Tuesday, March 30, 2010

Bunga Idaman Islam

Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam
.



Sunday, March 21, 2010

Sebelum Esok

Sebelum Esok, saya kan siapkan kerja-kerja tertunggak...supaya bila bangun pagi esok boleh senyum lebar2..dan pergi kelas en.wan dengan tenang

1.Melipat baju sendiri yang sudah berlonggok tinggi mengalahkan gunung everest! basuh sempat, bab2 lipat ni den memang suka menangguh, lebih rela suh den memasak...
2.Menyiapkan bahagian saya sendiri untuk semua final project...esok boleh bg pada ketua kmpulan...dah freedom skt lps tu
3.Mengemas bilik ( Basuh cadar, tukar sarung bantal dan kemas semua buku-buku)
4.Siapkan draf tuk asgmnt individual Miss Ezza, Insya Allah esok boleh tunjuk dekat dia...
5.Buat summary bel
6.Buat Mind Maps en.Jef

Ha tu jer kot setakat ni...
Sebelum esok saya mesti siapkan semua ni, baru lah kitaran untuk minggu yang baru mulai esok kembali normal...jika tak asik bertanguhh jer!

Mulai sekarang, malas nak layan nafsu malas ni...jika dilayan makin menjadi...final exam just around the corner...i need to work and study more harder!!

Nota 1: Hari ini genap 12 hari arwah pergi kembali kepada PenciptaNya Yang Maha Esa, tapi kenapa saya masih tiada kekuatan membuka barangan peribadi yang dikirimkan oleh ahli rumahnya...
Nota 2:  Bulan ini sahaja 2 kali saya kena demam, harap cepat sembuh...semput pun dah berkurang...alhamdulillah
Nota 3: Hujung minggu kali ni diisi dengan test IMR 451

Wednesday, March 17, 2010

Kanak-Kanak

Betul tak, andai saya katakan kanak-kanak sangat suci dan tidak pandai menipu?..
mereka mempunyai jiwa yang terlalu tulus,

Saya pernah membuat sedikit kajian dalam menilai peribadi kanak-kanak...
Anak-anak didik saya, di kelas mengaji yang saya jalankan sekitar jam 6 hingga 9 malam...
Saya bertanyakan kepada mereka, tentang baju yang saya pakai,
"Cantik tak Baju ustazah?" Soalan untuk memancing jawapan dari mereka...
"Dengan ikhlas, Salah seorang anak murid saya menjawab, tak lawa la ustazah..." tanpa kata-kata berbunga, mahupun sekadar menjaga hati...sungguh jujur dalam kata-katanya...
Begitu juga jika ada resepi baru yang saya cuba, anak-anak murid saya lah hakim yang paling jujur dan ikhlas mengomen masakan saya.



Tapi kenapa dewasa ini, terlalu ramai antara kita, sanggup berpura-pura dan menipu hanya menjaga hati kawan? arghh kadang-kadang saya juga turut begitu...susah untuk menyatakan apa yang terbuku dihati...

Saya marah dengan dia, tapi didepannya masih boleh senyum...
Dia melakukan perkara yang melanggar syariat, saya hanya mendiamkan diri seolah-oleh menyokong pula perbuatannya...
Dimanakan keberanian untuk menegakkan sesuatu yang salah, menyatakan apa yang terbuku dihati??

Nota 1: Alhamdulillah, hari ini saya mampu jua memperlihatkan tindakan saya yang memang betul-betul marah!... pesanan arwah pada saya suatu masa dulu..." Awak, ada masanya awak perlu tegas, jika awak tidak mahu bersusah dikemudian hari" lembut bukan bereerti memberi ruang pada orang lain untuk menindas awak"
Nota 2: Seminggu dua akan datang ini, bermula lah perjalanan menyiapkan semua final projek dan test yang berderet-deret....dan kerja part-time yang sentiasa memenuhkan jadual yang sedia ada..nak buat macam mana, bila buat keputusan untuk tidak mengambil PTPTN, kena la h cari sumber keewangan yang lain.

Parasit!

kerana manusia itu tidak semuanya ikhlas..

sedangkan padanya yang penting adalah kelangsungan hidupnya sendiri..

rata-ratanya seumpama parasit..

kerana manusia itu adalah parasit dunia..

menumpang, mencuri,merampas, mengambil kesempatan

kerana hidupnya sahaja adalah cita-citanya..

itulah manusia...

jika sudah namanya manusia...

pasti wujud juga sifat parasitnya..

kerana itulah manusia...

sama saja hidupnya dengan parasit...

teruslah hidup dengan sifat parasitmu itu..

hidupmu saja yang perlu diteruskan..

nanti sampai masanya..

baru kau tahu bahawa langit itu tinggi dan bukannya rendah!!

Tuesday, March 16, 2010

Meniru

Saya benci orang yang meniru...

Sejujurnya, apa gunanya hari-hari bangun awal, datang kelas...dengar lecture, buat asgmnt ...


Tapi bila sampai waktu test meniru....

Dimana usaha dan ikhtiar orang yang meniru tu?

Pada yang suka meniru dalam test mahupun peperiksaan, jangan berbangga dengan markah yang anda dapat, tapi ingat lah keberkatan dikemudian hari...mgkin hari ini anda selamat, dan boleh tersenyum dengan markah ujian test tersebut...

tapi ingat lah...berkat ke tidak segulung ijazah yang anda dapat dikemudian hari dengan menipu pensyarah, ibu bapa dan kawan2?

dan dengan ijazah dan keputusan dari peperiksaan mahupun test yang anda meniru tadi...anda gunakan unutk memohon kerja....gaji pula diberi pada anak dan isteri...keberkatan yang terus hilang....


Fikir lah Sendiri....

Nota 1: Saya benci orang yang tidak serius bila saya berbincang dengannya, padahal dia  perlu serius pada masa itu...
Nota2: Hari ini sangat kecewa dengan pencapaian diri, i will more focus and struggle after this!!

Monday, March 15, 2010

Sesat Dan Tenggelam



Saya rasa seperti tenggelam dalam dunia sendiri. Semua yang saya lakukan seperti terkepung antara saya dan dinding ruang lingkup kehidupan saya. Tidak terkeluar sedikit pun daripada ruang itu.Kerana hari-hari yang dilalui adalah sama, bangun pagi, selesaikan kewajipan, bersiap untuk ke kuliah...seharian saya di fakulti dan waktu gap kelas, saya akan berada di perpustakaan atau surau. Pada petangnya pula selesaikan kelas dan pulang ke rumah...sampai dirumah membersihkan diri...bersiap pula unutk mengajar mengaji dan tuisyen secara part-time...

Kalau pergi kuliah, ulang-alik di jalan yang sama. Tidak perlu masuk bandar pun. Isi minyak kereta pun di stesyen minyak antara rumah saya dan fakulti. Di fakulti pula pula, ruang lingkup saya meliputi rakan-rakan sekelas ISD223A dan pensyarah . Kadang-kadang, kalau ada mood, saya turun makan di kafe.kolej Kalau tiada mood, saya lebih sanggup balik makan di rumah saja selepas habis kuliah di waktu petang. Kerja saya sama saja setiap hari. Dan saya rasa usaha saya untuk memantapkan semula ilmu sampingan saya dalam pengkomputeran seperti melepas batuk di tangga saja. Kalau dulu, saya sentiasa cuba untuk memberikan impresi yang baik kepada subjek yang melibatkan sistem komputer. Tapi kali ini, saya tahu, mesti pensyarah kecewa kalau ada soalan-soalan yang tidak berjaya dijawab oleh saya.

Alasan saya cuma satu. Saya rasa sesat dalam dunia sendiri. Serba tidak kena. Sekarang ini saya sangat tidak sabar menantikan hari minggu tiba. Saya mengambil cuti yang agak panjang untuk menguruskan hal keluarga dan untuk mengecaj kembali semangat dan prestasi diri.

Harap-harap, cuti ini nanti membawa perubahan dalam diri saya. Saya mahu menjadi saya yang dulu.

Rabbi yassir wala tu’assir.
Nota 1: Saya terasa jauh dengan segalanya. Lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang ni.

Nota 2: Saya tahu ada seorang rakan sekelas saya membaca blog saya. Saya harap awak simpan cerita-cerita di sini antara kita saja ye.

Demi Tuhan Yang Kita Percaya Bersama

1.15ptg
15 Mac 2010


Selesai sahaja sesi fotografi kelas saya di kawasan Fakulti 

"Khaty, ada masaalah ker?" tiba-tiba Aiman rakan sekelas saya bertanya
"Kenapa Aiman? ade yang tak kena ?" saya membalas dengan perasaan tanda tanya..
"Saje tanya, nampak muka macam bermasalah, kalo rasa nak kongsi, jangan segan-segan" dia membalas kembali
Saya hanya tersenyum dan terus beredar menuruni anak tangga untuk ke kereta..mungkin saya lebih selesa begitu
Ada perkara perlu untuk berkongsi, dan ada perkara yang kita berdiam dan memendam sendiri adalah lebih baik...

entahlah... dalam kereta semasa perjalanan ke Hospital Sungai Buloh untuk membuat research, saya mula berfikir..." Jelas sangat ke gelora yang selama ini saya cuba unutk simpan jauh disudut hati terpancar diwajah?
arghh...saya sudah tidak betah untuk terus berdiam diri...


Sepanjang saya tidak menulis apa-apa diruangan Dunia Khadijah ini, diri saya begitu diributi emosi. Semua benda serba tak kena. Ditambah pula apabila terjadi, menerima dan berdepan perkara-perkara yang boleh menyentak emosi, pemergian arwah yang begitu mengejut..membuatkan saya betul-betul terkilan.(.kisah yang saya mungkin akan ceritakan kemudian

arghh...terlalu banyak perkara yg tergantung antara kami...perkara yang mungkin akan terus kekal dihati saya menjadi kenangan terindah...

Ah. Emosi! Sila jangan dekat sekadar untuk menambah kesedihan ini. Saya cuba untuk melupakan sesuatu demi mencapai misi yang menjadi impian saya dan arwah sebelum ini, menggulung ijazah sebelum membina kehidupan bersama...saya akan teruskan impian ini....impian saya dan arwah, dan yang paling penting impian umi dan abi.


Nota 1: Saya masih tiada kekuatan untuk melihat kesemua barang peribadi tinggalan arwah yang sudah selamat sampai diposkan dari sana.memandang beg kuliahnya saya sudah mengalirkan air mata..Entah bila kekuatan itu akan muncul...
Nota 2: Keadaan pengajian saya yang begitu padat sekarang ini, ditambah pula dengan peperiksaan akhir yang kian hampir...serta kerja sambilan saya sebagai guru mengaji dan tuisyen menjadikan saya sibuk...alhamdulillah Allah sangat membantu saya memahami hari-hari mendatang dari terus memikirkan pemergian arwah


Saya masih ingat, kata-kata arwah apabila saya menghantar pesanan ringkas meminta sedikit nasihat dan semangat mahupun mengadu masaalah yang dihadapi...segala-galanya diakhir dengan minta saya lebih banyak berdoa pada Allah dan ayat ini

" DEMI TUHAN YANG KITA PERCAYA BERSAMA"...

Sifat tawakalnya pada Allah SWT, sangat saya kagumi..

Semoga dia arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman dan beramal soleh...

Thursday, March 04, 2010

Hendak Bercinta ...Baca Ini


MATLAMAT salah cuba menghalalkan cara.

Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan dari ibu bapa, di perantauan, sedikit sebanyak tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh dari pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.

Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit dari dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.
Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh dari penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan ugama sebagai pasport untuk membuat kebaikan dari kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.
Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif.
Cinta siswa siswi senonimnya cinta anta anti.

Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.
Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.
Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang saya tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?

MATLAMAT HALALKAN CARA
Saya rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.
Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing. 

Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.
Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai, dan tanggungjawab.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.
Muhasabahlah

HAYATI AJARAN ISLAM
Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.
Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.

Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya al-Ankabut (29:69)

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.
Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata.

Perintah itu wajib.

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.
Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama’

Carilah kesibukan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, dari sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala.

ameen

Nota 1: Saya bukanlah pakar tentang percintaan untuk bercerita lebih, atau menasihati terlalu panjang lebar... tetapi percaya lah manisnya mengenali teman sejiwa kita disaat selepas dinikahkan itu lebih manis dari melalu alam percintaan tanpa ikatan yang sah...

Wednesday, March 03, 2010

Saya L.O.S.T

Kadang-kadang, kita memang dapat merasakan bahawa seseorang itu sedang memaksudkan ayat-ayat yang diucapkannya atau dituliskannya itu ditujukan kepada kita. Itu memang lumrah. Deria keenam kita memang hebat untuk mengesan ini semua.

Persoalannya, kenapa ramai yang memilih untuk berkias-kias daripada berterus terang?
tapi bila berterus terang, menjadi lumrah pula orang melayu ni fikirkan yang buruk-buruk sahaja dari memikir kan ke arah yang positif.

Tapi, seronok jugak ya berteka-teki. Kalaupun jawapannya bukan kita, setidak-tidaknya ada sedikit bintang muncul dalam kelam sebagai peneman malam.



Nota 1: Saya tak menujukan entri ni kepada sesiapa. Ini cuma satu situasi umum. :) 

Nota 2: Matilah saya.kerana saya telah melakukan sesuatu yang membuatkan En. Siput marah! Saya sudah berterus terang, kenapa jadi macam ni...dugaan..

Nota 3: Dalam mood Blur, banyaknya report nak kne submit esok...

Rindu

Saya pernah janji dengan mereka semua pada hari terakhir sebelum saya meninggalkan UPM setelah tekad dengan keputusan saya unutk menarik diri dari pengajian disana, saya akan selalu ke sana untuk bertemu mereka...tapi sepanjang saya keluar dari UPM pada bulan oktober 2009, hanya sekali sahaja saya kesana menziarahi housemate saya yang berada dalam gambar dibawah, mesej mereka pun saya lambat balas. Kesibukkan dengan pengajian di UiTM Puncak Perdana dan kerja part-time yang saya buat sekarang membuat kan saya sentiasa sibuk..jika ada rehat pun petang ahad setiap minggu, namun pada waktu itu saya peruntukkan untuk menyiapkan asgmnt dan membuat ulangkaji.


Saya tahu ada antara housemate saya agak berkecil hati dengan saya, apabila mereka mesej, saya balas lambat, dan ada yang terlupa nak balas langsung....masyaAllah

jangan la menghukum saya, sejujurnya kamu semua masih tersemat indah dan kemas dalm kotak memori fikiran saya... arghhhh, saya sgt2 rindukan kamu semua...hanya doa yang selalu saya mohon dari-Nya agar kamu semua berjaya di dalam pengajian di UPM, dulu pernah berjanji untuk grad sama2 kan, namun kini sudah kekurangan kerana penarikkan diri saya dari pengajian....takpe insya Allah kamu semua konvo nanti saya akan datang jika panjang umur...


Monday, March 01, 2010

Saya Masih Ada Perasaan Marah, Jangan Lupa Tu

Assalamualaikum wbt

Ada beberapa perkara yang cukup senang boleh membuatkan saya rasa bengkeng. Bahasa Inggerisnya kita sebut irritated. Hal ini akan terjadi bilamana:



1) Saya tahu bahawa saya perlu membuat sesuatu itu tapi ada pula yang sibuk-sibuk hendak mengingatkan sampai berkali-kali. Pantang betul saya. Contoh yang paling kerap berlaku sekarang ini ialah ketika di melakukan tugasan asgmnt mahupun meminta sesuatu dari saya . Saya tidak pernah lupa apa yang perlu saya selesaikan. Itu memang prinsip kerja saya. Saya sanggup balik lambat untuk memastikan kerja saya selesai dengan sempurna. Tapi ini tidak. Saya sedang berada dalam waktu kerja pun, berkali-kali telefon untuk mengingatkan hal yang sama. Saya sudah beritahu bahawa saya tahu dan akan maklumkan  selepas semuanya selesai. Tapi selang lima minit,  telefon lagi. Menyampah ok. Menyampah sangat.

2) Saya terpaksa menyudahkan kerja orang lain. Yang ini dari dulu pun memang saya cukup tidak suka. Sebab bila saya ada kerja, saya tidak akan membiarkan ia terbengkalai dan membiarkan orang lain pula terpaksa menyudahkannya. Tapi, mengenali beberapa orang rakan di tempat kerja begitu, serius mereka lebih sudu dari kuah. Lembut tulang dari lidah. Bila bercakap punyalah nampak macam rajin. Tapi sudah-sudahnya, kerja dilambakkan kepada orang lain.
Contohnya, pagi tadi saya ada kuliah, petangnya saya ke arkib menyipkan kerja, sudah saya bagitahu lebih awal lagi tentang bahagian yang saya sudah siapkan seperti yang dikehendaki. tiba-tiba saya diminta menyiapkan kerja orang lain pula yang tak sempat siap...Kalau ikutkan sampai ke petang. Dah la saya kena mengajar petangnya. Dan ada banyak sangat lambakan kerja terbengkalai yang terpaksa saya sudahkan. Bengang gila saya. Memang berubah sungguh air muka saya sepanjang menyudahkan segala kerja itu.Anak murid saya pun boleh perasan..

3) Saya diberitahu tentang apa yang saya tahu dan diminta mengubah pendirian. Saya tidak suka. Saya ada prinsip saya. Buat apa saya ubah prinsip saya untuk menyedapkan hati orang lain. Tak kuasa saya. Siapa yang meminta tu, pandai-pandailah sedar diri yang setiap orang di dunia ni ada pendapat dan pendirian yang tersendiri. Kau suka pakai skirt, dan aku tak suka tengok orang pakai skirt. Boleh kau suruh aku ubah prinsip aku tu? Minta maaflah, cik. Fikir logik pun sudah tahu siapa berada pada prinsip yang lebih waras. Saya tak gemar orang tak waras ideanya menyibuk-nyibuk dengan prinsip saya.

4) Ditipu untuk manfaat diri mereka. Ya. Semua orang pun tak suka ditipu. Tapi ini kes yang macam ni. Dia kata tak tahu ini dan itu, minta saya buat...tapi bila dia senang dan tak perlukan saya...senang2 buat tak peduli dekat saya! ada ke patut...

5) Orang yang tidak mengenali saya membuat penilaian tentang saya. You better shut up, mate.
Ya. Hakikatnya saya sangat irritated pada hari semalam dan hari ini. Saya tahu ada di antara mereka yang menjadi punca saya begini ada membaca di sini. Kali ini saya cum.a hendak mengatakan ini: Ada saya kisah???

Nota 1: Orang buat pada saya, saya balas semulalah. Balas guna entri macam ni pun cukuplah. Saya puas. Walaupun balasan secara fizikal adalah seperti mustahil untuk saya kenakan kembali kepada mereka. Allah tu ada. Nanti biar Dia yang balaskan.

Nota 2: Nak kata apapun katalah. Saya tak kisah. Saya menyatakan prinsip dan pendirian saya. Anyway, ini dunia saya. Siapa kecoh nak bangkang semula perkara 1 hingga 5 tu, buat di dunia masing-masinglah. Saya tak harap ada yang menipiskan lagi threshold level saya dengan perkara-perkara yang cukup irritating ni.

Nota 3: Saya manusia biasa. Saya pun berhak bersuara dan marah.