiranya Engkau menunda (kematianku)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh."
-Al-Munaafiqun ayat 10-

Maka rebutlah peluang ini tuan-tuan dan puan-puan."


Lulus atau Gagal


Ustaz menyambung lagi, "Bagaimanakah para hadirin sekalian rasa jika di akhir bulan ramadhan ini, kita bakal dapat result atau keputusan kita mengenai madrasah Ramadhan. Selepas sahaja solat raya Aidilfitri dan khutbahnya, imam mengumumkan bahawa di belakang sudah ditampal result untuk Ramadhan kali ini maka tuan-tuan dan puan bolehlah lihat selepas ini. Maka dilihatkanlah result kita kepada semua. Si isteri berkata kepada suami,"Abang, saya dapat 40/100 sahaja untuk Ramadhan ini. Cukup-cukup makan je. Abang dapat berapa?". Si suami terdiam. "Abang gagal Ramadhan tahun ini, 30/100 je." Raya pun muka sedih tak sanggup nak berdepan dengan mereka yang dapat mumtaz. Alangkah ruginya.


Dr. Aidh Abdullah al-Qarni

Dr Aidh Abdullah al-Qarni ialah seorang ulama Arab Saudi juga penulis motivasi Islam terkenal di dunia masa kini. Beliau pernah dipenjara selama 10 bulan, karena menerbitkan beberapa bait syair berkaitan dengan politik. Antara karyanya yang paling terlaris adalah La Tahzan di mana 100 halaman pertamanya ditulis di dalam penjara mengajak pembaca agar tidak menyesali kehidupan, tidak menentang takdir, atau menolak dalil-dalil dalam al-Quran dan sunnah. Buku ini sudah pun diterjemahkan ke dalam 29 bahasa dunia . Selain La Tahzan karya-karya beliau yang lain antaranya 30 Tips Hidup Bahagia, Berbahagialah: Tips Menggapai Kebahagiaan Dunia Akhirat, Menjadi Wanita Paling Bahagia, "Muhammad Ka annaka Tara.


Beliau pernah menulis sebuah syair yang indah mengenai Ramadhan. Antara ungkapan yang banyak menyentuh hati manusia adalah:

"Adakah berbeza tuhan kita di bulan Ramadhan dengan tuhan kita di bulan Sya'aban dan Syawal"

Apakah yang dimaksudkan beliau?
Kita seperti menjadi seorang 'abid (ahli ibadah) yang tinggi imannya di bulan Ramadhan tetapi peningkatan amal dan iman itu tidak konsisten atau istiqamah dengan berlalunya Ramadhan. Tuhan sama yang memberi pahala. Tuhan sama yang memberi rahmah. Tuhan sama yang disembah. Jadi mengapa perlu berbeza amalan dan iman itu?

Alangkah indahnya dapat mengekalkan prestasi Ramadhan sama atau setanding dengan bulan-bulan yang lain. Rindunya aku pada suasana beribadah di dua tanah haram ketika cuti yang lepas. Ini sebenarnya ialah coretan untuk aku sendiri yang banyak lupa di samping hendak berkongsi tazkirah-tazkirah yang kebanyakannya di sampaikan oleh mereka yang mantap di bulan Ramadhan ini. Penggal pertama, penggal rahmah hampir meninggalkan kita. Masih ada masa lagi untuk memecut prestasi ke tahap yang lebih tinggi.

Akhir kata, hayatilah hadis ini yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Nabi SAW naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya. “Kenapa engkau berkata ‘Amin, amin, amin, Ya Rasulullah?” Nabi SAW bersabda, “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’, kemudian Jibril berkata lagi, ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin”.

Ramadhan, Pesta Ibadah, Pesta Rahmah, Pesta Pengampunan, Pesta Dijauhkan dari Neraka.

Wednesday, August 19, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Buat Semua sahabat...saya akan pulang ke rumah pada jumaat ini, menyambut puasa pertama bersama keluarga....

Sunday, August 16, 2009

"Tiada Tajuk"

"Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu"

Thursday, August 13, 2009

My Weekeend ( 8 /8/ 2009 )

asalnya nak ke mid....temam ida dan zati beli laptop....sbbkan lama sangat nak tggu orang kedai tu setting kan laptop tu....kami bertiga jalan2 la dalam mid....bosan sgt2, singgah la dekat pameran pengantin ni....jamu mata je...siap leh tergelak-gelak lagi...sbbnya orng yg nk g situ sbb nak buat persiapan kawin, dan smenya couple2..tapi kami! haha slumber je...yg kami ni pegi sbb xtau nak pusing mne dah kat dalam mid tu.....plg best nya, pamplet dpt punya la byk...sudahnya semuanya saya buang dalam tong sampah..beg kertasnya saya simpan,....setel smenya kami trs blk UPM....kul 9.00 mlm br sampai kolej 17..,..

Tuesday, August 11, 2009

Bertambah Baik


Alhamdulillah kesihatan saya kini kian beransur boleh, batuk pun sudah mula berkurang, selesema sudah makin surut...saya dapat tidur dengan lena, bila sedar hidung tidak lah tersumbat seperti selalunya...suhu badan saya?? back to normal alhamdulillah, cuma kadang-kadang suhu badan saya agak meningkat pada malamnya dan kembali normal pada subuhnya, mungkin keadaan cuaca dan jerebu mempengaruhi kesihatan saya,.......Bila Allah uji kita dengan sedikit kesakitan ini, kita sedar Allah sayangkan kita, kenapa saya cakap macam tu? Cuba bayangkan jika kita sentiasa sihat, sentiasa gembira, sentiasa dan sentiasa la....adakah kita akan ingat Allah.....cuma apa yang kita fikirkan segala apa yang kita perolehi adalah hasil usaha kita, mungkin kini agak sukar untuk didengari manusia yang berjaya mengucapkan...."" semua ini datang dari Allah swt"" bagi saya semenjak dua menjak ini, apabila kesihatan saya diuji begitu hebat sekali...ditambah pula saya sangat2 memerlukan extra tenaga untuk melakukan tugasan serta menghadapi mid-term exam yamg berderet-deret...uhh...hanya pada Allah saya panjatkan doa agar dia memberikan saya kesihatan yang cukup baik buat masa ini.....alhamdulillah dalam keadaan saya begini..family sangat-sangat membantu saya....( abi, umi baru datang melawat saya petang ahad lps ....buat suprise!! datang mengejut...xbagi tahu saya pun...thanks abi umi)


Buat semua sahabat handai yang bertanya khabar, dan mendoakan kesihatan saya...jutaan terima kasih saya ucapkan....salam kasih dah perjuangan dari saya....

Saturday, August 01, 2009

H1N1

Semalam saya mulai demam...terus ke putra medical center

saya terus diarahkan ke Hospital Sg. Buloh..

kerana saya menghadapi gejala-gejala pesakit H1N1....batuk, sakit badan, demam ( suhu saya 39 c) selesema...

setiba di Hospital sg. buloh suhu badan saya naik kepada 40 c........ kepala masa tu mmg pening sangat2 sebab suhu badan yang sgt tinggi......saya bersandar dekat abi jer masa tu...mmg dah tak larat nak angkat kepala.....Ya Allah...saya diminta tunggu selama 2 jam sebelum mendapat rawatan...



alhamdulillah setibanya dibilik rawatan, saya diberikan ubat dan demam pun sudah berkurang, cuma kini saya diarahkan dikuarantinkan dirumah dan makan ubat mengikut jadual....

doakan saya sihat dan dapat kembali ke pulang ke UPM Serdang bagi menghadapi exam mid-term yang sedia menanti

Wednesday, July 29, 2009

Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.


Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.



"Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu"

Thursday, July 23, 2009

Tak Sempat

:puteh_29:Maaf semua, saya agak jarang update blog dalam keadaan terdekat ni, super duper busy kat sni dengan kuliah yang agak penuh tiap-tiap hari, program kolej yang senantiasa wajib dihadiri:puteh_14:, program keagamaan sempena ramadhan yang kian hampir..:puteh_12:..erm..dan yang paling penting saya masih dalm mood menyesuaikan diri disini...:puteh_21:, erm saya sangat-sangat mengharapkan doa dari anda semua....

erm...menjadi pelajar berkaitan perubatan ini , tidak pernah ada dalam kamus hidup saya, tetapi inilah saya sekarang...maybe this is my destiny

kita merancang Allah swt juga merancang untuk hambaNya...tetapi kita harus ingat perancanganNya lebih pasti dari segalanya...

Mungkin ada kebaikkan dan kemanisan yang Allah akan berikan dikemudian hari yang saya sendiri tidak tahu, maka dia letakkan saya di bumi serdang ini dan bukan meneruskan pengajian di uitm puncak perdana tetapi dia berikan ujian pada saya ketika ini agar saya lebih menghargai kemanisan dikemudian hari itu...

akhir kata salam sayang buat semua sahabat, ramadhan begitu hampir dengan kita, sudah bersediakah kita semua??, ayuh kita perbaiki diri supaya ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini....

doakan saya baik-baik sahaja disini...

Saturday, July 18, 2009

Saya Disini..

:puteh_5:Alhamdulillah hari ini genap 5 hari saya melanjutkan pelajaran di UPM Serdang, niat di hati nak update blog ni after saya mendaftar di UPM...namun banyak halangan dan dugaan menyebabkan tertangguhnya pengupdatekan blog ni....sebelum saya nak citer more detail kat korang semua apa dan jadi sepanjang 5 hari saya di UPM, saya cuma nak bagi tahu sahabat-sahabat sediploma saya....saya rindukan kamu semua sangat-sangat.....bila berada disuasana baru, baru dapat rasakan yang dulu lebih bermakna dari sekarang...:puteh_24:...saya rindukan budak2 kelas rekod dekat UiTM Puncak, syikin, syafi, mala, mel, yani, ani, anis, nad, dan budak2 lain yang saya xsempat nak kenal rapat lagi sblm saya ambil keputusan tuk tarik diri dari UiTM..

Apa yang berlaku sepanjang saya di UPM?? :puteh_10:

Saya sepatutnya mendaftar pada petang 13 / 7..... selepas saya selesai urusan tarik diri dari pengajian di UiTM Puncak Perdana...disebabkan masalah tertentu saya mengambil keputusan mendaftar esoknya....Keesokkannya pada mulanya segalanya berjalan lancar...tapi setibanya saya di UPM...banyak maslah timbul...saya terlupa yang saya masih tak sediakan gambar pasport untuk urusan pendaftaran...apa lagi pusing2 la bandar serdang nak cari kedai gambar....kemudian saya beli sedikit barang keperluan asramam pagi itu juga..kerana ketika di puncak saya tinggal dirumah...erm dalam keadaan sengkek sebab selesaikan yuran...saya beli apa yang penting jer...

Alhamdulillah setelah segalanya selesai saya kembali semula ke kampus UPM, mulanya saya dikehendaki melakukan saringan A H1N1 di pusat kesihatan UPM...alhamdulillah suhu badan saya ok...dan saya teruskan di kaunter yuran dan lain-lain dan diakhiri dengan kolej....saya kemudiannya bertolak ke kolej...Ya Allah, saya tidak jangka rupa-rupanya fakulti perubatan dan sains kesihatan terletak agak jauh dari main campus..... 10mnt diperlukan dari main kampus ke fakulti saya dan kolej saya....Selesaikan saya mengemas barang di kolej, family saya pun pulang ke rumah....

Namun pagi esoknya kesedihan yang begitu hebat datang tiba-tiba menerjanh seluruh hati dan perasan saya...saya hidup dalam kebuntuan pada ketika itu.....

insya Allah kemudian saya ceritakan pada semua, apa sebenarnya berlaku dalam liku-liku hidup saya menjadi pelajar perubatan yang baru bermula bertatih....harap dapat bersabar...

Sunday, July 12, 2009

UPM & UiTM : Tak Tahu Antara Dua

:bofu_39:Ketika ini saya rasa macam nak berlari sejauh yang mugkin untuk berfikir, bila duduk dan berfikir diam-diam, saya rasakan otak saya kosong....tidak mampu nak berfikir dengan waras:bofu_25:

Semua ini terjadi kerana peristiwa ini...

11 Julai 2009
3.00 pm

Saya bersama umi bertolak dari rumah untuk menghantar adik yang belajar di Uitm S.Alam, dia pulang bagi menyelesaikan urusan PTPTN..

Ketika dalam perjalanan, saya dapat kol ( dr no tempatan) ...erm saya angkat kol mcm biasa je la...

dialognya lebih kurang begini...

Staff UPM :Assalamualaikum... saya nizam

Saya : Waalaikumsalam wbt..

Staff UPM: Saya Nizam dari UPM, Boleh saya tahu dengan sape saya bercakap skrg

Saya: saya khadijah, kenapa ea En. Nizam

Staff UPM : Begini cik khadijah, saya cuma nak maklumkan pada cik, permohonan cik untuk
ke FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN di UPM telah kami
luluskan, cik boleh melaporkan diri selewatnya 14 Julai ini...

Saya : erm...terima kasih ea cik, result ni dah boleh cek dalam sistem ke...?

Staff UPM : Iya2 sejak dari semlaam lagi sebenarnya dah boleh...

Saya : ooo...tak tahu lak saya....insya Allah nanti ape2 saya refer dekat surat tawaran dalam
sistem ea en. nizam....

Staff UPM: iya, same2...diharapkan cik dapat laporkan diri secepat yang mungkin ...kami
berbesar hati menerima kehadiran cik di fakulti kami....

Saya : terima kasih ea encik....


Perasaan saya lepas letak phone??

:bofu_47:...rasa macam mimpi, mcm tak caye jer...iyalah, sbbnya saya tak pikir pun akan dapat masa memohon, lagipun saya cuma main2 jer, masa mohon saya siap bisik lagi dalam hati...erm letak je, bukannya layak pun nak dapat...compem kene reject ni..saje nak try2...

Ha sekarang sebab gatal tangan sgt la buat permohonan, dah dapat...pastu diri sendiri yang tak tahu nak terima ke tak....

Fakulti Perubatan....bukanla macam fakulti pengurusan maklumat yang saya sambung baru seminggu ni....Buat yang tak tahu, masih ingat lagi x entry saya tentang saya ditawarkan kos ni Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat ( Kepujian ) ( Pengurusan Rekod)....ni la kos yang saya tengah stdy sekarang kat UiTM Puncak Perdana....kalo saya terima tawaran di fakulti perubatan ni, banyak benda sya kena buat, usaha kena lebih dari yang lain :bofu_44: sbb saya tak de basic dalam fakulti ini....erm, saya jugak perlu menyiapkan semuanya dengan segera...nak kena bagtahu UiTM yang saya nak tarik diri...mintak balik yuran yang dah bayar tu....pening+ penat...!! pada permulaannya

pe pun saya memang dalam dilema...saya ada 24 jam nak buat keputusan...nak terima atau tidak....

Ya Allah Bantu lah HambaMu ini dalam membuat keputusan....:puteh_25:

Buat sahabat-sahabat...saya mohon doakan kejayaan saya walau apa bidang yang saya ceburi...

Saya jarang begini....Susahnya menerima sesuatu dan melepaskan sesuatu



Friday, July 10, 2009

Disisi Mujahid Ada Mujahidah

Terkadang hati ini tertanya-tanya....kenapa masih perlu menunggu sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…” Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu… impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan??

Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?.. “Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4] Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!!


Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???..... “Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??...sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???


Ya Allah... Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah s.a.w?? sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah... Lihat sahaja isteri-isteri Nabi... Ummul-muslimin...Ummi-ummi kita...lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka... lihat sahaja ketabahan hati mereka... sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul... Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu.... Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!


Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya...Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu...sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih.... Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??...tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya...kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua... Duhai hati... bersabarlah... perjalanan kita masih jauh.... bersabarlah... teruskan doamu... hari itu akan tiba jua.... pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak.... bersabarlah.....

Monday, July 06, 2009

Surat Cinta, Suara Cinta

Bukan sekali dua, bahkan telah banyak kali dia memberi saya kad atau surat cintanya. Akan tetapi tidak satu pun yang saya balas. Seingat saya, saya hanya pernah memberi kad ucapan tahniah atas kejayaannya. Itupun, sudah lama dulu. Oh, ya. Juga kad sempena ulangtahun kelahirannya tahun lepas. Sudah lama rupanya saya membiarkan kad dan surat cintanya tanpa balasan.

SEKOLAH YANG MENGGEMBIRAKAN

Wajah mereka nampak ceria sekali. Melihat itu, saya tersenyum lega. Bimbang juga mulanya.

" Bagaimana sekolah Kak Long Kak Ngah tadi, seronok ?" saya memulakan perbualan sambil menemani mereka makan nasi. Kak Long mengangguk. Kak Ngah pula hanya tersenyum sambil mulut terus mengunyah ayam goreng kegemarannya.

" Tentulah seronok Ummi. Cikgu baik, kawan-kawan pun ramai, " Kak Long mula buka bicara.

" Kak Ngah, tak takut bercakap Bahasa Inggeris?"soal saya menduga.

" Taklah. Kak Ngah cakap campur-campur dengan kawan-kawan Melayu. Dengan kawan Mat Saleh, Kak Ngah cakap sikit-sikit je dulu,"balasnya yakin.

Mulut saya melafaz syukur pada Ilahi, Alhamdulillah. Bimbang yang bertamu pagi tadi hilang melihat anak-anak gembira bercerita tentang sekolah baru mereka.

Rupanya benar sebagaimana yang saya dengar dari mulut-mulut saudara mara dan kawan-kawan. Anak-anak Malaysia di UK sangat suka bersekolah, sampaikan ada yang menangis kerana hendak ke sekolah tetapi terhalang oleh sebab-sebab kesihatan seperti demam dan sebagainya.


SERUPA TAPI TAK SAMA

Mengenang kembali persekolahan anak-anak di Malaysia, keadaan yang sebaliknya berlaku. Gembira mereka ialah bila cuti sekolah bermula. Buka semula semester, wajah masam di pagi hari datang kembali. Suasana yang sangat kontra berbanding di UK ini.

Di sini, pada pengamatan saya, ada dua sebab utama anak-anak sukakan sekolah.

Pertama : Guru-guru yang dedikasi dan komited dengan tugas. Mereka tegas dalam kelembutan. Mereka memberi dengan senyuman. Amat jarang, saya mendengar anak-anak bercerita tentang guru-guru yang marah atau menengking pelajar di dalam kelas. Mereka hanya menegur dengan lembut sekiranya ada pelajar yang melakukan kesilapan, hinggakan kesalahan dalam buku latihan juga mereka tidak akan pernah menggunakan pen merah. Mereka hanya menulis dengan pen hitam atau biru. Mungkin ada benarnya, bak kata pantun moden orang Melayu ,

Pen merah pen biru, U marah I love you

Merah lambang marah, sebaliknya biru tanda cinta dan sayang. Ironisnya, di Malaysia. Menanda buku pelajar dengan menggunakan pen selain warna merah adalah salah. Satu tindakan, tapi berbeza pendekatan.

Kedua : Kata-kata peransang dari guru tidak pernah tiada dalam kamus persekolahan sehari-hari mereka. Boleh dikatakan hampir setiap hari anak-anak saya akan membawa pulang pelekat ( sticker ) yang bertulis, Well done !, Keep it up!, You are the best ! dan berbagai lagi kata-kata berbentuk galakan mahu pun pujian. Demikian juga di dalam buku-buku latihan. Setiapnya mesti diakhiri dengan motivasi supaya pelajar memperbaiki tugasan mereka di lain hari. Lebih mengujakan, saban minggu ada sahaja pelajar-pelajar yang dianugerahkan sijil penghargaan ( award ) atas sikap baik yang mereka tonjolkan walaupun hanya dengan duduk diam di dalam perhimpunan sekolah.

Teacher's Special award

Presented to

Husna Zaharuddin ( 4 SC )

For Sitting Perfectly during year 3 and 4 assembly.

Keadaan ini tidak pernah saya jumpa di Malaysia. Lebih mendukacitakan, buku latihan anak-anak hanya banyak bercatat dengan arahan atau tiada lansung pujian yang diberikan. Bagaimana benih yang baik akan tumbuh menghijau jika tidak dibaja dan disiram?

PENDIDIKAN MENYENTUH HATI

" Kenapa Kak Long guna komputer lama sangat. Ummi kata lepas solat, turn Kak Ngah pulak, " suara Kak Ngah kuat jelas kedengaran di telinga saya yang sedang membasuh pinggan di dapur.

" Ala, Kak Long nak betulkan layout blog Kak Long sekejap. Itu pun tak boleh, " jawab Kak Long pula.

Anak lelaki bila bermain dan bergaduh boleh bergoncang seluruh rumah, tapi anak-anak perempuan bila bertengkar boleh menaikkan amarah. Saya cepat-cepat ke depan.

" Kak Long dan Kak Ngah tentu tak solat betul-betul semasa berjemaah tadi," saya mencelah tanpa menyebut punca pergaduhan mereka sebelum ini.

" Kenapa pula Ummi?" Kak Ngah bertanya kehairanan. Bingung barangkali. Mereka bergaduh tapi solat pula yang dibangkitkan.

" Sebab Allah kata dalam al Quran, sesungguhnya solat dapat mencegah dari perbuatan tidak baik. Orang yang solatnya betul dan sempurna tentu tak bergaduh,betulkan? " saya menjelaskan kaitan antara pergaduhan dan solat mereka. Kak Long dan Kak Ngah menguntum senyum. Mereka meminta maaf dan kembali berdamai.

Mendidik dengan kasih sayang dan penuh rasa cinta seharusnya menjadi tunggak seorang wanita bergelar ibu. Dia sewajarnya menginsafi bahawa tidak ada satu pun yang dapat menghalanginya untuk memberikan keperluan jiwa seorang anak berupa kasih sayang dan perlindungan baik dalam menegaskan kebaikan mahu pun mencegah keburukan.

Jika sikap baik seorang guru yang memberi penghargaan berupa pujian, ransangan dan senyuman boleh melahirkan pelajar yang sukakan sekolah; apatah lagi seorang ibu yang mengalir di dalam batinnya fitrah kasih dan cinta kepada insan bernama anak. Dari saat mengandung dengan penuh lelah dan payah sehingga tiba masa melahirkan dengan nyawa sebagai pertaruhannya.

Seterusnya, tugas mengasuh dan membesarkan dari kecil hingga dewasa. Tentu saja, dari kasih dan cinta seorang ibu seperti ini akan meransang hati seorang anak untuk menjadi anak yang berbakti. Ibu mendidik dengan hati, anak menerima juga dengan hati. Dua jiwa , satu hati.

Inilah kelebihan wanita yang waktu dan masanya lebih banyak diluangkan untuk mengasuh anak-anak di rumah. Dengan tangannya sendiri dia membelai jasad dan tubuh fizikal anak-anak melalui tugas-tugas rumahtangga seperti membersihkan pakaian, menyediakan makan minum serta memastikan persekitaran rumah yang bersih dan menenangkan, juga dalam masa yang sama menyentuh hati dan rohani melalui didikan al Quran, akhlak dan budi seorang mukmin sejati. Tanggungjawab yang bukan sedikit imbalannya, agar lahir dari didikannya nanti seorang pemimpin dan generasi soleh di masa depan.

SURAT CINTA, SUARA CINTA

Saya mengambil kertas tebal berwarna merah jambu. Kali ini saya mesti membalas surat cintanya. Saya Lipat dua dan saya tuliskan di atasnya dengan pen berdakwat biru,

Surat cinta untuk Kak Ngah

Di dalamnya, saya coretkan pula kata-kata : Ummi sayang Kak Ngah. Jadi anak solehah ye. Saya letakkan di atas papan kekunci komputer di dalam bilik permainan anak-anak.

" Terima kasih Ummi, " tiba-tiba muncul wajah Kak Ngah tersenyum menunjukkan kad yang diterimanya di balik daun pintu dapur.

Sama-sama anakku. Kad itu hanya kad biasa, berisi suara cinta seorang ibu. Jadikan ia sebagai peransang dan pembakar semangatmu, bahawa di sini ada seorang ibu yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidupmu. Dunia dan akhirat sana. Semoga, bila tiba masanya, kau juga tidak lupa mengirimkan surat cintamu untuk ibu dan ayah melalui doa setiap akhir solatmu.

" Ya Allah, ampunilah dosaku. Ampunilah juga dosa kedua ibu bapaku. Dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku masih kecil. Amin "

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

* Penulis merupakan seorang isteri, ummi dan muslimah yang berdakwah melalui blog iaitu http://ummuhusna99.blogspot.com/2009/04/surat-cinta-suara-cinta.html

Thursday, July 02, 2009

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.


Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya." Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:


Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Tuesday, June 30, 2009

Hari Ini Milik Anda

Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.

Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.


Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.

Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari sahaja. Dan pada hari inilah anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat anda yang paling khusyu', membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, perhatikan terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain.

Untuk hari ini, anda harus mulai membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun; tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu; memelihara indahnya kehidupan, meminta ampunan dari pelbagai dosa yang telah dilakukan, mengingati Tuhan dam mempersiapkan diri untuk pergi jauh (mengharapNya). Dengan demikian hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram serta menerima rezeki isteri, suami, anak-anak, adik-beradik, ibu bapa, tugas-tugas dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur.



" Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (Al-'Araf : 144) "


Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian, pengkhianatan, kebencian atau sakit hati. Jangan lupa hendaklah anda mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau di meja tempat anda bekerja atau belajar. 'Hari ini adalah milikmu'. Yakni, apabila hari ini anda dapat memakan nasi yang harum baunya, maka apakah anda masih terfikir tentang nasi basi yang telah anda makan kelmarin yang akan membahayakan kesihatan anda? Mungkin anda masih berfikir tentang nasi tersebut dan masih ada dalam angan-angan.

Seandainya anda percaya akan diri sendiri dan mampu mengerjakan segala sesuatu dengan semangat dan tekad yang kuat, anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada prinsip; "Masa hidupku hanyalah pada hari ini". Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan anda.

Dan itu, akan membuat anda berkata dalam hati:

" Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik saha; tidak bercakap kotor, tidak pernah mencela, mengherdik, mengejek, menyindir dan juga membicarakan keburukan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan pejabat agar tidak berserabut. Dan kerana hanya hari ini saja aku akan hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kesucian jiwaku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak-tandukku "

Kerana aku hanya akan hidup hari ini maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Tuhanku, mengerjakan solat sesempurna mungkin dengan penuh tumpuan, membekali diri dengan solat-solat sunat, berpegang teguh pada Al-Quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat yang ada di dalamnya.

Aku hanya akan hidup hari ini!
Oleh sebab itu, aku perlu menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan yang kutanam sampai ke akar-akarnya dan mematahkan ranting-rantingnya yang berduri; seperti sifat tamak, hasad, riya', sombong, bakhil dan buruk sangka.

Hanya hari ini aku akan dapat menghirup udara kehidupan maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapapun. Aku akan menziarahi mereka yang sakit, menghantarkan jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi mereka yang sesat, memberi makan orang kelaparan, menolong orang yang dalam kesulitan, membantu orang yang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang- orang alim, menyayangi anak kecil, dan berbakti kepada orang tua.


Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan :

" Wahai masa lalu, yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akann pernah melihatku termenung sedetik pun mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi "

" Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! MAka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku tidak akan memburu sesuatu yang belum pasti kerana esok hari mungkin tiada sesuatul esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tiada suatu pun darinya yan dapat disebutkan "


" Hari ini milik anda", adalah ungkapan yang paling indah dalam "kamus kebahagiaan" kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah menyenangkan.