Monday, November 30, 2009

Kemalangan Kecil

Saya uploadkan dulu gambarnya..
Insya Allah kemudian nanti saya cerita kan apa sebenarnya terjadi..
mata sebelah saya kiri masih pedih lagi...
dah baik sikit nanti saya kongsikan dengan anda semua


berdenyut-denyut lagi kepala ni...


Nota 1: Kecuaian sendiri...saya akan lebih berhati-hati...

Nota 2: ...tak nampak punya pasal, sesuatu telah menghempap bahagian mata...meninggalkan goresan kecil di bawah kening..pedih...

Saturday, November 28, 2009

Selamat Hari Lahir Sayang


Ukhuwah Ini Sungguh Indah..
Si Dia Ikhlas bersama susah dan senang...

Di imbas kembali lima bulan yang lepas
di tarikh yang sama seperti hari ini...
Dia seawal pagi telah mengucapakn hari lahir pada saya dengan
ayat yang sangat menyentuh hati...

Kini giliran saya, pula..
saya khas kan entri ini untuk ucapan buat si dia
si dia yang begitu dirindui ketika ini..
si dia yang cukup mengenali diri ini....

Selamat Ulang Tahun Sayang..
Ikhlas buat Si Dia..
 
Nur Haziemah


Nota 1: Nur, khaty rindu nur....harap sangat masa program bulan 12 ni dapat jumpa...
Nota 2: Sakit perut saya beransur pulih, alhamdulillah...

Khabar Aidil Adha 2




tiga anak bujang ni...ske sangat bila saya nak snap picture diorang...
yang baju hijau tu...anak murid saya...saya ajar dia mengaji..baru masuk iqra3
saya suka cubit pipi dia...yang baju kuning tu pulak anak uncle mofti..cepat benar mesra dengan orang, nampak jer saya terus senyum...baju biru t saya tak kenal..kawan diorang kot

Nota 1: Saya dapat masukkan gambar je dulu untuk entry kali ni, saya sakit perut sejak pagi tadi.. sebenarnya, kalo berkaitan makan-makan ni..perut saya tak dapat nak berkrompomi dengan  jenis makanan ni, mee dan daging...saya memang tak boleh nak makan mee, kalau makan jugak...saya akan muntah-muntah...keduanya daging, bila makan saya akan sakit perut berhari-hari...sementara dia nak back to normal balik...

Nota 2: Saya makan jugak daging semalam..teringin sangat...so sekarang ni rasa la effectnya sendiri...adusshhhh....

Nota 3: Meriah sangat rumah sekarang ni, musim cuti sekolah kan sekarang...

Thursday, November 26, 2009

Khabar Aidil Adha

Huh!!....Penat, seronok, bahagia.....

Perkataan yang boleh saya ungkapkan kini....

Penat kerana, saya hari ini seharian melakukan bermacam-macam kerja...sudah la dengan kerja harian saya menguruskan rumah...ditambah pula mambantu umi menyediakan juadah raya, Alhamdulillah magrib tadi selesai sudah kesemua juadah untuk esok. Kali ini saya dengan umi pakat-pakat nak buat yang ringan-ringan sahaja, kami buat rendang ayam ( berbeza dengan aidil fitri dimana juadah rasmi kami adalah rendang  itik ), pulut kuning dan sambal tumis ikan bilis ( kegemaran saya). itu sahaja..pada keesokkan harinya baru saya akan sediakan agar-agar istimewa khas disediakan saya untuk jamuan makan esok.

Seronok  kerana, saya dan umi spend masa bersama-sama, menguruskan rumah dan menyiapkan segala persiapan, saya seronok kerana semua ahli keluarga ada di rumah berkumpul bersama-sama
(bukan senang kami semua ada berkumpul). Saya seronok juga kerana dapat menyediakan juadah untuk ahli kariah kawasan kediaman saya yang akan datang takbir di rumah...saya seronok bila dapat jamu orang makan.

Bahagia kerana saya memang tengah bahagia, sukar untuk saya jelaskan sebabnya, tapi itu lah hakikatnya...saya sangat bahagia ketika ini... mungkin kerana saya sudah bebas dari penjara masaalah iut...sedikit demi sedikit Allah swt telah cambahkan bunga-bunga kebahagian setelah DIA uji saya dengan ujian itu...ohh....sungguh bahagia bila hati tenang..saya terus yakin menjadi pemburu cinta-NYA...cinta hakiki lagi abadi

Nota 1: Esok ada sedikit jamuan makan di rumah saya sempena menyambut hari raya dan sempena ulang tahun perkahwinan umi dan abi yang ke 25....sahabat-sahabat yang dekat jemput hadir ea...Menu utamanya nasi daging..

Nota 2 : Saya tiba-tiba rindu Farah...rindu sangat-sangat....Siapa Farah? Insya Allah kemudian juga saya cerita ( ish..ish... banyak hutang saya dengan semua..nak cerita tentang En. Siput, tentang Farah pulak yang terbaru ni)...ingatkan saya ea nanti...

Tenang Seketika

( akhirnya siap juga semua bahan-bahan untuk peserta kursus) pada jumaat depan. Rasa lega bila melihat semuanya siap dah sedia untuk dikongsi bersama peserta, walaupun saya kursus itu sebenarnya seminggu lagi..

Dalam keadaan saya sekarang ni, sebolehnya saya mahu semua kerja-kerja saya disiapkan segera..takut-takut nanti saya tidak mampu menyiapkan pada waktu yang sepatutnya. Jika entri sebelum ini , semua sedia tahu keadaan saya BAGAIMANA....saya masih lagi membiarkan keadaan itu.

..baru saya ingin melelapkan mata lebih kurang 3.00.am...setelah siap semuanya, saya tiba-tiba terasa nak menonton tv, saya shut down laptop..berjalan ke ruang menonton...pada ketika itu saya seorang sahaja berada di tingkat bawah, ahli keluarga yang lain sudah lama di buai lena ditingkat atas bilik masing-masing. Mata saya masih tidak menunjukkan tanda-tanda mengantuk pada ketika itu..

sedang asyik dengan saluran AXN di astro pada masa itu.....
Jam sudah menunjukkan 3.30 a.m pada ketika itu..
Tut..Tut...
Bunyi mesej masuk...
Mengomel saya sorang-sorang..
sape la waktu-waktu macam ni hantar mesej ni...
tak tido lagi ker....( tak sedar yang dia sendiri pun tak tido lagi )

Lalu saya capai handphone dan membuka mesej itu, dengan curiga di hati...

Sape hantar mesej ni...
 Buka mesej tu...tgk jer nama penghantar mesejnya...
Saya senyum-senyum kambing sorang-sorang...

Kalo la umi abi ade masa tu, tak pasal-pasal saya kena gelak...yela pagi-pagi gelak senyum sorang-sorang....

Nak tahu ape pesanan yang ade dalam mesej  tu?

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.....Sebolehnya jagalah hati orang lain supaya anda tidak menyakiti, insya Allah hati anda juga pasti terjaga
Saya hanya membalas mesej dengan ucapan.

Thanks....
 Saya tahu dia pasti sudah membaca entri sebelum ini di blog saya...timbul sedikit kerisauan padanya

Tiada niat untuk terus berbalas-balas mesej dengannya, memandangkan dia dalam musim peperiksaan sem 1... saya tak nak kusutkan fikiran dia dengan masalah saya...kebetulan juga kredit saya tidak mencukupi memandangkan satu mesej bernilai 50sen..lagipun saya sebolehnya ingin mengecilkan ruang yang ada untuk kami berhubung...sebolehnya biarlah kami berhubung kerana urusan penting...

Beberapa minit selepas mesej dihantar,
Masuk lagi mesej baru..

 Thanks jer? maaf kalo aku ganggu ko tido,aku lpe kat Malaysia dah nak masuk kul 4.00pg pun...mesti ko dah tido....Jangan sedih-sedih, masaalah itu akan kekal sebagai masaalah jika awak anggap dia masaalah, aku  tahu ko seorang yang kuat, aku tak suka tahu keadaan ko  cepat mengalah macam ni.....aku sentiasa berdoa ko tenang hadapi semuanya...Allah swt suka hamba-Nya yang berdoa kepada-Nya..,ha, kat sini dah takbir raya...kitaorang raya awal sehari dari Malaysia...Selamat Hari Raya Aidil Adha ikhlas dari perantau....
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.............................

Sedar-sedar sudah 6.35pagi, tv masih on ketika itu....bergegas saya ke bilik air, ambil wuduk dan solat subuh...

Alhamdulillah....sempat juga....walaupun mata saya masih berat lagi..

Nasib baik sedar.....

bila tengok kembali handphone....laaa...mesej pagi td tidak berbalas...Takpe lah...dia mesti fikir saya dah tidur....

hehehehe..saya sendiri tak sedar bila saya terlelap....yang bestnya atas lantai depan tv pulak tu...
ish..ish...mulanya saya tengok tv, akhirnya tv yang tengok saya...

Saya baca kembali mesejnya...
Baru fikiran saya kembali waras..mungkin semalam otak dah letih..baca mesej dia yang pertama tu...baca dengan fikiran yang kosong jer...tu yang balas mesej dengan thanks je, macam tak hargai pulak...

sori la ea....

kepada penghantar mesej...
Apa-apa pun terima kasih untuk mesej tu dan..saya tenang seketika dengan susunan ayat yang memberi motivasi...ade sesuatu yang tersurat dari ayat-ayat dalam mesej tu...Jangan risau...saya sudah mula kembali normal sedikit demi sedikt....dan selamat menjawab exam yang masih bersisa lagi...akhir sekali salam aidil adha kembali dari saya...

Nota 1: Ish...boleh jem tangan saya ni, dari pg td basuh paju...sangatla banyak...dengan baju kotor yang sedia ada dirumah...ditambah lagi dengan baju adik laki saya yang baru balik dari Maahad Tahfiz sempena raya haji...menimbun bajunya...bila saya bebel...dengan nada menyakatnya...ala kat rumah kan ade kakak nak basuh...dekat rumah baju dibasuh dan wangi lagu tu...sabar je la...

Nota 2: Saya perasan spec saya dah xsesuai, power spec perlu ditambah.....ish, duit dah xder cuti2 ni....tunggu la nak buat spec baru, insya Allah lps kursus nnt dpt payment leh buat kot.....bila bagitahu umi...umi balas bali...ngadap la laptop tu lame lagi..mne tak naik nya power spec akak tu...adush, kne batngg hidung balik..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha Semua...

Wednesday, November 25, 2009

Dinamika Hidup


Hidup, dengan hati berat-terikat
bagai angin tak reti bertiup
air tak reti mengalir.
Terpekung menadah sisa-sarat
menuntun hidup penuh darurat.

Hidup, kalau dibiar indah
ada yang dengki, datang membenci
tangan tak hulur, mulut memaki.
Yang berat lagi membeban
yang terikat lagi bersimpul.

Inikah manusia?
Datang dengan hasad
pergi dengan suka?
Alasannya:
“Oh, aku terlupa.
Maafkan aku.
Akukan manusia.”

Angin dibiar hentap
lama-lama berkepam.
Air dibiar bertakung
lama-lama membusuk.
Lepaskan mereka
Hidup lebih bahagia tanpa ini semua.

Cari angin yang kuat
air yang deras
hidup dihempuk asakan
ubatnya pada nyaman dan segar.
Sehabisnya, dinamika itu ada.
Lebih baik begini.

Nota 1: Saya lepaskan sesuatu yang saya sayang kerana saya lebih sayang umi darinya, tapi kini saya tahu umi tahu apa yang terbaik untuk saya..saya akui saya lebih selesa dari sebelumnya
Nota 2: Saya masih dalam proses menyiapkan lirik-lirik khas untuk saudara hizami, bersiap sedia la dengan ilmu yang penuh di dada untuk menjawabnya...

Tekanan

Semenjak seminggu dua kebelakangan ni, jiwa saya sering tidak tenang, mudah melenting dengan keadaan sekeliling yang tidak selari dengan kehendak hati.. Ada sahaja yang saya rasakan tidak kena dengan pandangan mata mahupun hati, sukar untuk saya letakkan keadaan dalam pandangan rasional seperti dulu sedangkan masalah yang saya hadapi kini sama dengan sebelum ini. Tapi kenapa dulu saya masih mampu tersenyum sedangkan hati saya cukup sedih dan fikiran yang sentiasa tertekan. Saya tercari-cari dimanakan kekuatan saya itu..Ia hilang dalam tenang saya menghadapinya..



Dulu..

Tiap kali masaalah itu datang...
Saya biarkan, saya sentiasa positif...
Tiap kali masaalah itu datang...
Saya pujuk diri saya, masalah itu kecil sahaja...
Tiap kali masalah itu datang...
Saya tahu Dia sentiasa dengan saya...
Tiap kali masaalah itu datang..
Saya yakinkan diri, saya insan yang kuat..
Tiap kali masaalah itu datang...
Saya memilih untuk memikirkan yang indah sahaja..
Tiap kali masaalah itu datang...
Saya tahu masaalah itu akan pergi sendirinya...

Tetapi sekarang kenapa saya biarkan masaalah itu mengawal saya?
Dimana kekuatan, dimana semangat, dimana indahnya kesabaran itu..dimana perginya saya yang dulu, dimana perginya sifat tawakal ku pada-Mu ..

Aku tidak mahu terus lemas dalam permasalahan ini..

Aku bangun kembali manjadi pemburu cinta-Mu

Ya Allah kurniakan aku dengan Rahmat-Mu
Aku hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Mu..

Nota: Masih terfikir-fikir dengan keputusan umi...mahu diterima atau tidak...ish, bukan mudah saya nak dapat balik apa yang akan saya lepaskan... sebelum ini 2 tahun saya jaganya dengan baik..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kanak-kanak adalah anugerah tidak ternilai kepada ibu bapanya....mereka jujur dalam berbicara, jujur dalam berkata-kata, jujur dalam memperlihatkan kegembiraan mahupun kesedihan mereka..

oh...saya cintakan mereka...
ubat paling mujarab dikala masalah menghantui saya..
melihat mereka, saya jadi tenang...lena dibuai gelak tawa mereka...dan masalah itu hilang sementara dalam gelak tawa mereka...







Tuesday, November 24, 2009

Menjadi Wanita

Assalamualaikum wbt

Semenjak mula bercuti sebulan lebih yang lalu (baru sebulan lebih bercuti tapi saya dah rasa seperti setahun), saya tidak menulis sesuatu yang bermanfaat sangat pun. Semuanya lebih kepada aktiviti harian saja. Apa ini diari online sayakah? Harapnya saya tidaklah merepek yang tak tentu hala di sini.

Sebenarnya saya ada satu azam sempena tahun baru lalu yang saya kira sangat baik untuk peringkat umur seperti saya. Cara saya bercakap ini seperti saya ni sudah tua saja. Ok. Tukar cara berfikir. Ini bukan cara orang tua berfikir tapi cara seorang anak muda hendak mematangkan lagi diri.

Saya berniat untuk menjadi lebih lemah lembut dan berhemah dalam setiap tindak-tanduk saya. Baik cara membawa diri, bercakap mahupun menulis sekalipun. Tapi, semakin mendekati tahun baru lepas, semakin banyak dugaan datang. Provokasi yang datang bertimpa-timpa menyebabkan saya kalah dengan emosi.

Saya menjadi semakin mudah diprovok. Semakin lama saya menjadi semakin tegas. Baik dari segi pembawaan diri mahupun cara menulis. Saya akan mempertahankan apa yang saya rasa patut disuarakan. Dengan cara yang tegas. Bila saya mngkaji semula diri sendiri, saya akan malu dengan ketegasan yang melebih-lebih yang muncul dengan tiba-tiba ini.

Dulu saya bukan begini. Saya boleh bertoleransi dengan apa jua provokasi yang datang. Saya lebih mudah mengalah terutamanya jika dijolok-jolok dek api-api panas yang muncul di dalam hidup saya. Saya lebih senang mengundur diri dan diam. Tapi sejak provokasi yang terjadi di sekitar awal tahun baru lalu, saya susah hendak bertoleransi dengan perkara-perkara yang menyesakkan saya apatah lagi yang tak menepati selera saya. Cara saya menjawab komen juga tegas. Dan saya betul-betul akan menegaskan apa yang menjadi prinsip saya. Dalam erti kata lainnya, saya semakin emosional.

Saya geram juga kerana saya menjadi semakin tegas begini. Sebab saya terasa jauh dengan kehidupan yang dulu. Tapi entahlah. Susahnya untuk saya berpatah ke belakang. Yang saya tahu sekarang saya menjadi lebih  pengabai (ignorant) berbanding dulu. Inilah fasa baru dalam hidup saya sejak dua, tiga minggu yang lalu.

Kalau ada yang meletakkan azam untuk mendapat 11A1 dalam SPM tapi tidak berjaya mencapai target, begitulah yang saya rasa bilamana diri saya menjadi tegas seperti sekarang. Apa yang saya rasakan tidak kena, saya akan abaikan saja daripada perhatian saya. Tak perlu dilayan. Begitulah betapa ignorant-nya saya kini. Nampaknya, entah bilalah hajat saya hendak menjadi lebih lemah lembut dan berhemah akan tercapai. Betullah pesan Baginda Rasul. Halangan terhebat sesuatu niat itu ialah hatinya sendiri.

Pesan ustazah sewaktu sekolah rendah dulu, kalau hendak menjadi orang yang berakhlak, kita kena mulakan dengan mengamalkan doa-doa harian sebagai satu kelaziman dalam hidup. Segala doa. Masuk-keluar tandas, sebelum-selepas makan, hendak-bangun tidur, tengok cermin, pakai baju, keluar rumah dan segalanya. Bila kita berniat dan berdoa, kita akan lebih mengawal tingkah laku kita. Hasilnya, kita akan lebih berhemah dan menjaga tingkah laku kita.

Saya hendak mencuba. Sebab saya betul-betul hendak mengubah diri saya yang sedia ada. Saya hendak menjadi lebih lemah lembut selari dengan tuntutan adat dan agama.

Nota 1: Tapi saya tahu saya takkan boleh berjalan lemah gemalai. Auw. Masa itu emas bagi saya. Dan saya tak boleh bayangkan saya berjalan melenggang macam itik pulang petang t.

Nota 2: Kursus yang sepatutnya dijadualkan di Gua Musang ditukarkan ke Ipoh di Hotel Seri Malaysia. :-P..alang-alang saya boleh balik kampung sekali, ipoh dengan nibong tebal bukannya jauh..hehehe...tok....mek jah ( nama manja saya bila kat kampung) rindu tok....

Nota 3: Ada pembaca sms saya minta saya ceritakan tentang En. Siput untuk entri akan datang, tak sabar nak tahu.. maaf la ye, saya masih malas lagi tuk hasilkan entri tentang orang lain disini. buat masa ini...blog saya mestilah banyak cerita tentang saya...lalalalala~~~

Sunday, November 22, 2009

Barang Lepas Usah Dikenang

“Asal kapas jadi benang
Benang dipintal dibuat kain
Barang lepas usah dikenang
Sudah menjadi hak orang lain”


Pernah dengar lagu ini? Sangat mengalun jiwa. Rugi siapa yang tidak tahu. Saya suka betul lagu ini. Sudahlah pantun dinyanyi-nyanyikan. Dendangannya pula sungguh merdu. Memang terbaik!

Apa kaitannya lagu ini dengan entri ini? Tiada apapun. Saya cuma hendak kata kepada diri saya dan kawan-kawan semua, janganlah kita terkurung dan mengurung diri kita dalam lipatan sejarah. Apa yang sudah lepas, kita lepaskan. Memang bukan rezeki kita untuk memiliki sesuatu itu, kan. Mesti ada hikmah mengapa kita terpilih untuk berhadapan dengan kehilangan.

Jawapannya, kerana Allah hendak menggantikan yang hilang itu dengan sesuatu yang lebih baik.

Logiknya, pernah tak kita kehilangan sesuatu, kasut misalnya, yang dikebas orang. Tak terjejak lagi ke mana perginya kasut itu. Kita menangis selaut air mata darah sekalipun, takkan kita temui semula kasut itu, kan? Jadi adalah lebih baik kita meredhakan kehilangan itu. Pergi kedai kasut, beli sepasang yang baru. Mungkin tidak semahal, secantik mahupun berkualiti seperti yang hilang itu. Tapi pasti ada hikmahnya.

Akhirnya, kita berkasut semula. Bukankah ini jauh lebih baik daripada tidak berkasut? Kita menjadi lebih menghargai apa yang kita ada walaupun dalam serba sederhana. Dan lama kelamaan, kita sedar bahawa kisah kasut yang hilang itu adalah platform untuk kita mendapat sepasang kasut baru.

Dapat kasut baru, tidak gembirakah kita? Pastilah gembira, bukan? Paling kurang, kita ada satu kehidupan yang baru dengan kasut yang serba sederhana itu. Kehidupan dengan kasut itulah yang menggerakkan kita untuk meneruskan perjalanan ke hadapan.

Ada hikmahnya. Itu pasti. Benang yang sudah dipintal menjadi kain pun sudah tidak boleh kita undurkan untuk mendapatkan kapas kembali. Dicarik, koyak. Dibakar, hangus. Jadi, biarkan yang hilang itu hilang. Hargai apa yang ada seadanya. Sebelum ia juga turut hilang. Dan kita merana sekali lagi kerananya.

Sepatutnya sebulan yang lepas, sesuatu terjadi dan ia mengubah apa diri saya sekarang serta orang di sekeliling saya.. Hahahahahahaha. Ini adalah ayat penyata yang paling kelakar pernah saya buat. Nak percaya, percayalah. Tak nak percaya pun tak mengapa. Sebab saya pun tak berapa nak percaya sangat dengan ayat penyata saya tu.

Tapi saya bersyukur, saya mengalami kehilangan.. Maka saya boleh menulis entri berdoa kepada Allah yang lalu. Maka saya boleh bercerita tentang pertemuan dengan anak muda yang gigih tanpa ada yang perlu cemburu buta. Maka saya masih boleh menyebut-nyebut tentang Encik Siput yang lain dari yang lain. Hahahaha. Banyak sungguh hikmah selepas kehilangan itu, kan.

Penutupnya sudah cukup menceritakan kesemuanya, kan? Jadi mari kita semua tidur.

Esok isnin akan kembali, segala tugas dan program perlu dihadapi maka saya dengan rasminya sudah kehilangan masa lapang saya. Ada hikmahnya.

Hikmahnya, saya akan menjadi sibuk dan hidup saya akan terisi. Kembali. Sekali lagi. Seperti dulu.

Sebelum masuk tidur, selamat hari lahir bekas Pujaanku. Cewah! Hahahaha. Pergi tidurlah, Khadijah. Merepek je tak sudah-sudah budak ni.

Kamu semua jangan layan sangat otak saya yang tak ketat skru sangat ni. Hehe. Apapun, saya ikhlas menujukan ucapan itu untuknya. Ruginya, dia tidak tahu kewujudan diri saya di alam maya ini. [Dengan harapan dia tidak pernah Google nama saya macam yang kamu-kamu semua pernah buat] :mrgreen:

Nota 1 : Siapa En. Siput? Insya Allah saya akan ceritakan kemudian..
Nota 2 : Saya akan ke Gua Musang, Kelantan pada jumaat depan...

Friday, November 20, 2009

Buah Hati Baru


Amaran: Sila Baca Entry ini dengan hati yang tenang tanpa ada
rasa cemburu pada tuannya..:mKening:, mahupun perasaan frust:mHantuk:..


Pendedahan yang terbuka dan berani dari saya, saya memperkenalkan buah hati saya yang baru..dia sangat slim, putih gebu, bersih dan dia sangat cool, saya jatuh hati :mLove:dengannya dan mengoratnya hanya bermodalkan RM15 sahaja. Modal paling murah kot.. Kini dia sudah sah milik saya. Jangan siapa berani ambil dia dari saya.:mGergaji:

Apa keistimewaan dia pada saya? Dia tidaklah mewah seperti saya pernah ada sebelum ni, namun bagi saya dia sangat cool, dengan badannya yang sangat kurus (slim) senang saya nak bawa dia kemana-mana...Lagipun dia ringan jer.. banding yang lama..dah la gemuk berat lak tu..nak selit kat mana-mana pun susah.

Disebabkan saya sangat tidak teruja dengan keluaran baru spesis buah hati saya ni, tidak lah saya beria-ria mencari buah hati baru saya yang berteknologi baru dan mewah...jika dulu dizamna diplama dan sekolah menengah saya sangat teruja dengan teknologi hp ni dan pasti cuba memiliki teknologi terbaru dipasaran...tapi masa merubah segalanya..
perasaan obses saya pada teknologi hp makin hari makin pudar, dan keobsesan saya ini memerlukan wang yang banyak, lama kelamaan saya makin tak kisah,
.asal saya boleh membuat panggilan dan sms itu sudah mencukupi dengan hp...itu sudaj cukup memuaskan hati saya...

mesti ada yang tertanya-tanya, siapa lah buah hati saya yang baru..
mari saya perkenalkan....
dia adalah NOKIA 2630


bekas buah hati saya yang lama, Hp Sony K800 ni semalam saya trak in kan dan tukarkan dengan buah hati baru diatas hanya perlu menambahkan RM 15.00 .

Jika dibandingkan Hp saya yang Sony ini, tidak diakui la dia lagi power dari buah hati saya yang baru ni dengan sound dia yang sangat bagus, pixel cameranya yang lebih bagus dan mempunyai memory card, tentunya iya lebih canggih dari yang saya gunakan sekarang, tetapi memandangkan sudah mencecah setahun lebih saya menggunakan handphone sony ni, dan bermacam-macam ragam yang membuatkan saya semakin hari membencinya kerana dia tidak memberi khidmat terbaik seperti ketika pertama kali kami bertemu. Saya mengambil keputusan menyingkirkannya dari hidup saya, percaya atau tidak ketika abi saya membeli hp sony ni harganya mencecah RM750, tapi semalam masa jual kat kedai paling mahal pun boleh dapat RM225..very sad...sangat jatuh harganya, banyak kenangan manis dan pahit tersimpan dalam hp sony tu, saya mahu semua kenangan pahit tu terpadam dalm memori hidup saya. iut juga menjadi antara penyebab saya nak tukar hp baru selain dari keadaan hp itu sendiri yg teruk baik keadaan fizikalnya yang calar balar mahupun fungsi-fugsi didalamnya banyak yang dah rosak . Takpe la, saya pun memang niat nak tukar hp lama dan dapatkan yang hp baru tanpa perlu keluar duit beratus-ratus...so cara mudah..jual hp lama dekat kedai, dan ambil hp baru kat kedai tu jugak...senang...Alhamdulillah saya sendiri puas hati dengan urus niaga semalam...

Nota 1: saya kini hanya menggunakan satu hp sahaja, so hanya simcard celcom saya aktif 24/7..simcard maxis saya dah lama saya tak aktif kan..
Pada kawan-kawan, jika ada hal penting boleh menghubungi no celcom saya..

Nota 2: Program saya sabtu dan ahad ni penuh, jika ada masa senang pun mungkin waktu malam selepas pukul 10, maaf jika saya tidak dapat menghadiri undangan majlis perkahwinan 2 3 orang sahabat saya. Kelambatan mendapat kad jemputan menyebabkan saya tidak dapat mengubah jadual yang tersedia ada. Mohom maaf.:mCry:

Thursday, November 19, 2009

Semoga Berjaya

Calon SPM 2009...


Muhammad Faiz Bin Abdul Muthalib
merupakan adik ke kedua dari lima adik tuan punya blog ni
nama manja dalam family : atan 

Akak doakan atan menghadapi SPM dengan tenang dan mudah..ingat tip-tip yang akak ajar...

Ingat..Spm ni penentu kemana atan lepas ni, jangan sia-siakan....

Buat sebaik mugkin..Buat umi dan abi bangga dengan kejayaan atan...

Wednesday, November 18, 2009

Mesej Lamaran

Kebetulan, beberapa hari yang lalu seorang kawan saya menyambut ulang tahun kelahirannya. Maka semalam saya pun menghubunginya melalui SMS sebagai tanda ingatan sempena hari lahirnya itu. Saya sudah terlewat sebenarnya tapi memandangkan ini kawan, saya tetap menghubunginya juga. Hari lahir saya tak pernah dilupanya, takkanlah saya hendak buat tidak tahu pula kan.
Saya: Salam. Saya tau dah lambat dua hari dah ni. Tapi tak kira. Nak ucap jugak. Happy birthday!
Dia: Thanks. Ni lambat ni, bolehlah nak request something ni.
Saya: Disebabkan saya saya baru je konvokesyen diploma dan insya Allah akan menyambung degree disember ni dan bekerja mengajar mengaji budak2 sekolah rendah,maka diizinkanlah nak request apa-apapun. Cepatlah nyatakan hajatnya tu.
Dia: Haah kan. Awak dah hadis diploma dan degree awak tinggal 2 tahun je lagi kan. Erm. Saya pun dah masuk tahun ke empat rasa tak salah kalau saya pulang ke Malaysia, meet you and i  marry you. Saya rasa awak pun dah patut pikir tntang jodoh.

Dia ni biar betul, takde signal...takde perantaraan..tup2 terus ke tujuan sebenar...berjangkit demam ngan aku ke..( mengomel sendiri)..mesej nya belum dibalas lagi 

Saya sedang makan nasi waktu tu. Terberhenti sekejap. Saya mencongak-congak. Tengok jam pada Hanset sudah 1.30 pagi. Budak ni melawak apa tengah malam waktu macam  ni (kantoi saya suka makan tengah malam). Tapi mengenalinya sudah hampir lapan tahun, saya tahu dia sekadar melawak. Dia sentiasa penuh dengan lawak, tapi tak pernah lagi melawak bab2 kawen ni. Walaupun sebenarnya saya sendiri tak pasti dengan tindakan dia.

selepas 30 minit baru saya balas mesejnya...
Saya: Eceh. Set-set doktor ni bukan ke suka kahwin lambat. Ini lain pulak tiba-tiba ni. Kot ye pun nak melawak, tunggulah saya merasa bekerja dulu. Tapi kalau tadi nak request saya card ape2 ker, belanja makan ker, kek besday ker, hadiah best2 ker memang tak de hal la.
Dia: Alamak. Saya silap cakap ke tadi? Ni macam dah jadi SM Salim ni. Kalau ku tahu…
Saya tak terus membalas. Dalam hti saya berkata, Kalau Ku Tahu tu tajuk lagu SM Salim tu ke? Saya kan sedang makan nasi, tidaklah pula saya terus nak mencari dan menghayati bait-baitnya. Kebetulan selepas itu saya ada usrah dengan group usrah saya, jadi saya pun abaikan saja dulu mesej kawan saya tu.

Usrah online pada pagi tu berlanjutan selama 2 jam lebih. Punyalah luas topik kupasan kami pagi.  Sangat banyak pengisian walaupun tak bersua dan hanyalah di ruangan maya sahaja.Selesai usrah, saya sudah mula tidak sedap badan semula( demam sebab terkejut dengan mesej lamaran tu jgk ke?)

Demam saya ni masih belum sihat sepenuhnya. Jadi, saya terus tidur. Maka, tertangguh lagilah misi hendak mendengar lagu itu (nampak sangat kesungguhan tu tak berapa nak ada sangat).

Selesai Subuh tadi, barulah saya membuka Youtube. Saya cuba menghayati liriknya. Aduh. Adakah semalam saya sudah secara nyata membuat seseorang kecewa? Yang dia pun satu. Melawak tak kena masa, Melamar tak kena gaya. Saya tengah makan nasi waktu tu. Fikir tak panjang. Taip mesej pun menggunakan tangan kiri. Tak berkat langsung. Huhu.

 Tapi nak buat macam mana, kan. Memang ada benda dalam hidup ini yang kita tidak perlu lanjutkan ke bab seterusnya. Setuju? Pengajaran untuk diri sendiri:
1) Jangan buka mesej waktu tengah makan nasi. Otak pendek waktu tu. :lol:
2) Jangan balas menggunakan tangan kiri. Kurang berkatnya nanti. Kalau balas dengan tangan kanan, manalah tahu nanti ada perkara baik yang nak jadi, kan.
3) Erm. Jangan letak harapan pada kawan sendiri. Kena ingat sampai mati.




Nota 1: Si Pelamar, ampun. Kawan selamanya eh? <—- Ayat budak-budaklah pulak, kan..kan...


Friday, November 13, 2009

Selesema dan Saya

Mungkin sesetengah sahabat sudah mengetahui keadaan kesihatan saya yang kurang memuaskan, :49: buat yang masih tertanya-tanya, selesema saya datang kembali. Ini adalah kali ketiga untuk bualn November sahaja saya dijangkiti selesema. Kafarah dari-Nya atas dosa-dosa saya. Saya terima..

Cuma apa yang saya hendak kongsi dalam ruangan ini adalah, saya lebih rela diuji dengan demam berbanding selesema kerana, jika demam saya masih mampu kesini dan kesana. Tapi bila selesema semua jadi serba tak kena. Ini juga kerana saya menghidap resdung, bila dijangkiti selesema ni mula la saya akan bersin tak henti-henti. Dalam 5minit kadang-kadang saya boleh bersin nak dekat 8x..'bayangkan bagaimana keadaan saya' tak senang duduk dibuatnya, dan lebih merisaukankan, muka saya akan jadi sangat kemerahan. Rasa nak menyorok dari semua orang jer masa tu:minimo_09:. Macam orang sakit teruk, padahal selesema jer. So bila selesema ni saya lebih selesa berhibernasi :13: di rumah dari join program atau kuar jalan ke mana-mana. Ialah dengan keadaan begini, saya tak nak menyusahkan orang lain. Sahabat handai juga lebih mudah mengecam saya selesema berbanding demam.

Kenapa tak makan ubat selesema? saya tak suka ubat selesema.:minimo_32:..sbb nanti saya ngantuk, ubat selesema tu ubat tido rasanya, lepas makan jer ubat dah mula lentok....:minimo_33:...serik nak makan lagi..lagi-lagi makan ubat selesema ni masa siang..melentok la saya jawabnya sepagi tu...semua keje tergendala...tak mau la cam tu, kesian umi nak kene buat semua....so saya akan makan ubat masa nak tido jer...haha..:mHihi:...Saya doa sangat selesema ni cepat sembuh, Mintak-mintak bangun pagi esok dah hilang, sebab saya ada program di Petaling Jaya, andai keadaan selesema saya ni lebih bertambah buruk, saya tiada pilihan lain selain berhibernasi dirumah..

p/s: saya ada baca, ciri-ciri orang yang lahir bulan 6 salah satunya adalah mudah dijangkiti selesema, kajian ini dubuat Dr Fadzilah Kamsah ( saya 100%) setuju tuk ciri yang satu ni, sebabnya saya memang selalu kena selesema, bestfriend la katakan...

Cinta Gadis Bertudung Labuh


 Ikuti sambungannya....
-------------------------------------------------------------------------------------
1 Bulan selepas itu.
Zachery kembali ke sekolah dan menjadi manusia yang berbekas dengan kesalahan dan hukuman rotan.Hukuman rotannya itu dirasakan tidak sesakit keperitan Aina yang mengalami kecederaan tulang belakang.Namun Zachery jauh sekali telah berubah dan dia secara ikhlas telah melahirkan rasa kesal dan mohan maafnya ke atas keluarg Aina.Ibu dan Ayah Aina dengan rasa terbuka, menerima maafnya itu walaupun mungkin tidak bagi Aina.Aina telah diberi rawatan yang terbaik dan kos perubatannya ditanggung oleh Dr.Kamarudin sebagai tanda mohon maaf diatas sifat anaknya yang keterlaluan.Semasa tempoh pergantungannya itu, Zachery telah membawa diri ke London dan disanalah dia belajar mengenali dirinya semula.”Zach, apa yang kau lakukan adalah salah, malangnya, takkan sampai kau akan dewasa kau akan terus menjadi manusia yang tidak pernah penat untuk membuat salah”.Kata-kata sahabat baiknya Joshua disemat di dalam jiwanya yang kosong.Joshua yang menjadi sahabat akrabnya dari kecil lebih mengenali dirinya siapa.

“Eh, Zach, look at that!”Zizan menuding ke arah seorang gadis yang begitu familiar dipandangan mata mereka.”Aina?”serentak mereka bersuara.Aina tidak lagi bertudung labuh, dia hanya bertudung biasa, namun keayuannya sebagai gadis yang pelembut tidak menjejaskan apa yang dia pakai pada pagi itu

.Labuh atau tidak,bukan persoalan untuk mengukur iman seseorang.Nekad Aina pagi itu.Hati Zach berdebar kencang, dia merasakan seperti dadanya dikencang tubi oleh debaran.”Apa yang akan dia lakukan”perlahan Zach bergerak pantas ke arah Aina.Dan ketika sampai di mana berdirinya Aina,Aina menolehnya dan merenungnya dengan penuh tajam.Zachery tidak keruan dan suaranya tersekat-sekat keluar”Aina, What I’ve done at you is really wrong and I’m sorry for that, Aina”.Sayu getaran suara Zachery dan perlahan-lahan air mata kesalnya tumpah.Dia tunduk dan ketika itu Aina hanya melihat, seorang lelaki yang paling berkuasa telah seakan melutut memohon kemaafannya.’I’m really sorry Aina”perlahan-lahan, tidak semena-mena Zachery perlahan-lahan melutut dan tunduk kepada Aina.Tindakannya itu menjadi perhatian kawan-kawannya dan seluruh warga Menjalara yang berada ketika itu.Angin bertiup perlahan,kicauan burung tidak lagi berbunyi dan desiran daun, menggesel muka hijau rerumput halus.

Aina terkejut, lidahnya terkedu.’Betul ke apa aku tengok ni”dia menggesel matanya berkali-kali.Perlahan-lahan perasaan sayu dan terharunya datang melihat manusia yang pernah dinobatkan olehnya sebagai lelaki yang ego tunduk kepadanya.”Zach,please don’t do this,sujud hanya boleh pada Allah,saya ni nobody dan hanyalah hambaNya”Perlahan-lahan Aina mencuis bahu Zachery agar segera bangun.Lantas Zachery bangun dan ketika itu terlihatlah wajah lelaki yang pernah dibenci oleh Aina dengan satu rautan wajah yang cukup sayu,tidak terurus.Rambut Zachery yang halus berserabut,matanya diselaputi simbahan air mata kekesalan dan kelihatan kelam dan lebam.”Saya minta maaf Aina,saya melihat awak dengan pandangan yang sangat kecil”.Aina merenung ke anak mata Zachery dengan perasaan yang bercambur baur.Warga Menjalara kelihatan berbisik-bisik,Pn Norsiha yang turut berada di situ membiarkan episod keinsafan berlalu.Begitu juga Hanan dan En.Nik.Zizan,Aizan dan Brendon.

"Zach, walau apa yang awak lakukan cukup perit bagi saya,tapi saya tidak berhak untuk menghukum awak hingga begini,kita semua ada kelopongan di dalam diri masing-masing,saya maafkan awak Zachery”Air mata Aina susut jatuh perlahan menitik di pipinya.Zachery terus tunduk dan siang di Menjalara memamah hari dengan episod sedih yang bermakna bagi seorang gadis,Aina Syuhada Zainudin.

3 bulan berlalu dengan pantas.Pantas dengan perubahan,Aina dan Zachery berkawan baik.Malah Zachery dengan rela dan ikhlas giat membantu Aina mendokong Kelab kemasyarakatan.Menjalara kehilangan Raja Kontra.Zach berubah kepada seseorang yang pelembut dan dia tidak lagi nakal,tidak lagi seperti dahulu.Dia dan Aina tidak sinonim dan mereka bercinta.Aina yang lahir dengan didikan agama yang tinggi,mengenakan peraturan kepada Zach jika ingin menjadi insan dihatinya.Zach menuruti apa sahaja,dan dia kini adalah sahabat bagi sesiapa termasuk Hanan.Namun fajar yang menyingsing tidak selamanya akan cerah.

“Zach, lepas SPM ni awak nak ke mana”satu hari Aina bertanya.Mereka baru sahaja pulang dari kelas tuisyen.Pada hari itu,Zach agak pendiam.Dia hanya tersenyum tawar malah rakannya juga tertanya-tanya.Kakinya menguis-nguis jalan.Kelompok pelajar yang berjalan sama bergerak perlahan.Mungkin ingin bersantai.”I’m not going anywhere,I just don’t know”balas Zach.Aina menghentikan kakinya.”Zach,kenapa ni?oo awak nak buat album ke?”Aina cuba meriangkan suasana.

‘Aina,saya sakit,”Zach merenung dengan nada sayu ke atas Aina.Gadis yang dicintainya.”Eh,awak sakit,jom gi klinik depan”Aina pantas seakan mengajak Zach bergerak.”Stop it Aina,I’m really sick here!,I got jantung berlubang here and I will die”.Aina terkejut,dadanya berombak kencang.

“I baru dapat tahu dua minggu lepas,dulu masa kecil I pernah dibedah,tapi ia datang semula, the chance just…flick my hair dry to ice”sambung Zach.Matanya merah dan dia kelihatan menggeletar.”Zach,awak jangan main-main,kenapa tak beritahu saya sebelum ini”Fikiran Aina mula berkecamuk dan dia mula menangis.”Saya perlukan masa Aina,Dr beritahu saya perlu teruskan apa yang pernah saya lakukan,sampai masa saya perlu treatments,saya taknak orang tengok saya dengan simpati”.Zach dengan suara tersekat hiba cuba meyakinkan Aina.”Termasuk saya?”suara Aina tersekat nyaring menjerit.”No Aina,especially you,saya taknak awak sedih”.

Kata-kata itu umpama menikam jiwa Aina.Dia terus berlari dengan esakan nangis dan meninggalkan Zach.Zach hanya melihat telatah Aina dengan,hibanya yang perlahan.”I’m sorry Aina”.

Selepas berlalu lagu sedih itu,Zachery tidak lagi hadir ke sekolah.Awalnya Aina cuba berlagak tabah, namun hatinya memberontak.Satu hari di hujung petang,Aina telah ke rumah Zach sambil ditemani Hanan.Apa yang dia sedang lihat,Zach sedang membaca sebuah buku.Wajahnya pucat dan dia duduk keseorangan di bawah sebuah pokok.””Aina mengunjurkan salamnya kepada Zach.Zach tergamam melihat kedatangan Aina.Hanan tersenyum tawar dan perlahan meninggalkan perbualan Aina.”Awak sihat Zach,ayah awak kata,awak terpaksa bercuti untuk berehat”Aina memulakan perbualan.Wajah Zach yang cengkung ditatap dengan perasaan sedih dan kasih.”Yes,I’m”Zach tersenyum menjawab.Rindunya pada Aina terbalas dengan kedatangan Aina hari itu.”Zach awak pernah terfikir nak……….mati?pantas Zach bersuara balas.Aina tunduk dan air matanya deras mengalir.”Lighten up sayang,saya gurau je”Zach tertawa kecil dengan senyumannya yang tawar.Zach memujuk perlahan Aina yang begitu gering hati berbanding Zach sendiri.Mereka terus berbual dan mula berbaik.Bagi Aina,waktu dan ketika ini,dia harus menjadi pendorong semangat kepada lelaki yang berjaya menawan hatinya yang keras.

Hari kian berlalu,Zach telah kembali semula ke sekolah.Walaubagaimanapun,yang indah tidak akan kekal,suatu hari Zachery telah secara tiba-tiba pengsan ketika bermain tennis.Dia telah dikejarkan ke hospital.’Aina,Zach nak jumpa’Zizan bersuara perlahan.Pipinya penuh dengan linangan air mata.Begitu juga Aizan dan Brendon.Mereka bertiga adalah sahabat baik Zach.’Aina menyusut masuk kakinya ke dalam bilik.Zach tersenyum melihatnya.’Aina….masuklah”.Aina berjalan perlahan dan terus melabuhkan dirinya di atas kerusi bersebelahan Zach.Ayah Zachery telah keluar untuk bertemu pakar bagi taklimat pembedahan.

“Aina, saya taknak awak sedih,saya akan masuk bilik pembedahan malam nanti”Zach bergerak bangun dari baring.”Saya cuma nak lafazkan yang saya memang sayangkan awak, awak lebih dari sesiapa yang saya ada”sambung Aizan.Jiwa Aina terharu dan sedikit hiba.”Then again, saya cuma nak awak doakan saya,redhakan diri saya nanti”sambung Zachery lagi.Aina mengangguk dan perlahan-lahan dengan tersekat suaranya keluar”Zach,saya juga sayangkan awak,saya selalu berdoa agar Allah menjodohkan kita kelak”Aina mula menangis.Zachery mengangguk dan mereka berdua menyanyikan suara hiba di dalam bilik.Zizan melihat dengan perasaan yang sayu dan dia benar-benar hari ini menangis.Zachery dimasukkan ke bilik pembedahan, namun dia pembedahan itu gagal kerana keadaan Zach yang telah teruk”

“Aina ini surat untuk Aina,Zach pesan bagi”hiba suara Dr.Kamarudin menyerahkannya kepada Aina.Takdir telah menentukan,Zachery lebih awal pergi darinya.Aina menyambut berita itu dengan redha dan air matanya deras walau ditahan.Ketika itu dia terbayang wajah Zach dan kisah silam mereka.Aizan,Zizan dan Brendon berpelukan menangis,Pn Norsiha berkejar ke hospital setelah dihubungi telah pengsan apabila dikhabarkan berita tersebut.Kawan baik Zachery,Joshua telah berlepas pulang ke Malaysia sebelum pembedahan dan dia dalam perjalanan ke Hospital setelah selamat tiba ke tanahair.Pemergian Zachery disambut dengan seribu perasaan,redha dan sedih,bagi ayah Zachery,dia perlu tabah dan sabar dengan ketentuan Illahi.

Hai Aina,
Masa saya tulis ni,ia adalah detik 4 jam sebelum saya ke bilik bedah.Takut pun ada,gembira pun ada sebab boleh baik lepas ni,tapi diri awak lebih membayangi diri saya.Saya juga sempat membaca surah Yassin tadi,ia menjadikan diri saya tenang. Seperti kata saya tadi…Saya tidak pernah terfikir akan menyanyangi awak.Aina Syuhada dan saya belum lahir di hati saya sebelum ini untuk membayangkan saya akan berubah.Namun,syukur saya kepada Illahi kerana memberi saya hidayah,harapan dan juga diri awak.Saya amat berterima kasih untuk itu Aina.Awak adalah hadiah untuk orang seperti saya yang tidak mempunyai ibu sejak lahir.


Mengenali awak adalah antara perkara yang terbaik buat saya.Tidak sekadar saya merasai erti kasih sayang,tapi awak mengubah diri saya kepada yang lebih baik.Saya begitu bersyukur.

Aina,dikesempatan ini,saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan saya yang lalu,dan juga,Aina,jika saya pergi,redhakanlah permergian saya.Saya tahu, kematian akan datang bila-bila, namun jika itu ditakdirkan,saya redha dengan apa yang akan saya hadapi dan saya ingin awak,yang saya kasih redha dengan ketentuan ini.


Sayang awak Aina.
Zachery Kamarudin.

Aina melipat kemas surat bewarna biru itu.Air matanya mengalir dan perlahan dia mengangkat telapak tangannya. 


‘Ya Allah,aku redha dengan ketentuan kau ini,semoga sahabatku ini akan diletakkan bersama insan yang di kasihi olehMu ya Allah.Nada hiba Aina memenuhi ruang kecil sudut menunggu di hospital.Dia tunduk dan hatinya terus menangis dan berdoa perlahan.


Thursday, November 12, 2009

Saya Rindu Caryn&Izzati

Entah kenapa, lepas selesai kerja-kerja rumah pagi tadi saya seperti biasa, saya mengaktifkan broadband celcom. Apa yang mula-mula saya surf mestilah Kosmo Online, baca berita terkini dari dalam negara mahupun luar negara. Selesai sahaja saya akan log in pula teratak ini  :: Menelusuri Perjalanan Seorang Hamba:: melihat andai ada komen terbaru atau msj terbaru dari shoutbox. selesai membalas semuanya. saya off kan jap broadbandnya. Saya nak susun balik folder-foleder dan gambar dalam laptop saya. Sangat berserabut! dah lama saya tak belai dia dan maintainance kan dia..lagi pun dirumah laptop ini digunakan semua anggota keluarga.. itu yang menambahkan lagi serabut folder-folder yang ada kerana masing-masing ikut kepala sendiri nak letak gambar kat mana -mana. Setelah saya selesai susun kesemua folder. Saya transfer semua gambar yang ada dalma laptop saya ke external hard drive..dekat 5GB tu kesemua gambar..dari puasa lepas, raya dan beberapa hari yang lepas, gambar yang di ambil ketika saya ada program di Petaling Jaya. banyaknya gambar, getus hati saya setelah kesemua gambar tersimpan rapi didalam external hard drive peribadi saya.

Saya suka menyimpan gambar-gambar, walaupun kadang ada gambar yang tidak jadi, atau diambil secara candid..saya akan simpan, walaupun gambar itu blur..sebab bagi saya setiap gambar itu ada cerita tersendiri. Selesai semuanya, saya terjumpa satu folder dalam folder yang lain. Masih ingat lagi folder tersebut saya labelkan Kenanagan Terindah. dalam folder kenangan terindah tersebut ada folder saya labelkan UPM. Click dan terus click, setiap gambar yang ada di dalam folder tersebut saya amati satu demi stau dan entah berapa kali saya ulang tengok kesemua gambar tesebut...saya rindu mereka semua...
Suhailah, Rohela, Shaida, Arasyi, Atirah, Sakinah, Ana Mardhiah, Nisa, Fida, Alex, Chris, dan ramai lagi...

Paling saya rindu, Izzati dan Caryn...saya banyak terhutang budi dengan mereka..


 Dibandingkan dengan caryn saya lebih kerap sms Izzati, caryn sangat sibuk dengan aktiviti persatuan dan tugasan-tugasan kuliah, dan saya tahu ini membatsakan dia untuk membalas mesej saya, ada masanya jika saya mesej caryn di pagi hari, tengah malam nanti baru saya dapat msj reply dari dia balik. Alhamdulillah kesemua ex-classmate saya di UPM sudah selesai peperiksaan akhir semester bagi penggal pertama tahun pertama mereka. Saya mendokan kesemua lulus dengan cemerlang terutama dua insan di dalam gambar di atas, sekurang-kurangnya menjadi pembakar semangat untuk lebih cemerlang di tahun kedua nanti.

Dimbas kembali, ketika didezam kuliah, kami bertiga pasti akan duduk pada barisan kerusi yang sama, dan kebiasaannya Caryn pasti kan berada ditengah-tengah antara saya dan Izzati. Caryn mudah mesra dengan orang, dia tidak kedekut dalam berkongsi ilmu dengan classmate, dan mengikut penelitian saya Caryn sangat berbeza dari sesetengah bangsa cina yang pernah saya kenal. Teringat kembali ketika saya menjalani ibadah puasa di UPM, caryn selalu bertanyakan pada saya tentang puasa..biasanya setiap persoalan yang ingin ditanya pasti dimulai dengan

"Khaty..saya nak tanya awak sikit boleh?" kata Caryn
" Banyak pun takpe Caryn, jangan tanya kita soklan test kan datang sudahla, kite pun tak tahu" balas saya...
"Awak tak lapar ke?, setahu saya orang islam yang puasa akan bersahur sebagai satu amalan sunat? betul ke? pukul brape awak biasanya sahur khaty?" kata Caryn.
" Lapar? masa hari pertama bulan ramadhan tu, mmg la kite ada rasa lapar jgk, tapi kan hari ini dan masuk seminggu umat Islam berpuasa. Kite dah biasa, dah tak rasa pe-pe pun. Tentang sahur tu, memang betul amalan sunat, waktu sahur biasanay sebelum masuk waktu subuh, dan kite biasanya akan sahur sekitar pukul 5.00pg hingga 5.30 pagi, nanti boleh terus solat subuh." bagaimana, kite dah menjawab semua soalan awak belum Caryn? " Balas saya kembali
" sudah-sudah dan sangat lengkap, saya betul-betul faham, sebenarnya sudah lama saya nak tanya, tapi saya takut perkara ini sensitif apabila orang bukan islam bertanya tentang Islam." getus Caryn pada saya
"Caryn, selepas ini kalo awak nak hendak tahu apa-apa tentang Islam, saya sangat mengalu-ngalukan...tnya sahaja apa yang mengelirukan awak.pada saya, saya sangat suka " balas saya dengan niat untuk tidak mematahkan semangatnya mengetahui tentang Islam.
Kami pulang mengikut laluan yang berbeza, kerana saya dan Caryn menetap dikolej yang berbeza. Ketika itu berbisik dihati saya, mungkin Allah sudah buka pintu hatinya cuma dia masih belum mendapat hidayah, saya doakan dia mendapat hidayah dan memeluk islam sesegera yang mugkin.

Perbualan kami berkisar agama Islam sangat meriah hari demi hari, ada sahaja persoalan yang ditanyakan pada saya, samaada dalam perjalanan ke kuliah mahupun pulang dari kuliah, dan Allahmdulillah dikala setiap soalan itu ditanya oleh Caryn, Allah swt kurniakan idea-idea dengan susunan ayat yang mudah untuk saya perjelaskan pada Caryn,

Antara soalannya..
Khaty, kenapa saya tengok ada perempuan melayu ada yang bertudung dan ada yang tidak? mereka semua ni islam ke x?

Khaty, awak tak panas ke asyik pakai tudung dan baju besar-besar?

 Kenapa saya tengok ada org islam yang pakai telekong ketika hendak solat, dan ada jgk yang tidak pakai? boleh ke?
Khaty, orang perempuan yang beragama Islam boleh tak sentuh orang lelaki islam yang lain?
Khaty, Hukum HUDUD tu macam mana? dari mna hukum ini datang?
Khaty, kenapa awak selalu pakai stokin?
dan bermacam-mcam lagi soalan yang ditanyakan Caryn pada saya,





Saya sedikit terkilan, kerana dalm keadaan tergesa-gesa saya meninggalkan UPM setelah mengambil keputusan menarik diri dari pengajian, dan pada ketika itu saya khabarkan di saat-saat terkahir akan keputusan itu pada Caryn, dan paling membuatkan saya terharu apabila caryn mencoretkan perkataan ukhuwah di kad perpisahan yang di utuskan pada saya. Saya sedikit terkilan dengan perpisahan ini, kerana tiada lagi ruangan diskusi antara saya dan dia, dan perhubungan secara sms tidaklah seindah bertemu empat mata dengannya...


p/s: Sahabat-sahabat disana, bimbinglah insan yang begitu mendambakan ilmu ini (Caryn ) agar dia terus...dan berterusan mencari ketenangan yang Hakiki...

Cinta Gadis Bertudung Labuh

Cerpen Pertama Saya...

--------------------------------------------------------------------------------------


“Zachery, memandangkan awak gagal menghantar kerja rumah Biologi sebanyak 3X,
saya akan letakkan duduk bersama Aina, lantang suara Pn Norsiha memenuhi ruang kelas 5 Alfa.”Hah, cikgu, what do you mean by that, itu mana adil, I do have a rights to choose whoever I want to sit with”balas Zachery sambil merenung tajam guru Biologinya itu.”Wah, si badak ni dah lebih”getus hatinya.Siapa nak duduk dengan perempuan kumpulan Jubah terbang tu.Dahlah pendiam, pakai jubah dan konon alim, dan dengarnya, halwa telinganya penuh dengan irama nasyid.”Weird”sinisnya memandang tajam Aina Syuhada.Gadis paling pendiam di dalam kelasnya.


“Listen to me,Zachery, samada kamu suka atau tidak, itu saya punya hak,saya guru kamu dan kalau kamu tak suka,pissed off!”balas Pn.Norsiha geram.Dia benar-benar angin dengan anak muridnya itu yang sudah melebihi batas yang diberinya.Zachery Alfian Dr.Kamarudin, siapa yang tak kenal.Antara anak kenamaan yang menuntut di Maktab Prince Edward, dan yang benarnya dia terkenal kerana sifat nakalnya, ketua Legal Court,pembuli murid yang nerd dan lemah, namun tiada siapa yang dapat menafikan, dia seorang yang pintar.


Dengan nada berbaur, geram, Zach mengheret begnya dan dihempaskan ke atas meja bersebelahan Aina.Gadis yang kelihatan khusyuk membaca surah lazim ketika kelapangan kelihatan terkejut.Cikgu Norsiha, menggelengkan kepalanya dan terus duduk di mejanya sambil mencatat sesuatu.”Dr.Kamarudin, anak you ni terlebih kromosom ke?”pantas dia mencatat di atas kertas dan kemudian direnyukkannya sebagai kaedah untuk melepas geram.”Wei pompuan, kau ni nak mati ke baca surah awal-awal pagi ni”Zach terus menghempas punggungnya dan duduk menoleh ke arah Aina.Aina memandangnya tajam.”Saudara, kalau tak suka,diam, di masa kita bersuka, kadang-kadang mati bila2 boleh datang”jawab Aina pantas.”Tak kuasa nak layan”.Pantas Aina bangun dan beredar ke kerusi yang kosong.”Wei, mati-mati, tu tuhan punya kerja, kau baca apapun, kalau tak repect manusia pun tak guna”licin meresap kata-kata itu ke halwa telinga Aina.”Suka hati kaulah Zach, siapa yang tak respect siapa”getus hati Aina perlahan dan perlahan-lahan, rasa sayu hatinya kerana sering dipandang serong dan sinis.Kadangkala Aina rasa sedih kerana dia sering dilihat sinis oleh segelintir warga sekolah ini, ianya kerana dia bertudung labuh bersama kawan-kawannya.Identiti begitu telah lama dia praktikkan dan hinggalah dia terpaksa berpindah sekolah ke sekolah Bandar ini.Malah paling menyakitkan, pernah begnya diisi dengan bangkai kelawar sebagai tanda sinis dan ejekan kerana ketrampilannya begitu.Namun, dia tetap redha dan terus bersabar.”Ya, Allah,hanya satu yang aku tidak putus untuk meminta mu, halalkan pandangan mereka terhadapku”Hanya itu sahaja yang dia mampu lakukan di dalam menghadapi mereka-mereka ini.

--------------------------------------------------------------------------------------

Satu hari, keadaan berubah apabila……
“Wei, kau nak tengok Batwoman main skate tak?”Satu hari Zach secara tiba-tiba terfikir untuk melakukan sesuatu yang menjadi kebiasaannya.Dia mengeyitkan matanya ke arah sekumpulan gadis.”Team Arqam,siap kau”getus hatinya.Entah mengapa, dia begitu dendam dengan gadis itu.”Kerana kaulah, aku terpaksa memekakkan telinga ketika kau bernasyid”.Zach berjalan ke arah sebuah tong sampah.”Hahh….”Sementara itu rakan-rakannya tertanya-tanya apakah hiburan mereka hari ini.Zach secara perlahan telah menuangkan minyak masak yang masih berbaki dari café. dan kemudian dituangnya sedikit ke atas lantai marmar Café.”He-he-he”gelak hatinya menguasai dirinya dan dia secara tidak langsung terbayang bagaimana kumpulan kelawar itu akan tergelincir beramai-ramai.


‘Oklah Hanan, ana pergi dulu ya”Aina meminta izin meminta diri.Entah bagaimana, Hanan dan rakan-rakannya berjalan ke arah berlainan dan Aina terus pantas bergerak ke……”Ya Allah!!!…..Aina tidak dapat berbuat apa-apa dan dia tergelincir dan kepalanya terhantuk kuat ke atas marmar berminyak tadi.Seluruh warga Sekolah itu terpaku melihat kejadian itu dan tidak kurang.50m, Hanan menoleh dan menjerit.”Ya Allah, Aina, dengan tidak ada perasaan lain lagi, Hanan terus memecutkan otot kakinya untuk membantu sahabatnya itu.Sementara itu, Zach yang tergelak kuat bersama kawan-kawannya secara mengejut terpaku dan tergamam.’Why,her”sayu dia melihat gadis yang menjadi musuhnya itu terjebak dengan kenakalannya.Aina yang terhantuk, perlahan –lahan menggahi dirinya untuk bangun dan wajahnya kelihatan berkerut dan dahinya mengalir darah-darah,namun walau sekuat mana zahirnya untuk bangun akhirnya dia begitu lemah dan………


‘Zach!!!awak dah melampau!”Pang!hinggap tamparan En.Nik ke pipi anak muridnya itu.Beliau begitu marah dan cuba mengawal kesabarannya.”Awak tahu, tindakan awak ini akan menyebabkan awak dibuang sekolah”tengking En.Nik lagi.Manakala Pn.Norsiha tersesak-esak menangis dan memandang tajam seakan ingin mengoyak isi daging Zach.Zach tunduk,peluh cemas dan takutnya perlahan-lahan keluar.Di fikirannya hanya terbayang “flashback”kejadian tadi.Dia teringat bagaiman Hanan menolaknya ketika dia datang cuba membantu dan berulang kali melahirkan kesalnya.Di telinga terngiang-ngiang kata-kata Hanan”Zach, kau ni laknat,kau sanggup nak membunuh insan yang nak menyuburkan Iman di hatinya, dan kerana dia miskin,kau jadikannya seperti haiwan”tengking Hanan kepadanya sambil teresak-esak menangis.Hanan memangku Aina yang berlumuran dengan darah di dahi Aina yang pengsan.Aina kelihatan pucat lesi dan tidak bermaya.”Kau memang syaitan, kau kejam dan kau tau tak?Aina menyimpan rasa terhadap diri kau!!!”sambung Hanan lagi.Dia benar-benar tercabar apabila melihat Zachery dan diikutkan dirinya, ingin saja ditakik Zachery dengan pisau lipatnya.
“Dia punyai perasaan pada aku”sayu suara itu memenuhi halwa telinga Zachery.Menjalara dilanda darah dan sehari selepasnya,Zachery telah digantung sekolah dan dilucutkan segala jawatan serta dia akan dihadapkan dengan hukuman rotan di hadapan pelajar.Kawan-kawannya, Aizan, Zizan dan Brendon mengalami nasib yang sama kerana bersubahat dan mereka secara ikhlas telah melahirkan rasa kesal mengumumkan permohonan maaf mereka secara terbuka di perhimpunan.


bersambung....