Thursday, January 28, 2010

Aku Perlukan


Aku Perlukan Kekuatan

Ya Allahu Ya Aziz,
Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.

Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,

Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.



p/s: aku mahu sekuatmu abi, kuat menghadapi hari-hari mendatang yang penuh cabaran dan dugaan dalm membesarkan kami...

sumber :www.iluvislam.com

Friday, January 22, 2010

Warkah Kasih Buat Kamu

Alhamdulillah, di dalam kesibukan saya, masih sempat untuk mengisi utaian manik-manik di lembaran ini. Pasti ada antara para sahabat yang menunggu buah tangan terbaru saya. Terima kasih untuk itu.
Untuk entry kali ini, izinkan saya berkongsi warkah kasih ini yang ditulis sebagai menemani kedukaan seorang sahabat lama yang sedang meratapi pemergian abang tercinta. Mudah-mudahan sedikit terubat kelaraan Qalbunya menahan tusukan halus jarum kesedihan ini.
Inilah isi kandungan Warkah Kasih Buat Kamu Muhammad Khalid
Buat teman Ku dikasihi,

Bangkitlah...
Baik buruk perjalanan hidup kita di atas hamparan duri dunia, masih ada lagi yang sudi menghulur tangan, memberi kasih dan sayang, dan turut merasai keperitan diari tersurat, memberi harapan di sebalik tersirat. Tiada hati paling sempit daripada manusia yang alpa mengingati Allah, tiada jiwa paling resah daripada manusia menggantungkan hatinya selain kepada Allah Taala.
Tidak cukup dengan apa yang ada, dan terus haloba dengan apa yang tiada.
Wahai teman...
Aku mengerti dengan apa yang sedang menimpa dirimu. Aku bisa merasai kesedihan demi kesedihan menimpa dirimu. Jatuh, dan jatuh lagi. Hinggalah kamu bangkit dalam perjuangan hidup yang telah menelan ramai manusia yang kering daripada rahmat Ilahi. Di saat kamu bangkit, tiada siapa yang sudi ambil tahu dan mahu. Kepulangan abangmu tersayang ke rahmatullah menambah lagi liku-liku hidupmu, menambah lagi bebenan yang sedia ada. 
Aku tahu, aku mengerti...
Saat aku menulis  ini, mungkin engkau masih meratapi pemergian abangmu tercinta. Namun kamu tidak perlu bersedih, kerana masih ada aku dan teman-teman yang setia di sisi. 
Abangmu yang telah meninggalkan kenangan indah bersamamu sebagai anak lelaki harapan keluarga. Kenangan yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hidupmu. bercindai, tawa, suka, ukiran senyuman dan semua yang ada pada arwah abangmu akan menjadi ubat di saat kamu merindukan belaian seorang abang darinya.
Maafkan aku teman. Andai di saat aku menikmati keindahan pelangi cinta dan kasih bersama insan tersayang di sisi, tidak pula dirimu yang dipaksa menongkah kedingingan dan kepanasan mehnah keseorangan tanpa bumbung menangkis kerakusannya merobek jiwa kecilmu.
Sebenarnya, arwah abangmu jua tidak mahu perpisahan ini berlaku di saat kamu perlu bangkit meredah, membaca suratan dunia yang berpuakan ini. Namun Tuhan berkehendak lain. Bukan kerana Dia benci kepada abangmu tapi karena Dia menyayangi abangmu dari yang lain. Dia tidak menghendaki abangmu menderita dengan menahan rasa sakit yang berpanjangan. Aku yakin, itulah jalan yang terbaik bagi abangmu. Kerana Dia selalu memberikan yang terbaik bagi Hamba-Nya.
Engkau tidak perlu menyesal dengan semua yang telah berlaku sepanjang pemergian abangmu mengadap Tuhan Esa, kerana aku yakin kalau semua itu akan menjadi keinginan abangmu yang terakhir. Aku mengerti perasaan itu tidak bisa dibohongi, apatah lagi menyembunyikan kebenarannya. Aku tahu engkau sangat kasihkan arwah.
Ingatlah Allah di kala dukamu ini.
Tiada Syurga paling indah tika hidup di dunia melainkan ketabahan semasa rebah, kesabaran semasa meredakan baran. Tiap-tiap saat di titisan keringat itu meluaskan lagi hamparan istana di Syurga akhirat-mu nanti. Ingatlah Dia, pasti Dia memandang keperluanmu di kecercaan menakutkan ini. Ujian ini, adalah tanda kasih dan cinta-Nya kepadamu. Dia telah memilih dirimu antara seribu. 
Hargailah untuk kamu berubah.
Wahai teman...
Jujurnya, aku sepatutnya berasa dengki dengan keadaanmu. Aku tidak pernah teruji seperti apa diuji kepada dirimu ini. Malam pasti berlalu, bebelengu pasti patah. Dunia ini tidak pernah membiarkan seseorang hidup kekal, dan tidak pula membiarkannya dalam suatu keadaan yang beerti. Kamu mesti keluar dari kepompong ini secepat mungkin, demi janji-janji Ilahi kepada setiap hamba-Nya. Kamu pasti...
Katakanlah kepada kaum Badwi itu, sesungguhnya engkau telah dibebaskan dari perjalanan di malam hari yang kelat, gelap gelita yang pekat dan dari menempuh padang sahara yang jauh, panas lagi meletihkan. Tinggalkan kisah silam yang menjenuhkan itu. Mulakan langkah sekali lagi.
Kita pasti bangkit.
Engkau tidak perlu meminta maaf. Sebelum helaan nafas terakhir abangmu, dia sudah memaafkan dirimu. Justeru, mulakan diari hidupmu yang baru, simpanlah diari lama ini agar ianya masih segar diingatan, yang sudi menemanimu, mengagahi langkahmu, dan menjadi tempatmu bermanja senda.
Kini abangmu telah pergi. Terimalah hakikat takdir-Nya. Tentu arwah tidak akan kembali melakar diari baru bersamamu. Engkau adalah engkau.

Bangkitlah...

--eelya khadeeja--
Peraih Cinta-Nya

Thursday, January 21, 2010

Kalau Suamiku Seorang Ustaz

Sejak petang semalam, saya terfikir-fikir tentang satu perkara ini. Ini semua ilusi saja. Yang saya bayang-bayangkan. Bukannya betul-betul terjadi. Apa yang saya fikirkan ini memang tidak berapa munasabah sangat tapi tidak mustahil boleh terjadi.

Saya terfikir, kalaulah saya berkahwin dengan seorang ustaz, satu hari nanti dia melarang saya menulis blog. Kata dia, blog ni banyak yang direpekkan daripada kenyataan. Uish. Mati kutu saya nanti.,  sebabnya blog ini lah tempat saya kongsikan segal-galanya, tempat yang boleh saya kongsikan susah payah suka duka hidup menumpang di negeri orang dulu, tiba-tiba disuruhnya berhenti menulis. Uuuu… Apa saya nak buat masa tu nanti? Pilih blog atau pilih suami? Haha.

Lagi, saya terfikir. Mahukah seorang ustaz menerima cara saya seadanya? Saya ni biasa-biasa saja orangnya. Saya bukannya bertudung labuh bulat. Saya bertudung segitiga berbidang 60 sahaja. Saya takut, mula-mula nak kahwin tu mungkin dia tidak kisah. Mungkin katanya, asalkan lengkap berstokin, pandai jaga adab, itu sudah mencukupi. Tapi dibuatnya lepas kahwin nanti disuruh memakai tudung labuh bulat, saya mesti macam terkena renjatan elektrik. Mungkin saya belum bersedia untuk berimej begitu atas tuntutan status saya pada masa ini. Hmm… Entahlah. Pening kepala bila fikirkan hal ini. Huhu.

Lagi, saya terfikir. Bolehkah nanti untuk saya menyesuaikan diri dengan keluarga dia yang baik-baik semuanya. Maksud saya, kebanyakan ustaz mempunyai latar belakang keluarga yang dihormati dan disanjung oleh masyarakat setempat. Dibuatnya saya berkahwin dengan ustaz, di universiti nanti saya dilihat bersama pelajar lelaki duduk semeja berbincang tentang pelajaran, nanti maruah keluarga suami saya pula yang disebut-sebut. Katanya, apa punya menantulah yang keluarganya miliki. Saya tak mahulah hal itu terjadi. Tak pasal-pasal nama baik keluarga mereka tercemar. Dilema betul bila hal itu terjadi.

Lepas tu, malam tadi saya tidak lelap tidur. Sudah pukul 3 pagi tu, saya terjaga terus. Saya terkebil-kebil saja. Sekali lagi lamunan saya pasal berkahwin dengan ustaz ni kembali menjelma. Kalaulah dibuatnya saya kena berkahwin dengan ustaz, ada banyak kelebihan yang saya akan dapat. Setiap hari dapat mendengar dia mengalunkan Al-Quran dengan bacaan yang merdu. Oh. Memang impian hatiku. Kalaulah dia seorang Haafiz Al-Quran, lagilah banyak kelebihannya. Bila berjemaah bersamanya, dia boleh membaca surah-surah yang lebih panjang dengan alunan ala-ala kebanyakan para Haafiz gunakan. Suka betul saya.

Tapi, orang biasa yang bukan seorang ustaz pun ramai yang boleh mengalunkan Quran dengan merdu. Ramai yang hafal surah-surah panjang untuk dijadikan bacaan dalam solat. Ramai yang baik-baik. Cuma status mereka bukan ustaz saja.

Oklah. Tamat di sini saja repekan di petang hari ini, sekadar mengisi masa rehat sebelum menunggu solat magrib. Mimpi apalah agaknya kalau saya betul-betul bersuamikan seorang ustaz ya?


Nota 1: Jari jemari tidak mampu bertahan lama apabila tidak melakukan senamannya( berbloging) huhu....

Nota 2: Ini adalah entry pertama yang saya labelkan soulmate...

Nota 3: Takziah buat keluarga teman baik saya Muhammad Khalid Bin Shahruddin, ynag kehilangan abg tercinta kerana menghidap luekimia, semoga roh dicucuri rahmat..amin

Monday, January 18, 2010

Berehat Seketika

Assalamualaikum wbt,

maaf atas kelewatan saya mengupdate kan teratak usang yang sudah bertimbun-timbun dengan debu ini,

terlalu banyak perkara baru berlaku dalam hidup saya seminggu dua ini, persekitaraan baru, rutin harian yang baru, sahabat yang baru, orang baru disisi, arghhh dan macam-macam lagi, yang menuntut saya untuk mengutamakan yang utama...

namun saya tahu ada diantara pembaca yang tidak jemu membuka teratak usang ini untuk menantikan khabar terbaru dari saya, maaf buat kalian ternanti-nanti...

sekadar untuk pengumuman, teratak ini akan berhenti seketika dari produktivitinya, mungkin sebulan, dan mungkin 2 bulan dan mungkin satu semester pengajian saya yang baru hendak bertatih ini....semua bergantung pada keadaan, cuma apa yang pasti tiada artikel terbaru mahupun entry baru mengkhabarkan pada kalian semua akan kondisi diri ini, kerana kesibukkan telah membataskan segalanya, andai ada sesuatu yang saya perlu beritahu, insya Allah saya akan SMS kan pada kalian, mahupun update secara ringkas di Facebook mahupun twitter.

sekadar pemberitahuan, saya tidak mahu pembaca semua terus ternanti-nanti...

saya tahu penantian itu satu penyiksaan...


Salam sayang buat semua pembaca, saya sentiasa berdoa kalian semua sentiasa berada di bawah perlindungan dan rahmat-Nya..

Saturday, January 02, 2010

Cerita 2009 ( Edisi Pertama)

2009 dan saya : Apa Ertinya?

Sekejap sahaja rasanya masa berlalu, teringat kembali detik malam 11.59mlm, orang ramai berkumpul menanti detik sambutan tahun baru di serata tempat. Ada yang berkumpul di KLCC, ada di dataran merdeka dan banyak laagi tempat lain. Tak kurang juga yang mengambil kesempatan dan peluang yang ada sempena sambutan tahun baru ini untuk menyaksikan pertunjukkan bunga api dengan penuh bercahaya.

Namun bagi saya, lebih selesa untuk saya berehat di rumah dan melihat semua sambutan itu hanya melalui siaran televisyen sahaja. Memikirkan percampuran antara lelaki dan perempuan yang tiada batas dengan keadaan larut malam dan merbahaya, antara faktor penyebab saya tidak pernah menyertai mana sambutan tahun baru di luar. Bagi saya perubahan tahun seperti 2008 ke 2009 dan 2009 ke 2010 hanyalah satu peralihan angka, bukan lah satu sambutan yang perlu diraikan seperti Awal Muharam. Saya tidak membalas mana-mana sms tahun baru yang diberikan mahupun menerima mana-mana ajakkan sahabat unutk keluar menyambut tahun baru, maaf andai ada yang berkecil hati. Program Task Force anjuran KARISMA yang dijadualkan pada malam tahun baru juga saya biarkan sahaja.

Cuma, apa yang membuatkan saya ingin menulis mengenai 2009 ini adalah kerana....

2009 sangat membawa erti dalam kehidupan saya, kehidupan saban hari dilalui dengan memikul tanggungjawab sebagai anak, daie, pelajar, kakak kepada 5 adik-adik, dan hamba Allah. Sesungguhnya peristiwa sepanjang 2009 yang berlaku secara terancang mahupun tidak telah mendewasakan saya unutk berfikir lebih rasional, bercakap dengan penuh hikmah, bertindak dengan penuh sopan, bekerja dengan penuh ikhlas dan menyedarkan saya akan besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul saban hari serta Allah swt itu cinta yang Agung Seagungnya..

Andai ada yang bertanya kepada saya, saat manakah dalam frasa hidup saya ingin saya kenang dan terindah?

Pantasnya saya pasti menjawab: sepanjang 2009 adalah jawapannya.

Nota 1: Insya Allah akan ke Kompleks PKNS petang ini, sekadar meluangkan masa untuk adik-adik yang akan kembali ke asrama meneruskan sesi persekolahan 2010.

Draf Cerita 2009

Terkini Dari Keyboard Dunia Khadijah

Masih dalam proses menyiapkan satu entry bertajuk Cerita 2009

Cerita 2009, merupakan hadiah saya buat semua pembaca setia  "Dunia Khadijah"

Antara is-isinya..

  • 2009 dan saya : Apa ertinya?
  • Apa suka dan duka sepanjang 2009
  • Cerita Kedai kopi sepanjang 2009
  • Azam 2009 saya bagaimana?
  • Apa sepatutnya berlaku pada 2009?


dan bermacam-macam lagi peristiwa sepanjang 2009 yang berlaku dan meninggalkan kesan pada saya...insya Allah saya coretkan ikhlas buat tatapan semua...


Nota 1: Tema blog yang baru, berubah kepada sesuatu yang lebih simple dan kemas

Thursday, December 31, 2009

2010



Sekadar renungan untuk sahabat....selamat tahun baru, ayuh jadikan tahun 2010 ini lebih baik dari sebelumnya...


Perhimpunan Karisma Nasional 2009

Tanpa bekalan, pendakwah mudah gugur

a
BUKIT DAMANSARA, 26 Disember - Seorang pendakwah muda perlu menyediakan dirinya dengan pelbagai ilmu dan ketrampilan kerana tanpa bekalan secukupnya, cabaran dan tekanan akan menjadikan dirinya mudah tergelincir dari landasan dakwah. Antaranya adalah ilmu berkaitan apa yang hendak disampaikan dan cara penyampaiannya. Seorang pendakwah yang baik perlu memahami apa itu Islam dan tahu pula bagaimana hendak membuat orang lain tertarik untuk mendengar tentang Islam itu daripadanya.
Bekas Profesor Madya Fakulti Syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya, Ustaz Alias Othman menitipkan noktah tersebut dalam penyampaiannya berkaitan bekalan di jalan dakwah buat para pemuda bertajuk 'Persiapan Para Du'at Sepanjang Perjalanan Dakwah'. Beliau diundang membuat pengisian sempena Perhimpunan KARISMA Nasional (PKN) 2009 di Masjid Umar Al-Khattab di sini semalam.
a"Kedua-dua perkara ini (bahan dakwah dan kemahiran berdakwah) perlu ada pada diri anda semua, dan persiapannya adalah gabungan kaedah klasik dan semasa," bicaranya.

"Anda juga perlu menguasai ilmu yang mampu menentukan sama ada sesuatu perkara itu selari dengan syariat atau tidak, yakni memastikannya tidak bercanggah dengan nas, bersesuaian pula dengan keadaan masyarakat setempat (mudah diterima oleh orang awam), bersifat adil dalam mengkritik sesuatu dengan menyatakan keburukan dan kebaikannya sekali, tahu meletakkan keutamaan dalam melakukan sesuatu tindakan dan mampu berpegang kepada nas yang lebih selamat andaikata terdapat dua nas yang kelihatan saling bercanggah," jelas beliau lagi.

Bertolak dari situ, pendakwah perlu pula mahir melaksanakan operasi serta bijak dalam pengurusan dan keterampilan diri. Menurutnya, pendakwah ibarat doktor yang harus pergi kepada pesakit untuk merawatnya. Jadi dia perlu berketerampilan, umpamanya dari sudut psikologi dan bahasa.

Sungguhpun membincangkan perkara serius, para perwakilan yang mendengar kelihatan segar kerana penyampaian beliau dibantu pertunjukan multimedia menarik diselang-seli dengan jenaka bersahaja dan santai.

Agak lucu dan terpukul hadirin apabila Ustaz Alias yang diketahui menguasai ilmu agama dan syariah ini mengusik berkaitan isu bahasa, "Saya sangat sakit hati dan sakit telinga apabila mendengar orang menggunakan perkataan 'mereka-mereka' (sepatutnya 'mereka') dan 'para-para hadirin' (sepatutnya 'para hadirin')." Kemudian, dengan nada berseloroh, beliau menjelaskan 'para-para' adalah tempat ibunya menyimpan belacan ketika beliau masih kecil dahulu.

Ilmu lain yang harus dipelajari adalah ilmu berkaitan organisasi termasuk gerakan, pendekatan, visi, misi dan strategi dakwah serta ilmu berkaitan pengurusan.

"Selain itu, anda juga perlu tahu tentang Islam dan musuh Islam, masyarakat dan komunikasi. Ertinya, kalau kita nak sampaikan Islam, kita kena tahu apa itu Islam, bak kata pepatah, 'minta sisik pada haruan, minta sengat pada keli.' Jangan minta sisik pada keli, atau minta sengat pada haruan," katanya.

aBeliau mengingatkan perwakilan supaya menguatkan hubungan dengan Allah dalam menghadapi tekanan-tekanan yang mendatang. Persediaan bagi membina daya tahan diri, fizikal dan kewangan juga amat penting bagi mengekalkan stamina perjuangan, di samping memastikan wang yang digunakan halal dan dapat diurus dengan baik.

"Hiduplah secara sederhana, berbelanjalah di bawah paras kemampuan dan didiklah keluarga berjimat cermat. Akhirnya, buatlah simpanan kekal walaupun sedikit, buat perancangan kewangan bulanan dan elakkan pembaziran," katanya lagi.

Pada usia 68 tahun, Ustaz Alias tampak masih bertenaga dan intonasi suaranya tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan 20-30 tahun yang lalu. Formula beliau ialah sentiasa bersemangat memperjuangkan kebenaran serta yakin dengan pertolongan Allah.

Perhimpunan KARISMA Nasional 2009 pada 25-26 Disember tahun ini menginjak usia 10 tahun penubuhannya dan tema yang dipilih ialah 'Sedekad Mengukuh Tekad'. Kira-kira 300 perwakilan hadir dalam PKN kali ini.




 

Tuesday, December 29, 2009

Cerita Kedua

Tersengguk-sengguk saya di atas kerusi malas menunggu adik saya yang diperiksa tekaknya oleh Dr.
" Alhamdulillah, keadaan adik awak semuanya ok, keadaan tekaknya sangat baik untuk dibedah" kata Dr
"Alhamdulillah. so Dr bila adik saya kena mula puasa" tanya saya pada Dr sambil melihat jam di dinding wad yang menunjukkan pukul 10.00 mlm.
"Mula pukul 12 la.." berbisik-bisik saya dengan adik.
" ok saya keluar dulu, kalau ada apa-apa boleh cari nurse, insya Allah nurse akan bagitahu saya, kalau nak solat kat sini kiblat arah sini  ( sambil mengangkat tangan ), takpun surau muslimat sebelah wad ni sahaja..assalamualaikum" balas Dr tu sambil  beredar dari wad.
Prosedur pemeriksaan diakhiri dengan jururawat memberi ubat tidur dan memeriksa tekanan darah adik saya untuk memastikan dia tidur awal dan mendapat rehat yang secukupnya..

Alhamdulillah, pantas sungguh ubat tidur itu bertindak...nyenyak farah tidur di atas katil hospital walaupun pada mulanya dia merengek-rengek mahu balik ke rumah mummy( ibu angkatnya). Lega hati saya...sekurang-kurangnya dia dapat rehat secukupnya, dan insya Allah tidak ada apa-apa masaalah berlaku semasa pembedahan esok.

Saya pula tidak berniat untuk kemana-mana, memandangkan sudah lewat malam dan saya berseorangan. Dengan keadaan sekeliling yang gelap dan bilik wad itu hanya ada saya dan adik, kerana tiada pesakit baru yang masuk..Saya teruskan masa-masa yang ada dengan membaca "Kisah Cinta Di Dalam Al-Quran". Setiap helaian diselak dengan kemas dan terpesona kerana setiap cerita cintanya sungguh agung...peristiwa yang berlaku di zaman Rasulallah saw, menceritakan bagaimana hebatnya cinta umat nabi terhadap Allah swt.


Sesekali melihat jam di dinding, arghhh sudah menghampiri pukul 3.00pg...sungguh tidak sedar, rupanya sudah 3 jam saya leka membaca. Mana tidaknya, dengan suasana air cond yang sejuk, keadaan bilik yang tenang dan sunyi. Sudah pasti menjadikan diri saya sangat selesa..Melihat keadaan sekeliling dengan 3 lagi katil wad yang tersusun kemas ( bilik wad adik saya sebenarnya untuk 4 orang) kerana tiada pesakit lain, membuatkan saya buat keputusan untuk tidur di salah satu katil yang ada.

Sebelum tidur saya ke tandas terlebih dahulu, perlahan-lahan memulas tombol pintu wad, supaya tidak mengejutkan orang lain yang dah tidur..perlahan-lahan berjalan kerana tiba-tiba saya diserang rasa pening ( tido lambat agaknya). Masuk tandas..berus gigi dan basuh muka..seram sejuk jugak keadaan bilik air hospital pagi-pagi ni...arghh saya buat-buat biasa je..Selesai sahaja saya berjalan balik ke wad adik saya, sebab pening sangat saya jalan sambik menunduk ke lantai sahaja...tak mampu pun nak angkat kepala...tiba-tiba

" Allah Huakbar, sakitnya,  " dengan tidak sengaja saya menjerit apabila dengan tiba-tiba sesuatu yang besar melanggar
" Maaf-maaf, saya tak perasan ada orang tadi" suara yang agak kasar membalas
Saya mendongak melihat apakah yang telah melanggar saya tadi, Alahmdulillah orang, bukan benda lain...hehe...tapi saya tergamam....

"Sakit ke" suara kasar itu bertanya...

saya masih tergamam...

"Awak sakit ke" diulang lagi soalan tu, kerana soalannya tidak berjawab
" Sakit sikit je, takde pe2..." saya spontan membalas untuk pertanyaan kali kedua...
" Maaf sekali lagi, saya betul-betul tak sengaja..biasanya waktu-waktu macam ni takde orang lalu kat sni..tu yang saya menonong jalan. tak perasan awak tengah berjalan bertentangan saya dalm keadaan lampu malap-malap ni "( waktu malam, jururawat akan menutup sebahagian lampu)  balas dia..
"Awak jaga pesakit ke? " tanya dia
"Haah, jaga adik saya..dia, insya Allah akan dibedah esok untuk buang tonsil nya.., erm..aaa..buat pe kat sni?" jaga orang sakit jugak ke? " tanya saya kembali
 "hehe, haah, jaga orang sakit, semua yang sakit kat sini saya jaga" dia jawab soalan saya dengan disertai gelak-gelak kecil.
" ha?, semua...(saya dengan keadaan pening kepala..bertambah kerut dahi,) ...aaaa, bair betul betul dia ni...ngomel saya
 " saya Dr la kat sni, sepatutnya bertugas siang tadi..tiba-tiba  malam ni kena oncall pulak, sebab Dr satu lagi ade kecemasan..tadi baru lepas rawat sorang  pesakit ni, tiba-tiba dia muntah darah, dia pun ada tonsil bengkak..sakit yang lebih kurang adik awak..cuma dia punya dah teruk dan dan mula bernanah di area tekak dia" panjang lebar dia memberitahu, dan seakan memahami kebluran saya sebelum ini kerana hanya memberi respon ha?, semua.
"oooo, tula saya pun pelik gak, awak cakap tadi awak jaga semua...saya pun tak faham jawapan awak tadi..., maklum la dah 3.00 pagi, saya pulak dari pagi tak tidur lagi..otak pun dah slow sikit..ditambah pulak pening kepala ni makin menjadi-jadi" balas saya unutk mempertahankan diri yang jelas nampak blur pada ketika itu.
Perbualan kami berakhir, dengan dia menyuruh saya tidur di ruang solat wanita, bersebelahan wad adik saya...katanya keadaan lebih selamat berbanding tidur dalam wad...

Saya ikutkan sahaja nasihatnya, memandangkan dia lebih arif dengan keadaan di hospital tu.

saya lapikkan kepala dengan beg tangan saya dan beralaskan sejadah...

Tiba-tiba...

Satu panggilan dari talipon bimbit saya...

diteliti no si pemanggil nya..

tidak bernama...bererti saya tidak menyimpan no yang mendail tersebut..

Saya angakatkan je, mungkin kawan-kawan yang guna no orang lain dan ada kecemasan atau benda penting...

"Assalamualaikum, sape ni?" tanya saya dengan rasa ingin tahu...

" Walaikumsalam, ni ***** , saya Dr yang terlanggar awak tadi...sori ganggu, saya dapat no hp awak dari fail adik awak, lupa nak pesan tadi... kunci pintu surau tu...jangan bukak selagi tak subuh, jaga diri baik dan ada apa-apa boleh cari saya dekat bilik Dr di hujung laluan nak ke wad adik awak" dia membalas
"oo...ok2..insya Allah takde pe2 akan jadi...subuh pun tak lama lagi, syukran bagitahu" balas saya.
Saya hanya dapat lelapkan mata untuk sejam sahaja, asyik-asyik terjaga...mungkin kurang selesa kerana bukan dirumah...selesai subuh, saya kembali ke wad adik, kejutkan dia untuk solat...

Buat ni buat tu, masa berlalu...jam sudah masuk pukul 8.30 pagi...Adik saya akan ke dewan bedah pada pukul 9.00pg..

Saya iring adik bersama 2 lagi jururawat ke dekat bedah di tingkat bawah..., buka sahaja pintu lif...Ya Allah, terserempak lagi dengan pemilik suara kasar itu..dia jelas kelihatan seakan-akan gembira dengan pertemuan tidak dijangka di dalam lif itu...

Memang tak boleh nak elak lagi dah, kerana iut lah satu-satunya laluan ke dewan bedah, jadi....Masuk dalam lif..buat seperti biasa., saya hanya menunduk melihat lantai lif tanpa menyapanya yang seakan-akan ingin berkata sesuatu pada saya...

Selesai adik saya di masukkan ke dewan bedah, saya pula menunggu diruangan menunggu..

Tiba-tiba...

Masuk Mesej...
Selamat pagi,  segan pulak nak tegur awak dlm lif tadi..semoga adik awak selamat dan sihat lepas dibedah nanti...ingatkan dia untuk 2 3 hari ni selepas bedah, jangan makan benda panas-panas dan pedas..biar tekak tu rehat sekejap....lain masa jumpa lagi ^_^..harap-harap...hehe
 Mesej itu saya baca dan biarkan tidak berbalas, tidak ada sebab untuk saya terus membalas dan saya sebenarnya sedikit marah apabila dia menyalah guna kan fail adik saya, dengan mengambil no hp saya melalui fail tersebut..walaupun niat dia mgkin ikhlas untuk berkawan..cuma bagi saya kaedahnya sudah tidak kena..

Maaf ea, kerana tuan Dr telah berjumpa manusia yang pelik macam saya...

Manusia yang sangat pelik tatkala berhadapan dengan lelaki bukan muhrim yang cuba mendekatinya..

Bukan kerana saya anti lelaki..

tapi.....saya takutkan yang di Atas....bukankah sesuatu yang kita buat andai tiada tujuan...benda itu jadi sia-sia?

Bukan kah...dalam dua manusia bertemu, jika mendapat tindak balas antara keduanya..dengan mudah pertemuan buat kali kedua menjengah?

Arhh...saya tidak mahu memulakan sesuatu yang memudahkan saya menghampiri zina...


So tuan Dr...boleh jelaskan apa tujuan untuk membalas mesej dan menjawab panggilan awak?

 Hentikan dari terus sms saya dengan mesej-mesej kosong mahupun sekadar mahu *****.....


Bukan kerana dia Dr mahupun apa....sesiapa pun yang buat begitu, Dr ke, polis ke, kawan ke, ..sama effectnya dari saya...

Alangkahnya Hidup Bersyariat...

Gunakan cara yang betul, insya Allah saya ok..feedback nya pun ok...

Nota 1: Dua orang dengan pekerjaan yang sama..tapi akhalak dan jati diri yang berbeza..

Nota 2: Hanya tinggal satu lagi cerita yang saya berhutang dengan pembaca, mengenai Perhimpunan KarismA Nasional 09...nantikan pada entry akan datang...Insya Allah

Sunday, December 27, 2009

Because You Loved Me





For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right

For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful, baby

You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through
Through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me

Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me, ooh, baby

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach


You stood by me and I stood tall
I had your love, I had it all
I'm grateful for each day you gave me

Maybe, I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because
I was loved by you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me

Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You were always there for me, the tender wind that carried me
The light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration through the lies you were the truth
My world is a better place because of you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me

Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me


Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me

I'm everything I am
Because you loved me

Catatan Hujung Minggu

Alhamdulillah di kesempatan yang ada ini, dapat saya berkongsi sesuatu di ruangan ini buat kalian semua.

Kiranya ada tiga cerita yang saya masih berhutang dengan sahabat semua.

Cerita pertama: Student Portal
Cerita kedua: Pengalaman semalam di Hospital Serdang
Cerita ketiga: Perhimpunan Karisma Nasional 2009

Insya Allah saya akan mulai dengan cerita pertama sahaja dulu..


STUDENT PORTAL

Entry sebelum ini, pernah saya ceritakan dalam keadaan emosi marah kepada sistem yang ada dalam student portal. Ini juga berkaitan rapat dengan service yang diberikan sebahagian staff yang bekerja di zone 17 (UiTM Shah Alam), dan juga bantuan dari staff UiTM Puncak Perdana.

Saya tidak mahu ulang kembali apa ceritanya, cuma untuk cerita terkininya, masaalah untuk saya log in student portal telah diselesaikan. Dimana, saya tidak dimaklumkan sepanjang saya bercuti 1 semester ( semester lepas), akaun student portal saya selaku pelajar UiTM Puncak Perdana dibekukan. Jadi, seperti biasa sampai sahaja tarikh yang dinyatakan pihak UiTM untuk pelajar-pelajarnya mendaftar iaitu pada 21 Dis 2009, saya seperti kebiasaannya cuba untuk mendaftar untuk kelas bagi semester 3 ( kerana saya mengambil cuti sem khas lepas di sem 3). Namun saya tidak dapat log in student portal seperti kebiasaannya. Naik pening dan pusing kepala saya memikirkan apa yang tak kena dengan student portal uitm ni...setelah berpuluh-puluh kali mencuba..saya yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem ni, ( mungkin nama saya sudah tidak ada dalam sistem?) kecut perut jugak memikirkan...jika takde..macam mana la saya lepas ni...

Saya cuba menghubungi pihak pentadbiran UiTM Puncak Perdana, Explain sebaiknya pada mereka, saya tentang status saya yang bercuti khas pada semester lepas dan mahu mendaftar untuk sem baru ini tapi tak boleh nak log in student portal untuk pendaftaran kursus. Pn Ramlah selaku staff yang bertanggungjawab di bahagian pentadbiran bagi pelajar IS222. Minta saya refer ke UiTM Shah Alam kerana akaun saya dibekukan dan saya sendiri perlu sahkan sendiri dengan staff uitm sana untuk kembali sambung belajar bagi sem akan datang ini dan mereka akan menukarkan status saya

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, cuma yanag buat saya 'geram' prosedur-prosedur nya yang menyusahkan pelajar dan sakit menyulitkan kerana perlu melalui banyak staff bermula dengan opertor talifon kemudian staff ini, staff itu dan akhirnya baru dapat berbicara dengan yang sepatutunya. Memang kena ready la dengan duit topup yang banyak..

Selesai di Shah Alam, saya kena talifon kembali En.Kamil ( Penolong Pendaftar) di Puncak Perdana untuk minta dia reset kan pasword saya dan gantikannya dengan yang baru. Alhamdulillah selesai sudah walaupun banyak birokrasi perlu ditempuh.

Bila dapat sahaja log in student portal pada 23 Dis lepas..lega yang tak terhingga, pertamanya saya dapat mendaftar, keduanya status saya masih kekal sebagai pelajar UiTM Puncak Perdana. Dengan berianya untuk mendaftar kelas, saya terkejut! sebabnya dalam sistem hanya subjek sem 4 untuk IS222 sahaja ada dalam sistem untuk didaftarkan...status saya pun yang sepatutnya di semester 3 tapi dalam sistem ada di sem 4. Ya Allah masih tak selesai lagi, saya terus talifon Pn. Ramlah kembali.

Dia tak dapat menbantu ketika itu kerana ada masalah dengan sistem, namun dia berjanji akan cuba pada keesokkan harinya, dengan percakapannya yang begitu baik berbanding staff di UiTM Shah Alam memberi sedikit kelegaan pada saya. Pn. Ramlah berjanji masalah saya kan selesai setelah menukar kan kembali pelan pengajian saya sahaja di dalam student portal.

pada 24 Dis 2009 sebelum bertolak ke Masjid Umar Al-Khattab saya cuba log in student portal..Senyum panjang dibuatnya.. Alhamdulillah selesai sudah masaalah dengan student portal saya serta pelan pengajian saya.  Saya sudah boleh mendaftar untuk subjek-subjek sem 3..cuma ada 2 3 subjek yang masih tidak ada kelas, saya kena "KIV" kan dulu. dan subjek untuk bahasa tambahan pilihan yang ada hanya lah bahasa perancis.. sedangkan saya mahu mendaftar bahasa jepun. Saya biarkan dulu, kerana saya sudah mendaftar subjek-subjek yang lain. Insya Allah minggu depan, bermula kelas, saya sendiri akan ke pejabat dan berjumpa terus denga Pn.Ramlah, ini lebih mudah..Insya Allah

Saya berdoa segalanya dipermudahkan, dengan hari yang tenang saya dapat pergi ke Perhimpunan Karisma Nasional ( PKN) yang ke-9. Alhamdulillah

Nota 1: PKN ini adalah PKN yang pertama saya sertai, sekadar pemerhati. Sungguh tidak sabar rasanya melihat semua perwakilan dari hampir kesemua universiti di Malaysia berbahas. Ayuh sedekad mengukuh tekad..
Nota 2: Ingat lagi tak soalan saya di nota 2 pada entry lepas? " Nota 2: Jika anda diajukan soalan...siapa yang anda paling sayang antara ibu dan ayah anda, anda hanya boleh memilih salah seorang dari mereka...siapa yang anda akan pilih?. jika saya, sudah tentu saya tiada jawapan, kerana saya rasa kan kedua-duanya sama, sayang saya pada mereka tidak ada lebih dan kurang..moga mereka sentiasa dimurahkan rezeki dan mendapat keredhaan Allah swt sentiasa..

Thursday, December 24, 2009

Sedikit Dalam Masa Yang Singkat

alhamdulillah...sehari dua ini saya begitu terkejar-kejar melakukan banyak tanggungjawab yang diamanahkan pada saya...ada masanya semua dikehendaki dalam masa yang sama


amanah dari seorang ayah kepada anaknya,

amanah mummy ani untuk jaga farah di hospital selayang,

amanah saya menguruskan perniagaan buku abi, 

amanah dan tanggungjawab saya selaku hamba Allah swt di bumi penuh barakah ini....


amanah mendidik adik-adik ketika umi dan abi bekerja...

dan seribu satu amanah selaku pendakwah, sahabat, jiran, anak, kakak, dan bakal pelajar...


namun syukur ke hadrat illahi...saya dengan segala kekurangan yang ada mencuba yang terbaik untuk semua amanah ini, kerana saya tahu ia akan di hisab kemudian...

cuma doakan saya berterusan dengan semanagat dan ikhlas dengan semua ini.

Diikutkan jari dan minda ini, saya ada dua tiga catatan untuk digarab dan dikongsi buat sahabat semua...cuma keadaan saya agak letih mencantas masa saya untuk jari-jemari ini terus mencoretkan catatan tersebut...

Dengan keadaan badan yang letih ( saya baru sahaja pulang dari Hospital Selayang) sejam yang  lepas iaitu pada 12.46 am....setelah selesai giliran saya menjaga adik yang baru selesai menjalani pembedahan pembuangan tonsil pada pagi semalam...membuatkan saya letih...saya tertidur diatas kerusi secara duduk ketika menunggu adik, ditambah pula keadaan hospital yang terlalu sejuk dengan penghawa dingin satu pakej yang lengkap untuk saya sakit pinggang. Namun terus digagahkan...kerana saya perlu menhadiri PKN 09 ( Perhimpunan Karisma Nasional ) di Masjid Umar Al-Khattab dari 24-26 Dis 2009.

Mohon sahabat berdoa agar kesihatan saya bertambah baik dan segala program dikemudian ini berjalan dengan lancar.

Nota 1: Ketika di Hospital Selayang, sedikit pengalaman dapat saya pelajari disana, insya Allah akan saya kongsikan kemudian.
Nota 2: Jika anda diajukan soalan...siapa yang anda paling sayang antara ibu dan ayah anda, anda hanya boleh memilih salah seorang dari mereka...siapa yang anda akan pilih?
Nota 3: Insya Allah esok kami perwakilan dan pemerhati dari UiTM Segamat untuk PKN 09 akan berkumpul terlebih dahulu ke KL Sentral sebelum bertolak ke lokasi PKN. Harap segalanya berjalan lancar dan selamat sampai.

Monday, December 21, 2009

Student Portal

Assalamualaikum wbt...

21 Disember 2009-tercatat kemas dalam diari harian saya , tarikh ini saya catatkan untuk ingatkan saya supaya mendaftar kelas secara online di student portal (UiTM)...

setiba harinya...saya cuba membuka website UiTM

Alhamdulillah prosesnya mudah, "mungkin student-student lain tak online lagi"getus hati saya..

namun setibanya di bahagian untuk log in student portal untuk masukkan login id dan pasword saya

arghhhhh....

LoginID atau password anda tidak sah.
Sila Login semula...
Klik Disini


geram jugak la....


ape yang salahnya!!
sistem ni yang tak betuk ke? aku yang lupa pasword...
adoyai.....


ade dekat 20x la jugak saya cuba...
resultnya sama..


mula la mengomel sorang2...


sudahnya saya cuba talifon no bantuan yang diberi UiTM sekiranya ada masalah dengan student portal dan id loginnya....


tahu tak apa yang buat saya naik angin??

talifon no yang uitm bagi dekat 10x tak berangkat....
asik-asik staff sibuk....

saya berhenti sekejap..
sambung buat kerja2 rumah...

20minit kemudian...
try kol lagi....

perkara yang sama jadi....
staff sibuk lagi...

kalau dah sibuk jangan letak no tu...senang...

try kol no lain lak...

kot2 boleh explain kat saya kenapa tak boleh masuk student portal guna id dan pasword saya..
ade kaitan ke dengan saya ambil cuti 1 semester pada sem lepas??
..jadi sebab student portal saya tak aktif??
atau ade masaalah lain?

berkali-kali jugak la...
tak bersambung atau pun ke peti simpanan suara...
adoi....

akhirnya untuk kali ke 15..yer...kali yang ke 15 baru dapat...jangan tak caya...
saya story dengan diorang situasi saya...
jujurnya, dah la tak mesra student langsung staffnya...
dengan senangnya, boleh cakap...oooo...staff yang patut handle masalah awak ni tengah cuti...

awak kol esok jela...senang sikit...
saya tanya balik...dia sorang je ke yang handle...
orang alin tak de ke?

staff tu jawab...

ha, dia jer...

Ya Allah....memang menguji tahap kesabaran,...
nampaknya hari ni masih tak boleh daftar lagi....

insya Allah...esok saya akan cuba solve masaalah ni..

cuma tunggu dan lihat...

Friday, December 18, 2009

Bang, saya dah berhenti couple tapi...

cinta kita, atas apa kita membinanya?

Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.
Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan.
Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu.

Bukan mengharamkan cinta
Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.
Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.
Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.
Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.
Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.

Rindu sangat
Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.
Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.
“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”
Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.
Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.
Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.
Tak ada masalah.

Ingat Allah
Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.
Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.
Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?
Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?
“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”
Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?

Kena serius la
Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:
1. Serius nak dapat redha Allah.
2. Serius nak bercinta dengan betul.
3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.
4. Serius jaga maruah dan harga diri.
5. Serius segala perkara.


Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.

Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?
Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?
Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?
Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?
Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?
Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”
Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?
Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.

Penutup: Teruskan kejayaan anda
Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.
Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?
Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.
Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?
Aha…
Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.
Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.

Nota 1: Masih ingat lagi tak, tentang pelawaan yang saya bagitahu dalam entri tentang kursus KESEDAR, pelawaan itu ialah tentang satu program yang akan diadakan di Thailand. Kebetulannya salah satu penceramah untuk program kesedar itu adalah pengasas rumah anak yatim di Thailand, Uncle Wan Rahman.. Uncle wan merancang adakan program pelajar IPT bersam anak yatim di Thailand, dia mempelawa saya sebagai salah seorang fasilitator..Alhamdulillah...pelawaan yang sangat-sangat saya nantikan...dan insya Allah jika tiada apa-apa maasalah cuti semester depan saya akan berada di Thailand seminggu lebih untuk mengajar anak-anak yatim disana tentang penggunaaan komputer.