Friday, May 15, 2009

SETITIS AIR MATA IBU


Mari isi masa cuti anda dengan program yang berfaedah
Buat Semua sahabat kita jumpa disana.....

(update 18 mei 2009)
Selesai ...
Sedikit perkongsian buat semua sahabat pembaca sekalian..

Alhamdulillah perancangan saya untuk menghadiri talkshow ini berjalan dengan lancar, kami
( saya, afiqah, layyinah (adik perempuan saya) dan syuhadah (adik perempuan afiqah) selamat sampai di Masjid Shah Alam tepat pukul 9.30.

Ya Allah sangat terkejut melihatkan keadaan dewan kerana sudah dipenuhi orang ramai..samapaikan ada yang berdiri kerana kerusi tidak cukup. Kaum muslimin juga tidak ketinggalan mengikuti program tersebut.

Majlis dimulakan agak sedikit lambat kerana Ustaz Hasrizal dan Dr Rubiah menghadapi kesulitan mencari dewan yang mengadakan program talkshow ni. Itu bukan yang saya nak ketengahkan disini, sebab kami sendiri juga pada mulanya tersesat juga, kerana terkeliru dengan kursus kawin, kelas agama dan bayak lagi aktiviti lain yang jadi aktiviti mingguan di m asjid shah alam.

Jika tanya saya tentang pegisian? Macam-macam saya dapat dari mula majlis sampai habis.. Isu yang dikupas merangkumi untuk bapa, ibu, dan anak2-anak.

mungkin jika pembaca di website Ustaz Hasrizal (www.saifulislam.com) anda akan dapat pegisian yang lebih jelas lagi tentang pegisian talkshow ini.

Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Lahir

Johor>Selangor> Pinang> Perlis ( saya tangguhkan dulu entry ni )
insya Allah saya akan ceritakannya kemudian.

Entry ni khas buat sahabat-sahabat yang menyambut kelahiran pada bulan Mei

Maaf atas kelewatan mengucapkan hari lahir buat kalian semua kecuali nurul akmal., kamu saya terlebih awal, takut nanti saya terlupa. Moga kamu, kamu dan kamu berjaya dalam bidang yang diceburi serta peroleh kejayaan dunia dan akhirat. Moga kamu, kamu dan kamu juga sentiasa dibawah rahmat & perlindunganNya. Sesungguhnya saya sebagai sahabat hanya mampu doakan kalian sentiasa sihat dan mendapat sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kalian

*Muhammad Khalid ( 6 Mei 1988 )
*Muhammad Nurul Akmal ( 30 Mei 1988)
*Hamizah Hashim ( 13 mei 1987)

disini saya kongsikan khas buat kamu bertiga apa yang saya jumpa. Jika kebetulan pembaca juga berkongsi tarikh yang sama macam sahabat saya sila-silakanlah baca. Ciri peribadi seseorang menurut tarikh lahir

**

6, 14 & 27

Mereka merupakan pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan mereka disegani.Dalam soal cinta, mereka ingin memberi yang terbaik kepada pasangan.Namun begitu, harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

**

2, 11 & 30

Mereka mudah perasan dan tersinggung.Sifat yang suka menyendiri membuatkan mereka lebih gemar tinggal di rumah.Ramai yang suka bergaul dengan mereka kerana perwatakannya yang lembut dan ramah.Mereka paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati orang yang benar-benar dicintainya.Namun begitu, dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak.Sayangnya, untuk urusan masa depan, dia bersikap pesimis, sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu, perlu ada pendorong agar mereka tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

**

4 & 13

Mereka ini pandai, suka bergaul dan mudah mengubah pendapat.Mereka seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, mereka merupakan pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak menyukai apa lagi bersimpati dengan mereka.Mereka sering bersifat dingin dengan orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah.Tapi, mereka bersifat kelakar, mudah ketawa dan kadang kala bersikap keanak-anakan.

**

Wednesday, May 13, 2009

Suka Duka Saya Bersama Etr 300

Lambatnya nak bercerita...entahla sejak kebelakangan ni, badan ni macam dijangkiti virus...semua benda rasa macam malas je nak buat, lagi2 sekarang ni duk rumah je..makin bertambah malas saya. Dunia sekarang digegarkan dengan virus iA(H1N1) flu saya dijangkiti virus lain, ( VIRUS MALAS)...huh!!

ETR 300: nie la satu-satunya subjek di semester terakhir saya yang agak susah, code tuk subjek ni pun lain berbanding subjek yang saya dah ambil before ni.. ni adalah subjek elektif. Markah untuk final exam hanyalah 20 markah..selebihnya adalah bergantung pada report, presentation dan test. Sebenarnya ini la satu-satunya subjek yang memerlukan saya mengetahui serba-sedikit mengenai akaun berbanding subjek2 lain yang saya belajar hanyalah lebih kepada teori.

Erm kenapa saya kata duka?...jika group member dalam group yang lain boleh buat kerja bergroup dengan baik dan penuh keseronokkan, tapi berbeza sangat dengan saya. Kerana masalah dalaman yang 'agak hebat'. Saya agak susah untuk mendapat komitmen dari semua ahli kumpulan. Saya akui semuanya telah berusaha sehabis baik untuk subjek ni, cuma jika kumpulan lain boleh duduk dan berbincang tapi tidak untuk group kami, agihkan tugasan pun gne sms sahaja, nak jumpa pun jika keadaan dah mendesak sangat Pernah saya terduduk dan menangis sendirian bila memikirkan mampukah aku lepas subjek ni.. sebab saya rasakan sangat susah untuk saya memperolehi markah yang baik dalm tugasan. ini kerana kelemahan saya, saya kurang handal dalam mendapat markah yang tinggi untuk assessment mark, sepanjang pengajian saya kebanyakkan saya akan score ketika final exam.

Ape yang mampu saya buat berdoa agar semuanya berjalan lancar dan saya lulus subjek ini dengan baik. Untuk subjek ni, kami dikehendaki menubuhkan syarikat kami sendiri dan menyediakan rancangan perniagaan syarikat yang kami bina tersebut. Kumpulan saya telah memilih untuk menubuhkan syarikat yang menjalankan perkhidmatan membeli dan menjual lembu pedaging. Halal Farm Enterprise nama rasmi syarikat kami, segala kemahuan pensyarah kami En Albakri kami cuba untuk lakukan. Untuk subjek ni juga kami dikehendaki menghadiri seminar keusahawanan di PWTC dan seminar keewangan yang dilakukan di dalam uitm sahaja. Ini semua dilakukan bertujuan memahirkan kami lagi tentang ilmu keusahawanan dan keewangan agar mudah kami meyediakan rancangan keewangan.

erm...ape yang dukanya, bayangkan apabila kita satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama, tapi dalam nak capai matlamat tu kumpulan tersebut ada antara ahli kumpulannya tidak bertegur langsung dan buat kerja " macam orang malas gle dan terpaksa!!". Saya selaku ketua kumpulan memikul amanah yang berat. Mungkin betul antara kita menghadapi masalah peribadi tapi boleh tak kalau ""be professional bila buat kerja"". Erm kalau perangai ni terus dibawa sampai alam perkerjaan memang tak kan lama la kita kerja sesuatu tempat tu..

erm pe2 pn saya bersyukur segala-galanya dah tamat. Perbentangan untuk subjek ni berjalan dengan baik dan akhirnya sifat kebudakkan antara ahli kumpulan saya hilang dan masing-masing dewasa dalam memikirkan masa depan, dan cuba buat yang terbaik ( erm bukan xboleh pun..cuma ske sgt ikutkan hati dan perasaan) Dikesempatan ini saya ingin memberi menyatakan sekiranya sepanjang kita berkumpulan ada terkurang, atau timbul ketidakpuasan hati tentang hasil kerja saya untuk menyediakan report dan persembahan multimedia mohon kemaafan, saya sudah berusaha sehabis baik..hanya itu yang saya mampu lakukan, dan buat semua ahli kumpulan saya sekiranya ada melibatkan wang dari pihak anda semua saya mohon dihalalkan dan begitu juga dipihak saya, saya halalkan.


dari hati yang tulus dan ikhlas..

Vidoe ini Khas saya tujukan buat semua ahli kumpulan saya atas segala kenangan sepanjang kita bersama..maafkan daku atas kekurangan diri. Ku doakan kejayaan dunia dan akhirat buat kamu semua.



Tuesday, May 12, 2009

ops!! Saya Tidak Besedia Lagi..

Maaf pembaca semua, saya msh kekeringan idea tuk berkongsi cerita tentang entry " Suka Duka Saya Bersama Etr 300" cuma nak kongsi satu resepi kek bagi penggemar kek coklat..

Terasa nak makan kek coklat tapi kekangan masa
tuk membuat nya , dan lagi kesian bila buat je asik tak jadi..terlebih bahan ni la, terkurang bahan itula... saya ada penyelesaian...kerana saya pun macam pembaca yang lain jugak..jika dapat resepi yang baru, bila cuba buat belum tentu menjadi tuk pertama kalinya..tetapi berbeza untuk kali ini...

Disebabkan kebosanan, saya memang suka
selerakkan dapur rumah dengan mencuba resepi baru ( saya akan kemas balik bila semua dah selesai) ...kali ini saya hendak kongsikan cara yang paling senang menyediakan kek coklat

Ok lah let see what I want to share with you all guys...

Kek Coklat Basah Segera

* sebab apa saya bagi nama resepi ni kek coklat basah segera??

mari kita tgk langkah demi langkah nak hasilkan kek coklat basah segera ni...

Antara Bahan2 Yang diperlukan..


*Tepung " ready made" kek coklat basah
*1 cawan minyak masak
*1 cawan susu cair
*1 sudu teh nescafe
*1 sudu teh esen vanilla
*3 biji telur ayam
( Tu jer...)

1. Mula masukkan telur ayam tu dan kacau hingga kembang
2. Masukkan susu cair, 1 sudu nescafe yang dibancuh dengan air panas, kacaukan lagi
3.seterusnya masukkan esen vanilla, dan minyak masak dan yang terakhir sekali masukkan tepung kek coklat basah tersebut..
4. Kacau secukup-cukupnya sehingga adunan kelihatan sebati..

ape lagi...masukkan adunan itu kedalam bekas dan boleh dikukuskan selama 45mnt- 1jam...

kemudian bolah la dimakan...kalau hendak ditambahkan topping pada kek tersebut pun boleh jugak...Selamat Mencuba..
Gambaran langkah-langkahnya supaya dapat dilihat dengan lbh jelas oleh anda semua...



* Bagi seiapa yang ingin menempah tepung kek segera ini bolehla emailkan kepada saya untuk tempahan(eelya_khadeeja@yahoo.com) tepung kek ini cuma berharga rm8 sahaja..
* Jualan ini terbuka kepada warga saujana utama, sungai buloh



Entry Bisu

Saya tunda dulu entry yang saya janjikan.. terasa untuk berkongsi kegundahan yang ada dalam diri ini sejak dua tiga hari ini bersama pembaca, lagi dibiarkan lagi parah rupanya...Ya Allah hebat benar dugaan yang melanda...bila bersendirian air mata ini akan mengalir dengan sendirinya, lagi diseka lagi deras ia mengalir...Tabahkanlah Hati HambaMu...Moga aku terus teguh dijalanMU

Buta Renungan Bersama..

HATI SEORANG WANITA

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti Mungkin akan terlambat untuk menyesal, Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Bagaimana jika anda menghadapinya?

--------eelya_khadeeja----------
12 Mei 2009 ( 8.30 a.m)

Ape saya buat masa study week part 6?

Study Week???

Kebiasaannya di kesempatan ini lah pelajar-pelajar di IPTA akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung untuk tempoh yang lebih lama, mgkin ada yang pulang tuk memohon restu dari keluarga disamping mencari-cari suasana kondusif yang baru untuk menelaah pelajaran. Jika di semester 1 hingga 5 dulu saya mungkin seperti mereka..study week sangat2 dinantikan...sebab masa itu saya rasa freedom tuk seketika, tak perlu fikirkan tentang tugasan2, kuliah, dan perbentangan...senang citer boleh rileks skt la...nak layan movie masa tu dari pagi sampai petang pun xjadi masalah....tapi yang paling best, boleh balik rumah..

Cuma di semester akhir ni lain lak jadi nya...sebabnya..stdy week kali ini saya tdk dapat pulang ke kampung lebih awal kerana terikat dengan perbentangan besar-besaran subjek etr 300, (subjek yang buat saya makan tak kenyang..mandi tak basah, tidur pun tak lena) sbbnya tuk final exam hnya 10 markah yang dinilai selebih tertakluk pada report dan perbentangan serta mid-term test...huh agak berat jgk tu nak score tuk subjek ni..!!

Disebabkan masalah yang tdk dapat dielakkan, kerana pada mulanya kami pelajar semester akhir bercadang mengadakan perbentangan etr 300 ni di hotel area PD(N9)..tetapi kami menghadapi masalah kelulusan dari HEA (entahlah, saya pun xpham..kalau mohon tuk program2 macam ni susah sangat nak lepas, tapi program tah pe-pe..boleh plak, tak tahu la aspek mne yang dinilai tuk luluskan satu2 program tu) . Bila dah tak lulus kami kena buat kat dalam uitm jela...so decide buat perbentangan tu 11 April, tapi ditunda kena pensyarah kami tidak dapat hadir pada tarikh tersebut..Bila saya tahu, agak geram jugak la sbbnya, esoknya 12 April seluruh uitm dah start cuti stdy week..huh!! bincang punya bincang akhirnya tarikh yang compem tuk present adalah 15 aribulan!!.. ini bermakna ditengah-tengah minggu stdy week...!

Jadi itu lah penyebab saya tak dapat balik...menyendiri jela nampak nyer...sbbnya roomate saya awl2 lagi dah balik..wingmate pun ramai yang balik, rasa sunyi sgt..huhu ...so ape yang saya buat masa stdy week part 6? saya pegi ziarah mak su saya yang tinggal di segamat...sekurang-kurangnya walau pun tak dapat balik saya dapat keluar jugak dari uitm tul release kan tension...tentang kerja2 etr 300 sme tggal tuk present sahaja..so tak perlu edit ape2 lagi..

saya pulang semula ke uitm pada 14 april...
prepare tuk present esoknya...
lusanya baru saya pulang ke rumah...

Nantikan entry saya mengenai Suka Duka Saya Bersama Etr 300...selepas ini, saya akan kongsikan dengan lebih detail ape yang terjadi dari mula sampai habis tentang ETR 300...dari buat research sampaila siapnya report..

Monday, May 11, 2009

Malam Anugerah Kecermelangan Akademik 2009

Seperti yang dijanji kan saya...saya akan update laman ini mengikut tajuk yg saya susunkan buat tatapan semua pembaca...

erm..Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009, satu memori indah yang hingga kini masih segar diingatan saya mahupun sesiapa yang berada di majlis tersebut..kenapa??

sebab setelah genap 3 tahun saya di Uitm Johor, saya dapat rasakan ini lah satu-satunya majlis yang begitu seronok dan tidak menyesal saya hadirinya. Selalunya bila Uitm anjurkan program..sgt-sgt la membosankan bg saya..sebabnya, saya akan rs "useless" ble blk dr majlisnya, rs bazir masa jer..tapi berlaianan dengan majlis yg saya hendak kongsikan bersama pembaca semua..walaupun saya mendapat jemputan sudah berkali-kali untuk semester yang lepas, baru kali ini saya tergerak hati untuk menghadirinya..memandangkan saya pn di semester terakhir..pergi jela, juz for fun..!!

Malam Anugerah Kecermelangan Akademik 2009 ini diadakan di Dewan Sri Temenggung papa 11 April 2009, Majlis ini diadakan bertujun meraikan pelajar-pelajar yang memperoleh anugerah dekan bagi semester yg sebelumnya. Temanya Smart @ Elegant, dan telah diramiskan oleh pegawai khas dijemput dari Uitm Shah Alam.

Apa Yang Membuatkan Saya Suka Di Majlis ini?

* Dekorasi Dewannya Sgt lawa
*Suasana macam di Hotel walaupun hanya dilakukan di dlm Uitm
*Perjalanan majlis sangat smooth and good
*Perasmiannya ala2 matrik gitu, siap ada moto besar lagi atas stage ( tahniah MPP Uitm Johor)
*Bersama-sama Pelajar kos lain dr jurusan yang berbeza
*yang ni paling seronok: rasa dihargai kerana usaha siang malam tuk wat yg terbaik setiap kali final exam.
*Doorgift nyer ...ekklusif..
*yang akhir sekali makanan dia sedap sgt2

Kepada penerima Anugerah Dekan sesi Julai 08 - November 08..Sekalung Tahniah saya ucapkan..semoga trs kekalkan kejayaan kita dan berusaha untuk jadi lebih baik dari yang sedia ada..

Sekian..


doorgift..

Thursday, April 16, 2009

Siaran Tergendala

Segala entry akan tergendala seketika bermula 17 April 2009 - 08 Mei 2009 bagi memberi laluan kepada final exam saya yang akan berlangsung pada ketika itu.


Jadual Peperiksaan Saya


23 April : Etr 300

27 April : imd 352

30 April : imd 353

04 Mei : imd 354

07 Mei : imd 351


semester terakhir ni saya perlu harungi 5 final exam..Doakan kejayaan saya..buat semua sahabat seperjungan saya mendoakan kejayaan anda semua..moga peroleh kejayaan dan mendapat anugerah dekan untuk semester terakhir kita bersama..we will grad on time k...


Nantikan entry terbaru...insyaAllah selepas saya final exam nnt...saya akan postkan mengikut turutan...
1: Malam Anugerah Kecermelangan Akademik 2009
2: Ape saya buat masa study week part 6?
3: Suka Duka Saya Bersama Etr 300
4: Johor>Selangor> Pinang> Perlis
5: Apa Yang Suka dan Apa Yang Duka Semester 6

Sunday, March 29, 2009

gambate!!caiyok!!


still tengah sibuk dgn test, asgmnt, tugasan2 lain yg menimbun???, dateline asgmnt yg makin dekat?insyaAllah,kite bleh kongsi beberapa minit nie utk memperingati ayat2 Allah setelah lame menyumbatkan otak dengan ilmu2..(hmm is there such word,menyumbatkan otak??huhu) 'Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.'[Al-Hajj:78]

Ada suatu hari tgh belajar nak exam tibe2 rase letih dan nak rehat la kejap.Teringat yg blaja tue kan jugak satu jihad,bile kite blaja sungguh2 dengan niatkan kerana Allah.Pastu tanyalah kat satu ukhti nie,"mcm mane ek kite jihad mase blaja,dlm erti kata sebenar?"(takla skema camni..huhu)

ier cakap,bile kite blaja sungguh2 sampai mmg takley masuk dah dan betol2 penat.Ya Allah,terus saya segar lepas tue!sbenar nyer takla penat sgt dan tak blaja sungguh2 pon sebelum tue tapi ntahla mungkin syaitan kot.so,my point is, adakah kite dah betol2 blaja sungguh2 sebelum kite ckp kite dah berusaha dan penat? Tapi sebelum ayat diatas,[Al-Hajj:77],Allah telah berfirman, 'Wahai orang2 yang beriman!Rukuklah,sujudlah,dan sembahlah Tuhanmu; dan berbuatlah kebaikan,agar kamu beruntung.' Sebenarnyer,itulah senjata rahsia kejayaan umat Islam.yakni dengan bersolat.setelah kite jage solat fardhu kite ie solat diawal waktu dan kusyuk dalam solat,“Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

kalau kite tgk balik sirah,Rasulullah,sahabat2 dan org2 selepas mereka berjaya sebab aqidah dan ibadat2 dorang mmg mantap esp solat tahajjud.Sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah dan Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh.SubhanAllah..sampai camtue skali hebat nyer solat malam nie!

Daripada 2 ayat diatas,Allah suruh kite menjage solat dan berusaha bersungguh-sungguh.Duer2 tue sentiasa kene seiringan.Usaha mmg tak pernah dilupakan dan diambil ringan oleh org2 yang terdahulu. '(Ingatlah),ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat,"Sesungguhnya Aku bersama kamu,maka teguhkanlah(pendirian)orang2 yg telah beriman."Kelak akan Aku berikan rasa ketakutan ke dalam hati orang2 kafir,maka pukullah diatas leher mereka dan pukullah tiap2 ujung jari mereka' [Al-Anfal:12] Mase Perang Badar,Allah mmg dah janjikan kemenangan pada umat Islam dan dengan izinNya,bala bantuan daripada Allah yakni seribu malaikat datang berturut-turut.tapi,Allah still jugak suruh orang2 Islam nie berusaha bersungguh-sungguh kalahkan musyrikin Mekah('maka pukullah diatas leher mereka dan pukullah tiap2 ujung jari mereka'). Pray hard and study even harder saudara2ku...


pastikan blaja kite jihad muntij!jihad yg produktif!even kite spend time sikit je utk blaja tapi pastikan ape yg kite blaja tue yg diberkati,yg berkualiti.Remember,the fate of ummah is in our hand.Kerja kite BUKAN HANYA utk berjaya dalam pelajaran,dapat kerja bagus,memiliki kereta mewah,rumah besar,keluarga bahagia dan lain-lain.Tetapi tanggungjawab paling utama kite yang lebih besar dan mencabar ialah melaksanakan da'wah.Kalau dengan berjaya dalam pelajaran akan memudahkan da'wah kite,maka wajib kite belajar sungguh2!

Selalu ingat janji Allah nie,'Wahai orang2 yang beriman!Jika kamu menolong(agama)Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.'[Muhammad:7] mmg Allah tak perlukan kite langsung utk menegakkan Islam dimuka bumi nie tapi ini utk kite sebenarnyer.Allah bagi peluang utk kite tlg agama Allah.tapi Allah takkan tolong kite selagi kite tak berusaha dan tolong diri sendiri. 'Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri.'[Ar-Rad:11].. Oleh itu,teruskan usaha para mujahidin!! =) caiyo!!InsyaAllah,Allah takkan sia-siakan usaha kite.Sentiasa doakan kejayaan sahabat2 kite jugak esp bile bangun solat malam,doakan diri lemah ini supaya tak terpedaya dengan dodoi-an syaitan yg mengasyikkan!!=( Wallahualam....

Sunday, March 22, 2009

Cinta..Pastikan!! Jauh Dari Dosa

Assalamualaikum W.B.T

Kerja..kerja...kerja..
Selesai satu kerja, ada lagi kerja yg kne buat..
senang citer, selagi diri ini memegang status seorang pelajar, pasti homework, asgmnt, research dan sbgainya mnjadi sahabat karib kan??

Alkisahnya....

ketika sedang asyik dengan homework yang menimbun byk ni, saya menerima email, email jauh dari seorang sahabat yg diterbangkan jauh dari bumi egypt…...email ini membuatkan saya menagguhkan kerja bg meneruskan membaca apa kandungannya..kerana intronya sudah cukup menarik..

buat perkongsian bersama...

Jadi untuk mengetahui apa yg terkandung dalam email tu.Jom baca bersama :

Hadis RasulAllah S.A.W

“Barangsiapa yang mampu untuk berumahtangga, maka hendaklah ia berkahwin kerana yang demikian itu dapat memelihara mata dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu adalah dapat menahan keinginan (hawa nafsu).”


Lumrah Percintaan…..


1. Salam.Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk.
Dah lama sy perhatikn awk. Awk dak baik n sy tertarik la dgn
tudung labuh awk.Saya harap kite leh berkenalan.

2. Trima kasih krn menerima sy.
Sy akancuba sedaya upaya sy mnjaga awk dan
mengikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt,
tp demi Allah, sy cuba wat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..
jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tu..
jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. Wak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg
sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk
kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk
mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,
Wak..awk cinta sy x? xnk bgtau..tp sy tau awk cinta sy...tq..
i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer..
awk sayang sape ek? Sapa saya dlm hati awk?

6. Dari kawan kite just pggl sy awk je..
mcm x special plk diri sy utk
awk.sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni.
Pggl ayang.. bole ke? Awk pggl sy abg
ek? Rasa mcm suami sket. X salah kan..
just panggilan je..thanks ayang..
love u... ..

7.ayg. kdg2 abg tgk ayang ni
mcm x prcaya abg je. Yela,abg just
tanya ayang pkai apa je kan ..
tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat ayang ni... .
hihihi..

8. Abg nak ayang tau, ayanglah segalanya utk abg,
ayang la pmberi semangat utkabg...
.abg harapabg ngan ayang xde rahsia lagi ek..
jgn risau..inikan
membuktikan abg caring..
so jgn risau..k..yeye. .
abg janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..

9. Ayang..da lama kite msg,
leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq
ayang... ..

10. Tq pggl abg ngan pgglan b..
abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm
hubungan..

11. Hi ayang, watpe 2? Nk ckp sket..
nape ayang bwk satu battalion nak jumpa abg?...
ayang x caye kat abg eh.. huhu..

12. Ayang..kite jumpe k?..abg suka ayang pakai
tudung yg abg beli tu..cam
wardina lak..bkn ayang x cntk..
just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je..
nnt jumpa nnt ayang bwk sorg dah la k..

13. Ayang..abg sory ngan apa jd td..
abg trsentuh jari ayang td.. Tol gak ckp
ayang eh, trsentuh xpe..ter..
hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat ayang..

14. Tq jumpa td, ayang cntk la..
Ololo..abg romantik sket pun salah ke?
Ske abg romantik ek? Hehe..
Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho..
tgk td kwn ayang cam ske kat kwn abg je..
senang la kita jumpa pasni..
tgk..Allah memberkati hubungan kite..
ayang solat dah ke? Doakan abg
skali ek..miss u..

15. Ayang..just nk tanya..
ayang cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh?
50% je... huhu..yang. .
just nk tanya..rambut ayang panjang x?
just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek..
yg abg bg kat ayang tu.. Ayang..bg la gmbr
ayang special untuk abg yg pakai tudung td 2..
Cntk nye ayang..gambar ni nak wat
wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. ayang cintakan abg berapa percent?
Sepenuh hati Thanks ayang..love u too..


18. Ayang..da lame kita couple kan..
xkan abg pegang tgn pun nak
marah.. ayang kan milik abg..
Thank 4 being understanding. .

19. Ayang kata ayang cintakan abg sepenuh hati..
kalu gitu..apa buktinya
ayang cintakan abg..?

-Jadi kesimpulanya disini Syaitan sentiasa mencari peluang untuk merosakkan anak2 adam.Jadi kepada sidang pembaca,berwaspadalah dengan apa yang dinamakan cinta.Tak usah bercinta lama2.sekadar untuk perkenalan dan seterusnya dirikan lah rumahtangga.

Friday, March 20, 2009

Mencari Harga Diri dijalan DAKWAH


Kerinduan yang tiada penghujungnya...moga perpisahan ini hanya untuk seketika, moga kita dapat bersama kembali dalam saf perjuangan yang sama


Disana Aku mengenal usrah,
Tercari-cari Iman dalam suram malam maksiat,
Disana aku mula merangkak mencari Lilin,
Lilin ilmu yang bakal menerangi diriku..


Disana...dijalan Dakwah,
Aku mula mengenali bai`ah,
Disana juga ku mencari teman..ku cari kawan,
Ku temui teman..ku temui lawan...


Disana ...dijalan dakwah,
Ku kenal erti kehidupan dan persahabatan,
Disana ku temui Iman...ku temui...Ihsan,



Disana ..dijalan dakwah,
Aku menangis kerana pelajaran,
Aku merintih kerana perasaan,
Aku bertaubat kerana ...kemaksiatan,


Disana...dijalan dakwah,
Aku menjadi `calon` dan mencari `calon`,
Tercalon tapi tumpasnya kerana Iman,
Itu hikmah buat diri sombong..perlukan perubahan,


Disana ...dijalan Dakwah,
Aku mencari permata yang tak pernah hilang,
Bermain diminda ilusi setiap malam,
Hingga kini...ku belum temui...


Disini..di jalan dakwah,
Aku temui erti kata...KEFAHAMAN,
Aku layari hidup...mengimpikan keilmuan,
Mencari nikmat sebenar disebalik keimanan,


Disana...dijalan dakwah,
Aku mengenal jemaah..mengenal persatuan,
Mencari kebenaran dalam sumur ketidakpastian,
Mencari teman..yang ingin bersama-sama dalam perjuangan,


Disana...dijalan dakwah,
Aku mengenal perbezaan sahabat dan teman,
Diluarnya Intan didalamnya belacan,
Dihidunya wangi...dikecap masam,


Disana..dijalan dakwah,
Aku mengenal ego ..mengenal cinta,
Tapi aku takut..takut menerimanya,
Namun yang pasti aku perlu bersedia,
Dan mungkin teruskan penantian atau pencarian,


Disana.. dijalan dakwah,
Ku harap insan bernama TEMAN,
Bukan kuharap bernama SYAITAN,
Aku ku teruskan pencarian..


Disana..dijalan dakwah,
Aku akan teruskan perjuangan,
Biar manusia tidak lihat dan ambil peduli,
Kerana Aku paham,
Modal Insan dihadapan TUHAN,

Disana...dijalan dakwah,
Aku SUDAH tidak punyai kesempatan,
Aku sudah tua di telan zaman,
Belum tentu hari esok dapat ku teruskan pelayaran,


Disana..dijalan dakwah,
Ku harap ku akan temui `SAKINAH`,
ku harap ku temui MA`RIFAH,
Ku harap ku mendapat HIDAYAH....
Perjuangan ku takkan SUDAH....

Thursday, March 12, 2009

Ketentuan Allah Adalah Takdir Yang Terbaik


Tanyalah kepada mana-mana pelajar sekolah agama, aku yakin dan pasti, tidak sampai suku pun daripada mereka yang menyebutkan UiTM adalah cita-cita mereka untuk mengecapi kehidupan sebagai seorang mahasiswa/siswi. Bagi mereka, UiTM adalah tempat terakhir, sekiranya sudah tiada pilihan lain lagi.

Kebanyakan mereka, setidak-tidaknya bercita-cita untuk menyambung pengajian di kolej matrikulasi,dan majoritilah yang bermimpikan universiti-universiti luar negara. Begitu jugalah aku pada waktu dahulu, bukan sahaja tidak menyebut nama UiTM, bermimpikan universiti yang dikatakan benteng terakhir orang melayu itu juga tidak pernah!

Tapi perancangan Allah itu yang terbaik, walaupun kita rasa pahit sekali untuk menerimanya. Dalam borang UPU, aku memenuhkan kelapan-lapan pilihan universiti dengan nama UIA sahaja, dalam bidang undang-undang, tapi tawaran awal ke Kolej Matrikulasi Melaka dalam jurusan Sains Hayat, membuatkan aku tidak sabar-sabar untuk mengembara dalam dunia seorang pelajar kolej.

Tapi, aku telah membuat satu keputusan yang salah, setelah hampir satu semester aku menjadi warga Londang, minat aku dalam bidang undang-undang tak pernah padam, dan rasa menyesal yang teramat kerana tidak menunggu keputusan UPU keluar.

Jadi, untuk merealisasikan cita-cita, pilihan terakhir yang aku ada hanyalah memohon untuk menjadi pelajar pra-ijazah undang-undang, UiTM. Dan, dengan takdirNya, tanpa sempat menghabiskan tempoh setahun di kolej matrikulasi, aku bergelar mahasiswi UiTM pula, dengan hati yang tidak gembira tentunya.

Hati aku asyik membandingkan diri dengan rakan-rakan yang lain, yang berada di universiti yang lebih baik-bagi aku pada masa itu. Aku berasa sungguh cemburu dengan sahabat-sahabat di UIAM, sahabat-sahabat yang akan terbang, dan aku berkali-kali juga berasa kesal dengan keputusan aku dulu.

Yang lebih memenatkan, para pensyarah akan bertanya, "Why are you here and not in somewhere else?" Tapi, hari demi hari, aku cuba menerima, dan belajar mengenai perkara baik-baik tentang UiTM, dan juga belajar untuk memahami hakikat kehidupan di UiTM.

Aku hanya dikelilingi 'orang baik-baik' di sekolah dan di kolej, tapi bila berada di persekitaran UiTM, aku jadi terkejut. Buat pertama kalinya aku melihat kawan-kawan perempuan, dengan 'selamba' pergi kemana-mana tanpa menutup aurat dengan sempurna,memakai seluar pendek apabila turun ke kedai runcit. Aku berasa janggal sekali.

Aku juga berpengalaman tinggal sebilik dengan seorang rakan yang sedari awal lagi memesan supaya aku jangan sekali-kali menasihati dia supaya bertudung. Pada awal-awal kehidupan di situ, hati aku sangat susah, selalu berprasangka buruk dengan orang yang tak macam aku. Hati selalu menganggap, diri akulah yang terbaik dalam kalangan mereka. Aduh, betapa 'kurang bersihnya' hati aku!

Tapi, setelah beberapa lama, aku serasi dengan kehidupan di UiTM (bukan bermaksud aku meredhai kelakuan pelajar di sini). Aku semakin mengerti untuk meladeni sahabat-sahabat yang tidak sama seperti kita. Aku juga semakin faham tugas aku sebagai dai'e.

Pengalaman sehari-hari juga mengajar aku supaya tidak 'under-estimate' orang lain dan jangan 'overrate' diri sendiri. Aku hidup dalam kalangan mereka, barulah aku tahu, ramai mereka tidak begitu mengerti tentang asas-asas fardhu ain, malah ada yang pernah bertanya, kenapa kita diwajibkan memakai tudung?

Allah 'mencampakkan' aku ke UiTM juga, untuk mengajar aku menyucikan hati. Bagi aku, orang-orang yang berpeluang belajar ilmu agama lebih sedikit dari orang yang lain, Allah uji dengan hatinya sendiri. Mereka juga mudah menghukum perbuatan orang lain.

Aku teringat kepada kisah seorang senior aku yang pada zaman sekolahnya memakai tudung labuh dan berpurdah, dan memarahi adik-adik yang bertudung tiga segi, tapi setelah dia memasuki alam universiti, di universiti islam pula, dia telah berpakaian seperti apa yang pernah dilarangnya dahulu!

Aku pernah berasa begitu pedih, apabila sewaktu aku mengikuti satu trip, yang kebanyakan pesrtanya adalah ahli persatuan Islam, ada satu suara berkata, "Amboi, dahla ikut trip macam ni, pakai selendang aja", dengan nada sinikal kepada salah seorang peserta yang 'free-hair' dan hanya melindungi rambut dengan selendang saja.

Bagi aku, amat tidak patut seorang naqibah bersuara begitu. Sepatutnya, dia mesti memberikan kata-kata yang positif, mudah-mudahan rakan perempuan itu lebih bersemangat untuk menutup aurat dengan lebih sempurna.

Aku selalu juga dihujani dengan pertanyaan dan pandangan tentang sikap golongan orang yang aktif dalam dakwah ini. Kata mereka, kebanyakan kakak-kakak yang bertudung labuh tidak mesra, mudah memandang serong pada mereka. Dan setiap tindak tanduk mereka jadi serba tidak kena pada pandangan kakak-kakak dakwah tadi.

Malah, aku juga pernah dituduh keliru identiti kerana terus bersahabat rapat dengan bermacam-macam orang, dan berlainan agama pula! Berada di UiTM juga, membuatkan aku makin mengerti, mahalnya sekeping hidayah, dan sebuah peluang.

Waktu bersekolah dahulu, aku cepat bosan dengan sesi ceramah, usrah, qiamullail, tapi di sini aku merindui semua perkara tersebut.Kalu dulu, aku 'lari-lari' dari berusrah, sekarang aku sendiri yang mencarinya. Aku juga bersyukur kepadaNya, kerana memberikan aku sedikit kefahaman tentang agama, berbanding dengan sebilangan kawan-kawan aku.

Hidup di sini juga, melatih aku untuk meneguhkan hati, kerana cabaran di sini bukannya sedikit. Aku juga berpeluang untuk mengenali jenis-jenis manusia di sini, dari seorang yang baik sampailah hidup tidak berpedoman. Dari yang bertutup litup, sampailah kepada yang seksi-meksi.

Yang paling tidak dapat aku lupakan, aku pernah di'reject' oleh seorang ibu kerana aku bukan dari universiti Islam, hanyalah anak didik UiTM! Semua itu membuatkan aku makin mahu membuktikan, hidup dalam suasana yang bukan bi'ah solehah tak akan sekali-kali menjerumuskan aku ke dalam kehidupan yang gelap. Aku ingin sekali membuktikan pelajar UiTM masih ramai yang menjaga adab dan akhlaknya.

Apa yang aku ingin kongsikan di sini, setiap apa yang Allah aturkan pada kita, mesti ada hikmah yang teramat besar buat kita. Rahmat disebalik ujian itu, mungkin lambat, mungkin cepat dapat kita rasai. Aturan Allah itu sungguh indah, walaupun kita menafikannya. Mungkin, kalau aku berada di UIAM contohnya, aku tidak berpeluang untuk berdikari dan belajar merendahkan hati seperti hari ini!


www.iluvislam.com: coretan seorang sahabat yang situasinya hampir menyamai diri ini

Wednesday, March 11, 2009

Maulidur Rasul

Saya cinta nabi. Frasa yg selalu diungkapkan oleh semua Muslim menjelang detik 12 RabiulAwal setiap tahun. Menarik dan tertarik saya. Saya pun tak ketinggalan menyebutkan frasa ini tanpa segan silu. Tapi tadi, sewaktu join program Maulid Nabi di Masjid Jamek Segamat, Saya rasa macam tak layak nak sebut fras ini utk kesekian kalinya. Sebab apa?

Sedikit perngisian program tadi.

"Peribadi nabi hendaklah kita contohi. Jadi, apa perkara yg kita buat tanda cinta kepada nabi?" kat Ust Muhamad Ali.
"Kawen!" kata seorg hadirin.
"berperibadi baik"
"simpan rambut panjang"


Macam-macam jawapan. Antara jwpn kat atas tu ada juga jwpn saya. Saya ambil masa lama utk jawab soalan ini. Walaupun saya jawab dalam hati.

"Benda yg kita suka selalunya kita ambil utk kita ikuti. Cth kahwen." sambung Ust
"Tapi benda2 remeh kekadang kita abaikan. Cth : Ukhuwwah dan doa"


Betul jugak cakap ust tu. Kita selalu ambil sunnah yg kita suka.Kalau lelaki, KAWIN. bukan satu. Tapi target terus 4. Sebab apa? Sebab kita suka fikir pasal kawin. Bukan kita. Tapi LELAKi. Benda kecik2 kita pandang sepi. Buat endah tak endah. Cth Doa. Bangun tido, masuk tandas, keluar tandas, baca buku. Semua ada doa. Tapi kita kekadang lupa buat perkara tu. Sebab kita tak biasakan. Sebab kita tak suka ingat pasal sunnah2 kecil. Justeru, kita tak lazimi. Bila jarang dilazimi, maka tak jadik kebiasaan. Contoh mudah. Cuba baca doa bangun dari tidur sekarang? Pastu sambung dgn doa keluar dari tandas. Dan doa-doa lain.Kalau kita macam lupa2 sikit, tandanya kita jarang melazimi doa-doa tersebut.Peringatan untuk diri ini juga, benda kecil kalau kita lazimi dan istiqamah dengannya, inshAllah pahalanya besar. Yang lelaki kalau asyik nak ikut sunnah Kahwin 4 je, tapi sampai sekarang tak kahwin-kahwin, lebih baik kita amalkan sunnah2 yg simple ni. Kahwin belum tentu lagi kita dpt rasa kan? Tapi tiap-tiap hari kita keluar masuk tandas kan?

Kalau org tanya Aishah apakah akhlak nabi? Aishah jawab: Al-Quran. Kalau kitalah org tanya, apakah akhlak kita? Agak2nya ape jawapan kita? Akhlak saya spt akhlak nabi... ? Atau jawapan selainnya? Entah. Sampai skrg aku pun buntu dengan jwpn yg aku nak jawab. Harap anda semua ketemu jwpn utk diri anda.

Iman 75 minit

Kita beriman selama 75 minit atau sejam suku sehari. Betul ke? Betul kot. Ramai yg tak sedar. CAmne dikatakan beriman 75 minit shj? Setiap kali waktu solat amik masa selama 15 minit. Darab dengan 5 kali waktu solat= 75 minit. Itu pun mujur. Kalau org yg sembahyangnya macam burung belatuk macam mana? Takbir2 tetibe sekelip mata dah bagi salam. Kurang dari 75minit lah kan?

Apa yg saya nak bawak di sini ialah, kekadang kita lupa yg setiap dari masa, saat dan detik kehidupan kita, kita serahkan diri kepada Allah. Jangan lupa dalam solat kita. Masa baca doa Iftitah tu:
"Sesungguhnya solatku, amalku, hidup dan matiku utk Allah Tuhan sekelian alam..." Tiap2 hari baca kan? Ke tak faham maksudnya? Jadi, kalau kita niatkan semuanya utk Allah, maka tak jadilah kita golongan beriman 75 minit sehari....

Camtu juga ttg perayaan Maulid nabi. Sebab tu kita namakan perayaan memperingati kelahiran nabi. Kita tak namakan sambutan hari lahir nabi@besday nabi dll macam yg kita buat tiap-tiap tahun tu. Kita memperingati kelahiran nabi. Sirah hidup nabi. Perjuangan nabi. Risalah yg nabi sampaikan. Akhlak nabi. Sahabat nabi. Secara tak langsung kita sebenarnya cuba untuk mengikuti perjuangan nabi dan menanamkan rasa cinta kepada nabi Muhammad SAW.

"Kamu di Hari Kiamat bersama org yang kamu cintai"
Saya sayang nabi, tapi...

Saya sayang nabi tapi bila azan berbunyi, time tula mata saya rasa ngantuk sangat. Lalu saya pon tidur.
skrg musim2 sejuk ni, bila dengar Azan Subuh, saya lagi melingkar dalam lihaf. TAk tahan la. Sejuk sangat kat luar. Nak keluar sembahyang Subuh nanti takut sakit.
Aku bila jam loceng bunyi waktu solat, tetibe je tangan saya bergerak tutup jam tu. Dah memang tindakan reflex la...
saya kalau ada novel sebelah Al-Quran, saya lagi prefer baca novel la sbb novel susah nak habiskan. Al-Quran nanti2 pon boleh baca.Lagipon saya darjah 4 dah khatam A-Quran...
saya
saya
saya nak Syafaat nabi kat akhirat nanti.....

Agak-agaknya kalau sikap kita seperti di atas, nabi nak tak bg syafaat kepada kita di padang Mahsyar nanti? Dengan matahari sejengkal dari kepala. Dengan terbogel lg tanpa seurat benang kat badan. Dengan berenang dalam lautan peluh lagi. Tetib jumpe nabi claim nak Syafaat.Padahal masa hidup, nak selawat sekali sehari pon susah. Agak-agak nabi bg Syafaat? Atau ayat kasarnya, nabi nak ke mengaku kita ni umatnya?

Mujur jugak ade sambutan Maulid Nabi. Kalau takde rasanya kita akan lupa kat nabi sendiri kan?

Allah! Ini yg saya buat..
Rasul! Ini yang aku sambung dari perjuanganmu..
Jadilah saksi utk diri ini.


Sollu ala' Nabi

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertama Kali Menyambut Maulidur Rasul di Masjid Jamek Segamat.

Pada 7, 8, 9 March yang lepas kebanyakkan pelajar uitm mengambil kesempatan untuk pulang bercuti, saya membuat keputusan untuk tidak pulang, bukan kerana tidak rindu atau tidak mahu berjumpa keluarga, tetapi "bebanan kerja yang byk" mengatasi segalanya....

Alhamdulillah segala kerja telah disiapkan pada 7 aribulan, pada 8 aribulan saya mengambil kesempatan melawat mak su saya yang tinggal di bandar segamat, saya bermalam dirumahnya. Pada keesokkan harinya ( Maulidur Rasul) saya mengikut mak su dan anak-anaknya ke masjid jamek segamat. erm.. Walaupun sudah 3 thn di segamat inilah pertama kali saya menyambut maulidur rasul di luar, bersama warga segamat...kawasan masjid dipenuhi penduduk kampung dari kawasan sekitar. Sangat meriah suasananya dengan persembahan nasyid, ceramah dan bermacam-macam lagi. Makanan juga turut disediakan, yang paling menyeronokkan sesi makan diadadakn dengan cara makan dulang. Sudah lama saya tak join makan dulang, teringat zaman Al-ARQAM dulu, makan dulang ni sudah sebati dengan Al-Arqam...

Setelah selesai sambutan tersebut, saya dihantar pulang ke Uitm oleh kak dek ( dua pupu saya)....sgt2 seronok rupanya, ditambah penduduk daerah segamat yang tersangat-sangat peramah....walaupun ini semeter terakhir saya, insyaALLAH mgkn saya akan datang kembali kedaerah segamat ni kerana suasana...dan mungkin menetap disini....hanya Allah SWT sahaja Maha Mengetahui...

makan....kalo sorang ni mmg xhabis..nsb baik kongsi2

berselawat



Sunday, March 08, 2009

Mencari Teman Ke Syurga


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" (20:29-35)

Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?

Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya" Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.

Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? MENJADI TEMAN KE SYURGA Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya" (3:102)

Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati kita berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya. Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraihnya lalu selalu memandang ke arah kedudukan yang lebih tinggi lagi.

Muhammad Ahmad Rasyid mengatakan "ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan", memberitahu kepada kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh utk mendapat darjat ketinggian taqwa di sisi Allah. Apa kaitan taqwa dan teman ke syurga? Taqwa dalam diri sahaja yang akan mendorong seseorang mencari teman ke syurga, menemaninya dalam kehidupan siang harinya, mendampinginya dalam ibadah malamnya. Dan seseorang yang benar-benar meletakkan taqwanya kepada Allah sahaja akan bersungguh-sungguh (sehingga kelelahan tetapi) terus ingin meningkatkan darjatnya di sisi Allah dan dia benar-benar memerlukan teman untuk menguatkan urusan siang dan malamnya, sebagai hamba, dan khalifah. Ciri taqwa ini akan menjadikan dirinya sendiri adalah seorang teman ke syurga, lantas dia layak untuk mendapat teman ke syurga yang hanya didapati melalui anugerah dari Allah. Teman yang akan sentiasa mengingatkan, tatkala kelelahan, akan janji yang menjadi asas perhubungan ini, asasnya hanya kerana Allah, lantas itu kita menjadi "menjadi teman ke syurga".

Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya. "Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga."

Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi 'teman ke syurga', mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku" (Hadith Qudsi) Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.

Ayuh, perbaiki diri !